Friday, 19 October 2012

IBU PEMBAWA HIV PAKSA ANAK “JUAL DARA”

Ibu perdagang tubuh gadis sunti
Seorang ibu tergamak memaksa anak dara suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila "pelanggan sulungnya" menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat


photo hiasa

JOHOR BAHRU : Seorang ibu yang juga penghidap HIV tergamak memaksa anak dara suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan.
 
Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah (gambar) yang mendedahkan kejadian itu berkata, wanita penghidap HIV terbabit tergamak bertindak demikian sebagai jalan mudah untuk melepaskan tanggungjawab sekiranya dia ditimpa perkara tidak diingini selain meringankan bebannya.

“Semuanya terdedah selepas kami menerima maklumat berkaitan cubaan menjual mangsa daripada pelanggan gadis itu yang simpati dengan nasib malangnya.
 
“Itu kali pertama mangsa dipaksa melacur, jadi dia merayu kepada lelaki terbabit supaya jangan mengapa-apakannya serta menceritakan nasib malangnya"

“Lelaki itu yang simpati kepada mangsa tidak jadi melanggannya, sebaliknya menyerahkan mangsa kepada kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
 
Khatijah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa hari dan mendapati dua beranak berkenaan menyewa bilik sebuah rumah kedai di sekitar bandar raya ini.

“Kami kemudiannya menyerbu bilik berkenaan. Selepas diselamatkan, gadis berkenaan kemudiannya ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di sekitar bandar raya ini,” katanya.
 

photo hiasan
Menurutnya, hasil soal siasat remaja perempuan itu didapati keciciran sekolah dan sebelum ini ibunya juga memaksanya mengemis untuk mendapatkan wang. “Mangsa mendakwa ibunya juga pernah cuba memujuknya untuk melacur beberapa kali namun gadis berkenaan berjaya mengelak.

“Ibunya yang turut kami tahan kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan pesakit HIV di Taman Abad. Ketika disoal siasat, pada mulanya dia enggan mengaku cuba menjual anak gadisnya tetapi akhirnya mengubah pengakuan,” katanya.
 
Khatijah bagaimanapun enggan mendedahkan harga yang ditetapkan ibu gadis terbabit ketika dia mahu dijual. Menurutnya, mangsa kini sudah menyambung persekolahan malah sentiasa diberikan kaunseling selain didedahkan dengan aktiviti berfaedah baginya meneruskan kehidupan baru.
 
Khatijah berkata, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak atau individu yang dijaga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-kanak 2011.
 
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes pengabaian kanak-kanak mahupun remaja berusia kurang 18 tahun diminta untuk menyalurkan aduan kepada JKM di talian 07-2282971.

SUMBER : MYMETRO ONLINE


Saya tidak pasti tarikh sebenar artikel ini dikeluarkan (kemungkinan Mac 2012) walau bagaimana akibat desakan hidup segalanya mungkin berlaku. 

Tiba-tiba saya terbayangkan bagaimana sekiranya si ibu (jika beragama Islam) ditemui terlebih dahulu oleh "kafir" dan si ibu pula menerima bantuan daripada mereka bagi meneruskan kehidupan lebih baik dengan syarat akidah diri dan anak terpaksa digadaikan seperti kisah didalam entry "MURTAD JUGA YANG DIA PILIH"



8 comments:

  1. bila fakir membawa kepada kemusnahan. Apapun alasan sang ibu, ni sukar untuk saya terima, sebagai seorang ibu dia kena kuat berjuang mempertahankan anaknya.

    Tapi kita tiada ditempatnya, kita tak tahu. Mungkin fikirannya tidak dapat mencari jalan penyelesaian yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DarkAngel a.k.a MalaikatGelap

      Betul darkangel....paling saya risau kekafiran boleh membawa kepada tergadainya akidah pegangan agama Islam.....Ya kita tak pasti apa yang bermain dlm minda si ibu... alhamdulillah mereka sempat diberi bantuan

      Delete
  2. Moga Allah memberi hidayah kepada ibunya dan anak perempuan itu sentiasa terpelihara diri dan kehidupannya. n3 ini patut membuka mata khalayak supaya lebih memerhatikan sekeliling anda...InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah,

      Ya...... ada kalanya kita kena juga jaga tepi kain orang kan Mak Wardah untuk kebaikan bersama, jangan kita langsung tidak ambil kisah pula...

      Delete
  3. astagfirullahalazim, akhir zaman ni mak tak sayang anak, anak tak syang mak, iblis dan syaitan mmg bermatia matian berjuang utk cari kawan kat neraka, semoga mak dan anak dalam cerita ini dirahmati Allah swt dan diberi petunjuk dan hidayah NYA..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. susumanis,

      Petanda akhir zaman .... kan,
      ya mudah2an kedua beranak tu dilindungi Allah pada hari ini hendaknya...ameen

      Delete
  4. Ya Allah ini petanda akhir zaman..Ini hanya salah satu kejadian yang dapat dikesan dan mangsa dapat diselamatkan...bagaimana bagi kes-kes pelacuran yang didalangi oleh agen2 yang hanya mencari keuntungan dengan hasil memperdagamgkan manusia...

    syukur..pelanggan pertama itu seorang yang ada sedikit rasa perikemanusiaan...tetapi menjadi musykil di sini..adakah sebelum berjumpa dengan gadis itu..beliau juga telah
    biasa melanggan mangsa2 yang lain..tentu dia dah biasa buat kerja ini...??
    Harap pihak JKM juga dapat menjalankan siasatan ye Najmi....

    Teringat saya pada kes diakhbar yg hangat dikatakan sekarang.. 'call girls'...
    entahlah.......:(

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  5. Anonymous syukran jazillan

    Ya..mungkin budak perempuan tu menangis takut sehingga menimbulkan rasa sempati sepelanggan tu sehingga dia menyerahkan bdk tu kepada JKM... itu pun sudah memadai... tak perlu kita nak tangkap sipelanggan tu pula, sekurang-kurangnya peristiwa ini jadi ikhtibar pada pelanggan yang lain diluar sana. Walau pun dia melanggan pelacur (itu soal dia dg Allah) tetapi tindakan ia menyelamatkan bdk tu pun dah cukup baik kan.... hehehehe... itu pendapat saya lah....:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST