Thursday, 11 October 2012

DOKTOR ZAINON - AKHIRNYA PLHIV BERKENAAN MEMILIH UNTUK KELUAR AGAMA ISLAM

Kisah benar ini baru sahaja diceritakan oleh rakan email saya dan saya merasakan terdapat pengajaran disebalik peristiwa yang berlaku ini. Rakan email saya ini mempunyai seorang kawan bernama doktor Zainon yang ketika itu bertugas sebagai seorang doktor biasa disebuah hospital di K******.



Pengalaman doktor Zainon; Kisah ini telah berlaku pada sekitar tahun 2004, ada seorang lelaki melayu beragama Islam yang telah mendapat jangkitan HIV melalui aktiviti songsang dan beliau telah mendapat rawatan di Hospital K******. Raut wajah serta penampilan lelaki ini memang menarik dipandang, handsome serta baik tingkah lakunya dan dia bekerja di Bank ********* K******.

Kebiasaannya doktor Zainon akan "round ward" hampir setiap hari dan kerap singgah dikatil lelaki melayu tersebut untuk bertanya khabar dan lelaki ini telah meminta budi baik doktor Zainon agar merahsiakan status penyakit beliau. Dia minta doktor Zainon agar tidak mengisikan maklumat berkenaan penyakit HIV yang dihidapinya itu ditulis didalam borang kesihatan serta tidak menyebut HIV dalam borang MC. Kebiasaannya seseorang yang perihatin pasti akan faham kemelut kerisauan yang dihadapi oleh seorang PLHIV, doktor Zainon dan rakan-rakan hanya menulis dia mengalami "pneumonia" sahaja.

Hendak dijadikan cerita pada suatu hari seorang doktor pakar berbangsa asing (bukan melayu) yang garang dan mempunyai mulut "jahat" telah membuat rondaan "spot check" dari katil ke satu katil dan singgah dikatil PLHIV ini, doktor pakar ini memeriksa detail segala maklumat borang tentang lelaki melayu itu dan kemudian dia menjerit memanggil doktor Zainon,

"You are professional doctor, you must clearly clarified he is a gay and having HIV to his company, if anything happened to his colleaques, you'll be responsible," marahnya.

Doktor Zainon berkata kalaulah PLHIV itu seorang wanita hendak sahaja dia memeluk PLHIV itu dan menutup telinganya kuat-kuat supaya dia tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh doktor pakar tersebut. Doktor Zainon sedikit tergamam dan panic.

Kemudian lelaki melayu PLHIV itu bersuara,

"I am gay, YES you are right. I am HIV, YES you are right, but you are the doctor with NO heart, don't shout at her, but now you come nearer, let me pass this HIV to you" 


Seperti kata doktor Zainon moralnya dari cerita ini; Dalam semua pekara mesti kena ada sikap tolak ansur dan sebagai professional kita mesti ada etika yang baik serta mampu berfikir jalan (tindakan) yang terbaik. Doktor Zainon berkata dia sendiri bergaul dengan pesakit HIV hampir setiap hari dan bertemu dengan berbagai kerenah tetapi sebagai orang yang paling rapat dengat pesakit, dia cuba menjadikan mereka semua sebagai sahabat. Pujuk dengan berhemah, pernah ada pesakit yang terlampau stress dan tidak boleh berfikir panjang telah meminta doktor Zainon "inject" sahaja biar mereka mati cepat.

Jika kita dengar mereka merapu sekali pun biarkan, kita dengar sahaja selepas itu kita pegang bahu mereka, gosok belakang dan kata saya faham tapi saya sayang kamu, saya hendak kamu jumpa saya lagi. Pasti mereka akan tersentuh, kerana kebanyakan PLHIV menganggap diri mereka itu kotor. 

Doktor Zainon ada berkata sekiranya kita (NON PLHIV) pulaukan mereka, kita pulaukan kubur mereka, kita pulaukan keluarga mereka kemungkinan mereka (PLHIV) yang beragama Islam ini akan beralih pergi keagama lain (murtad).

Berbalik kepada kisah pesakit lelaki melayu PLHIV tadi, selepas rasa terhina dengan perbuatan doktor pakar tersebut, dia telah minta untuk keluar dari hospital pada hari itu juga. Doktor Zainon berkata wajah doktor pakar yang sombong itu berubah menjadi pucat. Kemudian seorang doktor India pergi berjumpa dengan lelaki ini dan berbincang di kaunter, kemudian doktor Zainon dapati mereka kemudian berbincang “personally”.

Selepas kejadian itu suatu hari doktor Zainon telah terserempak dengan lelaki melayu ini di LCCT ketika doktor Zainon hendak berangkat pergi conference di Tokyo Jepun, disini lah baru doktor Zainon tahu bahawa lelaki melayu ini telah bertukar kerja dari Bank ******** sebelum ini ke Bank *********.

Ya....Lelaki melayu yang beragama Islam ini bukan sahaja telah berpindah kerja meninggalkan tempat kerja lama tetapi dia juga telah meninggalkan agama Islam yang selama ini menjadi pegangannya. 


Bermula dari situ doktor Zainon mengajak kami semua (termasuk rakan email saya) berubah supaya lebih perihatin dan jadikan mereka yang diuji sebagai rakan dan sahabat baik. Buat mereka yang berkhidmat atau bekerja yang melibatkan PLHIV mereka perlu ada sikap penyayang, penyabar dan sentiasa cuba mengambil apa sahaja tindakan yang terbaik, elakkan dari menguriskan perasaan mereka seperti perbuatan doktor  pakar diatas.

Guna perkataan yang berhemah kebiasaannya mereka yang diduga ini memerlukan seseorang yang boleh mendengar, memahami dan menarik mereka kearah yang lebih baik (positif), terutama mereka yang baru disahkan positif HIV.





Pengalaman pertama saya; ketika terlantar di hospital dulu, selama beberapa hari saya dihospital saya tetap tidak memberitahu yang saya ini pembawa HIV. Ya… macam-macam yang saya fikirkan, malu dihina serta takut dipandang kotor pun ada sehinggalah seorang doktor wanita India yang datang minta kebenaran untuk diuji darah bagi “check” kemungkinan ada HIV, ketika itulah saya terpaksa mengaku yang saya ada HIV. Saya terharu apabila dia memeriksa denyutan jantung saya memegang belakang saya tanpa sarung tangan, wajahnya begitu dekat dengan muka saya dan dalam hati ada juga terlintas berkata, “ tak takut ker dia ni.”

Pengalaman kedua saya; Baru-baru ini saya rasa terharu sekali lagi apabila seorang petugas lelaki yang mengambil darah saya, dia telah menjalankan tugas tanpa memakai sarung tangan, (jika dia memakai pun saya tidak kisah). Tapi saya pasti dia cuba menunjukkan pada saya bahawa walaupun saya ada HIV dan dia tahu akan hakikat itu, dia mungkin mahu berkata pada saya “aku ada kisah”. Tindakan cara dia mengambil darah telah membuatkan saya lega dan senyum sepanjang hari.... :)

Hapuskan Stigma dan Diskriminasi; Oppsss... saya nak ambil kesempatan disini membicarakan tentang stigma dan diskriminasi. Saya pasti stigma dan diskriminasi terhadap PLHIV masih wujud di negara kita tetapi saya juga pasti ianya semakin berkurangan dari tahun ke tahun. Sesiapa sahaja boleh memainkan peranan dalam membantu memberi pemahaman yang betul berkaitan soal HIV/AIDS kepada masyarakat disekeliling dengan cara masing-masing.

Kita juga boleh meminta bantuan pengarah dan pengeluar film tempatan agar menghasilkan film yang berkisarkan tentang kisah benar PLHIV dan jangan selalu mengambarkan keadaan pembawa HIV itu berkudis serta berulat dibadan dan dimuka, usah digambarkan juga PLHIV itu kotor (pelaku maksiat) dihina serta pengakhiran hidup kisah PLHIV dalam drama atau film pasti sahaja ke liang lahat.

Gambarkan mereka ini dengan cara yang lebih positif, ramai dikalangan mereka yang berperwatakan menarik, bergaya dan bijak serta mampu hidup sempurna baik didalam masyarakat. Gambarkan kegembiraan dalam hidup mereka, gambarkan orang disekeliling mereka menerima PLHIV ini dengan baik. Tunjukan bagaimana seseorang PLHIV itu boleh bersalaman dan berpelukan dengan NON PLHIV, saya pasti sesiapa yang sebelum ini bersikap negetif sebelum ini terhadap PLHIV akan semakin faham dan semakin menerima komuniti ini.

Film atau drama yang diolah dengan baik menyentuh soal PLHIV pasti dapat menolong mengubah pandangan prasangka buruk masyarakat terhadap PLHIV. Peranan media massa juga sangat penting, mereka perlu melapurkan sekerap yang boleh apa sahaja kaitan sesuatu yang boleh membantu mengubah pandangan masyarakat  terhadap PLHIV. Wallahualla- NajMi


15 comments:

  1. kenapa pula dia boleh murtad..?
    adakah disebabkan kekecewaannya?
    sedangkan yang bodoh sombong itu ialah doktor pakar dan berbangsa asing lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Herma Julianny

      Apabila seseorang tu menghadapi masaalah dan apabila dipujuk rayu dan dijanjikan sesuatu yang lebih baik oleh seseorang yang mempunyai niat menarik kita (yang beragama Islam) masuk ke agama mereka, maka kebaikan layanan yang baik mereka tunjukkan(bukan Islam yang lain/doktor India diatas) itu dipandang sesuatu yang menarik.

      Bagi mereka yang lemah dan sangat2 memerlukan bantuan(seperti pemuda diatas) pasti mudah mengikut telunjuk mereka.

      Bagi saya bukan sebab kerana doktor itu berbangsa asing, itu hanya antara sebab penyebab sahaja. Sebabnya utamanya ada lah kerana pemuda ini lemah imannya berada dalam keadaan sangat memerlukan bantuan sokongan dalam hidup dan dalam masa yang sama dia dipengaruhi dengan bijak si bangsa asing lain yang cuba menariknya kedalam agama mereka.

      Dalam masa yang sama kita sendiri (umat Islam) tiada tempat atau pertubuhan yang boleh kita harapkan untuk membantu ketika kita menghadapi maasaalah. Kalau minta bantuan atau mengadu kemungkinan boleh mendapat aib lagi kan.

      Kita juga selalu dengar "target" mereka untuk memurtadkan orang Islam dikalangan mereka yang bermasaalah dalam kehidupan, seperti orang miskin melarat hidup mereka dan tidak terbela juga dikalangan pesakit kronik termasuk dikalangan pembawa HIV itu sendiri.

      Pernah suatu ketika dulu ramai pembawa HIV lelaki Islam yang lebih suka mendapat perlindungan di gereja kerana tiada rumah perlindungan Islam yang boleh membela mereka. Kebaikan yang ditunjukan oleh rumah gereja itu yang menarik mereka untuk kesana, yang pasti akidah mereka pasti terancam.

      Wallahuallam

      Delete
  2. Kepada semua yang membaca kisah hamba Allah ini...jangan putus harapan dari berdoa ye......
    kita mohon sama-sama pada Allah moga diberi hidayah dan dibukakan semula jalan untuknya
    kembali mencari syurga Allah...kerana syurga kita perlu kongsi bersama kan........:-)

    syukran jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous syukran jazillan,

      Ya doakan agar pemuda diatas kembali sedar dan doakan pada hari ini dia sudah kembali kepangkuan agama asalnya iaitu Islam...

      Delete
  3. Sebenarnya Najmi, golongan seperti inilah yang selalunya menjadi sasaran untuk dimurtadkan kerana saya pernah terbaca seorang ibu tunggal di Terengganu dalam sebuah majalah berjaya dimurtadkan kerana kemiskinan. Kita perlu ambil berat perkara begini agar tidak berulang. Sama2 kita doakan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah,

      Ya saya juga pernah baca dan dengar tentang golongan sasar yang jadi keutamaan mereka. Golongan sasar yang mudah ditarik mereka masuk ke agama mereka terutama orang miskin dan yang berpenyakit sukar disembuhkan ni... Ya kita doakan supaya pekara seperti ini tak berulang lagi...

      Delete
  4. assalamualaikum, doktor yang takde hati dan perasaan macam nie lah kita kene basmi daripada merawat keluarga dan sahabat andai kita.. belajar tinggi-tinggi tapi nilai moral hancur..

    ReplyDelete
  5. qeMal,

    W salam...Betul tu kena basmi saki baki semua doktor yang bersikap sedemikian kan.... Pekara sebegini kerap berlaku pada tahun-tahun yang lalu, tapi insyaallah kita harap sikap doktor dan kakitangan kesihatan pada hari ini semakin berubah... semakin baik... harap mereka faham tentang HIV dan dapat merawat pesakit HIV dg tingkah laku yang perihatin.... :)

    ReplyDelete
  6. aku dah membaca banyak tulisan kau.........bagus buat pedoman untok semua orang.....nasib kita sudah di tentukan tuhan......kalau nak kena musibah elak macammana sekali pun kena jugak......aku sempati......kadangkala aku rasa.....tak da makna nya hidup neee..........nonsense belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hsaid

      Kebanyakan kita kalau ditimpa musibah diduga dengan dugaan yang berbagai cara oleh Allah pasti ada kala kita rasa tak guna nak hidup kan. Tetapi kita kena fikir positif, apa yang menimpa diri kita pasti ada sebabnya, kita kena muhasabah diri kita, tentu ada kesilapan yang telah kita buat sebelum ini, maka Allah hanya nak menyedarkan diri kita. Bersangka baik kita pada Allah selalu....:) insyaallah selamat kita didunia dan diakhirat....:)

      Delete
  7. terubat sikit jiwa ini bila baca blog abg naj mi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Alhamdulillah terima kasih kerana membaca...:)

      Delete
  8. Abg najmi.. Sy rs elok abg adakan private chat utk sama2 plhiv berborak n berbincang.. Plg kurg tau kwn senasib dkt sama negeri ke apa.. Blh jmpe nk bkwn sama memotivasikan diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Nanti abg fikirkan, nak buat macam mana abg pun tak pasti caranya...apa pun terima kasih kerana beri pandangan idea...:)

      Delete
    2. Sepekara lagi, kalau ada chat room dah tentu ada lagi pembaca yang akan tinggalkan pertanyaan didalam ruang tersebut, bila dah ada pertanyaan dah tentu kita kena jawab, abg paling risau kalau tak dapat nak jawab pertanyaan mereka. Pertanyaan melalui fb, email dalam melalui ruang komen blog ni pun dah banyak nak kena jawab huhu.

      Sepekara lagi melalui chat room setahu abang lah, sesiapa pun boleh tinggalkan komen kan, paling abang tak suka komen yang negatif, yang mengutuk, yang perli dan sebagainya, abang tak boleh nak kawal semua komen tersebut kan. Benda2 macam ni boleh buat abg stress heeeee

      Pernah jugak abg terfikir nak masukkan chat room tersebut dalam blog abg dulu tapi tak jadi....:) Tak mengapa biar abg fikir dulu, dan tengok macam mana nanti.....:) Terima kasih kerana beri pandangan.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST