Monday, 22 October 2012

AIDS : SUATU PENDEKATAN BERSEPADU DI MALAYSIA

Aids: Suatu Pendekatan Bersepadu Di Malaysia   

Buku diatas ini walaupun sudah lama diterbitkan saya rasa mungkin menarik untuk dibaca. Merakamkan fakta-fakta serta persoalan-persoalan semasa mengenai jangkitan HIV dan penyakit AIDS khususnya di Malaysia. 

Saya mencari juga buku ni di "Popular Bookstore" tengah hari semalam tetapi dah agak gerenti tak jumpanya...kuat rasa hati, buku ni tak kan jumpa dikedai tu. 

Yang pasti saya jumpa ialah rak magazine, habis semua magazine saya selak dan mana yang menarik saya baca. Free. Dari Majalah Glam, Glam Deko kepada Glam Lelaki, WW (wawasan wanita) suka baca tulisan Wirda Adnan pengarang majalah tu, majalah Folio, Men Health, segala magazine berkenaan Deco, Photography, Travel dan magazine gossip artis dan tak lupa magazine berbahasa cina tengok photo pun puas, kalau ada magazine bahasa Tamil pun mungkin saya selak jugak.


Rak ni mesti singgah.......

Kalau dulu ada dua buah kedai buku besar di shopping komplek ni, lepas tingkat atas saya turun pula ketingkat bawah, masih belek magazine yang sama tapi berlainan kedai. Sekarang hanya ada satu aje, kedai yang satu lagi dah tutup. 

Opsss... ada sebuah lagi kedai buku tapi jual buku secondhand, kedai ini wajib saya ziarah dan selalu juga saya beli magazine murah disini heeee......

Okey berbalik kepada kisah buku bertajuk Aids: Suatu Pendekatan Bersepadu Di Malaysia.

Kalau nak cari juga buku ni rasanya saya kena pergi ke Pekan Lama, disana ada kedai buku kepunyaan india muslim "Mubarak Bookstore" disitu kut baru boleh jumpa. Tak beli pun tak mengapa (pasal mahal) belek-belek dan curi baca pun okey jugak. Kalau rezeki ada boleh beli dan kalau ada info menarik didalam buku tu, kan boleh share kat sini (blog).

Apa pengisian didalam buku ini;
Bermula dengan kajian mengenai insedens dan prevalens penyakit, para pembaca dibawa melalui isu-isu hangat seperti homoseksualiti, pelacuran serta amalan suntikan dadah secara intravena yang sememangnya menjadi punca utama transmisi HIV dan AIDS di Malaysia. 

Para pembaca kemudiannya disaji dengan satu perspektif yang berbeza mengenai bagaimana terjadinya virus HIV. 

Bab-bab seterusnya menghuraikan mengenai aspek-aspek klinikal dan virologi serta pengesahan jangkitan HIV melalui ujian-ujian makmal seperti ujian ELISA dan Western Blot serta interpretasi ujian-ujian berkenaan. 

Pencegahan dan kawalan merupakan paksi kepada segala usaha ke arah membanteras wabak AIDS. Kementerian Kesihatan Malaysia, NGO (seperti Majlis Nasional Pertubuhan Wanita atau NCWO). Unit Tabung Darah serta bahagian kaunseling dan rehabilitasi mempunyai peranan tersendiri dalam usaha untuk membendung gejala AIDS.

Aids: Suatu Pendekatan Bersepadu Di Malaysia
PENULIS / PENYELENGGARA : Rusli Nordin
PENTERJEMAH:PENERBIT : DBP
NO. KK: 616 805241
ISBN: 9836255257
TAHUN: 2002
HALAMAN: 208 

HARGA: MYR 32.00 


6 comments:

  1. kalau mereka yg HIV -ve mungkin kurang berminat baca buku camni..tapi sebenarnya knowledge is power,kan..kalau ada pengetahuan mengenai HIV mesti dapat mencegah dari awal sebelum terjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Betoi.... :) asas pengetahuan tengtang HIV/AIDS perlu ada...:)

      Delete
  2. InsyaAllah saya cuba nak cari di tempat saya ni 'Popular Bookstore' memang salah satu kedai buku yg saya suka masuk..

    Dalam senarai buku2 tentang negara2 yang menarik utk kita travel tu..ada satu negara yg saya bercita-cita nak kunjungi...tapi sekarang hanya dalam angan-angan saje...mmm..

    Entry ni baik serta perlu bagi kita menbuka lagi minda samaada pada yang PLHIV atau pun pada
    non-PLHIV.. Najmi..kalau ada buku yg baik share yeee.... ;)

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  3. Anonymous syukran jazillan

    Negara yang awak nak kunjungi tu pastinya .....Arab Saudi kan... ke Mekah.....:)

    Insyaallah kalau ada buku atau majalah yang baik, lebih baik yang sudah saya baca akan saya sharekan di blog ni.....terima kasih...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tentu saya ingin sekali ke Mekah Najmi...moga diizinkan Allah...doakan yer.. mmm... .betul tu Najmi...ada terasa nak pergi ke sekitar pinggir bandar Hadratulmaut...Yamen...mencari jika masih ada
      lagikah saudara mara yg telah lama terputus hubungan...tapi Najmi...mustahil dah sekarang...selain dah terlalu
      lama terpisah...sekatan perjalanan utk PLHIV ni....hanya menjadi angan-angan kosong ajer.....:-(


      syukran jazillan

      Delete
    2. syukran jazillan

      Ada sedara mara disana.... kalau betul mencari insyaallah pasti berjumpa.... patut lah wajah photo dulu yang di beri tengok pun mirip macam org sana kan...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST