Wednesday, 17 October 2012

5 KISAH KAITAN HIV/AIDS DENGAN WANITA

1) Wanita pembawa HIV/Aids ancam institusi keluarga


KUALA TERENGGANU - Golongan wanita yang membawa virus HIV/AIDS boleh mengancam kestabilan institusi kekeluargaan khususnya suri rumah dan golongan ibu kerana mereka merupakan tonggak rumah tangga.

Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAM) Datuk Dr Raj Karim berkata, golongan wanita yang menghidap penyakit itu membawa implikasi yang besar kerana mereka mempunyai tanggungjawab  penting dalam menguruskan keperluan anak.


“Kebanyakan wanita terdedah kepada virus tersebut akibat perhubungan intim tanpa mengetahui kedudukan dan aktiviti pasangan, menjadi mangsa suami penagih dadah dan beberapa faktor lain yang seterusnya akan menyebabkan jangkitan pada janin dan anak lain.


“Pembawa HIV/AIDS bukan sahaja menderita dari segi fizikal malahan turut menghadapi tekanan emosi dan perasaan akibat stigma dan diskriminasi masyarakat terhadap mereka,” katanya kepada pemberita pada majlis Iftar Ramadan bersama Komuniti yang Disayangi di sini.


Kata Dr Raj, apa yang membimbangkan anak tidak mendapat kasih sayang, rangsangan sosial serta contoh yang betul daripada ibu bapa dan orang dewasa di sekeliling mereka.


"Persekitaran seperti itu akan membawa kepada personaliti negatif anak-anak," katanya.


Lebih malang lagi katanya, kepada anak positif HIV kerana mereka juga turut disisihkan berikutan kebimbangan masyarakat bahawa mereka ini akan menyebarkan jangkitan sehingga menyebabkan terbit perasaan malu serta rendah diri.


Katanya dengan bantuan MAM dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Pertubuhan Komuniti Cakna (KCT) yang ditubuhkan pada 2009, pihaknya membina sebuah rumah perlindungan di Wakaf Tengah, di sini dalam usaha membantu golongan wanita dan kanak-kanak yang positif HIV.


KCT aktif dalam melaksanakan program pencegahan, rawatan jagaan dan memberi sokongan kepada golongan tersebut.


Bekas penagih yang sedang menjalani pemulihan juga mengusahakan kebun sayur-sayuran di KCT sebagai pusat terapi kerja - Bernama
1 Ogos 2012 

Sumber : Disini


2) Bahana Dosa Suami, Dibuang Empat Anak Selepas Dijangkiti HIV

Bahana Dosa Suami, Dibuang Empat Anak Selepas Dijkangkiti HIV

KUALA LUMPUR : “Setiap kali Ramadan, saya rindukan anak. Saya harap sangat dapat bertemu mereka menjelang Aidilfitri, walaupun sekali, sebelum saya menghembuskan nafas terakhir,” kata Nur Haina Muhammad, 59 (bukan nama sebenar) ketika ditemui di Rumah Solehah, sebuah pusat penjagaan penghidap Aids di sini, baru-baru ini.

Haina yang lima tahun disahkan menjadi pembawa HIV berkata, dengan usia makin lanjut dan sampai di penghujung, dia berharap sangat untuk bertemu empat anak kandungnya bagi melepaskan rindu.

“Sudah terlalu lama saya tak jumpa anak, saya minta mereka jangan lupakan saya.
 
“Saya tak pasti umur masih panjang atau tidak. Dengan penyakit dihidapi, saya takut kalau sampai masanya tak dapat berjumpa mereka.

“Tambahan pula dua rakan saya yang juga penghidap Aids sudah dijemput Ilahi, menyebabkan saya kini menghitung hari menunggu detik hilang nyawa,” katanya yang berasal dari utara Semenanjung. 

Sumber : Metro


3) Isteri fitnah suami ada HIV - Padah fitnah Suami


KUALA LUMPUR: Angkara cinta lama kembali bertaut, seorang wanita sanggup memfitnah suaminya sebagai penyebab dia menghidap HIV ketika membuat tuntutan fasakh (bercerai) di mahkamah syariah.

Semuanya bermula apabila wanita berusia 26 tahun itu dikatakan bertemu semula bekas teman lelakinya menerusi laman sosial facebook dan kembali menjalin hubungan.
 
Bagi menguatkan hujah tuntutan fasakhnya, dia mereka cerita kononnya si suami menyebarkan HIV kepadanya.

Bagaimanapun, alasan itu umpama ‘senjata makan tuan’ apabila pemeriksaan perubatan mendapati si suami yang berusia 27 tahun itu bebas daripada sebarang penyakit berbahaya, sekali gus membawa kepada pembongkaran wanita terbabit dijangkiti HIV kerana melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelakinya.

Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, suami wanita terbabit merujuk kepada SukaGuam minggu lalu bagi mendapatkan pembelaan selepas difitnah isterinya.

Sumber : Metro


4) Kelab Tiada Dara Di IPT Punca Pelajar Hidap HIV


KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.

Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.

Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.
Sumber dari: Metro


5) JPW rayu wanita HIV dapatkan rawatan


KANGAR 6 Dis. 2011 - Jabatan Pembangunan Wanita Perlis (JPW) merayu golongan wanita di negeri ini yang mengidap penyakit HIV supaya mendapatkan rawatan segera di pusat- pusat kesihatan berhampiran. 

Pengarahnya, Mohd. Hazimin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima beberapa laporan, termasuk daripada pengidap HIV mengenai keengganan golongan wanita terlibat untuk mendapat rawatan dengan alasan takut dan malu.

Beliau berkata, sikap itu bukan sahaja akan menyusahkan golongan wanita tersebut, malah turut mengancam masyarakat sekeliling.

"Kami ada menerima laporan, termasuk daripada seorang pengidap HIV wanita yang berusia lingkungan 40-an dan mengenali ramai penghidap HIV tetapi tidak mahu mendapatkan rawatan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, wanita itu sendiri mengalami masalah kewangan untuk mendapat bantuan ubat- ubatan sehingga memaksanya mendapatkan bantuan daripada JPW. Menurut beliau, wanita tersebut dikesan mengidap HIV daripada suaminya yang merupakan pesakit AIDS sejak dua tahun lalu.

"Walaupun JPW tidak menyediakan bantuan sedemikian, kita akan berusaha untuk merujuk mereka kepada jabatan atau agensi yang berkenaan sehingga memperoleh bantuan itu," ujarnya.

Mohd. Hazimin berkata, berdasarkan laporan yang diterimanya juga mendapati, terdapat satu keluarga di negeri itu yang terdiri daripada suami isteri dan anak-anak mereka menghidap AIDS.

Katanya, golongan remaja perempuan tidak terkecuali daripada menghidap HIV kerana laporan mendapati mereka menerima penyakit ini hasil pergaulan dengan mat rempit.

"Perkara ini yang sangat membimbangkan kami kerana mereka tidak berusaha untuk mendapatkan rawatan malah, ada yang tidak peduli tentang kesihatan mereka atau orang lain dengan melangsungkan perkahwinan sekali gus menyebar penyakit ini," tegasnya.

Beliau juga meminta masyarakat agar membetulkan persepsi mereka terhadap anggota keluarga pengidap AIDS atau HIV dengan mendapat pendedahan ilmu yang sebenar tentang penyakit tersebut.

"Ini kerana walaupun suami wanita berkenaan meninggal dunia akibat AIDS, tidak semestinya isterinya atau anak-anaknya mendapat penyakit yang sama," katanya.

Beliau berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai kehidupan seorang ibu tunggal dan anak- anaknya yang dipinggir masyarakat hanya kerana suaminya meninggal dunia akibat AIDS.

Sumber : Utusan Malaysia


4 comments:

  1. Najmi, minta dan nasihat saya kepada wanita2 malang ini semuga mengikut nasihat doktor dan pada masa yang sama meminta pasukan perubatan turut memahami perasaan mereka dan menjga privasi diri mereka. Kalau mereka minta rahsiakan, rahsiakn dgn baik. Berikan rasa kepercayaan yang kita kepada kita dari mereka.

    ReplyDelete
  2. Mak Wardah,

    Ya betul tu, di hospital tempat saya tinggal pun ada suri rumah yang tidak mahu makan ubat bila disuruh (ketika CD4 dah turun), pernah kakitangan yang menjaga hal ehwal PLHIV merungut kerana mereka enggan makan ubat, ada suri rumah yang kata nanti dia susah nak puasa dan beri berbagai-bagai alasaan.

    Ya betul, pasukan perubatan juga perlu lebih memahami dan penting menjaga privisi diri pesakit.

    ReplyDelete
  3. salam najmi, najmi pernah x cuba minum juice durian belanda, they said its very good to cure or prevent cancer, cuba la juga utk najmi, dgn izin Allah swt mana tahu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. susumanis,

      pernah juga dengar tentang juice durian belanda tu, ada juga dengar tentang juice buah delima, kalau ada rezeki lebih saya beli lah nanti... rasanya masih mahal harganya kan buat saya... dan masih tak mampu nak beli hehehe...tak mengapa insyaallah ada nanti saya usahakan cam na... terima kasih...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST