Sunday, 21 October 2012

PENYAKIT GONOREA

Apa itu Gonorea?

  • Penyakit Gonorea adalah jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoea. Bakteria itu boleh berjangkit dari seorang individu ke individu lain melalui hubungan seks vagina, dubur atau oral, walaupun individu yang berjangkit tidak menunjukkan sebarang gejala.
  • Ia juga boleh merebak dari ibu ke bayi semasa proses kelahiran.

Bagaimana anda tahu seseorang itu mengidap Gonorea?

Pada remaja perempuan :
  • Mereka mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala atau mengalami gejala ringan sehinggalah penyakit ini menjadi lebih teruk
  • Mereka mungkin merasa sakit ketika membuang air kecil atau mengeluarkan cecair yang berwarna kuning kehijauan dari vagina/faraj
  • Mereka mungkin mengalami pendarahan antara kitaran haid (Intermenstrual Bleeding)
  • Jika jangkitan ini merebak ia akan mengakibatkan Penyakit Radangan Pelvik (PID).


Pada remaja lelaki :
  • Mereka lebih mudah mengesan gejala penyakit :
    • Merasa sakit ketika membuang air kecil
    • Mengeluarkan cecair yang berwarna kekuningan(nanah) dari salur kencing 
  • Gejala ini akan timbul 2 hingga 7 hari selepas terdedah kepada jangkitan dan bagi remaja perempuan gejala akan timbul lebih lambat lagi   
 Lelehan nanah dari penis

Adakah ia mempunyai komplikasi yang teruk?

  • Gonorea lebih bahaya jika tidak dirawat
  • Bagi remaja perempuan, ia boleh menyebabkan Penyakit Radangan Pelvik (PID)
  • Bagi remaja lelaki ia boleh merebak ke epididimis dan menyebabkan buah zakar menjadi sakit dan bengkak
  • Ia juga boleh mengakibatkan kemandulan disebabkan parut pada saluran pembiakan

Bolehkah Gonorea dirawat?

  • Tentunya boleh
  • Jika anda dan pasangan anda menghidap gonorea, dapatkan rawatan doktor
  • Doktor akan mengambil cecair dari kemaluan untuk membuat analisa
  • Doktor akan memberi antibiotik untuk merawat jangkitan untuk anda dan pasangan anda
  • Pengambilan antibiotik boleh memulihkan anda tetapi ia tidak dapat mencegah anda dari dijangkiti Gonorrhoea lagi
  • Anda boleh dijangkiti semula jika anda terdedah kepada jangkitan ini
Pencegahan adalah lebih baik dari merawat.
  • Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
  • Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat. 


Sumber : http://jknns.moh.gov.my 








21 comments:

  1. Smiling Guy,

    Awak dah sembuh? Alhamdulillah... kalau dirawat awal pasti boleh sembuh...susah nak pastikan siapa yang ada penyakit kelamin ni ada setengah diluar nampak sihat kan... sebaiknya kita kena berhati-hati :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saudara najmi ..?
    bleh x share mcm mne nk rawat pnyakt nie?

    ReplyDelete
  3. Wsalam Anonymous...

    Tidak ada cara lain... sekiranya terdapat gejala2 seperti diatas kena pergi jumpa doktor. Doktor akan beri antibiotik, kita tak boleh main agak2 jangan pula dengar orang cakap makan nenas contohnya lah boleh sembuh.... salah tu kita kena jumpa doktor... itu yang terbaik...doktor tahu nak merawatnya berterus terang dengan doktor... insyaallah boleh sembuh..:)

    ReplyDelete
  4. Kalau dah sembuh..boleh tak bersetubuh dgn pasangan dan dptkan anak

    ReplyDelete
  5. Anonymous

    Saya rasa boleh lah... tapi kena tanya doktor jugak lah ya...

    ReplyDelete
  6. Boleh jumpa doktor mana2 ke? Atau dr sakit tuan sahaja?

    ReplyDelete
  7. Anonymous

    Sebaik-baiknya jumpa doktor sakit tuan (mereka kan pakar) tetapi kalau berjumpa doktor luar diklinik kerajaan pasti pengidap akan dirujukkan kepada doktor pakar kerajaan juga. Sekiranya berjumpa doktor biasa diklinik biasa, jika si doktor tak boleh ubat pasti penghidap akan dinasihatkan supaya ke hospital untuk rawatan. Wallahuallam

    ReplyDelete
  8. Saya pernah dijangkiti penyakit ini setelah membuat hubungan sex anal dan telah dirawat dan kini telah sihat.

    ketika itu, saya datang ke klinik kesihatan, dan menceritakan kepada doctor tentang kesakitan yg saya alami...(keluar nanah pada kemaluan n terasa sakit dalam salur kencing tu)...

    doctor tersebut telah mengambil sampel nanah pada kemaluan saya (MA lelaki yg ambil, so x rasa malu sb privacy sgt dikawal) dan menghantar sampel ke makmal. keputusan mengatakan sy menghidap gonorrea.

    Doctor telah memberikan saya SATU SUNTIKAN antibiotik.

    Selepas sehari, nanah telah berhenti keluar dan kesakitan mula hilang dan sy telah menjadi sihat sehingga ke hari ini.

    apa yg ingin saya katakan ialah klinik kesihtan tersebut sgt cekap mengendalikan kes sebegini dan kerahsiaan kes saya amat terjaga.

    jadi sesiapa yg menghadapi masalah gonorrea ini, silalah ke klinik kesihatan. Klinik kesihatan yg saya kunjungi ialah di bandar Tun razak, Kuala Lumpur. Semua proses pemeriksaan dan rawatan hanyalah SATU HARI SAHAJA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Alhamdulillah terima kasih dengan perkongsian pengalaman yang saudara pernah alami, semoga pembaca yang mengalami masaalah ini tidak segan untuk berjumpa doktor. Terima kasih....:)

      Delete
  9. Sy baru kena.. Pagi td ke klinik krajaan dan sample dah amik.. Cma xtaw result dan sy kne pergi refer semula dlm bulan 9 ni.. Sy sgt takot sebenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar dan ikut nasihat doktor insyaallah ada ubatnya nanti...

      Delete
    2. Nasib baik kawan baek sy Medical Asistance.. So snang nk dptkn info..
      Alhamdulillah..

      Delete
    3. Alhamdulillah yang penting penyakit ini boleh dirawat. So berhati2 lah dimasa depan...

      Delete
  10. assalam..adakah membuat onani akan mengganggu ketika tempoh rawatan gonorrhea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak kut...tapi sebaiknya tunggu lah sampai sembuh....

      Delete
  11. Assalamyalaikum...nak tnye kos perubatan dekat klinik biasa brape...baru kena niee..risau...

    ReplyDelete
  12. Assalamyalaikum...nak tnye kos perubatan dekat klinik biasa brape...baru kena niee..risau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Saiful

      Kalau tanya abang..abang tak pasti kos rawatan, sebaiknya pergi tanya sendiri, atau beranikan diri ke klinik luar mana-mana hospital kerajaan, bagitahu aje simptom2 yang saudara ada alami...nanti mereka kan beri rawatan. Yang penting buang rasa malu, kalau malu susahlah. Kat hospital atau klinik luar tak mahal sangat. Klinik luar bayar RM1 aje...lain2 kos abg rasa tak tinggi jika dibandingkan dengan klinik swasta yang mencekek darah...:)

      Delete
  13. salam en naj mi, saya na tanya. saya perempuan. sy da pasti positif djangkiti gonorhhea memandangkn partner sy memang pstif. jadi sy na dptkan rawatan ni tp ta tahu kmana dan d klinik mana. ade klinik yg sy tnya ta mnwarkan injection ni. kalau klinik kesihatan luar brapa pula kos dia. tp kalau pergi klinik kerajaan macam segan pulak. harap boleh bantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg rasa ada pembaca yang pernah tinggalkan komen beritahu mengenai harga rawatan tapi abg lupa kat mana komen tu ditinggalkan, dan abg sendiri tak pasti mengenai kos rawatan yang sebenar. Jika saudari ada di KL boleh cuba di klinik Kok, klik dalam label video ada video mengenai klinik kok, jika tempat2 lain abg tak pasti...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST