Tuesday, 23 October 2012

PENYAKIT HERPES DAN PENCEGAHANNYA

Penyakit Herpes
Anda ingin tahu penyakit kelamin yang mudah berjangkit. Penyakit herpes iaitu Herpes genital sangat mudah berjangkit. Penyakit herpes ini berjangkit melalui hubungan kelamin.



Apa itu Herpes

Penyakit herpes genital disebabkan oleh virus herpes simplex. Dua jenis virus herpes dikenal pasti: Virus herpes mulut atau HSV 2. Virus herpes genital atau HSV 1. Virus herpes menjangkit dengan memasuki luka kecil pada kulit atau lapisan mukosa.  

Apabila anda dijangkiti virus herpes, virus akan tinggal kekal di dalam tubuh. Virus herpes tidak akan hidup di luar tubuh badan anda. Oleh itu tidak ada risiko penularan melalui perkongsian guna tandas, tuala atau barang-barang lain yang diguna oleh orang yang mengidap penyakit herpes.


Tanda-tanda Herpes


Penyakit Herpes Simplex Jenis 1

Tanda-tanda herpes yang boleh dilihat ialah ruam, kudis berisi air di dalam mulut atau bibir. Ia diikuti dengan ulser mulut yang sakit. 

Tanda-tanda herpes lain ialah demam ,gusi bengkak serta merah, selaput putih pada lidah, bengkak kelenjar leher dan sakit-sakit otot. Organ mata dan sistem saraf juga boleh terlibat sama. Tanda-tanda herpes ini agak lewat terjadi, mungkin beberapa hari, minggu atau bulan kemudian

Penyakit Herpes Simplex Jenis 2

Tanda-tanda penyakit herpes simplex 2 biasanya kelihatan di faraj, zakar, kerandut zakar, punggung dan dubur. Virus herpes ini boleh menjangkit melalui seks oral. 

Simptom penyakit herpes ini ialah gatal-gatal atau sakit serta ruam di kawasan terbabit. Kadangkala berlaku pembengkakan kelenjar dan demam. Anda akan terasa sakit semasa kencing jika jangkitan virus herpes ini menjangkit zakar. 

Ruam ini kadang kala menjadi ulser. Lelehan cecair atau darah akan keluar dari ulser tadi. Ulser herpes genital akan sembuh dalam tempoh 2 hingga 4 minggu. Herpes genitalis berjangkit melalui hubungan kelamin tidak selamat.


Komplikasi Herpes

Virus herpes tidak akan menyebabkan komplikasi yang teruk selain ruam pada kulit jika menjangkiti individu yang sihat. 

Pesakit HIV dan Aids dan pesakit-pesakit yang mempunyai sistem pertahanan imuniti yang rendah akan mengalami jangkitan herpes yang lebih teruk dan lama. Individu yang menghidapi virus herpes genitalis lebih berisiko untuk membawa penyakit-penyakit kelamin lain termasuk HIV. 

Jika ibu-ibu melahirkan anak dan mengalami ruam kemaluan disebabkan virus herpes genital, ia boleh menjangkiti anaknya yang baru lahir. Bayi yang dijangkiti akan mendapat komplikasi kerosakan otak, kebutaan atau kematian. Kadar jangkitan mudah berlaku dan lebih tinggi pada bayi sekiranya jangkitan herpes sedang aktif pada ibu semasa bersalin. tanpa kondom.



Rawatan penyakit Herpes 

Oleh sebab penyakit herpes diakibatkan oleh virus, setakat ini tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini. Ubat antivirus oral seperti Acyclovir (Zovirax), Famciclovir (Famvir) dan Valacyclovir (Valtrex), digunakan secara meluas untuk rawatan simptom penyakit herpes ini. 

Ubat antivirus tersebut boleh membantu menyembuhkan ruam kulit dan mengurangkan jangkitan ulangan. Risiko jangkitan virus herpes kepada pasangan juga boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat oral antivirus.


Pencegahan virus Herpes 

Amalkan seks selamat. Gunakan kondom. Jangan bertukar-tukar pasangan. Amalkan seks sihat. Lakukan dengan pasangan sah iaitu suami-isteri. Sekiranya dijangkiti virus herpes genital, beritahu pasangan anda. Tangguhkan aktiviti seks sehingga ruam pada kemaluan sembuh sepenuhnya. 

Gunakan kondom, jika perlu, bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan virus herpes pada pasangan anda. Kekalkan sistem daya pertahanan kuat dengan gaya pemakanan sihat, sentiasa melakukan senaman badan dan rehat yang cukup. Elakkan bercium jika anda sedang dijangkiti virus herpes genital. Elakkan berkongsi makanan dengan orang yang ada ulser mulut.


Mengapa penyakit virus Herpes boleh berulang-ulang? 

Faktor-faktor yang menyebabkan jangkitan berulang: Kekerapan ulangan penyakit herpes berhubung kait dengan sistem pertahanan badan yang rendah. Sistem pertahanan badan rendah berlaku pada:
  1. Pemakanan tidak sihat
  2. Tekanan (stress)
  3. Pembedahan
  4. Amalan sek ganas menyebabkan luka pada alat kelamin
  5. Datang haid atau mengandung (perubahan hormon)

  6. Sumber : Disini



    Herpes


    This STD is caused by a virus that lives in the nerves. There are two common types of herpes. Herpes simplex type 1 (HSV-1) usually causes cold sores around the mouth. Herpes simplex type 2 (HSV-2) usually causes sores in the genital area. However, it is possible to get HSV-2 in the mouth and HSV-1 in the genital area. 

    Symptoms include itchy or painful blisters. The virus is spread through skin-to-skin contact with sores, but it may also spread even before sores can be seen on the infected person. In most people, the sores come and go, but the virus stays in the body for life. 

    Genital HSV-2 infection is more common in women than men. 

    In addition, HIV+ women may have more frequent or difficult to treat herpes outbreaks. 

    There is no cure for herpes, but the antiviral drugs Zovirax (acyclovir), Valtrex (valacyclovir), and Famvir (famciclovir) can reduce the number of outbreaks if taken daily and can shorten outbreaks and make them less severe if taken as soon as symptoms begin. Valtrex has also been shown to lower your risk of passing the infection to someone else. 

    Pregnant women can pass herpes to their babies, so it is important to let your health care provider know if you have genital herpes and you are pregnant or planning to become pregnant.


61 comments:

  1. Mak Wardah,

    Pengajaran/ikhtibar (ilmu) buat semua diluar sana...heeee..

    ReplyDelete
  2. tq pada blog ni yang menyedarkan saya akan bahayanya seks songsang ataupun seks liar

    ReplyDelete
  3. judas

    Sama-sama judas...semoga hidup ada selamat sentiasa....

    ReplyDelete
  4. Can we buy the antiviral from farmasi?

    ReplyDelete
  5. salam. maaf mencelah.
    saya herpes positif. type 1 dan type 2.
    saya tersilap langkah sekali saja. tanggal 29hb jun lalu.
    sebelum ni tak pernah buat. itu pun cuma oral, tak buat seks pun.
    saya anggap ni ujian Allah Taala.
    Ya lah, orang lain bersedap2an buat seks tak kena.
    saya yang baru oral, seks pun tak buat. kena.

    waktu lepas oral tu saya dah terfikir. lepas tu terus kumur, muntah nak buang. tapi tak berhasil. benda tu dah masuk.

    dah la saya belum kahwin. tak pernah rasa hubungan seks lagi. tak larat nak nangis.

    -ameba

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon sama ameba, belum kahwin tapi dah kena penyakit ni,
      dalam otakk pikirr macam mana nak kahwin, nak kahwin takut effect pada keluarga,
      balasan Allah, anyway harap ameba dapat inbox saya kawasakicoplos@gmail.com
      saya buntu hadapi penyakit sorang sorang, harap kita bole share maklumat, tq

      Delete
    2. Saya ada treatment utk bunuh virus herpes type 1 n 2. Saya dulu infected dgn herpes pada 2013. Tp skang saya dh free dr virus tu. nast1err@yahoo.com

      Delete
    3. I will email u personally.. hopefully, in sha Allah hsv will cured

      Delete
    4. saya pun ingin tahu bagaimana nak virus free ni...

      Delete
  6. -ameba

    Herpes masih boleh dikawal dan ada rawatan, kebanyakkan dikalangan pengamal seks bebas dengan ramai pasangan sangat berisiko mendapat Herpes dan penyakit2 kelamin lain dan HIV.

    Ameba hanya sekali buat oral seks sudah dijangkiti herpes, benar itu ujian Allah, ameba perlu bersyukur cuba bayangkaan bagaimana kalau ameba dijangkiti HIV? saya rasa bukan sahaja menangis malah meroyan berbulan2.

    Ada kes seorang yang pertama kali lakukan seks bebas pun sudah dijangkiti HIV, ada pembaca mengirim email beritahu dia pernah main hanya dengan beberapa pasaangan aje sudah dijangkiti HIV, itu maknanya Allah nak sedarkan dia dan sayangkan ia agar dia tak terus terlanjur.

    TETAPI ada individu yang sudah main dengan beratus pasangan selama bertahun2 tapi masih sihat segar.

    Apa pun kita kena positif, ameba perlu bersyukur sebab tidak dijangkiti HIV....

    Tunggu sahaja melakukannya selepas bernikah nanti ya...:) Usah bimbang ok jalani hidup dg lebih baik lagi dimasa depan...

    ReplyDelete
  7. adakah penghidap herpes boleh berkahwin....mcmana sya nk beritahu pasangan saya yang saya penghidap herpes....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Sudah tentu boleh berkahwin, setahu abg herpes ni ada 2, (herpes 1 dan herpes 2) baca artikel diatas.

      Herpes 1 kebanyakkan orang memang ada jenis ini dalam darah mereka (jangkitannya agak mudah terutama yang aktif mengamalkan aktiviti seks bebas) dan tidak seberbahaya seperti herpes 2 dan jika dikesan kita ada herpes 1 ini maka doktor akan memberi anti biotik bagi mengawalnya.Setahu abg kalau diklinik swasta ubatan anti biotik ni agak mahal hampir RM400 (sebab kawan abg baru sahaja bercerita mengenai masaalah yang dia alami herpes 1 ni).

      Pada abg tak perlu beritahu pasangan (yang penting kita berubat) sebab herpes 1 ni boleh dikawal dan tidak aktif apabila tubuh badan kita sihat serta sistem imun badan kita kuat. Ada kala seseorang yang sihat pun ada herpes 1 tapi akibat kekebalan sistem imun mereka kuat maka kuman herpes dlm badan tidak aktif dan apabila mereka mengalami tekanan atau stress maka simptom2 herpes boleh muncul sebab kekebalan sisitem imun menjadi lemah

      Rujuk dengan doktor tanya pandangan mereka mengenai pekara yang saudara alami ini...Jangan stress...:)

      Delete
  8. Mcmna pula klau org tu kne herpes 2?masih boleh berkahwin ke?bolehkah seseorang itu menjalani kehidupan seks sprti org normal? Adakah penyakit herpes ni boleh bawa kpd hiv?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmil

      Berbincang dg doc kerana doc lebih mengetahui tentang penyakit ini, ingat ya abg ni bukan doc

      Delete
    2. pm saya bro azmil may kawasakicoplos@gmail.com
      we are in the same situation.

      Delete
  9. Salam.. sy bru mndpt tahu sy menghidap herpes jenis 2..sy tdk tahu dr mana puncanyanya penyakit ini dgn sy. Adakah penyakit ini blh mnyebabkan sy tidak bleh mngandung? Sy tlh brkahwin hmpir 2 tahun lbh dn blm mpunyai zuriat. Proses penyembuhan pula brp lama? Ada kemungkinan untuk berulang kembali x penyakit ni? Thanxx.. :"(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu abg ada 2 jenis herpes,

      Herpes 1 kebanyakan orang ada kuman ini, dan tak bahaya sangat masih boleh dirawat.

      Herpes 2 lebih bahaya, setahu abang ada ubat bagi mengawal kuman herpes ini, saudari kena rujuk dengan doktor pakar dan sekiranya kuman dapat dikawal dengan pengambilan ubata2an, sudah tentu saudari boleh mengandung. Hal sebegini kena rujuk kepada doktor berkaitan...ya...:)

      Delete
    2. Terima kasih abg.. untuk pngthn abg, sy tlhpun bjumpa dgn doktor pakar sakit puan, di pusat perubatan naluri, wangsa maju. Dia memaklumkan saya mnghidap pnyakit herpes ini dan memberikan beberapa jenis ubat antibiotic utk dimakan. Dia juga menasihati sy agar membuat rendaman air garam dikwasan punggung bagi mbolehkan ia cepat kering. Adakah memang tiada ubat sapu/cream utk diletak ke tpt berkenaan? Saya juga risau untuk bergerak kerana ulser di tempat tersebut membataskan segala pergerakan saya kerana terlalu pedih, lagi2 jika saya membuang air. Terasa ngilu dan pedih yang teramat sangat.. ada rawatan tradisional lain x selain merendamkan punggung ke dlm air garam tersebut.. terima kasih abg.

      Delete
    3. Salam,

      Dulu abang pernah alami gatal2 dicelah kangkang, ianya merebak dan luka. Abg tak pasti sebab apa mungkin sebab sisitem kekebalan badan abg lemah ketika itu (tak pasti juga sebab herpes ke atau tak). Yang abg selalu buat ialah mandi dengan air dettol + air suam (panas) kemudian tanpa bilas abg lap dg tuala dan sapukan dg krim yang doktor bagi atau bedak (antiseptik). Itu cara abg lah...alahmdulillah ianya melegakan.

      Tapi dalam kes saudara, ikut lah nasihat doktor tu, kalau pedih tu biasa lah insyaallah akan berkurangan nanti....

      Delete
  10. Salam. Sy menghidap hsv-2..kalau nengandung adakah anak dijangkiti jugak dengan penyakit tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Maaf abg tak pasti nak jawab pertanyaan saudari itu, sebaiknya saudari kena rujuk dengan doktor.

      Delete
    2. salam...boleh kita mengandung kalau ada hsv 1 or hsv 2. cuma masa nak beranak tu mmg c section la sebab kita tak nak anak itu dijangkiti melalui birth canal. consult dengan doctor k. herpes ni masih ok lagi. just kalau ada outbreak kita jangan buat hubungan sex or even intimate dgn pasangan kita...tp untuk lebih lanjut consult doktor

      Kate

      Delete
    3. Terima kasih Kate....dg penjelasan tersebut...:)

      Delete
    4. salam..saya nak tanya..kalau kita disahkan herpes 1 adakah bayi boleh berjangkit melalui susuan badan?

      Delete
  11. assalamualaikum..
    abg najmi, sy nk tnya..last sy buat oral sex on 1 may 2014..pastu sy ada buat ujian STD dan dh dpt result semggu lepas tu on 24 june 2014..sume -ve..sy nk tau penyakit kelamin lain selain hiv, ada window period jgk ke?perlu x sy buat ujian STD skali lg nnt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Maaf abg tak pasti sama ada STD lain tu ada window period atau tak.....tanya pada doktor lah sama ada nak ulang lagi ujian STD tu atau tak...

      Delete
  12. Tlg....saya laki...ada biji kemaluan....biji yg mcm jerawat tp bkn berair dan tidak sakit...adakah itu tnda awal herpes ataw apa??saya takut...mohon bantuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Biji dikemaluan tak semestinya sebab penyakit kelamin mungkin juga sebabkawasan tersebut tak bersih sehingga saluran peluh tersumbat sehingga menghasilkan jerawat. Walaubagaimana pun jika masaalah itu berterusan dan memudaratkan kena lah jumpa pakar kulit....:)

      Delete
  13. Sy kena herpes setelah menikah sama duda ,, rasa kecewa menghatui pernihan n kehidupan rumah tangan jadi kacau ,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih boleh dirawatkan dan dikawal, pergilah jumpa doktor...

      Delete
  14. Salam saudara Najmi,

    Saya nak tanya saudara kalau pernah dengar pasal Program HSV Eraser?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Tak pernah dengar...hmmm kena google lah ni nanti huhu

      Delete
  15. Eloklah google. Sebab kat situ dia kata virus Herpes ni boleh dihapuskan sepenuhnya. Tidak menggunakan perubatan moden. Katanya hanya menggunakan cara tradisional. Bagaimana tu saya tak tahu. Saya cuma nak tahu kalau2 ada pembaca kat luar sana yg daripada negara kita pernah dengar n lagi bagus kalau ada yg pernah cuba program tu. Elok juga saudara buka topik ni tanya pendapat kawan2 camane dengan program tu. Kalau2 ada yg pernah dengar juga...

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum, sy mempunyai tanda hsv 2..tetapi sy belum berkahwin dan belum pernah mengadakan hubungan seks atau oral seks.. tetapi sy pernah beberapa kali memasukan jari kedalam alat sulit sy, adakah ini turut menjadi penyebabnya ?

    ReplyDelete
  17. Salam Saudara Najmi,
    Saya lelaki mengalami kegatalan dan ada biji2 pada kemaluan tapi tak berair atau merah, cuma ada masa2 tertentu ia gatal. Adakah sy herpes? Ada cadangan klinik atau doc sekitar kl yg sy bole jmpa?

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam abg tak pasti, saudara kena jumpa doctor, pergi lah mana2 klinik luar dan tanya pada doktor, sekiranya doktor itu tidak dapat merawat saudara tentu dia akan syorkan pada saudara klinik lain yang dia tahu..

      Delete
  18. Saya agak terkejut & terkilan dengan entry ni. Saya nak betulkan beberapa fakta. Tujuannye untuk educate.

    FIRST: Zovirax & Declovir boleh beli di pharmacy tapi kena ada prescription atau sign di buku shj. Zovirax di hospital swasta RM350. Consultation fee swasta: RM80. Follow up consultation: RM20. Buka STD Profile di klinik biasa: test HSV-1, HSV-2 & HIV sekali standard RM200.

    SECOND: STD AWARENESS: Tanggung jawab setiap patient Herpes untuk INFORM suami/ isteri atau tunang atau boyfriend/ girlfriend. Jangan nak simpan rahsia sebab malu. WAJIB inform kalau nak jadi org yg bertanggung jawab. Kalau orang tu terkena, kita kena tanggung sebab tak inform awal2. Jgn menganiayi org lain! Wajib ada kesefahaman sebelum melakukan sex. Lepas confess, kalau dia taknak, kita tak boleh paksa. Kalau dia rela, pakai CONDOM & DENTAL DAM (untuk oral sex). Kalau dia terkena, at least kita tahu dia sendiri yang sanggup terima risiko--- macam ni baru kita tahu byk mana orang tu sayang kita & sanggup terima kita yang berHerpes. (Orang Barat dah biasa mengamalkan hubungan macam ni kalau ada Herpes-- biar terus terang asalkan jujur & responsible).

    Kalau kita dah ada Herpes, takkan nak biar orang lain kena jugak, kan? Takkan nak ikut hawa nafsu diri sendiri & aniaya orang lain.. Itu selfish namanya (mangsa Herpes akibat gf tak inform awal2 seperti saya akan faham).

    Kalau boleh tahan tu (macam saya) jangan buat sex dengan org lain dah. Stop 100%. Masturbate dengan porn cukup. Sediakan tisu pun cukup.

    Di Malaysia, boleh kahwin walaupun ada Herpes. Blood Test sebelum nikah cuma test HIV.

    Kepada orang yang simpan rahsia: Kalau nak couple/ kahwin dengan seseorang pun takut nak confess, apa gunanya couple/ kahwin kalau tak boleh nak percaya partner kita 100%? Kenapa perlu takut sedangkan kita berani letak kesihatannya dalam risiko? Kita yang gatal tangan buat sex sebelum ni takkan nak susahkan partner baru? Ingat. Kalau orang tu sayangkan kita 100%, dia sanggup maafkan & terima.

    Dan WAJIB bagitau suami/ isteri sebab time pregnant nanti, boleh discuss dengan gynaecologist tu macam mana nak elakkan OB (outbreak) masa nak dekat due. Kalau ada OB time bersalin, anak tu boleh dpt Herpes. Takkan kita nak biar anak kita membesar dengan badan bertompok & ada lesion hanya sebab kesilapan kita sendiri? Sanggup buat dekat anak??

    Doctor skrg semua open minded. Diorang faham. Kalau malu tu cari la Doctor Cina macam Doctor saya :) dah la dia perempuan. Masa dapat result saya ada herpes, saya menangis sampai tak boleh stop. Dia tak judgmental. Dia slowly tanya dah berapa orang saya pernah ada sex. Saya kata 2. Jadi senang nak teka yang girlfriend kedua transfer virus ni. Sebab gf pertama saya virgin masa kami couple. Saya menangis lagi setengah jam sampai dia stop & terus kata "Jgn panik. Mende ni dah biasa. Let's work towards recovery. Let's work towards a healthier lifestyle. take care of your body. eat healthy. Let's see what options you have". Itu Taoist yang paling baik pernah saya jumpa. Sangat professional.

    ReplyDelete
  19. Saya disahkan ada HSV 1 dan 2...
    Pernah berlaku ulcer dan blister yg agak teruk thn 2013 yg lalu.

    Doktor beri saya ubat 'Acyclovir'
    Alhamdulillah baik selepas seminggu.

    Sy akui sy pernah trlibat dgn high risk xtvt dlu.

    Dgn rawatan yg betul dan penjagaan kesihatan yang baik. InsyaALLAH outbreak tu takkan berlaku lg.

    Skrng ni, byk perubatan Homeopathy yg blh membantu. Cuba google.

    Alhamdulillah, kini sya dah berkahwin dan mempunyai anak. Isteri dan anak sy bebas HSV.

    Sekian.

    Adam
    Kuala Lipis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam. Boleh kongsi cerita, tolong saya

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  20. salam sye nk tnye..skunk sye blom lagi datng period..kire dh lewat seminggu,sye dapati ad herpes di kemaluan,mcm mane nk rawat penyakit nie..

    ReplyDelete
  21. diharapka dapat syor klinik atau hospital ygbole merawat penyakit heroes ni..sia bagi number contactnye asap

    ReplyDelete
  22. Just to sharing.
    Sy seorg gadis dan msih belum berkahwin.. Menghidapi hsv 2. Dh jumpa doc n tnye punca sy dpt pnyakit ni n diberithu penyakit ni bkn hnya boleh djangkiti oleh pelaku seks bebas tp boleh dijangkiti melalui perkongsian tandas oleh individu yg trut mghidapi pnyakit ni.

    Thanks atas perkongsian abg najmi, bru sy faham knp pnyakit ni sentiasa berulang menjgkiti sy every month everytime priod, itu disebabkn perubahan hormon..

    Cara sy atasi jgkitan ni ialah elakkan mnyentuh tmpat jgkitan dgn jari kerana akn mnyebabkn jgkitan semakin truk, kawasan yg akn djangkiti akn mngalami gatal2 dan menggaru akn menyebabkn jgkitan itu muncul.. Elakkan mggaru dn sentuhan tangan di kwasan tersebut inshaAllah gatal2 d kwasan tersebut akn hilang dan jgkitan tidak akn berlaku.. Namun jika jgkitan tlah berlaku, biji2 putih tlah timbul dan kesakitan di tmpat jgkitan dialami, sy akn mggunakan KRIM VIRLESS utk d sapu d bhagian jgkitan, elakkan memakai sluar dlm yg trlalu ketat kerana akn mnyebabkn geseran d kwasan jgkitan dan mnyukarkan proses pnyembuhan. Biasanya proses pnyembuah mengambil masa 3 - 4 hari selepas krim disapu.

    Sy dh mghidapi penyakit ini selama lebih dr setahun dan msih lagi perlu hadapi nya hingga skrg. Doc pernah bgthu bhawa pnyakit ini mrupakan virus dan ia akan kekal di dlm darah. Jika imune system lemah ia akan berulang mnjangkiti individu itu.. Sy berharap smoga dpt pulih dr pnyakit ini sebelum sy mendirkan rumah tangga. Doakan sy ye..=)

    ReplyDelete
  23. Salam bro naj mi , saya ingin bertanya. Saya cuma pedih ajer bila nak buang air kecil. 2 klinik dah pergi last skali pergi ker Putrajaya klinik amik darah dia kata ada infection dlm darah. Saya tak pasti lah yg saya nie menghidap herpes. Tapi benda nie pengajaran buat saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat ujian sebab setahu abg kalau ada rasa pedih bila nak buang air kecil, boleh jadi gonorea, mungkin lah sebab tu kena buat ujian darah. Terutama kalau kita ada buat aktiviti berisiko.

      Delete
  24. Salam semua, suami saya dapat outbreak setahun sekali. Saya rasa sedih dan bersalah sebab saya rasa dia mungkin dia dapat herpes dari saya sebab saya pernah tanpa rela buat hubungan dgn sorang lelaki yg setahu saya bertukar2 pasangan.tapi saya bernasib baik sebab xpernah dapat blister,cuma saya pernah ada bisul kt kemaluan dan pernah gatal2 satu badan.sekarang,saya dan suami ambik pil olive leaf extract.masa suami saya dapat outbreak,blister tu sembuh dgn cepat.OLE mmg terbukti berkesan.byk research kt luar negara buat tp dia agak mahal.selain tu,suami saya ada ambil neibac dan protecur.boleh google.saya dah ada anak sorang,lahir secara normal.syukur anak saya tak kena jangkitan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan, sy harap puan sudi berkongsi pengalaman, kerana kisah kita hampir sama... sy harap puan dpt kongsikan email puan... ramai rakan2 yg senasib yg perlukan sokongan kpd yg pernah mngalami perkara ni, tp sy lihat reply2 seolah x berjawab. Harap yg berpengalaman sudi betkongsi

      Delete
  25. Saya ingin bertanya berapakah kos pil Aciclovir di farmasi, dan adakah ianya memerlukan preskripsi doktor atau boleh beli begitu sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pil tersebut mmg ada jual di sesetengah farmasi, kebiasaannya ada yg menjual dlm kuantiti sekotak... kos dlm 100 ke atas, ada yg jual dlm kuantiti sekeping...

      Delete
  26. just sharing my opinion.. yes mybe takde cure untuk hsv. itu kata doktor. tp kata Rasulullah SAW, setiap penyakit ada ubat except for death itself. n just saying ubat yg doktor bg hnyalah ubat yg surpress the symptoms but not eradicate the virus itself. i myself xpernah amek ubat doktor. but i did something... and the result was effective. cured or not wallahualam. i take habbatus sauda, virgin coconut oil, olive extract, pure honey, buat bekam.. and mybe this sounds very stupid. sy rotan di bahagian blakang at least 100times a day.

    i did this after i done some research. virus hsv ni adalah bnda hidup. ada otak. simple. and what hsv did after it enter our body. dia masuk dlam spinal..tulang blakang which is tempat yg paling slamat drpd imune system our body. dan knpa rotan. i just came up with some idea, bnda hidup mna yg kna goncang xkn lari kan. bunyi cam bodoh. tp after think again. i recently figured it out rotan blakang sama macam hudud. just maybe.. if the disease come from a sin.. maybe the solution is just back to Allah.

    just remember, keep praying. doa. taubat and for the thing i just wrote, nk buat ke, nk amal ke..up to u guys.. its just my humble opinion. klau doktor kata xder ubat, tp nabi yg cakap stiap penyakit ada ubat. depends on korang nak caye yang mna. just maybe for this kind of disease, the cure is not something that people can made.. if God's willing. nothing impossible right. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. As salam. Dahulu saya dihantui oleh HIv. Hampir puluhan kali saya buat hiv test dan resultnya tetap negative sehingga doktor sarankan utk buat herpes test. Keputusannya hsv type 1 dgn bacaan 30. Doktor lansung x bekalkan ubat. Ubat anti viral saya dptkan dari klinik swasta. Saya sembunyikan pnyakit ni dgn tujuan mngelakan rumahtangga saya bercerai berai. Kebelakangan ini, saya lihat seperti isteri dan ank2 mngalami simtom spt saya dahulu. Betapa risau dan buntu fikiran saya. Saya x tau apa perlu dilakukan. Apakah saya akan mnyebarkan virus ni kpd org lain pula? Mohon kpd yg berpengalaman, mahir ttg rawatan dan pencegahan herpes 1 ini. Saya sgt buntu dan perlukan bantuan.

      Delete
    3. Mudah2an ada yg berpengalaman boleh jawab permsaalahan yang saudara alami ini. Tp kalau tanya saya, saudara perlu tanya pada doc, pergilah jumpa doc tanya habis2 mengwnainya, jangan disimpan dalam hati mengenai keresahan tentang itu

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST