Sunday, 21 October 2012

PENYAKIT SIFILIS

Apa itu Sifilis?

  • Ia disebabkan oleh satu organisma yang dinamakan 'spirochete'
  • Sifilis disebar melalui hubungan seks secara oral, dubur dan vagina 
  • Ia juga boleh disebar dari seorang ibu kepada bayinya semasa kehamilan
Bagaimana anda tahu anda mengidap Sifilis?
Sifilis berlaku dalam 4 peringkat.

Peringkat 1

  • Ulser yang tidak sakit dan kemerahan pada vagina, dubur, penis atau mulut
  • Ulser ini dipanggil 'primary chancre' dan akan hilang selepas beberapa minggu
  • Kelenjar limfa mungkin membengkak pada masa yang sama
  • Seseorang yang terdedah kepada sifilis mungkin tidak perasan kehadiran 'chancre' yang mungkin timbul selepas 3 hari hingga 3 bulan kemudian

 Peringkat 2

  • Jika tidak dirawat, ruam akan timbul pada bahagian badan, kedua-dua belah tapak tangan dan tapak kaki.
  ruam di kedua-dua belah tapak tangan
 ruam di kedua-dua belah tapak kaki
 ruam di badan
  • Ulser boleh timbul pada bibir, mulut, kerongkong, vagina  dan dubur
  • Gejala seperti selesema, demam dan sakit badan mungkin berlaku.
  • Peringkat 2 boleh berlaku selama 1-2 minggu dan akan hilang walaupun tanpa rawatan

 Peringkat 3

  • Jika tidak dirawat pada peringkat awal, seseorang itu akan terus memendam penyakit sifilis tanpa sebarang tanda/gejala. Ia akan berlarutan sehingga beberapa tahun.
  • Walau bagaimanapun ia dapat dikesan melalui ujian darah.

Peringkat 4

  • Jika masih tidak dirawat, ia akan melarat ke peringkat lebih teruk iaitu 'Tertiary Syphilis'
  • Kuman 'Spirochetes' telah merebak ke seluruh badan dan akan melibatkan : otak , jantung , saraf tunjang , tulang
Tertiary Syphilis
Di antara gejala-gejalanya adalah:
  • Kesukaran untuk berjalan
  • Kebas
  • Buta secara beransur
  • Kematian

Apakah komplikasi Sifilis?

  • Sifilis sangat merbahaya jika ianya tidak dirawat
  • Jika berlakunya kerosakan pada otak dan masalah kesihatan yang serius, ia tidak dapat dirawati lagi
  • Ibu yang hamil akan menjangkiti bayinya menyebabkan kecacatan bayi yang teruk sejak lahir. 

Bagaimana Sifilis dirawat?

  • Doktor anda akan membuat diagnosa selepas membuat pemeriksaan dan ujian darah
  • Sifilis peringkat awal boleh dirawat dengan mudah menggunakan antibiotik
  • Pesakit yang kronik memerlukan rawatan yang lebih lama
  • Malangnya, kerosakan pada tubuh badan pada peringkat akhir tidak dapat dirawati lagi

Bagaimana Sifilis dicegah?

Sifilis dapat dicegah melalui :
  • Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
  • Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
    • Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
    • Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan Sifilis, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
    • Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.
Jika anda juga mengidap penyakit Sifilis pada masa yang sama, anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV semasa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.

Sumber : http://jknns.moh.gov.my

Sebelum Nikah






37 comments:

  1. adakah dengan menggunakan alat pengesan hiv kit and sifilis kit di klinik2 or hospital2 dapat membantu untuk mengesan kedua2 penyakit??? walaupun saya tidak mempunyai penyakit tersebut tetapi saya ingin membuat jian berikut kerana saya kerap melakukan hubungan seks songsang bersama kekasih saya dan saya terlalu kerap bertukar2 pasangan.... tq..(achik from klang)

    ReplyDelete
  2. Saiful irfan
    Saya tak pasti sama ada HIV Test KIT boleh melakukan ujian 2 dalam satu iaitu HIV dan sifilis, rasanya tak boleh kut. Kita perlu melakukan dua ujian yang berbeza. Ujian siflis perlu dilakukan di hospital atau klinik itu yang lebih baik. Buat pengetahuan Saiful kebanyakan oraang memang ada kuman siflis terutama yang kerap melakukan aktiviti berisko ini, itu normal, cuma kuman siflis tak keluar kalau tubuh badan kita kuat system kekuatan kita kuat. Kalau kita sakit atau kekuatan tubuh lemah maka symptom siflis boleh muncul, malah kalau kita stress juga symptom siflis boleh muncul. Kuman ini kebanyakkan orang memang ada, kalau tak percaya cuba siful lakukan ujian di klinik, kalau selalu buat aktiviti berisiko maka peluang dah ada kuman tu memang tinggi…ianya tak bahaya sangat kalau kesihatan kita ditahap yang tinggi baik sihat, bahaya kalau system kita lemah.

    Wallahuallam…

    ReplyDelete
  3. Apabila tengok gambar pesakit herpes n sifilis mcm sama je..,

    ReplyDelete
  4. sy nk tanya jika sseorg tlh mmpunyai pnyakit sifilis apakah risio yang akan blaku setelah dia bkahwin...adakah pnyakit itu akan pada pasangan da adakah ia akan membahayakan zuriat yang dikandung oleh pasangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Teratak.Johor

      Sudah tentu penyakit ini boleh dirawat dan boleh sembuh, apabila sembuh tak menjadi masaalah selepas berkahwin kelak. Kalau dah sembuh sepenuhnya sudah pasti tidak akan membahayakan zuriat kelak. Itu pandangan saya lah. Sebaiknya saudara kena rujuk dengan doktor pakar ya...:)

      Delete
  5. salam....saya nak tanya...
    saya kurang pasti jika saya menghidap sifilis..dan saya kerap bertukar pasangan...(kebanyakannya adalah one night stand)...
    pada tahun 2010 yaitu pada waktu saya berumur 17thn...saya mempunyai seorang pasangan yang mendakwa bahawa dia telah menghidapi sifilis dan yakin bahawa penyakit ini dijangkiti daripada saya..kerana saya adalah orang terakhir yang ditidurinya..(kami cuma bergaul sebanyak 2 kali)..akan tetapi pada waktu itu dan sehingga kini saya tidak pernah mendapat apa2 simptom seperti yang dinyatakan di atas..saya tidak merasakan apa2 perubahan pada diri saya...
    jadi soalan saya ialah..
    1)..pada pendapat saudara benarkah sifilis itu dijangkiti daripada saya.?
    2)..adakah sifilis boleh menjangkiti seseorang walaupun hanya berhubungan sekali dengan si pesakit.?
    3)..mungkin kah pasangan saya telah menghidapi penyakit tersebut akan tetapi ianya cuma kebetulan dia mendapat simptom sifilis setelah melakukan hubungan dengan saya,adakah hal seperti ini berlaku??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Setahu abang lah kalau sistem kekebalan badan saudara kuat maka susah nak keluar simptom2 siflis tu lagi walaupun sememangnya saudara ada penyakit itu.Simptom hanya keluar bila sisstem kekebalan badan saudara lemah. Dan tidak mustahil juga pasangan saudara ada siflis dari pengelibatan beliau dari pasangan yang terdahulu. Boleh kah percaya yang dia tidak ada pasangan lain sebelum ini?

      Sama seperti HIV walau sekali main dengan pasangan yang ada penyakit kelamin saudara boleh dijangkiti penyakit itu.

      Jawapan soalan ke 3 ya..ada kemungkinan. Dan sebaiknya saudara perlu buat ujian di hospital bagi memastikan sama ada benar saudara positif siflis atau tidak, jika ada doktor akan beri antibiotik bagi merawat penyakit itu.

      Wallahuallam...rujuk dengan doktor lah ya...:)

      Delete
  6. Salam, abang najmi biasa berapa hari selepas jangkitan akan nampak kesan2 sifilis ni? Saya suka mgunakan tisu magic/tisu basah yg bila kita kenekan pd kepala zakar dan ia akan terasa kebas. Sy pernah mengalami luka di keliling kulit yg bekas jahit sunat dan tdk berasa gatal2 spt kbykan org bcerita tntang sifilis. Sy anggap itu mgkin kesan dr tisu basah(ubat kebas)yg kerap sy pkai krn ia seakan akan melecet shj slepas sminggu ia hilang. Bila sy tbaca byk artikel2 yg mngatakan sifilis juga tdk gatal2. Ini menimbulkan keresahan kpd sy. Bolehkah sy dptkan pemeriksaan dan rawatan di klinik2 swasta? Ataupun hanya di klinik dan hospital kerajaan shj boleh merawati penyakit kelamin ini? Mohon pandangan abang klinik/hospital mn seharusnya sy tuju???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Sudah tentu boleh biat rawatan diklinik hospital kerajaan, tetapi pergi ke klinik luar hospital kerajaan dulu, jika doktor luar tak boleh rawat atau maybe ianya berkaitan dg penyakit kelamin maka doktor diklinik luar akan suruh saudara ke klinik pakar hospital kerajaan.

      Jika klinik swasta, sudah pasti ada rawatannya tetapi jika benar siflis maybe kos nya agak mahal. Cuba google cari klinik (swasta) penyakit TUAN yang berdekatan dengan dengan tempat kediaman saudara

      Pada abg hospital kerajaan pun baik (kos lebih murah) swasta pun ok..ikut kemanpuan dan yang mana difikirkan mudah. Hospital kerajaan mungkin ramai orang dan mungkin terpaksa ikut beberapa prosedur serta mengambil masa, tetapi kalau swasta lebih cepat dan tak banyak kerenah...

      Buat lah ujian bagi memastikan penyakit yang tepat

      Delete
    2. Assalammualaikum abang najmi. Saya nak tanya, di bahagian kemaluan saya tapi bukan di kepala. Terdapat 2,3 bintik-ii warna ungu pekat. Haritu saya picit, sebab nampak macam jerawat, lepas tu jadi warna ungu pekat. Dkat bahagian bola pulak ada dua. Itu ape benda abang najmi? Adakah dapat untuk mengatasinya?

      Delete
  7. Assalammualaikum abang najmi. Saya nak tanya, dibahagian kemaluan saya, tapi bukan di kepala. Ada 2 , 3 bintik kecil. Haritu saya pernah picit. Sebab nampak macam jerawat. Tapi sekarang, dia berubah warna ungu pekat,dkat bahagian bola saya pun ada 2 bintik sekarang. Kenapa eh? Adakah itu simpton sifilis? Tolong jelaskan dan cara untuk mengatasinya.

    ReplyDelete
  8. Dapat tak comment saya abang najmi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab liang peluh tersumbat, ya mungkin jerawat. Untuk mengetahui sama ada kita ada siflis atau tak kena buat ujian darah. Tapi abg rasa apa yang saudara alami itu (jika tak pernah buat aktiviti seks dengan berbilang pasangan lah) mungkin sebab jerawat biasa. Wallahuallam

      Delete
    2. Saya pernah melakukan seks tapi mengunakan kondom. Abang najmi, Sekiranya hiv negatif? Itu tanda baik kan? Lepas itu, kalau saya sapu madu lebah dkat bahagian bintik tu, boleh hilang tak?

      Delete
    3. Salam,

      Melakukan seks mengunakan kondom mungkin boleh mengurangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin. HIV negetif bermakna tidak ada HIV, (maknanya baik lah tu) manakala HIV positif bermakna ada HIV. Sapu madu kat bintik2 tersebut? abg tak pasti tapi kalau lah saudara ada siflis (nak tahu ada siflis kena buat ujian darah kalau tak silap abang) kena lah dpatkan rawatan doktor ada ubatan yang akan diberi.

      Bintik2 tak semestinya sebab siflis, sebab tu jika ada melakukan aktiviti berisiko jika kita rasa bintik2 tu sebab penyakit kelamin kena lah buat ujian untuk mengesahkannya...

      Wallahuallam

      Delete
  9. Yelah klau jerawat tu sy juga biasa ada. Kadang2 yg jdi mcm bisul pn ada, dia biasa akan tumbuh pd tundun kemaluan(zakar). Behari hari sakitnye, bila pecah darah pekat + campur nanah bau busuk sgt. Adakah itu juga sifilis? Bila ke klinik doktor kata biasa bisul darah kotor, klau org2 tua kampung pulak dia kata seduan sundal. Bila tjumpa artikel2 sbegini, mbuatkan sy utk brtanya adakah itu juga sifilis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada buat ujian darah bagi menentukan sakit tu? kalau doktor yang pakar tu sekali pandang dah tahu jenis penyakit..tapi lebih baik buat ujian darah bagi menentukan sama ada ianya siflis atau tak...

      Delete
    2. As salam..sy ada soalan..
      Prtama soalan sy.:Di atas dinyatakan peringkat 1 dan ke 2 akan hilang walaupan tidak dirawat.adakah ia bermaksud sembuh.???

      Soalan kedua: adakah sifilis boleh sembuh dengan sendiri??

      Delete
  10. Kalau sy pergi ke hospital nk buat ujian siflis mcmne???
    Sy dh buat hiv test negtive...
    Nk buat ujian siflis plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Kalau buat ujian di klinik swasta lebih mudah..jumpa aje staff kat kaunter dan beritahu nak buat ujian penyakit ini. Tapi kalau nak buat dihospital kerajaan kena pergi ke klinik luar hospital kerajaan dulu..jika doktor di klinik luar rasa kes saudara perlu dirujuk kepada klinik pakar mereka akan beri surat nanti untuk saudara jumpa doktor pakar pulak.

      Delete
  11. Tye ckit..kalau kencing je rasa sakit dan kadang2 keluar cecair kuning...cmne lax 2???
    Xde kesan bernana kt luar....biasa je...

    ReplyDelete
  12. Bang nk tye ckit...lw kencing rasa sakit dan kdg2 keluar cecair kuning....cmne lak 2 ye???
    Kalau kite baring pgg kmaluan keluar cecair 2 tp x banyk....xde pn ksa2 luka tw mlecet mngelupas kulit...ape.pndapat abg??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada buat seks bebas, atau aktiviti berisiko mungkin sebab penyakit kelamin tu, kena lah jumpa doktor, mungkin penyakit tu baru nak mula kut..

      Delete
  13. Salam abg najmi. Boleh bagi number abg tk? Saya nk whatsapp abg, nk bagi gambar. Kawan saya ade alami sakit kelamin. Nk tanya abg tu sakit apa. Boleh bagi number abg tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Maaf abg tak share fon no abg, tapi saudara boleh add abg kat fb dan boleh chat melalui messenger...:)

      Delete
    2. salam najmi ubat tradisional mana boleh rawat siplis. kwn sy dia keluar cecair kuning dihujung zakar, katanya tak ada ulser. lagi satu berapa lama boleh baik smbuh

      Delete
    3. Salam

      Ubat tradisional memang tak boleh nak rawat siflis..abg tak tahu pulak mengenai itu. Kawan yang ada keluar cecair kuning dihujung zakar (mungkin nanah) dia mungin alami gonorea..yang penting jumpa lah doc dengan segera, nanti doc akan bagi injection, insyaallah akan kembali sembuh...jangan biarkan tanpa rawatan nanti akan bertambah parah...

      Delete
  14. Salam
    Sy nk tnya.. siflis ni ade rasa gatal2 ke kat kulit ? Or gatal2 tu hanya sakit kulit biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tentu akan mengalami rasa gatal2..dan sakit. Wallahuallam

      Delete
  15. As salam..nk tnya..dia atas dinyatakan pringkat ptama dn kdua akan hilang walaupn tanpa dirawat,adakah ia brmaksd sembuh??
    Soalan kedua.adakah dgn mengambil antibiotik diperingkat awal atau ketahanan badan sipengidap baik dn kuat ia boleh sembuh dengan sndiri.???.

    ReplyDelete
  16. As salam..sy nk tny,diatas dinyatakan pringkat ptama dn kdua akn hilg sndri ttnpa dirawat.adakah ia brmakne sembuh???
    Soalan kdua..klau si pengidap mmpunyai kkuatan bdn dn ksihatan yg baik atau pn dia mngmbil ubat antibiotik adakah sifilis ini akn smbuh dgn sndiri??

    ReplyDelete
  17. As salam..sy nk tny,diatas dinyatakan pringkat ptama dn kdua akn hilg sndri ttnpa dirawat.adakah ia brmakne sembuh???
    Soalan kdua..klau si pengidap mmpunyai kkuatan bdn dn ksihatan yg baik atau pn dia mngmbil ubat antibiotik adakah sifilis ini akn smbuh dgn sndiri??

    ReplyDelete
  18. As salam..sy nk tny,diatas dinyatakan pringkat ptama dn kdua akn hilg sndri ttnpa dirawat.adakah ia brmakne sembuh???
    Soalan kdua..klau si pengidap mmpunyai kkuatan bdn dn ksihatan yg baik atau pn dia mngmbil ubat antibiotik adakah sifilis ini akn smbuh dgn sndiri??

    ReplyDelete
  19. As salam..sy nk tny,diatas dinyatakan pringkat ptama dn kdua akn hilg sndri ttnpa dirawat.adakah ia brmakne sembuh???
    Soalan kdua..klau si pengidap mmpunyai kkuatan bdn dn ksihatan yg baik atau pn dia mngmbil ubat antibiotik adakah sifilis ini akn smbuh dgn sndiri??

    ReplyDelete
  20. Salam. Saya ada satu soalan . Kalau di alat kelamin kita ada simpton2 seperti kulit kering , seperti kulit mengelupas adakah kita dijangkiti siflis? Adakah siflis boleh dikesan melalui ujian darah ?

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST