Friday, 12 October 2012

ADAM - PELAJAR GAY HIV CEMERLANG GELAP MASA DEPAN

photo hiasan
Kisah benar - ADAM (bukan nama sebenar) merupakan ketua pelajar yang disegani rakan-rakan sebayanya. Sebagai pelajar cemerlang, Adam memang ‘ulat buku’ yang tidak lokek berkongsi ilmu dengan kawan-kawan. Justeru tidak hairanlah Adam berjaya memperoleh keputusan terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Tetapi, dirumah tidak ada majlis sambutan atau hadiah istimewa menyambut Adam. Keluarganya tidak sibuk-sibuk memaksa Adam memilih bidang atau institut pengajian tinggi (IPT) tempatan atau luar negara impiannya.

Sebaliknya, Adam terpaksa duduk makan sendirian, menggunakan pinggan, gelas, sudu dan garfu berasingan yang telah disediakan ibunya kononnya untuk mencegah sebarang penyebaran jangkitan kepada ahli keluarga lain.

“Sehingga ke hari ini, adik-beradik lain langsung tidak tahu tentang saya yang positif HIV. Hanya ibu dan bapa berkongsi rahsia ini dengan saya,” katanya yang dijangkiti HIV hampir setahun lalu.

Mengimbas kembali kejutan terbesar dalam kehidupan remajanya itu, Adam memberitahu, dia tidak mengalami sebarang simptom pelik, kecuali menghidap demam beberapa kali selepas menduduki peperiksaan SPM tahun lalu.

“Saya tidak pula pergi ke hospital, sebaliknya hanya berjumpa doktor klinik swasta untuk mendapatkan pandangan pakar mengenai kesihatan saya,” ujar Adam. Katanya, dia tidak menjangka doktor tersebut mengajukan soalan-soalan peribadi tentang kehidupan sosial dan seksnya sebelum menasihati Adam agar menjalani ujian HIV.

Bermula hari itu, segala hasil usaha Adam selama ini hancur berkecai. Menyesalnya bukan kepalang kerana bukan sahaja tidak lagi layak menerima tajaan biasiswa disebabkan syarat kelayakan (pemohon harus bebas sebarang penyakit kronik termasuk HIV/AIDS) malah impiannya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan juga hancur.

Adam sedar bahawa cita-citanya terbengkalai di tengah jalan kerana salahnya sendiri. Walaupun hobi utamanya adalah membaca tetapi dia tidak pernah terfikir untuk mendalami HIV/AIDS dan memahami faktor jangkitan yang antaranya berpunca daripada gaya hidup berisiko tinggi atau seks rambang.

“Saya bukan jenis ‘clubbing’ dan bersosial tetapi kelemahan saya adalah laman sembang homoseksual di Internet. Tidak ada sesiapa pun yang tahu kecenderungan seks ini kecuali saya sendiri. Satu cara untuk melepaskannya adalah bersama orang-orang tidak dikenali,” jelas Adam tentang kehidupan ‘rahsia’nya sewaktu bersekolah menengah.

Menurut Adam, dia merasa cukup bernasib baik berbanding kebanyakan golongan yang menghidap HIV/AIDS kerana jumlah CD4 (sel darah putih yang menentang jangkitan) masih di paras normal dan tidak perlu bergantung kepada sebarang dos ubat mahupun rawatan pemulihan.

“Yang penting sekarang adalah mengikut nasihat doktor, mengamalkan hubungan seks selamat dengan penggunaan kondom bagi mengelak jangkitan kedua yang mungkin memudaratkan kesihatan saya.

“Siapa tahu, jika saya mampu benar-benar bebas HIV suatu hari nanti, mungkin saya dapat meneruskan impian saya untuk menjadi seorang doktor,” katanya mengakhiri perbualan.

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN
Sumber : DISINI


25 comments:

  1. Replies
    1. Aim Mizie,

      Mudah-mudahan ada pengajaran disebalik kisah ni....

      Delete
  2. ermmm...
    Then how got the HIV ???
    ishk Chenta tak paham lahhh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sex rambang (songsang)

      "Tidak ada sesiapa pun yang tahu kecenderungan seks ini kecuali saya sendiri. Satu cara untuk melepaskannya adalah bersama orang-orang tidak dikenali,” jelas Adam tentang kehidupan ‘rahsia’nya sewaktu bersekolah menengah"

      Delete
    2. Saya juga serupa adam

      Delete
    3. Anonymous,

      Saya pasti ramai yang senasib seperti Adam dan awak... semoga hidup anda dan Adam diberkati dan dipermudahkanNya....

      Delete
  3. Knp mak ayah dia layan dia macam tuh sekali? Sudahlah dia diuji dengan ujian sakit ditambah pula dengan layanan yang diterima oleh mak ayah macam tu pula. Jawablah di akhirat nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Kerana mak ayahnya tidak faham cara sebenar bagaimana virus HIV itu berjangkit (merebak), jika mereka faham dan cuba memahami dan mempelajarinya (selepas mengetahui anaknya ada HIV) pasti perbuatan seperti mengasingkan pinggan, gelas, sudu dan garfu tidak berlaku.

      Ibu sepupu saya dalam entry "KISAH KEDUA SAUDARA SEPUPU SAYA" yang tinggal nun di ulu kawasan kampung pendalaman pun tahu bagaimanan cara HIV berjangkit, dia langsung tidak meminggirkan anaknya (sepupu saya) malah terus memberi sokongan....

      Delete
    2. Tak faham bagaimana HIV berjangkit? tak logik langsung..lainlah kalau 30 tahun dahulu..kurang sumber maklumat dan susah untuk kita dapat maklumat..sekarang ni internet ada..doktor ada..surat khabar ada..tv ada..banyak yang bercakap tentang bagaimana HIV berjangkit..tak kan tak tahu2 lagi kot..bagi saya lah Naj Mi kan..orang yang bersikap mcm ni adalah orang yang 'nature' dia memang mcm tuh..suka menilai orang dan cepat sangat menjatuhkan hukuman kat orang seolah2 dia tuh suci sangat.

      Delete
    3. Anonymous,

      Biasanya kalau sesuatu musibah itu tak menimpa pada diri kita, pasti kita tak akan nak ambil tahu tentang sesuatu pekara tersebut, amat kurang orang yang NON PLHIV tetapi sahaja0sahaja nak ambil tahu tentang HIV kecuali mereka yang dah dijangkiti atau ahli keluarga terdekat mereka yang dah dijangkiti, pelajar yang terpaksa mempelajari tentang HIV dan segelintir insan yang dibuka hati mereka oleh Allah untuk suka dan minat untuk mengetahui hal berkaitan HIV AIDS.

      Kebanyakan masyarakat kita memang tak pedulikan hal tentang HIV, ramai kalau ada berita tentang HIV dlm akhbar pun mereka tak akan baca sebab tu pengetahuan tentang HIV tidak ada. Jangan cakap tentang HIV sahaja saya percaya pengetahuan tentang penyakit lain pun kebanyakan dari kita memang tak tahu (tak ambil tahu)

      Kemungkinan ibu Adam masih ada fobia dan bimbang takut dijangkiti walaupun sudah diterangkan berkali2 cara sebenar jangkitan HIV, dia tahu HIV tidak merebak melalui sudu garfu tetapi akibat salah maklumat yang dia dapat sebelum ini maka fobia (kebimbangan) itu tetapi masih berada dimindanya.

      Insyaallah mudah-mudahan ibu Adam pada hari ini semakin faham tentang HIV dan tidak melakukan pekara yang bukan2 seperti yang diceritakan oleh Adam diatas...

      Wallahuallam

      Delete
  4. Adam, u not alone, ramai lg plhiv sebaya adam yg berjaya melanjutkan pelajaran dan berjaya dgn kerjaya masing masing..
    Kuatkan semangat anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Ya, tentu ada cara dan peluang lain yang menunggu Adam kan.... insyaallah kuatkan semangat

      Delete
  5. Terjatuh mengejar dunia, bangkit semula mengejar akhirat..

    ReplyDelete
  6. Saya simpati dengan nasib yang menimpa Adam...diuji dengan gelora nafsu songsang meamang
    sukar utk dihapuskan teruS...cuma nafsu itu perlu kesabaran yang kuat utk Adam uruskan..disamping mohon bantuan ALLAH...PASTI..ALLAH berikan Adam jalan yang lurus
    semula...ALLAH takan biarkan...tinggalkan Adam begitu saja ye...betul kata Naj Mi...
    tentu ada cara dan peluang yang menunggu Adam...INSYAALLAH...

    ...DOA YE...

    syukran jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous syukran jazillan,

      Insyaallah Adam pasti kuat dan pasti berjaya dengan pertolonganNYa.....:)

      Delete
  7. Kesian adik ni..baru 18 thn.kalau keluarga sendiri terutama emak ayah sendiri mengasingkan diri, pada siapa lagi Adam nak dapat kekuatan melawan penyakitnya.semoga Adam terus kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Ya semoga Adam kuat insyaallah.... :)

      Delete
  8. semoga adam tabah dan dirahmati Allah swt untuk bertaubat..aamin ya Rabb

    ReplyDelete
  9. LOL.. shared things with PLHIV doesn't make you got that diseases too.. Tula mnusia kt Malaysia nie.. stigma ttg pykit nie msih lg xboleh nk buang.. HIV hanya akan brjgkit mllui ccair bdn dgn ccair bdn.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. i'm me..^_^

      Haaaa... tau tak per...di Msia pemahaman pengetahuan adalah kurang dikalangan masyarakat berkaitan HIV... mudah2an pemahanam semakin bertambah baik tahun demi tahun.... insyaallah

      Delete
  10. saya baru-baru ini ditawarkan dengan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Universiti dan biasiswa sudah menjadi milik saya. tapi apa kan daya, ujian kesihatan mengatakan saya HIV positif. Alangkah terkejot dan saya terpaksa melepaskan peluang berkenaan walaupun saya sedar ianya hanyalah selangkah sahaja lagi. Namun nak menyesal tidak berguna lagi. Saya redha dengan ketentuan ini. InsyaAllah ada peluang lain untuk saya. Kekuatan dalam harus kuat demi melawan penyakit ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Hidup mesti diteruskan, pastinya ada hikmah disebalik apa yang berlaku, ya insyaallah akan ada peluang yang lebih baik untuk saudara...:) Semoga kehidupan saudara terus dipermudahkanNya. Amin3

      Delete
  11. touched, thanks for all the support :)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST