Sunday, 21 October 2012

PENYAKIT SINDROM KURANG DAYA TAHAN PENYAKIT (AIDS)

 Human Immunodeficiency Virus (HIV)
Apa itu AIDS?
  • AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) atau Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit adalah satu penyakit yang serius disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus).
  • Apabila sistem pertahanan badan tidak berfungsi, bakteria dan virus-virus lain boleh menjangkiti tubuh badan, menjadikan individu tersebut sakit teruk.

Bagaimana HIV bertindak ke atas tubuh badan? 

HIV merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil 'CD4 helper lymphocyte' (Sel CD4). Sel CD4 bertindak sebagai utusan kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh badan yang lain, memberitahu mereka untuk melawan organisma yang menceroboh. 

HIV melekat dan menjangkiti sel CD4 dan mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam proses ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan lain.

Mereka yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma. AIDS boleh melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.

Kaitan antara paras CD4 dan peringkat penyakit

1. Peringkat Primer
Berlaku 2 - 4 minggu selepas jangkitan berlaku, hanya 50% mempunyai simptom seperti: selsema, kelenjar membengkak, ruam pada badan, demam, hilang selera makan, hilang berat badan, berpeluh diwaktu malam, sakit kepal dan lesu. Berakhir kira-kira 1- 2 minggu.
Seroconversion (Window period)
 
Bila virus memasuki tubuh, sistem daya tahan badan akan membentuk antibodi. Jangkamasa dari virus masuk ke dalam badan hingga mula nya terbentuk antibodi yang dapat dikesan oleh ujian mengambil masa 3 minggu hingga 6 bulan. Dalam waktu ini, pesakit boleh menjangkitkan orang lain jika terus mengamalkan tingkahlaku berisiko
 
2. Peringkat Asimptomatik
Pesakit tiada tanda-tanda dan gejala yang ketara. Individu kelihatan seperti biasa dan nampak sihat. Tempoh pengeraman : 5 hingga 8 tahun tetapi replikasi virus HIV  adalah berterusan. Risiko infeksi tinggi  dan paras sel CD4 menurun berterusan.
 
3. Peringkat Simptomatik
Pertahanan tubuh menjadi sangat lemah dan hampir lumpuh. Gejala-gejala yang dihidapi adalah seperti :
      • Kehilangan berat badan melebihi 10%
      • Demam berpanjangan melebihi 3 bulan
      • Cirit-birit berpanjangan
      • Pembengkakan kelenjar
      • Jangkitan kayap (multi-dermatomal)
4. Peringkat AIDS
Ataupun “Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit” merupakan peringkat terakhir jangkitan HIV. Pada tahap ini sistem daya ketahanan badan melawan jangkitan penyakit telah dilumpuhkan oleh virus HIV . Paras CD4 < 200 sel


 oral candidiasis
esophageal candidiasis
fungal infection  Penicillium Marneffei
herpes simplex (HSV1)
herpes simplex (HSV2)
psoriasis
kaposi sarcoma
pulmonary TB
toxoplasmosis
pneumocystis carinii pneumonia
herpes zoster

Bagaimana anda dijangkiti HIV? 

Anda boleh dijangkiti HIV jika anda terdedah dengan bendalir badan individu yang HIV positif. Bendalir badan yang boleh menyebarkan virus ini adalah : darah, cecair faraj, air mani dan susu ibu. Bendalir yang dijangkiti ini boleh merebak ke tubuh badan seseorang semasa :

  • Mengadakan hubungan seks dengan individu yang HIV positif
  • Berkongsi jarum atau alat suntikan dengan individu yang HIV positif
  • Ibu hamil yang HIV positif akan merebakkan virus kepada kandungannya semasa hamil, semasa kelahiran dan semasa penyusuan susu ibu
Ketahuilah status kesihatan anda sendiri di samping mengetahui kegiatan seksual pasangan anda.
 
Buatlah keputusan yang bijak dalam memilih pasangan. Pastikan jawapan kepada soalan-soalan ini:
  • Adakah dia bebas dari jangkitan HIV dan penyakit kelamin?
  • Adakah dia seorang yang setia, atau adakah dia mempunyai pasangan lain?
  • Adakah dia seorang pengguna dadah atau bekas pengguna dadah?
  • Apakah latar belakang aktiviti seksualnya sebelum ini?
Dalam pada itu jangan lupa tanyakan juga pada diri anda sendiri :
  • Adakah anda bebas dari jangkitan HIV, hepatitis atau penyakit-penyakit merbahaya yang lain?
  • Adakah anda yakin status kesihatan anda?
  • Adakah anda seorang penguna dadah atau bekas pengguna dadah?
  • Mungkinkah anda perlu menjalani sebarang ujian darah?
  • Jika anda juga mengidap jangkitan seksual (STIs) pada masa yang sama, anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV semasa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan. Anda berhak dan bertanggungjawab meminta pasangan anda menggunakan kondom bila mengadakan hubungan seks. Seorang wanita menghadapi kemungkinan dijangkiti HIV tiga hingga lapan kali lebih tinggi daripada lelaki bila melakukan seks faraj tanpa condom.

Bagaimana jangkitan HIV dikesan?



Jumpa doktor untuk ujian darah. Keputusan ujian darah akan mengambil masa beberapa hari. Keputusan anda adalah sulit. Anda juga boleh mendapatkan sesi kaunseling untuk maklumat lanjut mengenai jangkitan HIV dan pencegahannya.

Bolehkah ia dirawat? 

Pada masa ini jangkitan HIV tidak dapat dipulih sepenuhnya. Kombinasi ubatan antivirus dan ubatan (HAART) yang meningkatkan pertahanan tubuh badan digunakan untuk mengawal jangkitan, bagi terus hidup sihat dan memanjangkan usia pengidap HIV.


Sumber : http://jknns.moh.gov.my
















2 comments:

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST