Tuesday, 9 October 2012

5 BERITA BERKAITAN TENTANG LIWAT

photo hiasan

1) KANAK-KANAK 10 TAHUN DAKWA DILIWAT      

KUCHING 8 OKT 2012 – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun mendakwa diliwat oleh datuk saudaranya diatas perahu di Kampung Lidah Tanah, Batu Kawa, dekat sini semalam. Berikutan kejadian itu, ibu kepada mangsa tampil membuat lapuran di Balai Polis Batu Kawa pada pukul 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, suspek yang menghilangkan diri kini diburu pihak polis. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 377E kerana menawarkan seorang kanak-kanak melakukan kelucahan melampau,” katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Sumber : Akhbar Utusan Malaysia



photo hiasan
2) PELAJAR TAHFIZ DAKWA DILIWAT PELAJAR SENIOR

KUALA KRAI 2011 - Perasaan syak seorang ibu apabila anaknya menga­du sakit ketika membuang air besar terbukti apabila anaknya yang belajar di sebuah maahad tahfiz al-Quran dekat sini, mendakwa dia diliwat oleh seorang pelajar senior di asrama maahad tersebut 10 Mei lalu.

Ibu pelajar yang berusia 13 tahun itu, yang mahu dikenali hanya sebagai Yah, berkata, dia mula curiga apabila anaknya itu bertindak lari dari pengajian asrama pada tengah hari Ahad lalu dan mengadu sakit di punggung setiap kali membuang air besar.

Menurut Yah, 48 tahun, setelah didesak oleh keluarga beberapa kali, anak kelapan daripada sembilan beradik itu akhirnya menceritakan bahawa dia diliwat oleh seorang pelajar berusia 15 tahun ketika tidur di bilik asrama kira-kira jam 12 tengah malam, 10 Mei lalu.

”Pada malam kejadian, anak saya sedang tidur apabila dia ditindih dan mulutnya ditutup. Dia mengenali pelajar yang terlibat itu. Selepas kejadian, pelajar terbabit mengugut akan memukul anak saya jika dia cuba memberitahu perkara itu kepada ustaz atau sesiapa. Sekarang anak saya berada dalam keadaan trauma. Dia juga tidak ceria dan tidak mahu kembali belajar di maahad itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abd Rahman Ja’apar mengesahkan menerima laporan. Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Sumber : Disini 

Antara komen pembaca dari sumber ini;

Tanpa Nama
Belajar lain, amalan lain! Lagi nak kuat iman, lagi kuat pengodaan iblis. anyway, jangan masuk asrama-lah. saya bekas penghuni asrama tahu apa yang sebenarnya berlaku. actually, liwat tu perkara biasa kat asrama.



photo hiasan
3) LELAKI MATI DISYAKI MANGSA LIWAT

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki yang disyaki mangsa liwat ditemui mati di sebuah bilik hotel terkemuka di Jalan Ampang di sini semalam dipercayai akibat dipukul dengan objek tajam.

Mangsa yang berusia 37 tahun, ditemui pekerja hotel berkenaan pada kira-kira pukul 3 petang ketika memeriksa bilik yang dihuni mangsa di tingkat lima setelah dia didapati tidak mendaftar keluar dari hotel berkenaan.

Lelaki dari Georgetown, Pulau Pinang itu telah mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada petang semalam dan sepatutnya mendaftar keluar pada 2 petang tadi.

Polis ketika melakukan pemeriksaan di tempat kejadian setelah dimaklumkan oleh pihak pengurusan hotel, dilaporkan menemui kesan kecederaan di bahagian belakang kepala mangsa dan percaya mangsa telah diliwat.

Menurut sumber polis, imej seorang suspek lelaki yang memasuki bilik hotel mangsa dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup hotel itu dan suspek dipercayai telah meninggalkan bilik berkenaan pada pukul 12 tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ketika mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi semalam tidak menolak kemungkinan suspek mengenali mangsa.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — BERNAMA

Sumber : Disini 



photo hiasan
4) SEORANG REMAJA DAKWA DILIWAT GURU

MIRI – Seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di sini mendakwa menjadi mangsa liwat seorang guru dikenalinya di laman sosial Facebook, sejak setahun lalu.

Guru lelaki terbabit berusia lingkungan 30-an dan masih bujang serta mengajar di sekolah berasingan dengan pelajar terbabit, dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika mangsa datang ke rumahnya di sini.

Difahamkan pelajar lelaki berusia 15 tahun itu sering menghabiskan masa bersama guru berkenaan di rumahnya selepas berkenalan melalui Facebook sehingga wujud hubungan rapat antara mereka.

Bapa pelajar itu bertanyakan anaknya mengenai hubungan mereka dan selepas didesak, pelajar berkenaan mengakui menjalin hubungan dengan guru lelaki berkenaan. Bagaimanapun, bapa pelajar terbabit mengesyaki sesuatu apabila mendapati anaknya amat mesra dengan guru lelaki itu.

“Bapa pelajar itu bertanyakan anaknya mengenai hubungan mereka dan selepas didesak, pelajar berkenaan mengakui menjalin hubungan dengan guru lelaki berkenaan.Terkejut dan marah dengan pendedahan itu, bapa pelajar berkenaan membuat laporan Jumaat lalu di Balai Polis Pusat Miri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Superintendan Jamaluddin Ibrahim, ketika dihubungi semalam, mengesahkan laporan kes berkenaan. Katanya, polis menjalankan siasatan terperinci berikutan mangsa mendakwa beberapa kali diliwat suspek di rumahnya.

“Kita belum membuat tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan,” katanya. – Berita Harian Online

Sumber : Disini



photo hiasan
5) LELAKI 'OKU' DIPENJARA LIWAT PAK CIK DAN ADIK

KLANG – Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah meliwat bapa saudaranya yang juga seorang OKU serta dua adik kandungnya berusia lapan dan 10 tahun, bulan lepas.

Hakim Siti Noraida Sulaiman memerintahkan tertuduh yang berusia 22 tahun menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 5 April lepas.

Lelaki itu, yang berasal dari Sekinchan, Sabak Bernam didakwa meliwat bapa saudaranya yang berumur 41 tahun serta dua adik kandungnya yang berusia lapan dan 10 tahun di bilik hadapan sebuah rumah di Sekinchan, antara 10.30 malam dan 11.30 malam pada 23 Mac lepas.

Tertuduh, yang bekerja sendiri dan tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang merupakan seorang yang lembam telah memanggil bapa saudaranya masuk ke dalam bilik itu di mana kedua-dua adik lelakinya turut berada di dalam bilik sama.

Tertuduh kemudian meliwat kedua-dua adiknya sehingga mereka menangis sambil disaksikan bapa saudaranya.

Tertuduh kemudian meminta bapa saudaranya untuk membuka seluar dan baju serta meniarap sebelum bertindak meliwatnya di hadapan kedua-dua adiknya pula. – BERNAMA

Sumber : Disini 



6 comments:

  1. Aduh...ngerinya baca, minta semua anak2 dan ahli keluarga kita sentiasa dijauhi Allah. Tapi saya hairan kenapa pakcik yang berusia 41 tahun tidak mampu melawan @ menjerit? adek2 tu yelah masih kanak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah,

      Pakciknya itu seorang yang OKU berumur 41 tahun yang mungkin lebih teruk kecacatannya daripada peliwat yang juga seorang OKU. Kita bayangkan pakciknya itu seseorang yang akalnya tidak beberapa sihat, maybe juga bisu atau buta. Manakala sipeliwat (OKU) maybe hanya kudung sebelah tangan sahaja, kerana itu Pak cik nya tak mampu menjerit...

      Wallahuallam itu yang saya bayang kan...

      Delete
  2. Kejam....!!! saya jadi trauma bila baca info ni.... !!! Jika diperhatikan dlm lapuran 5 kes diatas...4 kes melibatkan jenayah
    seksual pada kanak-kanak...! bagaimana mereka nak hidup seperti insan normal...hati dan perasaan mereka telah
    dirosakkan begitu....
    ..kesedihan...dan trauma mesti terpalit sepanjang hidup mereka...:-(
    mujurlah adanya undang-undang dan hukuman dapat membela mereka.......
    Maaf ye Naj Mi saya' teremosi' disini....
    Tahniah kerana berusaha membuka ruang fikiran pembaca diluar sana utk sama-sama bertindak serta membuka ruang
    kita berfikir mengatasi jenayah seksual bagi kanak-kanak yg memang setiap hari berlaku....
    Apalah dosa kanak-kanak itu ye.....:-(

    syukran jazillan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous syukran jazillan.

      Ter emosi.... tak mengapa... luahkan rasa ketidak puasan hati anda disini...:)

      Delete
  3. Allahu akbar, akhir zaman ini Iblis dan para tenteranya makin ligat mencari teman untuk ke neraka, ya Rabb lindungi kami semua dari godaan nafsu iblis dan syaitan..aamiin ya Rabb..

    ReplyDelete
  4. susumanis,

    mungkin ya... pada hari ini sahaja ketika saya buka akhbar selain kes liwat banyak kes rogol yang disiarkan dan ada yang melibatkan sumbang muharam...

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST