Saturday, 6 October 2012

10 GARIS PANDUAN HIDUP UNTUK PLHIV


Sepuluh panduan ini hanya sekadar renungan kita bersama, usah ambil terlalu serius. Mana yang boleh kita contohi kita ikut dan mana yang tidak mampu kita contohi, maka kita abaikan

Perkongsian ini dihasilkan oleh seorang rakan saya;

1. Tentang kawan
PLHIV perlu berkawan dengan orang yang amanah kerana sekiranya tidak amanah, PLHIV akan stress. Bayangkan kalau rahsia besar yang sepatutnya dirahsiakan itu terbongkar, kesian bukan sahaja kepada individu PLHIV itu sendiri malah kesannya boleh terkena kepada ahli keluarga terdekat mereka.
 
2. Tempat tinggal dan persekitaran
PLHIV kena tinggal jauh dari tempat-tempat berisiko supaya tarikan tidak terlalu kuat (terutama dikalangan mereka yang gemar melakukan maksiat), jika boleh tinggal berdekatan dengan sumber perubatan, suasana bersih, tenang dan ada kemudahan riadah.

3. Pengisian rohani
PLHIV kena cari dan selalu ketempat-tempat yang penuh dengan pengisian rohani, tempat yang mudah ditemui paling mudah seperti masjid dan menghadiri kuliah-kuliah agama dan elakkan memilih tempat-tempat seperti Abu Sayyaf.
 
4. Tentang pekerjaan
Seboleh-bolehnya jangan beritahu status diri kepada majikan (seandainya syarikat semuanya orang putih @ bangsa asing okay mereka lebih terbuka) demi untuk kesinambungan kerjaya dan mengurangkan tekanan.
 
5. Corak kehidupan
Seboleh-bolehnya jangan terlampau dedahkan diri anda sebagai PLHIV, hidup macam normal sebab anda semua tetap manusia, memang sedih, pasti sedih tapi luahkan pada orang-orang tertentu yang boleh dipercayai.
 
6. Tingkatkan prestasi diri
Buktikan PLHIV mampu bersaing, andai kata rahsia terbongkar, tutup telinga pejam mata, usaha untuk berjaya, tingkatkan takwa, menulis atau sibukkan diri dengan akitiviti berfaedah serta rapatkan diri dengan keluarga.
 
7. Bertanggungjawab dengan penyakit
Hindari dari menjangkiti virus kepada orang lain, pre-cautious. Elakkan seboleh-bolehnya menjangkiti orang lain terutama kepada pasangan.
 
8. Jangan balas dendam seandainya anda mangsa.
Sekiranya anda dijangkiti dari pasangan (suami isteri), jangan balas dendam, bertindak berpisah dan mengambil tindakan drastik. Buka hati, terima dugaan, bersatu dalam memberi sokongan moral antara satu lain tetapi kalau kesilapan dalam pemindahan darah @ kecuaian hospital sila saman.
 
9. Masa untuk dedahkan status anda.
Ambil masa yang sesuai untuk beritahu status anda kepada pasangan dan mulakan perkataan anda dengan seikhlas hati dan penuh kerendahan diri. Terima apa sahaja perkataan yang keluar dari mulut pasangan tapi kalau pasangan terlalu agresif sabarkan mereka atau cabut lari.
 
10. Jangan rasa rendah diri.
Tanam di minda, aku insan yang dipilih Allah, aku lebih disayangiNya berbanding makhluk lain. Bersikap seperti biasa dan berikan image positf terbaik anda.


8 comments:

  1. .....Terima kasih tau dgn info ni...doakan saya yer...:-)

    Syukran jazillan...

    ReplyDelete
  2. Point no 4, jika kita buat test dan result keluar, jika positif adakah result akan dimaklumkan terus kepada pihak majikan oleh authority/ hospital? Sebab setahu saya semua ujian STD dan HIV perlu daftar.

    Anyway good sharing bro najmi, hope bro sentiasa kuat ye

    - KiKo

    ReplyDelete
    Replies
    1. KiKo,

      Setahu saya result itu adalah rahsia, pihak hospital tidak ada hak memberitahu kepada majikan (melainkan result itu dibocorkan oleh individu yang tidak bertanggujawab)...anda hanya akan dinasihatkan agar rujuk kepada doktor pakar dihospital.

      Wallahuallam..
      Maybe pembaca lain ada jawapan yang lebih tepat dan boleh terangkannya... :)

      Delete
  3. InsyaAllah maklumat peribadi anda adalah hak milik anda, bagi penjawat awam anda boleh merahsiakna status anda sekiranya anda tiada keyakinan. Apa2pun semuanya keputusan anda dan bagi pekerja swasta maklumat kesihatan terperinci jarang diminta tetapi bergantung kepada jenis pekerjaan.

    ReplyDelete
  4. hi najmi,

    ada panduan bagi mereka yg hidup bersama plhiv tak? apa perlu buat.. apa perlu elak dari dijangkiti...dan sebagainya

    terima kasih

    cik anon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai cik anon

      Panduan hidup bersama dengan PLHIV, cuba cik ainon klik entry lain dalam blog ini yang bertajuk

      4 TIPS BERINTERAKSI DENGAN PENDERITA HIV POSITIF

      MENJAGA DAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA PLHIV

      Pandangan saya, hidup dengan PLHIV tak sukar anggap PLHIV itu seperti insan lain. Yang penting cik ainon kena faham cara bagaimana hiv berjangkit, kalau cik ainon dah faham tak ada sukarnya untuk tingga bersama seorang PLHIV.

      Kena faham cara HIV berjangkit, cik ainon boleh memeluk, makan mengunakan sudu dan pinggan yang sama...sebenarnya tak susah dan tak perlu risau sangat bila hidup dg PLHIV.

      Kalau PLHIV luka berdarah sekali pun, cik ainon boleh sentuh darah PLHIV yang penting jari cik ainon tak ada luka berdarah...

      Kalau PLHIV demam atau selsema boleh telan panadol...tapi kalau berlarutan demam memang kena bawa ke hospital lah.

      Jangkitan HIV sebenarnya sangat susah berlaku, cuba cik ainon baca info asas cara bagaimana HIV berjangkit. Kuman hiv akan cepat mati kalau terdedah pada ruang udara..maknanya darah PLHIV yang terdedah apatah lagi telah kering dah tak ada kuman.

      Senang kata usah terlalu risau bila tinggal dg PLHIV, tak ada bahayanya.....Fahami asas cara jangkitan HIV, jangan percaya darah PLHIV kat buah yang kalau dimakan boleh berjangkit semua itu tipu belaka...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST