Friday, 19 October 2012

RAYUAN BUDAK HIV

Remaja derita terima darah HIV

Ini kisah dua tahun yang lalu, sekadar renungan kembali kita bersama. HIV bukan hanya merebak melalui aktiviti berisiko seperti seks bebas dan cucuk jaram dikalangan penagih dadah tetapi berlaku juga akibat kelalaian manusia ketika menjalankan tugas.

KUALA LUMPUR: Impian seorang bapa untuk melihat anaknya aktif seperti kanak-kanak lain kini berkecai apabila budak berusia 14 tahun berkenaan didapati positif HIV.

Bapanya yang hanya dikenali sebagai Din, 49, berkata, segala-galanya berlaku 11 tahun lalu ketika anak lelaki bongsu daripada dua beradik itu berusia tiga tahun mengalami demam kuning kronik.

“Selepas tiga bulan menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan, anak saya semakin teruk dan selepas diperiksa, darahnya dijangkiti HIV.

“Saya dan isteri kecewa dan sedih dengan kejadian berlaku dan menuntut ganti rugi untuk menjalani rawatan susulan sehinggalah pada 2008 hospital berkenaan memberikan pampasan RM100,000,” katanya.

Din yang ditemui di pejabat Biro Aduan Pemuda Umno Malaysia, di sini, semalam, berkata sepanjang menunggu proses pampasan dikeluarkan, dia terpaksa berulang alik dari kampungnya di selatan tanah air ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani rawatan anaknya setiap hari.

“Hampir ribuan ringgit digunakan sehingga memaksa saya menggadaikan barang kemas isteri untuk menguruskan rawatan anak dan perbelanjaan kami setiap bulan, malah saya turut mengeluarkan wang pampasan yang disimpan dalam akaun Amanah Raya.

“Sebulan menunggu barulah pampasan dikeluarkan dan dapatlah saya membeli kenderaan untuk kemudahan saya berulang dari kampung ke HKL,” katanya.

Dia berharap, mendapat sumbangan daripada mana-mana pihak bagi meringankan bebannya yang bila-bila masa bakal kehilangan pekerjaan akibat sering mengambil cuti demi memberi tumpuan terhadap rawatan penyakit anaknya di HKL.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh, ketika ditemui berharap ada pihak yang sudi membantu keluarga berkenaan bagi meringankan beban mereka.

“Saya akan berusaha mendapatkan pertimbangan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memberikan rumah sewa beli Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada keluarga ini demi memudahkan mereka menjalani rawatan anaknya di sini,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi pejabat Biro Aduan di talian 03-62078706 atau Din 012-7902436.

Artikel ini disiarkan pada : 2010/11/09 Sumber : my Metro


4 comments:

  1. Moga remaja ini akan terus tabah menjalani kehidupan, dan keluarganya akan kuat memberikan semangat. Walaupun kelalaian manusia, dan tuntan pampasan dibuat dan mungkin juga orang berkenaan didakwa, but it will not change anything. This boy will have to fight himself,HIV, stigma and prejudice for the rest of his life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DarkAngel a.k.a MalaikatGelap

      Insyaallah mudah-mudahan budak ni sihat pada hari ini....

      Delete
  2. InsyaAllah sama2 kita membantu anak malang ini ye Najmi...

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST