Tuesday, 2 October 2012

KISAH KUBUR PEMBAWA HIV YANG DIASINGKAN....

Photo dibawah ini bertarikh akhir 2009 (awal 2010), saya perolehi dari blog Ustaz Amin kisah benar bagaimana jenazah pesakit AIDS yang telah diasingkan dari kuburan yang lain, seperti yang diceritakan oleh seorang sahabat kepada beliau;

“Satu ketika, di tempat saya, ada pesakit HIV yang meninggal. Sudahlah ketika hidup dipinggirkan masyarakat, ketika mati pun, kuburnya ditanam jauh dari orang biasa”.

“Agaknya takut jangkit dekat kubur orang sebelah tak..?

“Kes ini sampai jadi pergaduhan di kampung saya, keluarga si mati jadi bermusuh dengan AJK kampung terutama yang mencadangkan agar kubur itu di pinggirkan” tambahnya lagi.

Gambar satu perkuburan di Pahang

Lihat sebelah kanan, ia adalah kawasan perkuburan dan lihat anak panah di kiri, di dalam kawasan agak bersemak, untuk kawasan kubur pesakit HIV


Lihat anak panah, kubur yang dipinggirkan.

Adakah kita pasti peristiwa seumpama ini tidak akan berlaku lagi pada hari ini dan pada masa hadapan? 

Cuba anda bayangkan bagaimana sekiranya ibubapa dan ahli keluarga arwah hendak datang menziarahi kubur diatas (photo) yang terasing, pasti akan menimbulkan fitnah serta boleh mendatangkan "aib" buat arwah. Dari tidak tahu orang akan tahu kisah tentang arwah, malah tidak mustahil kuburan tersebut akan diperkatakan sepanjang masa. 

"Itu kubur orang HIV"

Saya juga ada mendengar di F**** pendalaman negeri Pahang dulu, kalau nampak ada jentolak bawa jenazah yang sudah siap berkapan dan diletakkan saja terbiar di kawasan perkuburan, ditinggalkan begitu sahaja menunggu sehingga datang tukang kebumi, maka confirm jenazah tersebut adalah orang PLHIV. Begitulah nasib jenazah seorang PLHIV suatu ketika dulu. 

Pertanyaan saya masih berlakukan situasi seperti itu pada hari ini?

Baru-baru ini (beberapa bulan lalu) saya dikhabarkan berita bagaimana kisah seorang pesakit HIV/AIDS yang meninggal dunia telah dikebumikan didalam sebuah kawasan perkuburan berasingan agak jauh. Jarak sekitar 15 tapak dari kuburan yang lain. Sedih bila saya mendengarnya hendak rasanya saya berteriak marah.

Alasan yang diberi kerana arwah bukan ahli kariah dikawasan tersebut. Walau bagaimanapun jika dibandingkan jarak kubur pesakit HIV seperti yang terdapat didalam photo diatas (2010) jaraknya lebih jauh terasing daripada jarak berita yang saya dengar baru-baru ini (2012). 

Apa sahaja alasan yang diberi semuanya tetap terpulang kepada "niat" mereka yang menguruskan jenazah tersebut. Sekiranya baik alhamdulillah sekiranya tidak.... 
Wallahualam

Pada hari ini saya pasti kuburan mereka yang diasingkan ini sudah pun dikelilingi dengan kuburan yang lain. Semoga kisah kedua arwah diatas (dalam entry ini) terhindar dari fitnah serta aib yang berterusan. 
Al Fatihah.

Dosa pahala seseorang PLHIV tersebut hanya Allah yang tahu, siapa kita manusia yang mahu menentukannya.





17 comments:

  1. abg naj mi..sedih saya baca..kenapa perlu sampai macam tu...mansia tak berhak menilai atau menghakimi sesama manusia...kerana pada Allah..manusia adalah sama saja tak kira darjat, rupa, cara hidup dan latar belakang kesihatannya...moga arwah tenang dan damai di alam sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. SmilingGuy,

      Nak macam mana kan....nasib PLHIV... tapi saya minta mudah2an kejadian seperti ini tak akan berlaku lagi akan datang... kalau berlaku pun pada hari ini ianya kita anggap kes yang terpencil aje... Wallahuallam

      Delete
  2. tapi sangat tidak adil bila mereka YANG PLHIV diperlakukan sebegini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pasal lah saya terasa nak berteriak marah... tapi setahu saya ada pemantauan tindakan sekira pekara ini berulang lagi... mereka yang terlibat mengasingkan kubur PLHIV kemungkinan akan berdepan dengan soal jawab oleh pihak2 berkenaan.... Wallahuallam..

      Delete
  3. siapa kita untuk menilai seseorang.. jangan amek tugas Tuhan

    ReplyDelete
  4. Dosa Pahala Insan Lain bukan kita jadi penilai, kitapun hanya manusia, Penilai yang sebenarnya adalah Allah, menjadi fardhu kifayah kit menyempurnakan jenazah dengan baik, sebelum buat sesuatu tindakan kalau kurang pasti bertanyalah pada yang arif. Hentikanlah kegiatan begini, buka minda kita dan menerima bahawa apapun penyakit kita, kita tetap manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah,

      Setuju....

      Sebab lain kenapa pekara ini berlaku adalah kerana orang ramai tidak faham hal berkaitan HIV/AIDS - terutama cara bagaimana virus itu merebak.

      Masyarakat sudah ditanam dalam minda mereka apabila disebut sahaja HIV/AIDS mereka akan mengambarkan sesuatu yang mengerunkan, keadaan jenazah yang berkudis dan sebagainya sehingga menakutkan mereka, saya rasa situasi begini mungkin telah banyak berlaku beberapa tahun dahulu. Selain menganggap, asal sahaja jenazah itu pembawa HIV/AIDS pasti arwah mendapat penyakit itu melalui aktiviti buruk(maksiat)secara tak langsung arwah sudah di aib kan dan difitnah.

      Tetapi saya yakin hari ini semakin ramai yang sudah faham hal berkaitan HIV/AIDS, ramai semakin faham tidak semua PLHIV yang mendapat jangkitan melalui kegiatan buruk, ramai yang terainaya.

      Insyaalah kefahaman masyarakat tentang HIV/AIDS dimasa depan akan bertambah baik, dan ianya sangat penting dan apabila semakin ramai faham insyaalah peristiwa mangasingkan kubur ini tidak akan berlaku lagi.

      Insyaallah.

      Delete
    2. InsyaAllah tidak akan wujud lagi, pemahaman tentang HIV pun dah meningkat, PLHIV tu adakalanya boleh menjadi sahabat kita yang terbaik, percayalah...yang penting kita sama2 menyebarkan maklumat yang betul.

      Delete
    3. tak kisah walau mcm mana dia mendapat jangkitan, dia tetap plhiv. selagi pemikiran masyarakat dikelabui oleh stigma dan diskriminasi yang menebal maka sampai bila2 keadaan ini berlaku. benar kata mak wardah, siapa kita nak menilai dosa dan pahala seseorang tu. kita bukannya tuhan nak memandai2 membuat penilaian mengikut selera hati kita sendiri. cukuplah org2 plhiv ini mendapat hiv, itu antara mereka dengan tuhan. yang mati tetap mati dan hak fardhu kifayah terhadap mereka tetap ada pada yang masih hidup. jangan kerana kejahilan mereka maka tanggungjawab itu diabaikan sehingga akhirnya membawa impak yang negatif di kalangan plhiv lain yang masih lemah jiwa mereka menghadapi dugaan. tidak hairanlah pernah dilaporkan terdapat plhiv yang sanggup tinggal di gereja kerana di sana mereka tidak pernah dipulaukan. tidakkah kita berasa terkilan jika saudara seiman kita yang sepatutnya mengadu kepada kita lebih memilih untuk menghabiskan sisa2 terakhir hidup mereka di dalam gereja. pada saat itu, mereka sepatutnya dibisikkan dengan kalimah suci agar diri mereka kembali kepada tuhan dalam keadaan tenang dan diredhai. siapa yang akan menjawab di hadapan allah nanti jika pengakhiran kematian plhiv disambut dengan keadaan kekufuran sedangkan mereka juga boleh dan berhak mati dalam husnul khatimah?? tepuk dada tanyalah diri masing2

      Delete
    4. AzamAli.com.my,

      Kita bantu lah menyedarkan masyarakat tentang hal kaitan HIV/AIDS (yang benar) dengan cara kita masing-masing...Terima Kasih Azam.... :)

      Delete
  5. Ermmmm...Astagfirullahalazim, kesiannya...

    ReplyDelete
  6. manusia memang kejam! aku yg tak de HIV pon tak de nak buat cam tuh. Aku siap pelok cium lagi kat kawan2 aku yg ada HIV positif. kenapa nak prejudis? kenapa????

    ReplyDelete
  7. "Jika satu kerja diberikan kepada yang bukan ahlinya, maka terjadilah kebinasaan",
    begitu Rasullullah SAW memberi amaran...

    .....tidak dapat diluahkan dgn kata-kata..... :'(

    syukur dianugerahkan hiv+ ve...teman setia hidup hingga keakhir hayat....

    ReplyDelete
  8. Bukan tchr schda,

    Kalau bukan tchr shda.... ni mesti kawan tchr shda kan...:)



    lelaki melayu,

    Nampak kejam tapi sebenarnya mereka tu tak faham tentang HIV, sehingga terbawa2 kesan perbuatan kepada jenazah.

    Kalau mereka faham, mereka tak wat cam tu, dah tentu mereka juga seperti lelaki melayu yang sudi memeluk rakan yang ada HIV.

    Thanks..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Naj Mi.....
    Semoga Allah tutupkan aib dan jauhkan dari fitnah utk kita ye...:-(

    Syukran jazillan

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST