Friday, 5 October 2012

BARAH HIDUNG - LEBIH DAHSYAT DARIPADA DUGAAN YANG KITA ALAMI

Apalah sangat kalau kita mendapat virus HIV, kita masih boleh terus menjalani kehidupan yang baik dan sempurna dengan bantuan ubatan ciptaan Allah yang dipanggil HAART. 

Jika kita rasakan diri kita sudah diduga teruk oleh Allah maka kita kena ingat bahawasanya tentu ada insan lain yang telah dan sedang diduga lebih teruk daripada kita.

Mari kita fikir sejenak betapa beruntungnya kita pada hari ini jika dibandingkan dengan kisah dibawah ini; mana yang mampu kita tolong dan kita bantu ikut cara kemampuan kita.

Fakta:
 
1. Ezmi kini terlantar & dijaga oleh ibunya di Batang Kali, Selangor
2. Telah menjalani perubatan moden ditahap tertinggi, namun pihak hospital telah menemui jalan buntu apabila ianya tidak berkesan.
3. Ezmi kini tidak lagi menerusk
an pengambilan ubat-ubatan moden.
4. Ezmi mempunyai 2 orang anak berumur 10 & 7 tahun yang setia menemaninya.
5. Ezmi ialah seorang bapa tunggal & anak sulong dalam keluarganya.


Bantulah dengan ikhlas, walaupun sekadar sepotong doa. ataupun
Share, mungkin orang lain yang terpandang akan membantu!!! - kredit kepada Aezza Masri



Bekas Pemain Selangor Ezmi Derita Barah Hidung

Bekas Pemain Selangor Ezmi Derita Barah Hidung

BATANG KALI – Bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 35, kini menderita barah hidung atau limfoma. Dia yang ditemui di rumahnya semalam kelihatan kurang bermaya dan lebih kerap berbaring kerana serangan barah yang merosakkan keseluruhan hidungnya.

Ibunya, Latifah Daud, 55, berkata, anak sulungnya itu mula menunjukkan gejala serangan kuman limfoma sejak empat tahun lalu apabila dia kerap menghembus cecair seperti hingus daripada hidungnya. Bagaimanapun, katanya saban hari kesan itu dilihat bertambah teruk sehingga memaksa anaknya menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan dalam hidungnya.

“Makcik pernah tegur dia kenapa menghembus sampai nak terkeluar isi hidung, dia kata sebab hidungnya tersumbat sesuatu. Bila keadaan itu tidak berubah, dia menjalani pembedahan bagi membuang sesuatu yang menyekat pernafasannya. Tetapi, selepas itu keadaannya bertambah teruk hinggalah kesan yang dilihat sekarang,” katanya ketika menerima kunjungan Pegawai Jabatan Kebajikan 

Masyarakat (JKM) Hulu Selangor, Maznah Othman semalam. Latifah berkata, kuman limfoma merebak dan memakan tisu-tisu hidung anaknya bermula di sebelah kiri sehingga menjejaskan keseluruhan hidung termasuk bahagian atas bibir.

Katanya, pakar perubatan juga mengakui tidak mampu merawat penyakit tersebut dan memaksa ahli keluarga mengambil ikhtiar melakukan rawatan tradisional.

“Ezmi tidak mampu berjalan seperti biasa dan ia menghalang daripada meneruskan terapi di hospital, sebab itu kami teruskan rawatan tradisional di rumah. Dia ada harapan untuk sembuh tapi perlu pastikan lukanya kering dan bebas kuman bagi memudahkan doktor menggunakan tisu sesuai menampal luka tersebut,” katanya.

Menurutnya, jika tidak kuman limfoma akan terus merosakkan tisu badannya.

Katanya, berat badan Mohd Ezmi semakin susut sehingga 37 kilogram (kg) sekarang berbanding 56 kg sebelum ini. Malah, rumahtangganya juga tidak mampu bertahan hingga memaksa dia dan bekas isterinya kini tinggal berasingan.

Sementara itu Maznah berkata, JKM Hulu Selangor menyenaraikan Mohd Ezmi sebagai penerima Bantuan Penjagaan Pesakit Terlantar berjumlah RM300 sebulan. Beliau berkata, bantuan tersebut diberikan untuk meringankan beban terpaksa ditanggung keluarga pesakit.

“Kita telah mengambil kira beban keluarga yang terpaksa menanggung beberapa perbelanjaan berkaitan. Bantuan ini diharap dapat meringankan sedikit beban ahli keluarga pesakit,” katanya kepada Sinar Harian selepas melawat keluarga berkenaan semalam.

Turut hadir, Pembantu Pegawai Kebajikan Kanan, JKM Hulu Selangor, Tuan Rosli Tuan Ahmad. Pada lawatan tersebut, JKM turut menghulurkan bantuan segera berupa wang tunai dan barangan keperluan kepada keluarga bekas pemain bola sepak Selangor itu. – SinarHarian


Lagi kisah insan yang mengalami barah hidung di dalam entry disini "Ada insan yang lebih teruk di uji oleh Allah" 
 
 

8 comments:

  1. ya Allah.. dugaan utk saya rasa kecik je berbanding dgn En.Ezmi ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Saya pun sama....rasa macam tu....

      Delete
  2. Alahai,hilang suda muke hensemnyer....
    Moga allah mudahkan danringankan derita ezmi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tchr shda,

      Mudah-mudahan Tchr shda... bukan kah hidup kita lebih baik... so jom kita semua bersyukur kehadrat Allah... dan berdoakan yang terbaik buat saudara ezmi

      Delete
  3. Ya Allahuakbar...betapa sayangnya Allah padanya...moga Allah sembuhkan dia...terharu saya..
    Semua ini mehnah Allah pada diri saya memuhasabah diri...

    Ya Allah sembuhkanlah dia..amln.
    :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Apa yang boleh kita tolong bila saudara Ezmi sudah berada di tahap 4 (kanser).


      Saya ambil kesempatan disini memperingatkan diri saya dan semua pembaca diluar sana, selain kita terus berdoa buat saudara Ezmi, mari kita ramai-ramai sedekah masuk ke akaun bank yang tertara no. diatas, ikhlas kita membantu masukkan sekadar mana yang kita mampu... insyaallah akan ringan sikit beban yang ditanggung Ezmi dan keluarganya serta anak2nya.

      Jom semua kita sedekah....please.......hari ini hari saudara Ezmi entah esok hari kita pula.....

      Delete
    2. Insyaallah saya akan doakan dlm doa sujud saya moga Allah berinya kekuataan
      meneruskan hidup...moga Syurga Allah buatnya...Amin..

      :'( saya sungguh terharu...

      Delete
    3. BUAT PENGETAHUAN SEMUA PEMBACA, AL FATIHAH BUAT ARWAH.....


      Bekas pemain Selangor Ezmi kembali ke rahmatullah
      Artikel ini bertarikh 2 Februari 2013

      BATANG KALI - Bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 36, yang menderita akibat barah hidung meninggal dunia jam 1.43 pagi tadi.

      Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sentosa setelah dilaporkan muntah darah lewat petang semalam dan menghadapi masalah untuk membuang air besar.

      Bapanya, Md Jan Nipang, 67, berkata, tahap kesihatan anak sulungnya itu menurun sejak sebulan lalu dan tidak menjamah makanan dalam tempoh tersebut menyebabkan berat badannya susut.

      "Semalam lebih kurang jam 5.15 petang Mohd Ezmi mengalami muntah darah yang banyak dan tidak berhenti sehingga jam 8 malam.

      "Selepas dilihat reda, dia sekali lagi muntah darah sampailah habis waktu Isyak kemudian dia direhatkan selepas itu," kata beliau ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Batang Kali di sini.

      Katanya, melihat keadaan Mohd Ezmi yang tidak stabil ahli keluarnya bersilih ganti menjaganya.

      Menurutnya, kira-kira jam 12.30 tengah malam Mohd Ezmi mengadu mahu membuang air besar dan dipapah ke bilik air, namun terjatuh di bilik air.

      "Saya memapahnya kembali ke katil tapi dia tidak dapat buang air besar ketika itu.

      "Lebih kurang jam 1 pagi dia sekali lagi mahu buang air besar tapi disebabkan keadaannya yang tidak bermaya, kami hanya sediakan besen untuknya membuang air di tepi katil. Tapi selang setengah jam Mohd Ezmi disahkan meninggal dunia," katanya.

      Katanya, jenazah anaknya selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi tadi.

      Turut hadir ke tanah perkuburan tersebut, bekas rakan sepasukan arwah, Aiman Firdaus Tan, 36, bersama kira-kira 30 rakan lain yang bersama-sama dalam pasukan bawah 20 tahun Selangor dahulu.

      Allahyarham Mohd Ezmi menghidap barah hidung sejak lima tahun lalu dan telah menjalani pembedahan serta melalui beberapa rawatan susulan di hospital termasuk kaedah tradisional.

      Beliau pernah bermain dengan pasukan Selangor sebagai ketua pasukan, Perlis dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan merupakan bekas kakitangan MPSJ.

      Sumber Sinar Harian
      http://www.sinarharian.com.my/semasa/bekas-pemain-selangor-ezmi-kembali-ke-rahmatullah-1.127575


      NAJ MI

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST