Sunday, 7 October 2012

GADIS HADAPI DUGAAN TUNANG HIV


Soalan:

SAYA berusia awal 20-an dan sudah bekerja. Kini keliru dan cuba membina semangat untuk meneruskan kehidupan kerana kerap kecewa.

Saya baru saja bertunang Mac lalu tapi tidak dapat meneruskan hubungan kerana pasangan memberitahu dia menghidapi HIV dan saya sudah melihat laporan perubatannya.

Dulu dia seorang gay tapi kami berkawan baik. Sepanjang perhubungan dia menjaga saya dengan baik dan memberitahu niatnya untuk berubah. Saya yakin jika niat baik, Allah pasti merahmati hubungan kami. Saya gembira dan teruja untuk berkahwin selain memiliki keluarga seperti orang lain.

Malangnya saya diuji bukan soal kesetiaan tetapi aspek lain. Hanya Allah yang tahu betapa kecewanya saya dengan kehidupan sekarang kerana sudah banyak membuat perancangan apabila berkahwin kelak.

Saya sudah mencuba yang terbaik dalam perhubungan kami. Malangnya masih gagal juga. Saya sangat kecewa dan mahu hidup dalam suasana gembira.

Hati saya sudah tawar untuk meneruskan hubungan dan berasa tertekan. Bagaimana saya harus meneruskan kehidupan? Diharap Dr dapat membantu dan memberikan kata-kata semangat.

Emosi saya terganggu sekali gus menyebabkan prestasi kerja menurun. Haruskah saya mencari teman yang lain bagi mengubat kekecewaan ini?

Dalam dilema
Terengganu.



Jawapan:

DR ucapkan tahniah kerana adik masih mempunyai kekuatan dalam meneruskan kehidupan. Bukan mudah menghadapi kekecewaan demi kekecewaan. Sebagai manusia, sudah lumrah untuk sedih dan kecewa apabila menghadapi kegagalan. Kekecewaan berlaku kerana adik meletakkan harapan tinggi dalam perhubungan dengan tunang. Begitu banyak perancangan sudah diatur seperti impian untuk mempunyai keluarga dan menjadi isteri yang komited. Apabila banyak harapan tidak dapat dipenuhi, kekecewaan semakin dirasai.

Adik tidak gagal dalam bercinta kerana tunang masih setia dan tidak mensia-siakan mahligai cinta yang dibina. Dalam kehidupan, ada kalanya banyak yang tidak menjadi kenyataan disebabkan situasi tertentu. Seluruh kehidupan adalah satu ujian. Adik diuji dengan tunang menghidap HIV.

Adik seorang yang mempercayai jodoh pertemuan Allah yang menentukan selain mempercayai hanya Allah lebih mengetahui segala yang terbaik. Berpegang kepada kepercayaan qada dan qadar, adik boleh membina kekuatan diri serta melihat bahawa kehidupan adalah satu ujian. Dr akui bukan mudah untuk meneruskan kehidupan apabila berhadapan dengan banyak kekecewaan. Bagi melupakan kekecewaan itu, adik boleh memulakan hidup baru dan kini cuba fokus kepada diri sendiri. Ia sebagai satu pelarian untuk mengurangkan kepedihan yang ditanggung selain satu bentuk mekanisma bela diri bagi menambah kekuatan.

Mengenai hubungan dengan tunang, beberapa pilihan ada di tangan. Adik boleh meneruskan perkahwinan dan kesannya perlu bersedia berhadapan dengan risiko tertentu. Jika adik tidak sanggup berhadapan risiko berkahwin dengan seorang penghidap HIV, adik tidak boleh membuang terus tunang hanya kerana dia mempunyai HIV. Tidak dapat berkahwin tidak semestinya mengelak daripada membantu dia meneruskan kehidupan.

Persoalannya, haruskah adik terburu-buru mencari kawan supaya dapat mengubati hati, tapi pada masa sama adik tidak mahu bercakap soal perasaan? Jawapannya, adik perlu ikhlas dalam membina satu perhubungan cinta. Jika niatnya adalah untuk mengubati hati yang luka, adik pasti kecewa jika luka itu tidak terubat. Begitu juga adik pasti kecewa jika masih bercakap mengenai perasaan sendiri. Sekali lagi adik meletakkan harapan dan jangkaan tinggi dalam mengejar cinta.

Sebaiknya, biarlah cinta itu datang dengan sendiri, tanpa dipaksa dan bukan untuk menghilangkan kekecewaan. Jika adik bercinta untuk mengubati hati yang luka, adik pasti lebih banyak memikirkan keperluan diri.

Adik pasti terlupa teman adik mempunyai keinginannya tersendiri dan wujudnya perhubungan cinta berat sebelah serta sudah tidak bersifat ikhlas.

Mengenai kata-kata semangat, orang yang lebih layak memberinya ialah diri sendiri kerana hanya adik lebih mengenali diri. Anggaplah segala yang berlaku sebahagian daripada episod kehidupan, ada suka dan duka. Berilah masa kepada diri untuk mengubati segala kekecewaan. Jangan paksa diri untuk melupakannya.

Cari minat atau hobi untuk mengurangkan kesakitan emosi yang dialami. Cari kawan dipercayai yang boleh mendengar luaha n hati. Bina kekuatan diri melalui amal ibadah. Membaca juga satu terapi mengurangkan tekanan.

Sumber: HMetro Online

18 comments:

  1. Terkesima jap baca post kali ni, ia terjadi pada diri saya, tapi saya yg menghidap hiv..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Mudah-mudahan awak sihat pada hari ini dan kuat menghadapi dugaan... :)

      Soal jawab diatas sesiapa sahaja(tak kira jantina) boleh jadikan panduan pengajaran kan...:)

      Delete
  2. Saya ingin tahu, betul kah HIV bukan penyebab kepada AIDS?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Asas mudah kiraan tahap virus HIV dlm badan biasa yang mudah difahami dipanggil CD4


      Orang normal kiraan CD4 mereka sekitar antara 500-1000 lebih, pembawa HIV kiraan yang sudah ditetapkan ialah atas 200, bermakna CD4 yang bawah kiraan 200 mereka dianggap sudah berada dalam ketogeri AIDS.

      Sebelum CD4 jatuh hingga ke paras 200, pembawa HIV akan disarankan agar memulakan rawatan ubatan HAART. Rawatan HAART mampu meningkatkan CD4. Sekiranya rawatan tidak dimulakan CD4 akan terus jatuh dan dan pembawa HIV mudah diserang penyakit seperti TB dan penomonia, malah ada kalanya selesema juga boleh membawa kemudaratan teruk ketika CD4 terlalu rendah.

      Untuk mendapat AIDS kita kena perlu ada HIV terlebih dulu, tetapi HIV masih boleh kita kawal supaya kita tidak mendapat AIDS dengan menerima rawatan HAART.

      Soalan anda, "betul kah HIV bukan penyebab kepada AIDS?"

      mengikut kefahaman saya itu ada lah salah, HIV memang penyebab AIDS. Kena ingat ramai pembawa HIV yang meninggal dunia bukan disebabkan kerana AIDS, ramai juga yang meninggal kerana penyakit biasa yang lain seperti serangan jantung ketika mereka masih berada dalam ketogeri HIV bermakna kematian mereka bukan disebabkan oleh komplikasi AIDS...mati mereka bukan kerana AIDS walaupun mereka ada HIV... :)

      Wallahuallam

      Delete
    2. Persoalannya, terdapat ramai orang biasa yang tidak dijangkiti virus HIV tetapi mereka juga menghidap penyakit yang Najmi katakan seperti pnumonia (Datuk Syarifah Aini dan ramai lagi), TB (semakin meningkat di Malaysia dan baru-baru ini terdapat 15 orang guru dan murid2 di sekolah di Ipoh dijangkiti penyakit TB) dan lain2 penyakit tetapi mereka ini tidak dikatakan menghadapi komplikasi AIDS. Terdapat juga individu yang saya baca dalam akhabar yang telah 11 tahun dijangkiti virus HIV tetapi hidup seperti manusia normal yang lain tanpa mengambil apa2 ubat daripada hospital. Tidak kah pendapat yang mengatakan HIV menyebabkan AIDS hanyalah andaian semata2?

      Delete
    3. Anonymous,

      "HIV menjadi AIDS apabila terdapat kurang daripada 200 CD4 + Sel T setiap microliter daripada darah. HIV become AIDS when there are fewer than 200 CD4+T Cells per microliter of blood"


      Melalui pemahaman saya tentang pertanyaan saudara diatas;

      TB dan Pnumonia merupakan penyakit yang boleh berjangkiti kepada sesiapa sahaja terutama mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.Tidak semestinya hanya kepada mereka yang ada HIV sahaja baru boleh kena komplikasi seperti ini.

      TB dan pnumonia juga merupakan antara komplikasi AIDS yang biasa kerap terjadi kepada pembawa HIV kerana mempunyai kiraan CD4 yang rendah (sistem imun yang sangat lemah). Peluang pembawa HIV yang rendah kiraan CD4 mereka mendapat komplikasi ini sangat cerah. Ini bermakna pembawa virus HIV perlu mendapat HIV terlebih dahulu baru boleh mendapat AIDS (komplikasi tersebut)

      Manakala orang biasa(yang tidak ada HIV)masih berpeluang mendapat penyakit seperti TB dan Pnumonia walaupun tidak mempunyai HIV kerana disebabkan sistem imun dalam badan yang lemah contoh seperti orang tua.

      Ya ada individu yang telah dijangkiti virus HIV lebih 11 tahun tetapi masih dapat menjalani kehidupan normal tanpa ubatan hospital. Dalam kes ini saya pasti mereka ini ada mengamal pengambilan pil suplement atau mengambil makanan dan minuman kesihatan lain sebaik sahaja mereka disahkan positif, nasib mereka baik kerana makanan tambahan tersebut sesuai dg tubuh badan mereka dan menguatkan sistem imun dan mampu meningkatkan atau stabilkan CD4(tidak jatuh) mereka. Walaubagaimanan pun mereka tetap perlu berjumpa pakar untuk pemantauan diri dari masa kesemasa sepanjang tahun seumur hidup.

      Tetapi ramai juga pembawa hiv yang ada mencuba makanan tambahan yang sama tetapi kiraan CD4 mereka tetap jatuh kerana setiap individu penerimaan kesan makanan tambahan itu adalah berbeza akibat perbezaan gaya hidup masing-masing. Mereka yang 11 tahun masih tidak menerima rawatan ubatan hospital(HAART)juga berkemungkinan seorang yang bijak mengurus diri dan rajin sentiasa melakukan senaman dan selebihnya adalah kerana kehendak Allah SWT.

      Saya ulang sekali lagi; kita kena ada HIV baru boleh mendapat AIDS. Macam mana nak dapat AIDS jika kita tidak ada HIV kerana HIV dan AIDS bersangkut rapat antara satu sama lain.

      Wallahuallam

      Mudah-mudahan Anonymous faham ya....Terima kasih... :)







      Delete
    4. “It’s not even probable, let alone scientifically proven, that HIV causes AIDS. If there is evidence that HIV causes AIDS, there should be scientific documents which either singly or collectively demonstrate that fact, at least with a high probability. There are no such documents.”

      Spin Magazine, Vol. 10 No.4, 1994

      “The HIV-causes-AIDS theory is one hell of a mistake.”

      Foreword, “Inventing the AIDS Virus”

      “Years from now, people will find our acceptance of the HIV theory of AIDS as silly as we find those who excommunicated Galileo.”

      “Dancing Naked in the Mind Field,” 1998

      “Where is the research that says HIV is the cause of AIDS? There are 10,000 people in the world now who specialize in HIV. None has any interest in the possibility HIV doesn’t cause AIDS because if it doesn’t, their expertise is useless.”

      “People keep asking me, ‘You mean you don’t believe that HIV causes AIDS?’ And I say, ‘Whether I believe it or not is irrelevant! I have no scientific evidence for it.’ I might believe in God, and He could have told me in a dream that HIV causes AIDS. But I wouldn’t stand up in front of scientists and say, ‘I believe HIV causes AIDS because God told me.’ I’d say, ‘I have papers here in hand and experiments that have been done that can be demonstrated to others.’ It’s not what somebody believes, it’s experimental proof that counts. And those guys don’t have that.”

      California Monthly, Sept 1994

      “If you think a virus is the cause of AIDS, do a control without it. To do a control is the first thing you teach undergraduates. But it hasn’t been done. The epidemiology of AIDS is a pile of anecdotal stories selected to the virus-AIDS hypothesis. People don’t bother to check the details of popular dogma or consensus views.”

      HIV not Guilty, Oct 5, 1996

      “[Aids] is not ‘God’s wrath’ or any other absurdity. A segment of our society was experimenting with their lifestyle, and it didn’t work. They got sick. Another segment of our pluralistic society, call them doctor/scientist refugees from the failed War on Cancer, or just call them professional jackals, discovered that it did work. It worked for them. They are still making payments on their new BMWs out of your pocket.”

      Dancing Naked in the Mind Field. Vintage Books. 2000

      — Dr. Kary Mullis, PhD, Biochemist, Winner, 1993 Nobel Prize for Chemistry for inventing the polymerase chain reaction, the basis for the HIV viral load tests.

      Delete
    5. Anonymous,

      Terseliuah lidah saya membacanya..... :) terpulang pada pendirian masing2, apa yang ditanya sudah cuba saya terangkan mengikut kemampuan pemahaman minda saya.... :) Wallahuallam

      Delete
  3. Gay men never love and attractive towards woman...Is it true?

    Mereka protective tapi to be in love ngn perempuan semacam tidak jer...

    Adakah tunang nye yg gay itu kawin hanya utk tutup kegiatannya sahaja.?

    Solat hajat minta petunjuk pada allah untuk teruskan atau tidak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tchr shda,

      Wallahuallam... kalau bukan gay pun kemungkinan tunangnya itu seorang bisexual yang mampu switch off nafsunya kepada lelaki (maybe buat semantara jer kut, atau maybe betul dia hanya hendak menutup malu dg berkahwin, tetapi kantoi disahkan HIV dan terpaksa berterus terang status diri kepada tunagnnya)

      Wallahuallam... mudah2 mereka pada hari ini sudah selamat di "satu" kan, mudah2an tunang wanita ini semakin teguh kembali berpegang pada ajaran Islam dan tidak kembali kepada aktiviti songsangnya......

      Delete
    2. Suka bile sesekali tchr shda mencelah tapi nasihat doctor tu sangat saya persetujui, gadis itu telah mengetahui tunang songsang, sepatutnya sediakna minda untuk apa yang akan terjadi, kalau betul2 ikhlas hadapi nasib pasanagnan dengan tabah, memang naluri gay tetap ada pada rakan sejenis tetapi anda sebabagi pasanagn InsyaAllah boleh membantunya dengan izin Allah.

      Delete
  4. Manusia hanya akan sedar dosa sendiri bila sesuatu tjadi kat diri..masa tu baru ingat Tuhan dan berubah~for wat?? sadis kalau mmikirkan..bukan senang nak mjadi manusia lagi2 dunia yang penuh dosa ni..inilah tjadi bile mmilih jalan yang salah..end up mlukai org yang myanyangi diri mereka yang penuh dosa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elsie, adalah baik jika seseorang ditimpa ujian samada sakit (sebelumnya sihat), kesusahan (sebelumnya senang) dan lain2 lain lagi kemduian dia kembali kepada Allah SWT. Rasanya kita sebagai manusia tidak berhak menghukum seseorang itu, let us leave it to Allah. Setiap manusia yang melata di atas muka bumi Allah ini tidak pernah lepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Kita bukannya maksum seperti para nabi dan rasul. Sama2lah kita berdoa semoga Allah memberi kesihatan yang baik, semangat dan keinginan untuk sembuh kepada mereka yang Allah uji dengan kesakitan. Kita belum tahu akan pengakhiran hidup kita bagaimana, betul tak?

      Delete
    2. Elsie coolzzzz,

      Takdir Allah pada semua makluk berbeza2, dugaannya juga berbeza2, kesilapan lalu adakalanya boleh menyedarkan manusia supaya kembali mengingati pada NYa... supaya menjadi kuat dan kembali bermuhasabah diri.... :) Thanks

      Delete
    3. Anonymous / Naj Mi-yeahh~sy setuju apa yang korang sampaikan..dont get it wrong..sy tak mghukum mereka pun dan hanya God yang layak mghukum mereka..i know semua manusia tak perfect..so am i..its pissed me off bila sy fikirkan family mereka2 ni..family dorang lg tseksa..prinsip hidup sy,i trying my best 2 be a good daughter, melakukan dosa dan mybbkan mak sy tseksa sumpama membunuh dia..sy harap mereka2 yang masih lagi belum btaubat at least ingatlah org yang masih myanyangi anda..

      Delete
    4. Elsie coolzzzz,

      Tak mengapa...Elsie coolzzzz

      Betul saya pun sempati kepada famili (terutama ibubapa)mereka yang terlibat dan diduga itu. Sama ada yang kena hiv mahupun tunang nya yang terpaksa menghadapi dugaan tersebut, sekurang2nya Elsie coolzzzz beri pendapat dan saya rasa ada pengajaran serta nasihat disebalik komen Elsie coolzzzz tu.

      Yang penting sesiapa sahaja kena fikirkan terutama makbapak (dan juga Allah)sebelum terlibat dalam apa jua masaalah sosial yang tak elok tukan......:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST