Sunday, 21 October 2012

H-KIT PERMUDAH PEMERIKSAAN HIV

PERASAAN segan dan takut sering kali menghantui masyarakat negara ini apabila diminta mendapatkan pemeriksaan awal HIV di hospital kerajaan ataupun swasta.

Pemeriksaan awal HIV bukan sahaja dapat membantu orang ramai daripada terdedah kepada penyakit berkenaan tetapi ia mampu memupuk kesedaran mengenai kepentingan menghindari AIDS.
DENGAN H-KIT kini ujian HIV boleh dilakukan di rumah.

Menyedari kepentingan itu, Twinscan Holdings Sdn. Bhd. dengan kerjasama NewScen Coast Bio-Pharmaceutical Co. Ltd. memperkenalkan H-Kit bagi membantu orang ramai membuat saringan awal virus HIV. Perunding Twinscan Holdings Sdn. Bhd., Dr. P.V Lingham berkata, H-Kit memberi kebebasan kepada pengguna untuk membuat pemeriksaan saringan awal virus HIV di rumah mereka.

“Saringan awal virus HIV di rumah dapat memberi keselesaan kepada pengguna terutamanya mereka yang berasa segan ataupun mempunyai perasaan takut untuk melakukan pemeriksaan di hospital-hospital.

“Penggunaan H-Kit ini amat mudah sekali dan hanya mengambil masa lima hingga 30 minit untuk mendapat keputusan. Ia juga dapat mengenalpasti jangkitan HIV 1 dan HIV 2 apabila digunakan pengguna kelak,” katanya ketika ditemui Kosmo.

P.V Lingham memberitahu, orang ramai mungkin kurang mengetahui bahawa virus HIV itu terbahagi kepada dua iaitu HIV 1 dan HIV 2. Katanya, HIV 1 merupakan jangkitan yang sangat berbahaya kepada orang ramai, manakala HIV 2 pula tidak begitu berbahaya. Begitupun, pemeriksaan awal itu amat penting kerana terdapat rawatan bagi mengelak ia merebak sehingga ke tahap AIDS. 

UJIAN saringan HIV penting bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga atau mengamalkan gaya hidup kurang sihat.

“Pengguna juga tidak perlu berasa takut atau bimbang untuk menggunakan kit berkenaan kerana telah mendapat kelulusan daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Di dalam bungkusan kit turut disediakan langkah-langkah penggunaan untuk memudahkan lagi mereka menggunakan peralatan terbaru ini,” katanya.  

Ujar P.V Lingham lagi, pelbagai faedah dapat diperoleh orang ramai apabila melakukan ujian saringan awal HIV.

Sebagai contoh, bagi pasangan Islam mereka kini perlu menjalani ujian HIV sebelum mendirikan rumah tangga. Kit ini dapat memudahkan proses berkenaan.

“Bagi mereka yang ingin menderma darah kit ini juga dapat membantu mempermudahkan proses menderma darah untuk menyelamatkan nyawa orang ramai,” katanya lagi

Sementara itu, Perunding Psikologi Twinscan Holdings Sdn. Bhd., Aida Rohana Ismail, memberitahu, kit berkenaan juga amat sesuai digunakan oleh mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

“Mereka ini mungkin mempunyai perasaan was-was atau takut untuk melakukan ujian HIV kerana gaya hidup yang tidak sihat. Sekiranya pemeriksaan mendapati mereka telah dijangkiti HIV, mereka akan diberi kaunseling dan bimbingan untuk berdepan masalah berkenaan. Perkhidmatan kaunseling juga adalah bagi mereka yang merasa takut untuk membuat ujian ini. Kita akan mendengar apa yang ingin diluahkan dan bersama-sama mengatasinya,” katanya.

Ujarnya lagi, bagi yang dikesan positif HIV pula, sesi kaunseling amat bermakna bagi mengurangkan tekanan perasaan dan memastikan bagi golongan itu mempunyai kumpulan sokongan terutama bagi menangani stigma masyarakat. Katanya, ujian awal HIV memainkan peranan penting untuk memastikan ia tidak merebak kepada orang lain.

“Mereka yang ingin menggunakan atau mendapat keputusan selepas mencuba kit berkenaan turut boleh mendapat khidmat nasihat melalui talian hotline 1-700-800-19,” ujarnya lagi.  

Selain daripada menawarkan kit HIV, pengguna juga boleh mendapatkan kit Hepatitis B dan C.

Sumber : Disini




2 comments:

  1. macam2 teknologi skrg ni
    dah macam test utk pregnant pun ada

    ReplyDelete
  2. Irfa,

    Tu lah pasal.....semakin mudah... bagus jugak kan....:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST