Friday, 5 October 2012

AKIBAT DADAH DAN HIV; DUA BERADIK DIBUANG AHLI KELUARGA

Hidup Merempat Mengemis di Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR: Dulu dua beradik ini hidup senang kerana ibu bapa mereka ahli perniagaan berjaya di Johor Bahru, malah si abang pernah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) di bandar raya itu.

Bagaimanapun, akibat perangkap dadah, mereka kini hidup merempat di ibu kota hingga ada kala sisa makanan dalam tong sampah menjadi santapan pengalas perut.

MEREMPAT... Mat dan Azri menjadi gelandangan selepas dibuang keluarga.

Itulah harga yang perlu dibayar Mat, 28, dan Azri, 25,
selepas dihalau dan dipulau keluarga, lima tahun lalu. Lebih memburukkan keadaan, kedua-duanya kemudian disahkan menghidap Aids.

Sebelum dibuang keluarga yang kini tidak mengaku mempunyai pertalian darah, dua beradik itu mendakwa pernah dipukul, dikurung serta dibelasah ahli keluarga kerana dianggap memalukan mereka.

Mendakwa insaf dan tidak lagi mengambil bahan terlarang itu, kedua-duanya mengakui detik hitam mereka berpunca daripada kesilapan sendiri akibat terlalu hanyut dalam nikmat dunia.

Menceritakan permulaan detik hitam hidupnya, Mat berkata, dia mengambil ganja selain menghidu gam sejak di bangku sekolah menengah.

"Di sekolah, saya memang liar dan ganja dadah pertama yang saya ambil. Tamat tingkatan lima, saya sambung pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi di johor dan masa itulah saya kenal dadah jenis syabu dan ecstasy," katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Menurut Mat, keluarganya tidak mengesyaki dia mengambil dadah terlarang itu, namun adiknya, Azri terjumpa bekalan serta alat menghisap syabu yang disorokkan.

"Adik (Azri) tahu saya mengambil ganja kerana di sekolah, kami sama-sama hidu gam serta melayan ganja yang dicampur dalam rokok.

"Apabila dia jumpa bungkusan serta alat uang saya gunakan, saya mengaku ia syabu dan ajak dia mencuba. Sejak itu kami sama-sama melayan dadah, terutama apabila saya pulang ke rumah pada cuti hujung minggu atau cuti semester," katanya.

Mat berkata, tidak susah mendapatkan bekalan syabu, ganja serta ecstasy ketika dia belajar kerana kadangkala dibawa rakannya serta boleh dibeli di kalangan pengedar di sekitar bandar raya Johor Bahru pada harga serendah RM100.

"Duit memang tiada ada masalah kerana ketika belajar, saya mendapat pinjaman selain duit belanja daripada keluarga. Kalau setakat nak berhibur serta membeli dadah, memang tak ada masalah," kata Mat.

Bagaimanapun, sebaik memasuki semester keempat, dia dibuang daripada IPT kerana gagal dalam peperiksaan.

"Waktu itu saya tertekan kerana gagal menyambung pelajaran. Disebabkan tiada lagi duit poket serta wang pinjaman, saya beranikan diri melepak dengan penagih dadah lain.

"Di situ saya belajar menyuntik dadah dan berkongsi jarum dengan penagih lain. Malah, kerana nak berkongsi bagaimana rasanya menyuntik dadah, saya ajak Azri mencubanya," katanya.

Mat berkata, perbuatan mereka terbongkar selepas ditangkap mengambil dadah bersama penagih lain pada 2005 sebelum dimasukkan ke pusat pemulihan selama dua tahun.

"Keluar pusat pemulihan, kami memang sudah pulih dan cuba berubah tapi keluarga melayan kami bagaikan penjenayah. Kami dikurung dan kalau minta untuk keluar rumah, kami dipukul.


"Dua bulan keluar daripada pusat pemulihan, kami terima surat mengesahkan kami dua beradik HIV positif. Selepas itu kami dihalau keluarga yang tak mengaku ada pertalian darah," kata Mat menceritakan pengalamannya menjadi gelandangan sebelum merempat sebagai pengemis di Kuala Lumpur. 


Metro Ahad

8 comments:

  1. Cerita mamat hensem dua orang nih samala dgn pakcik sedara saya, bezanya dia tidak gelandangan dan disisihkan dan dibuang keluarga...

    Pakcik sedara saya tinggal dirumah kami, walaubagaimana pon kena banyak bersabar dengan karenah dia yg memang takkan lupa dadah tapi sentiasa merindui...dan mesti kena pantau aktiviti nya...dan dikuarantinkan dari dunia luar...pakai henset pon tak boleh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tchr shda,

      Ya kebanyakan mereka yang menagih dadah memang sukar untuk berhenti, kalau ada yang boleh berhenti terus tu pun, may be sedikit sangat jumlahnya. Saya harap pakcik saudara awak tu akan berubah sepenuhnya insyaallah.

      Delete
  2. Replies
    1. AzamAli.com.my,

      Hahaha tahu tak pa... kita kena tengok siapa yang dulu memutuskan silaturahim itu. Dalam kes diatas ibubapa dan sudah tentu ahli keluarga yang memutuskan silaturahim itu yang salah, walau alim kaya sekali pun keluarga tersebut, kesalahan tetap pada orang yang mula memutuskan silatulrahim (membuang anak-anak dan dibiarkan terbiar)

      Wallahuallam

      Delete
  3. assalam ...

    rasanya pd masa tuh ... sure keras kepala,ego, baran dll .... kiranya, aku tak masuk hal korang ... korang jgn masuk hal aku ....

    bila dah kena ..... ginilaaaa kesudahannya ....

    bkn nak salahkan sesiapa .... tetapi masing masing ada peranan ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Wsalam...ya ego keras kepala pasti antara penyebab... tetapi ingat ibubapa mana yang sampai hati buang terus anak2 dan dibiarkan terbiar terutama ketika mereka perlukan pertolongan, sudah tentu ibu bapa itu hanya berkepentingan hanya untuk diri sendiri sahaja...... tanggung jawab ibubapa tu besar dan jangan ingat ibubapa itu sahaja yang betul, mudahnya buat anak tapi leka ketika membesarkan anak2 sendiri.

      Ramai ibu bapa yang tak boleh terima kritikan ego (mereka sahaja yang betul) ada setengah tu sombong, bila sudah sombong macam tu lah jadinya sanggup buang dan putuskan silatulrahim dengan anak darah daging sendiri, habis semua kain baju dalam rumah milik anak2 dicampak keluar. Malah kemungkinan aib anak sendiri di perkatakan dan dijaja hanya untuk menutup kesalahan sendiri. Langsung tak membantu malah mengusutkan lagi keadaan.

      Kesalahan masih terletak pada bahu ibu bapa itu, mereka tak boleh buang anak hanya utk kepenting diri sendiri sahaja, mungkin malu dengan rakan dan jiran.

      Tetapi masih ramai juga yang saya dengar ibu bapa masih terus menyokong anak yang bermasaalah dibantu dan dibawa ke pusat pemulihan sayang nya taklah sampai sehingga terputus nya silatulrahim.

      Pada saya ibubapa dan ahli keluarga diatas hanya pentingkan ego maruah diri semata2...

      Wallahuallam

      Delete
  4. saya pun penagih dan ada hiv tapi keluarga x tawu saya malu saya rasa nak lari..

    ReplyDelete
  5. Anonymous

    Saya harap awak berjumpa lah dengan doktor dihospital berdekatan, beritahu tentang masaalah ketagihan yang awak alami tu,

    JANGAN beritahu pada keluarga kalau awak masih tak yakin dengan penerimaan mereka, JANGAN lari (keluar) rumah takut nanti kehidupan awak jadi tak tentu hala dan boleh mendatangkan kemudaratan.

    Disebelah blog abg ni ada Nombor yang boleh awak hubungi jika awak perlukan bantuan, KLIK sahaja disitu

    atau boleh Call mana2 nombor yang abg share kan dibawah ni (mana yaang dekat dengan tempat tinggal awak) beritahu masaalah pastinya mereka boleh bantu...


    Berikut nombor telefon yang anda boleh hubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut, bantuan dan kaunseling.
    KUALA LUMPUR
    PT Foundation (Living Positive) 12pm - 6 pm Rabu-Ahad 03-4044 9622, 017-3500 167
    WAKE 9.30 am – 5.30pm Isnin-Jumaat 03-2692 6861
    Malaysian Care 9.00am – 5.30pm Isnin-Jumaat 03-7785 4541
    KLASS 6.30pm – 10.00pm Khamis –Ahad 03-4045 3686
    PENGASIH 9.00am – 5.30pm Isnin-Sabtu 03-6201 3179
    Tenaganita 9.00am – 5.30pm Isnin - Jumaat 03-2691 3691

    MELAKA
    Shekinah 9.00am – 5.30pm Isnin-Jumaat 06-335 6345

    JOHOR
    PENGASIH 9.30am – 5.30pm Isnin-Jumaat 06-952 2094, 06-951 1812

    PERAK
    Buddies of Ipoh 8.30am – 4.30pm Isnin-Jumaat 05-549 9106, 017-579 7228

    PAHANG
    PENGASIH 9.00am – 5.30pm Isnin-Jumaat 09-296 2179
    DiC Kuantan 9.00am-5.30pm 09-513 2829

    PENANG
    CASP 9.00am-6.00pm Isnin-Jumaat 04-229 9566
    AARG 10.00am-4.30pm Isnin-Jumaat 04-653 3955, 04-656 5984
    PENGASIH 9.00am-6.00pm Isnin-Jumaat 04-331 5246


    JANGAN LARI RUMAH sebab abg bimbang keadaan akan menjaadi bertambah buruk...tenang kan hati ya...Awak juga boleh send email pada abg ke,

    hidupmestiditeruskan@gmail.com

    untuk berkongsi maasaalah dengan abg ya...mana yang terdaya insyaallah abg cuba tolong......:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST