Friday, 12 October 2012

PETUA MURAH REZEKI

Berkat hari Jumaat pada hari ini saya berkongsi kiriman email dari seorang rakan saya; Semoga Allah memberkati dan merahmati pengirim email tersebut juga Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.


Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata….. .
” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)” nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi: 

“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh, tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar-benar dan bersungguh-sungguh)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal, insyallah, rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha). Mari kita cuba, Allahhuakhbar, InsyaAllah, Allahu Akbar !

Wallahualam




Sekadar berkongsi tingkah laku saya disini; BERBUAL BERBISIK SEORANG DIRI TIADA SIAPA YANG TAHU. 

Ya berdoa kebahagian ibubapa antara amalan yang mulia dan baik. Saya tahu tetapi tidak pernah nak ambil tahu atau peduli tentang pekara ini. 

Bagi saya, saya sendiri tidak pernah tertinggal doa saya selepas solat walau sehari pun minta kebaikan buat emak, sehingga setiap kali sehingga selisih didapur (sekerap mana sekali pun) saya sudah terbiasa terus terlintas dalam hati berdoa apa sahaja yang baik buat emak, kerana itu "maybe" hidup saya sehingga kini setelah hampir 7 tahun tidak bekerja masih tetap dimurahkan rezeki. Walaupun sedikit tetapi masih mencukupi. 

Untuk pengetahuan anda sebulan saya hanya memperolehi pendapatan hanya RM90 sedekah ikhsan dari dua orang kakak saya, dengan duit sebanyak itu saya guna untuk membeli keperluan harian hidup saya seperti ubat gigi, sabun, susu, menambah kredit handset dan sebagainya, malah masih cukup untuk saya masukkan kedalam tabung masjid sedekah pada setiap hari Jumaat dan sesekali sekala mampu saya salurkan bantuan kepada mereka (menghadapi musibah) yang memerlukan bantuan melalui akaun bank yang diberi. 

Alhamdulillah apabila saya memperolehi email (perkongsian entry di atas) dari seorang kawan yang mahu saya sharekan dalam blog untuk renungan kita semua, saya semakin faham maknanya doa kebaikan (Al Fatihah) buat ibubapa. 

Mudah-mudahan kita semua mulai hari ini kembali berdoa pada setiap hari kesejahteraan buat ibubapa kita dan semoga hidup kita sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati Allah sentiasa.

Jangan lupa solat sunat Dhuha.....:)

Wallahuallam

8 comments:

  1. Allahuakbar..jazakallah dik..Barakallah, insyaAllah..akak copy some ltk kat fb ya, tqvm

    ReplyDelete
  2. Many thanks for sharing.

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing .. sangat2 memerlukan nasihat ini ...

    ReplyDelete
  4. Ya Allah...tuhan yang kusembah siang dan malam..tuhanku yang memiliki Arashy yang Tinggi...sampaikanlah cintaku
    kepada orang yang membawa aku kepada mencintaiMu...perkenankanlah doaku kepada orang yang mendoakanku...
    ...kumpulkan kami semua bersama kekasihMu...terangkanlah jalan kami dengan cahaya ....nurMu....Amin.

    ...kini saya cuba memahami...lintasan doa dari hati...lintasan doa dalam sujud ini....hebatnya Allah menciptakan
    mahklukNya bernama hati.....
    Ya Allah hadiahkan kami semua dengan rahmatMu.....Amin ya Rabbi.

    syukran jazillan

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST