Saturday, 27 October 2012

RON - TAFSIRAN SEORANG SONGSANG TENTANG KHUTBAH AIDIL ADHA 2012


Hampir seminggu kesihatan saya terganggu, bermula dengan sakit tekak, tidak sedap badan sehingga demam. Sakit kepala, suara menjadi sengau, selsema dan hidung tersumbat, sedikit batuk berkahak dan adakalanya berpeluh dengan banyak. 

Dan ada satu pagi, saya bangun dalam keadaan kepala dan tengkuk yang saya rasa sakit teramat sangat. Ada masanya tubuh badan terasa seperti sudah kembali sihat tetapi ianya hanya seketika, demam kembali menyerang. 

Kulit didahi dan pipi adakala berasa amat gatal terutama bila tubuh mula berpeluh, keadaan sungguh tidak selesa. Teringat tiga tahun yang lalu sebelum saya jatuh terlantar sakit selama 10 hari di hospital ketika kiraan CD4 saya jatuh hingga pada bacaan 12, beberapa bulan sebelum itu (3 tahun lalu) keadaan yang sama saya alami, ya kulit muka menjadi gatal.


Aidil Adha Pertama 26 - 10 - 2012

Pada malam raya Aidil Adha 2012 yang lalu saya masuk tidur awal, sebaik selepas menelan ubat HAART pada pukul 10 malam, rasa mengantuk teramat sangat mungkin juga akibat kesan dari ubat batuk serta Uphamol 650 yang turut saya telan. 

Sebaik bangun waktu subuh, kepala masih terasa berat, hidung tetap tersumbat, mata masih layu tetapi saya tetap bangun untuk bersihkan lantai sekitar dalam rumah almaklumlah hari raya kan dan memaksa diri ke masjid untuk menunaikan solat Aidil Adha dimasjid yang terletak dibelakang rumah. 

Pada mulanya saya rasa tidak ingin untuk pergi bersembahyang sunat Aidil Adha kerana badan masih terasa tidak sihat, tetapi bila fikirkan kemungkinan Aidil Adha ini mungkin yang terakhir bagi saya, maka saya cuba gagahkan diri untuk mandi dan melangkah kaki ke masjid sebaik kedengaran takbir bergema dari masjid dibelakang rumah kira-kira pukul 8 pagi. 



Alhamdulillah, saya melangkah kemasjid dengan bersemangat, demam mula rasa sudah berkurangan, badan terasa semakin kuat walaupun pada hakikatnya masih tidak sihat sepenuhnya. Dalam hati dan ketika sujud dalam solat sunat tersebut saya memohon agar dipertemukan lagi dengan Aidil Adha ditahun yang akan datang dan seterusnya.

Kuthbah Aidil Adha seperti kebanyakan khutbah dimerata masjid diseluruh Malaysia pastinya berkaitan tentang kisah Nabi Ibrahim as serta anaknya Nabi Ismail as. Begitu juga halnya dengan pengisian khutbah di masjid yang saya hadiri dipagi raya Aidil Adha tahun ini. Masih bercerita tentang kisah yang sama cuma saya tidak dapat tumpukan tentang apa yang sedang dibicarakan kerana tidak sihat, sesekali saya membayangkan adakah saya akan bertemu lagi Aidil Adha pada tahun hadapan. 

Saya juga tidak terlintas sama sekali kisah Nabi Ibrahim as itu boleh dikaitkan dengan naluri songsang sehingga lah......

Pada petang Hari Raya Aidil Adha 2012, saya buka dan membaca email (ketika saya masih lagi dalam keadaan tidak sihat) dari rakan saya "RON" yang berbicara tentang khutbah Aidil Adha yang beliau dengar dan mentafsirkan mengikut padangannya yang saya rasa baik untuk dikongsikan bersama disini;

Email dari Ron kepada saya; 

Abang, 
Tadi saya ada pergi solat Aidil Adha, then dengar khutbah dia dan macam biasa "hot topic" khutbah kalau Hari Raya Haji ni semestinya tentang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s serta ibunya Siti Hajar. Panjang lebar bang imam ceritakan segalanya tentang kisah hidup Nabi Ibrahim as dan pengorbanannya. 

Sememangnya Nabi Ibrahim a.s itu antara Nabi yang tinggi martabatnya, mula-mula imam bercerita tentang bagaimana Nabi Ibrahim a.s dibesarkan oleh ayahnya seorang penyembah dan pembuat berhala, maksudnya imam itu hendak tekankan...betapa dalam kehidupan kita pada hari ini, kita melihat bagaimana sekiranya kita hidup di zaman yang mana suatu kaum  itu sendiri melawan or menentang syariat Islam (suruhan Allah), tidak semestinya kita tidak dapat menjadi soleh, harusnya kita melawan serta berdoa dan meminta pertolongan Allah agar kita ditunjukkan jalan yang lurus.

Abang,

Ada satu benda yang membuatkan saya tersentak dan berfikir, adalah bagaimana Allah telah memberikan perintahNya kepada Nabi Ibrahim a.s untuk menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail a.s, perlu diingat sebelum itu hampir setiap hari Nabi Allah Ibrahim a.s berdoa agar dia dikurniakan anak yang soleh sehinggalah umurnya menjangkau 60 tahun dan dengan izin Allah Nabi Ibrahim a.s akhirnya dikurniakan zuriat (Nabi Ismail a.s) dan sesudah mendapat anak, Allah telah memerintahkan (menguji) Nabi Ibrahim a.s agar tinggalkan anak dan isteri yang dikasihinya itu di Mekah diatas tanah pasir yang kering kotang, bukankah kalau difikirkan akal yang logik apabila kita telah berkahwin seharusnya kita patut tinggal sebumbung bersama keluarga dan anak dalam keadaan suasana aman bahagia, tetapi inilah UJIAN namanya. 

UJIAN YANG BERTENTANGAN DENGAN FITRAH SEMULA JADI MANUSIA...fitrah perkahwinan itu Allah uji dengan keimanan. 

Sekali lagi setelah ditinggalkan, Nabi Allah Ismail a.s telah membesar dan sehinggalah boleh berjalan maka datanglah Nabi Ibrahim a.s kepada anak yang dikasihinya setelah sekian lama tidak berjumpa dan ditakdirkan Allah, sekali lagi baginda Nabi Ibrahim a.s diuji oleh Allah, kali ini lebih berat, satu ujian yang jauh MELAWAN KEHENDAK FIKIRAN AKAL DAN FITRAH KEJADIAN MANUSIA.

Suatu hari, ketika Nabi Ibrahim a.s. berada di Mekah sedang dalam keadaan tertidur. Dia mendengar suara daripada Allah s.w.t. yang memerintahkannya agar dia menyembelih anaknya, Ismail. Nabi Ibrahim a.s. bangun daripada tidurnya dalam keadaan terkejut dengan mimpinya yang aneh itu. Nabi Ibrahim a.s. meminta keampunan dan perlindungan kepada Allah s.w.t. Dia kembali tidur. Mimpi yang seperti awalnya terjadi lagi. Dia bangun lagi dan tidur lagi. Akan tetapi, mimpinya masih tetap sama.

Nabi Ibrahim a.s. mengetahui bahawa perintah tersebut merupakan ujian yang harus dia jalani. Amat berat bagi Ibrahim a.s. untuk memberitahu isi wahyu itu kepada Ismail. Ismail pada saat itu menginjak dewasa dan boleh mencari nafkahnya sendiri. Nabi Ibrahim a.s. sangat senang kerana Ismail sudah besar. Nabi Ibrahim a.s. memberitahu perintah Allah s.w.t. tersebut kepada Ismail.


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksu
d:
 
"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, 'Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu!' Dia menjawab, 'Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t. kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'"
 

(Ash-Saffat: 102)

Allah telah memerintahkan Nabi Allah Ibrahim a.s menyembelih anaknya yang sangat dikasihi dan disayanginya, maka kalau kita berfikir dengan logik akal, suruhan ini sangat bertentangan dengan norma-norma kehidupan seorang manusia. Mana mungkin seorang ayah sanggup membunuh (menyembelih) anaknya? 

Mana mungkin dengan tangan ayah sendiri membunuh anaknya sendiri? 

Ya, ini SANGAT BERTENTANGAN DENGAN FITRAH MANUSIA YANG MENCINTAI ANAKNYA, ini berlawanan sama sekali, namun ADAKAH NABI IBRAHIM INGKAR DAN MELAWAN SAMA SEKALI AKAN PERINTAH ALLAH itu?

TIDAK !!! Tidak sama sekali!!
 
Biar hilang segalanya, asalkan tidak berlawanan dengan kehendak (perintah) Allah malah baginda sanggup hilang (anaknya) segalanya. Inilah yang penting perlu ada dalam diri kita semua (ikut segala perintah Allah)

Simboliknya; kehidupan kita sebagai seorang yang bernaluri gay yang songsang dan melawan fitrah alam. Melawan fitrah kepada kehidupan sebagai manusia, namun ADAKAH IA MENJADI TIKET UNTUK KITA MELAWAN SEGALA PERINTAH ALLAH? 

AYUH....BANGUNLAH DAN SEDARILAH KITA SEMUA (GAY/SONGSANG), betapa pentingnya KITA MEMAHAMI HAKIKAT YANG DIRI KITA INI ADALAH HAMBA ALLAH..dan sangat perlu agar kita mengikut segala kehendakNya, meskipun KEHENDAKNYA BERTENTANGAN DENGAN KEHENDAK KITA.

Inilah harga, inilah mahar, cinta kita kepada Allah swt, sebagai sebuah pengorbanan, UNTUK KITA HIDUP KEKAL ABADI DI SYURGA ALLAH KELAK, BERSAMA KEKASIH-KEKASIH ALLAH YANG LAIN.

Jangan hanya kerana mencari nikmat bahagia sementara didunia, jangan kerana kemaruk cinta sesama manusia yang mungkin hanya bertahan sekitar 6 bulan, setahun atau hanya beberapa tahun sahaja itu, sehingga kita sanggup gadaikan kebahagian dan kenikmatan yang dijanjikan Allah buat kita selama-lamanya itu diakhirat kelak.


Bangun menentang apa yang terlarang wahai rakan-rakanku semua (songsang) dan kuatkan semangat serta jangan berputus asa. Kita melawan menentang kehendak naluri songsang kita sehingga sampai nyawa kita diambang maut dan ajal, semoga Allah merahmati hidup kita semua. Ameen..

Abang,
Sori ehh...teremosi pulak...hehehe sebab saya rasa sebak sikit apabila mendengar khutbah Aidil Adha dimasjid awal pagi tadi dan tiba-tiba terbangkit rasa dari hati saya ini untuk meneruskan kehidupan ini dengan lebih baik lagi.

RON














Aidil Adha Kedua 27 - 10 - 2012

Selepas subuh saya kembali tidur kerana kesan mengantuk penat dan letih akibat ubat batuk masih terasa, dan saya bangun ketika hampir pada pukul 10 pagi. Teringat pada tahun lalu emak ada "sponser" saya lakukan korban, pada tahun lalu juga emak menyuruh saya pergi melihat lembu korban atas nama saya yang hendak disembelih, ya saya sempat melihat lembu korban atas nama saya (sebahagian) itu di sembelih.   

Syukur alhamdulillah.

Pada tahun ini saya hanya jadi pemerhati dan tidak mahu melepaskan peluang melihat proses penyembelihan lembu korban dimasjid berdekatan dengan rumah. 

Photo sekitar masjid berdekatan ketika penyembelihan lembu korban dijalankan pagi tadi.

Ya pada tahun ini dan tahun sebelumnya saya berada di Malaysia ketika meraikan Aidil Adha dan tidak mustahil pada suatu hari nanti saya akan dapat meraikan Aidil Adha di Kota suci Mekah. 

Walaupun hidup sebagai PLHIV kita terpaksa berhadapan dengan sedikit kesukaran, peraturan, pengesahan, kebenaran untuk menunaikan ibadah haji akibat kebimbangan tahap kesihatan tubuh badan kita (PLHIV) apabila terpaksa berdepan berselisih bahu bersama dengan berjuta umat manusia yang datang dari segenap pelusuk dunia yang berkemungkinan datang membawa berbagai jenis penyakit mudah berjangkit yang berkumpul disatu tempat dan berkemungkinan boleh memudaratkan diri kita (PLHIV) 

Saya anggap segalanya itu adalah peraturan ciptaan manusia, sekiranya Allah hendak menjemput saya menunaikan haji dalam keadaan selamat pergi dan balik, sesiapa pun tidak boleh menghalangnya, semoga Allah mempermudahkan niat saya ini dan dimakbulkan kesana bagi melaksanakan rukun Islam ke lima ini pada suatu hari nanti. Insyaallah.

Soal jawab PLHIV dan Haji disini
 

 

12 comments:

  1. Moga Allah perkenankan hasrat Najmbi nak menyambut Aidil Adha
    dikota suci Mekah..dipermudahkan segala urusan..perjalanan dan
    moga CD4 Najmi masa itu..sangat baik ye...Ya Allah perkenankanlah
    permohonan hamba mu ini...Ameen

    Saya sentiasa doakan utk Najmi yer...jangan demam lagi yer...:-)
    Teruskan perjuangan Najmi ye..moga ada sentiasa bantuan dari
    Allah..Amin ..amin ya Rabbi

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  2. Anonymous syukran jazillan

    Insyaallah.... Ameen....... :)

    ReplyDelete
  3. betulllllllllllllll kata Ron tu. Kita ni hamba..tak tahu apa...diuji tuhan..yang maha mengetahui...mesti ada sebabnya..kalau takder sebab pun takpe, sbb kita ni hamba.

    ReplyDelete
  4. DarkAngel a.k.a MalaikatGelap

    .........:)

    ReplyDelete
  5. Insyallah naj mi. Allah mengatur urusan hambanya kalau 100o orang kata kita kalah tapi kalau Allah kata kita menang kita menang. Kalau seribu orang kata kita menang tapi kalau Allah kata kita kalah kita kalah.

    Sentiasa letak harapan itu kepada Allah, Allah adalah tujuan kita, kekutatan kita dan segala-galanya buat kita. Allah itu dekat dan suruh kita berdoa kepadanya. WA

    buat ron, Allah sayang hamba2nya seperti ron..selamat berjuang!

    ReplyDelete
  6. Anonymous One,

    Ya betul tu segala-galanya, untung nasib kita berada ditangan Allah... yang penting kita jangan lupa terus berdoa minta kebaikan dariNya kan....:)

    Doa saya juga buat Ron dan yang lain agar dia dan mereka semua kekal kuat melawan segala hasutan godaan syaitan tu....:)

    ReplyDelete
  7. abang...cepat sihat bang..

    ReplyDelete
  8. Anonymous,

    Siapa tak nak sihat cepat, macam2 yang abg fikir bila badan tak sihat ni, terfikir juga boleh kah cita2 abg yang satu tu tercapai satu hari nanti..... :(

    Insyaallah doakan supaya abg kembali sihat ya....:)

    ReplyDelete
  9. semoga hajat tercapai..allah maha kaya. insya allah, yang penting jangan putus asa dengan ujian allah. allah bagi kita ujian mcm ni ada hikmah yang terbaik buat diri kita. moga awk kuat dan tabah selalu ye...

    ReplyDelete
  10. NajMi..
    kepala lembu tu nampak senyum je ;)
    hara awak sihat selalu ye

    ReplyDelete
  11. Irfa,

    Ya saya pun perasan tentang tu... macam relex aje kan...Terima kasih mudah-mudahan saya cepat sembuh...:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST