Monday, 22 October 2012

LUPA TELAN UBAT & HARGA HAART - BERSYUKURKAH KITA?

Saya ke hospital 15 oktober 2012 yang lalu untuk bawa pulang emak saudara yang baru sahaja menjalani pembedahan, hampir seminggu dia bermalam di sana dan kebetulan pula pada hari tersebut adalah tarikh darah dan air kencing saya diambil untuk mengesan kesan akibat pengambilan ubatan baru (HAART) yang telah hampir 3 bulan saya telan.

Ujian darah dan air kencing photo hiasan dari versi-yaya.blogspot.com
Darah dan air kencing diuji untuk melihat keberkesanan ubatan tersebut dalam tubuh badan, diuji untuk melihat bagaimana penerimaan buah pinggang saya terhadap ubat tersebut serta beberapa ujian lain.

Saya juga mengambil kesempatan untuk mengambil bekalan ubatan (HAART) baru bagi bulan seterusnya pada hari tersebut walaupun tarikh mengambil ubat berbaki 3 hari lagi. Saya menerima tiga jenis ubatan iaitu Tenvir -EM (30"s), Stocrin (30"s) serta Bactrim (30"s). 

Sebaik saya menerima ketiga-tiga ubatan tersebut saya terpandang pada pelekat harga dikotak ubat Tenvir-EM yang tertulis RM225. Wow.... mahalnya bisik hari saya. Saya faham hospital kerajaan pasti membeli ubatan secara pukal (banyak) maka pastinya mendapat harga yang lebih murah daripada harga yang tetara itu. Saya pasti harga sekitar RM225 itulah yang dijual di hospital swasta yang lain.

Walaupun sebelum ini saya tahu segala ubatan yang saya terima dihospital kerajaan agak mahal, tetapi bila melihat tanda harga RM225 itu telah membuatkan minda saya berfikir dan pastinya sepintas kata dihati saya melahirkan rasa bertuah dan bersyukur kerana menerima ubatan mahal secara percuma di hospital kerajaan ini. 

Itu baru harga sekotak Tenvir EM bekalan untuk sebulan, bagaimana pula dengan harga Stocrin dan Bectrim? Ya harga sebenar sekiranya kita membeli di farmasi (contohnya kalau ada lah) atau dibeli di hospital swasta. Bagaimana dengan harga bagi setiap kali ujian darah kita diambil dan diuji?


Lupa telan ubat

Sebaik melangkah keluar dari ruang menunggu kaunter mengambil ubat, saya teringatkan kembali kisah seorang rakan yang melahirkan rasa kebimbangannya melalui email, kerana pada sebelah malam beliau terlupa menelan ubatan HAART. Dia sama seperti saya menelan ubatan Tenvir EM dan Stocrin setiap 24 jam sekali dan waktu dia menelan pada pukul 10 malam. 

Dia hanya menyedari yang dia telah terlupa menelan ketika menjelang waktu pagi setelah berlalu hampir 7 jam dan dia mengambil keputusan untuk tidak menelan pada hari tersebut. Masaalah sebegini pernah diterangkan kepada saya dulu cuma pada hari ini saya agak was-was untuk memberi jawapan yang tepat berkenaan masaalah lupa menelan ubatan ini, jika ikut pada saya, saya akan menelan walau telah hampir 7 jam berlalu, itu jawapan pandangan yang saya beri ketika membalas email kepadanya.

Dari kaunter mengambil ubat saya kemudian berpatah balik menuju kebilik rawatan untuk pesakit HIV/AIDS dengan tujuan untuk bertanya permasaalah tersebut dengan lebih tepat kepada yang pakar. Kebetulan pada hari Isnin (hari tersebut) tiada temujanji rawatan kepada PLHIV. 

Ketika tiba dipintu bilik yang terbuka, saya nampak Kak Zaiton sendirian dibilik, dia seorang kakitangan yang menguruskan hal berkaitan rawatan susulan para PLHIV di negeri ini. Kelihatan Kak Zaiton sedang bercakap melalui talipon dengan seseorang, dan saya mendengar;

"Ha, Jamal ya (bukan nama sebenar) minggu lepas kenapa tak datang hospital"................Haaaaa... okey nanti datang tau," nasihat Kak Zaiton kepada PLHIV dibawah jagaannya itu. 

Khabarnya Jamal tinggal di Grik. 

Dalam hati saya berkata, ya Allah beginilah sikap yang perlu ada kepada para petugas kakitangan hospital, mereka (Kak Zaiton) sangat perihatin menjaga para pesakit nya, mana yang tidak datang pasti dia akan menalipon mereka bertanya khabar dan sebab kenapa mereka tidak dapat datang pada temujanji tarikh yang ditetapkan. 

Jika seseorang yang tidak menunaikan tanggungjawab tugas dengan baik, pasti mereka tidak akan ambil kisah kebajikan para pesakit dibawah kelolaan mereka, kalau nak datang datang, kalau tak nak datang ko punya pasal. Tapi sikap sebegini tidak ada pada diri petugas yang bernama Zaiton.

Sebaik selesai, Kak Zaiton mengajak saya duduk, saya tanya padanya,

"Tu mesti tak datang hospital checkkan"

"Ha ah tulah kalau tak dapat datang talipon lah kat sini, sekurang-kurangnya kami tahu, ni tidak dan berbulan tapi masih tak nak datang menerima rawatan"

"Tulah melayu, kalau orang cina ribut, hujan macam mana sekali pun mereka pasti datang kalau tak dapat datang diorang akan call, ini tidak tak pernahnya nak call," rungut Kak Zaiton.

"Haaa... kak orang cina nikan takut mati sebab tu mereka datang, melayu ni memang tak kisahkan," balas saya kembali.

Kak Zaiton senyum, 

"Haa kenapa naj mi"? tanya Kak Zaiton.

"Kak, semalam seorang kawan saya lupa makan ubat, dia makan ubat Tenvir EM dan Stocrin setiap 24 jam sekali, dia lupa sampai lebih 7 jam, dia terus tak makan pada hari tu, macam mana tu ya kak," tanya saya.

Jawab Kak Zaiton yang saya faham adalah sama seperti yang saya fikirkan sebelum ni. Apabila seseorang itu mempunyai jadual menelan setiap 24 jam sekali, sekiranya dia terlupa menelan lebih 7 jam, dia sepatutnya telan sahaja ubatan tersebut walaupun 7 jam sudah berlalu kerana jarak masa menunggu waktu menelan berikutnya yang berbaki 17 jam lagi itu agak panjang. 

Lain lah sekiranya seseorang itu menelan ubatan pada setiap 12 jam sekali (dua kali sehari) maka sekiranya 7 jam dia terlupa maka tak perlulan menelan, tunggu sahaja waktu menelan yang tinggal lagi 5 jam itu.


Harga HAART

Kemudian saya beritahu Kak Zaiton tentang pelekat harga dikotak ubat Tenvir EM yang tertulis RM225 itu dan bertanya berapa pula harga sekotak Stocrin dan jawab Kak Zaiton harga sekitar RM250 hingga RM280, tidak pasti jawapan darinya yang saya terima kerana katanya harga ubatan ni sudah semakin berubah.

Saya bagitahu Kak Zaiton, "Syukurnya saya ya kak, dapat free ubat ni tak tahulah kalau terpaksa kena bayar, mana nak cari duit, itu baru harga sekotak bermakna Tenvir EM dan Socrin sebulan kos harga dekat RM500 untuk seorang pesakit,"



"Tu lah, yang orang melayu (PLHIV) ni langsung tak nak ambil kisah (bersyukur) orang cina pandai dia orang ambil kesempatan apa yang disediakan, tu belum lagi kos ujian darah CD4 dan Viral Load, tu tengok tu (ditunjukkan saya kearah papan tanda yang bertulis harga ujian bagi CD4/CD8 serta Viral Load yang dikenakan oleh klinik luar (Gribbles)," rungut Kak Zaiton lagi.

Saya tengok kos sekali ujian untuk CD4/CD8 ialah RM180 manakala untuk ujian Viral Load ialah RM330.

"Start 1hb Oktober tahun ni, sesiapa pesakit yang nak kena buat ujian CD4 atau Viral Load kena buat kat Gribble (klinik yang direkemen oleh pihak hospital) kerana subsidi kewangan untuk tahun ini dihospital bagi ujian CD4 dan Viral Load di hospital ni dah habis" 

"Itu harga yang paling murah tu, ada sesetengah klinik swasta yang mengenakan harga lebih mahal bergantung kepada apa yang hendak kita uji" beritahu Kak Zaiton.

Ya, saya faham tentang masaalah ini dan saya tahu harga ujian untuk CD4 ialah RM180 kerana saya pernah buat ujian di Gribbles suatu ketika dulu. Ya, harganya masih sama. 

Ada PLHIV terutama yang baru, akan diarah supaya mengambil ujian darah (CD4 atau Viral Load) di Gribbles kerana hospital sudah kehabisan peruntukan subsidi kewangan yang dikhaskan untuk bahagian HIV/AIDS. Kebiasaanya akan berlaku bila tibanya akhir tahun. Sebabnya sudah tentu kita tahu kerana bilangan PLHIV yang menerima rawatan dihospital ini semakin bertambah hari demi hari.

Saya juga nampak harga bagi sekotak ubatan jenis Combivir yang berharga RM270 (bekalan sebulan)

Sempat saya berbual seketika dengan Kak Zaiton sehinggalah diganggu dengan panggil call dari mak saudara yang bertanya saya ketika itu berada dimana kerana masa untuk dia keluar wad sudah pun tiba, tugas saya menolong menyelesaikan beberapa pekara, menyelesaikan "daftar keluar wad - discharge" serta mengambil ubatan untuknya serta menolak kerusi rodanya sehingga ketingkat bawah dan menunggu sehingga datang anak perempuan pada pukul 5.30 petang.

Ujian darah CD4/CD8 di Gribble ialah RM180
Ujian darah Viral Load di Gribble ialah RM330

Sekotak Tenvir EM bekalan sebulan ialah RM225
Sekotak Stocrin bekalan sebulan ialah sekitar lebih kurang  RM300
Sekotak Combivir ialah RM270
Dari kiri ubatan yang saya telan Bectrim (macam panadol tu harga tak tahu), Tenvir EM dan Stocrin

Syukur saya kehadrat Allah swt 

Kerana hidup dan tinggal di bumi Malaysia, rawatan ubatan serta bekalan ubatan yang mahal (peringkat pertama) diberi percuma untuk saya dan semua PLHIV dinegara ini, pengalaman dan setahu saya (maaf kalau salah) PLHIV di Singapore terpaksa mengeluarkan duit mereka sendiri untuk membeli ubatan dan pernah juga mendengar hingga ada yang muflis akibat menanggung beban perbelanjaan kos ubatan ini, tiada istilah percuma disana.  

"Patients used to pay $900 to $1,500 for a cocktail of drugs, but now pay between $200 (RM499) and $600 (RM1497)" - The Straits Times Singapore 30/11/2010

Dan saya dengar ramai PLHIV di Singapore terpaksa ke negara Thailand untuk mendapat rawatan serta bekalan ubatan yang lebih murah. Syukurkah kita?

Wallahuallam.


Dibawah ini keluhan seorang rakyat Singapura;

How are you paying for your treatment?

Zack (Singapore) : When I was in school, my dad was the one who provided me with the means and support to buy my medication. But I made a mistake, and I missed my medications for stretches of a time and the first-line medication stopped working for me.
 
So things got from bad to worse. I had to change it to second-line medication. And it costs S$900 (US$719/RM2246) a month now, up from my S$100 (RM249.5) first-line medication. So my advice to newly diagnosed patients is, don’t mess with your medication.  

I now get them from the pharmacy, because as a student I was under Medifund’s health plan. But now I’ve got a job and my Medifund is going to start expiring very soon. Some people choose to use their Medisave.

- Keluhan kisah Zack yang berumur 24 tahun anda boleh dibaca di SINI (dalam bahasa Inggerislah malas nak saya translatekannya)

- Lagi kisah berkaitan harga klik dibawah lebal bertajuk "harga ubatan"


# harga yang tertara dalam entry ini hanya mengikut apa yang saya tahu, kemungkinan harga tersebut lebih murah atau sebaliknya, saya sekadar menulis buat renungan bersama, jika ada maklumat baru berkenaan harga boleh share bersama...


Senarai Ubatan HAART KLIK DISINI








15 comments:

  1. mahalnya.. saya sebenarnya suka makan makanan kesihatan macam H**b*l*f* atau Al***L*p** tapi semuanya mahal dan saya xmampu.. tapi syukur alhamdulillah..saya sihat..Tu smua utk boost kesihatan je, kalau jaga makan dan makan makanan yg sihat2 yg murah pun da okay da :). Memang sifat berSYUKUR tu perlu.En Naj Mi jgn lupa makan ubat ya..penting tu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Jika seseorang PLHIV belum memulakan rawatan HAART mereka boleh sahaja try apa sahaja makanan atau minuman kesihatan yang banyak berada dipasaran... tetapi kalau ikut nasihat doc kalau dah mula telan HAART kita tidak digalakkan makan atau minum minuman kesihatan kerana bimbang akan memberi kesan tak baik terhadap HAART.

      Tapi terpulang lah pada sesiapa sahaja kalau nak dengar nasihat tersebut.. jika berani dan yakin teruskan aje...makan dan minum produck kesihatan walaupun sudah menelan HAARTR.... :)

      Delete
  2. Kita kena belajar bersyukur dgn apa yang ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah,

      Ya betul... tapi manusia selalunya lupa, mereka akan ingat (baru sedar) bila nikmat itu dah tak da.

      Sama lah seperti orang yang sihat selalu tak bersyukur kebanyakan mereka hanya akan sedar akan nikmat sihat selama ini mereka perolehi apabila sudah jatuh sakit kan....:)

      Delete
  3. saya antara yang terlibat membangunkan pilot sistem bil hospital beserta dgn kos termasuk subsidi kerajaan. mula2 sy agak skeptikal perlu ke jasa kerajaan dinyatakan kepada rakyat sebb ia adalah hak asasi kesihatan.

    apabila sy berada di kaunter farmasi, byk ubatan yang mahal diberi kepada pesakit. contohnya darah tinggi dulunya berwarna-warni dan lebih 3/4 jenis tapi pesakit selalu tak makan habis.lagipun mereka fikir RM1 sahaja.

    selain ada sedikit bias dgn usaha kerajaan menghampiri PRU, sy mula sedar usaha kerajaan dari dulu utk mengekalkan momentum dn pembaikan prasarana/mentaliti kesihatan berbanding pembangkang mengusahakan mencari kesalahan dan aib pihak lawan.

    kaedah dedah harga asal dan mencari alternatif kombinasi ubat terbaik mcm ni,digunakan utk kenaikan elaun dan gaji/R&D di hospital awam bg menyaingi hosp swasta

    ya, saya sedar mana yg baik dan tidak baik apabila menceburkan diri dan mula membuat perbandingan. TQ Malaysia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walnut,

      Harga Tenvir EM sahaja yang terlekat pada kotak ubat yang saya ambil selama ini, tak ada harga ubatan pada mana2 kebanyakan kotak yang lain yang saya ambil selama ini. Maybe pelekat tu tersesat terlekat dan tak sempat dicabut keluar kut. So bila ternampak pelekat itu telah beri saya idea utk dikongsikan di blog :)

      Kita (pesakit) perlu bersyukur, pernah kah kita (pesakit) mengucapkan rasa syukur kepada Allah sebaik menerima bekalan ubatan bulanan kita. Tidak kira penyakit apa yang kita alami, kita tanya diri kita sendiri kan penah kah kita bersyukur. Tidak mustahil suatu hari nanti kita terpaksa membayar segala ubatan dengan harga mahal seperti di Spore.

      Alhamdulillah saudara begitu hampir terlibat membangunkan pilot sistem bil hospital beserta dgn kos termasuk subsidi kerajaan, dan saudara pasti faham ssegalanya kan.

      Terimakasih tentang komen saudara dan TQ Malaysia...:)

      Delete
  4. emm tq fr info NajMi
    masih ramai yg mengeluh sana sini
    bersyukurlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,

      Ya kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada....pada hari ini kan.....:)

      Delete
  5. As salam En Najmi,
    Sekarang ni mmg semua ubat di fasiliti KKM akan di letakkan harga ubat dan tujuannya seperti yg di maklumkan oleh walnut. Harga tu pulak actually harga pukal yg diperolehi oleh KKM which meant lebih murah jika hendak dibandingkan dengan harga kalau beli di luar.
    Kembara Hidup..

    ReplyDelete
  6. Kembara Hidup

    Ya... tapi tak semua kotak tu ada tanda harga... kalau dalam setahun saya ambil ubat setiap bulan ada lah sekali dapat kotak yang bertanda harga seperti tu... maybe tersesat tanda harga tu dlm banyak2 kotak tu kan..

    Malsud Kembara Hidup

    "Harga tu pulak actually harga pukal yg diperolehi oleh KKM which meant lebih murah jika hendak dibandingkan dengan harga kalau beli di luar."

    tu maksudnya harga yang ada dikotak tu lebih murah... bermakna harga diluar maybe berganda dr harga tersebut kan...itu yang saya faham lah..

    Syukurnya saya kerana mendapat subsidi PERCUM ubatan mahal ini...:)

    ReplyDelete
  7. salam . saya nak tanye mase ambil rawatan perlu buat pembayaran ape ape ke ? maksud sy untuk pendaftaran di sane . sbb sy ade simptom yg naj mi ckp . takut jugak nak pgi sbb malu . tpi kalau x pgi lagi bahaya kan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Pembayaran untuk rawatan apa? Kalau saudara ada simptom HIV, saudara akan diarah untuk melakukan ujian HIV, kalau ada HIV maka doktor akan arah agar saudara berjumpa atau buat rawatan susulan di hospital. Jika di hospital kerajaan semuanya FREE, ujian darah, jumpa pakar doktor sehinggalah bekalan ubat peringkat pertama semuanya FREE, jika saudara terpaksa masuk ke hospital sebab penyakit berkaitan dengan HIV semuanya FREE.

      Kalau klinik swasta bayaran sangat mahal.

      So buat permulaan saudara pergi lah buat ujian HIV di Hospital Kerajaan yang terdekat....apa yang perlu atau tindakan yang perlu diambil sama ada awak positif HIV akan diberitahu kemudian.

      Memang malu tapi buat aje muka tebal sebab kalau nak tahu memang ramai yang buat ujian HIV buka saudara seorang aje...Jika saudara berada di KL buat ujian di PT Faundition di Jln Ipoh (google utk alamat yang tepat) Ujian di situ juga FREE...

      Ya kalau rasa diri berisiko sebaiknya buat ujian secepat mungkin...itu yang terbaik

      Delete
  8. This is a good site that tells HIV patients the importance of taking your medicine as well as the costs of medication.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST