Sunday, 14 October 2012

KELAB BELIA RIBEN MERAH

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan  Majlis AIDS Malaysia (MAM) telah bersama-sama menyampaikan maklumat yang tepat tentang HIV & AIDS kepada  mahasiswa sempena minggu orientasi pelajar baru pada  6 September 2012 bertempat di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok Kedah.

Sempena program tersebut telah dilancarkan Kelab Belia Riben Merah (Red Ribbon Youth Club), yang mensasarkan golongan remaja dan belia yang berumur antara 19-40 tahun sebagai platform untuk mereka menyalurkan sumbangan terhadap usaha-usaha masyarakat sivil  menangani epidemic HIV diperingkat akar umbi.
 
Remaja dan belia golongan peringkat umur kes terkumpul jangkitan HIV tertinggi dilaporkan. 

Lebih 76 peratus atau 69,747 daripada jumlah keseluruhan kes HIV sehingga akhir tahun 2010 adalah di kalangan belia berusia antara 20 dan 39 tahun. 

Manakala, pada tahun 2011, bagi setiap empat kes baru jangkitan HIV, satu dilaporkan di kalangan orang muda dan belia dalam lingkungan 13 hingga 29 tahun.
 
Pertama menyahut seruan Majlis AIDS Malaysia ini ialah Aaron Aziz, Selebriti Sokongan Riben Merah yang juga jurucakap program Remaja & HIV. “Pengetahuan yang tepat tentang HIV asas kepada tingkah laku yang bertanggungjawab,” jelas Aaron yang turut bimbang akan kadar jangkitan HIV yang tinggi di kalangan belia. “Inilah peranan saya sebagai Selebriti Sokongan Riben Merah untuk memastikan mesej pencegahan HIV disebarkan seluas mungkin kepada golongan remaja dan belia, khasnya mereka yang berisiko tinggi.”

Aktiviti-aktiviti teras ‘Red Ribbon Youth Club’:

1. Menyampaikan maklumat yang tepat tentang pencegahan serta pengurangan risiko jangkitan HIV kepada belia

2. Melancarkan kempen ‘Sayangi Diri. Jauhi HIV. Hentikan AIDS’ di kalangan remaja dan belia.

3. Meningkatkan kesedaran remaja dan belia tentang HIV & AIDS untuk menghapuskan stigma dan diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV.
4. Menggalakkan penyertaan remaja dan belia sebagai sukarelawan dalam program sokong bantu dan kempen kesedaran HIV.

Menerusi kempen kesedaran HIV tersebut di atas, Red Ribbon Youth Club juga berharap agar stigma dan diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV dapat dihapuskan. Stigma HIV yang masih tebal dalam masyarakat menyebabkan mereka enggan untuk tampil menjalani ujian saringan dan rawatan HIV yang disediakan secara .

Urusetia Program

 Berbincang dengan Prof. Dr. Ismail Baba, Penyelaras Rintis Kelab Belia Riben Merah, UUM Sintok Kedah

 "Talk Show" bersama pelajar baru

 "Getting to Zero HIV/AIDS"

 Aaron Aziz menyampaikan taklimat kepada pelajar



 Gimik pelancaran Kelab Riben Merah




6 comments:

  1. salam saudara, maaf bertanya..saya belum habis baca.anda dapat HIV kerana apa?

    sangat minta untuk share gambar hiv dan aidsdi blog saya.

    jika berkesempatan saya akan baca post anda.

    http://anordinarymanz.blogspot.com/2010/11/nasihat-farouq-jaga-kemaluan-anda.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. farouq,

      sila kan....insyaalllah saya akan ke blog saudara....:)

      Delete
  2. saya harap kelab belia riben merah ni disebarluaskan..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Herma Julianny,

      Yup...betoi tu...saya pasti program seperti di Kedah ni tak berhenti setakat itu aje, pasti juga akan diadakan diserata tempat dan negeri lain...:)

      Delete
  3. Jom buat rawatan di klinik saya.Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre no 18 Jln 10 Tmn Batu off Tmn Greenwood Gombak Selangor.Harapan baru utk pesakit kronik termasuk HIV/AIDS dan kanser.Kaedah secara holistik dan komplimentary.Blood purification terapi,adv electronic homeopathy,naturopathy,aura water terapi dll. hp: 019 6676236

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Insyaallah sesiapa yang nak buat rawatan dan berdekatan boleh lah ke

      Pusat Fitrah Healthcare Center ni....:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST