Wednesday, 31 October 2012

SAINTIS HASIL ALAT BAHARU PENGESAN HIV

New test to improve HIV diagnosis in poor countries


LONDON 30 Okt. 2012 - Sekumpulan saintis dari Kolej Imperial di sini, berjaya menghasilkan sejenis alat pengesan virus HIV yang 10 kali ganda lebih sensitif berbanding kaedah sedia ada dan hanya memerlukan kos yang kecil.

Alat tersebut menggunakan teknologi nano bagi membolehkan keputusan dilihat menggunakan mata kasar berdasarkan warna cecair sama ada merah atau biru. Teknik terbaru itu membolehkan pesakit yang berisiko menghidap HIV dikesan, sekali gus memudahkan rawatan awal diberikan dalam usaha menyelamatkan pesakit.



Ketua penyelidik, Molly Stevens (gambar) berkata, walaupun ujian pantas mengesan HIV menggunakan sampel air liur sudah digunakan (disini), namun hanya boleh memberi keputusan tepat seandainya virus itu sudah banyak di dalam tubuh pesakit. Kebanyakan kaedah ujian ketika ini juga boleh dikatakan memerlukan kos yang tinggi terutama untuk dilaksanakan di negara miskin," katanya.

Merujuk data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 23 juta penduduk di negara-negara di kawasan sub-Sahara, benua Afrika hidup dengan HIV, daripada keseluruhan 34 juta penduduk dunia yang mempunyai virus itu.

Jelas Stevens, ujian itu juga boleh diubahsuai bagi mengesan penyakit lain seperti tibi, malaria dan penyakit alahan bakteria dan serangga seperti sepsis dan leishmaniasis. Alat tersebut berfungsi melalui ujian serum, dengan menggunakan cecair jernih yang diperolehi daripada sampel darah, dimasukkan ke dalam bekas untuk mengesan kehadiran sejenis kandungan yang dipanggil p24.


Biru ya, Merah tidak

Sekiranya terdapat p24, partikel nano emas kecil akan berkumpul dalam bentuk ganjil menukar cecair menjadi warna biru, manakala keputusan negatif pula memisahkan partikel itu menjadi bentuk bebola yang menghasilkan warna merah. Stevens dan rakannya, Roberto de la Rica merancang bekerjasama dengan pertubuhan tidak berkepentingan bagi mengedar alat tersebut di negara miskin. - AGENSI

Sumber : Utusan Malaysia


Lain-lain entry berkaitan disini; H-KIT PERMUDAH PEMERIKSAAN HIV dan
PEMERIKSAAN HIV, KITA LAKUKAN SENDIRI - OraQuick ADVANCE Rapid HIV-1/2 Antibody Test





LONDON – Scientists have come up with a test for the virus that causes AIDS that is ten times more sensitive and a fraction of the cost of existing methods, offering the promise of better diagnosis and treatment in the developing world.

 

The test uses nanotechnology to give a result that can be seen with the naked eye by turning a sample red or blue, according to research from scientists at Imperial College in London published in the journal Nature Nanotechnology.

 

Molly Stevens

“Our approach affords for improved sensitivity, does not require sophisticated instrumentation and it is ten times cheaper,” Molly Stevens, who led the research, told Reuters. Simple and quick HIV tests that analyse saliva already exist but they can only pick up the virus when it reaches relatively high concentrations in the body.

“We would be able to detect infection even in those cases where previous methods, such as the saliva test, were rendering a ‘false negative’ because the viral load was too low to be detected,” she said.

The test could also be reconfigured to detect other diseases, such as sepsis, Leishmaniasis, Tuberculosis and malaria, Stevens said. Testing is not only crucial in picking up the HIV virus early but also for monitoring the effectiveness of treatments.

“Unfortunately, the existing gold standard detection methods can be too expensive to be implemented in parts of the world where resources are scarce,” Stevens said.

According to 2010 data from the World Health Organisation, about 23 million people living with HIV are in Sub-Saharan Africa out of a worldwide total of 34 million.


The virus is also spreading faster and killing more people in this part of the world. Sub-Saharan Arica accounted for 1.9 million new cases out of a global total of 2.7 million in the same year, and 1.2 million out of the 1.8 million deaths.

The new sensor works by testing serum, a clear watery fluid derived from blood samples, in a disposable container for the presence of an HIV biomarker called p24. If p24 is present, even in minute concentrations, it causes the tiny gold nanoparticles to clump together in an irregular pattern that turns the solution blue. A negative result separates them into ball shapes that generate a red colour.

Blue for yes, red for no

The researchers also used the test to pick up the biomarker for Prostate Cancer called Prostate Specific Antigen, which was the target of previous work that Stevens did with collaborators at University of Vigo in Spain.

That sensor used tiny gold stars laden with antibodies that latched onto the marker in a sample and produced a silver coating that could be detected with microscopes.

Roberto de la Rica
Stevens and her collaborator on the new test, Roberto de la Rica, said they plan to approach not-for-profit global health organisations to help them manufacture and distribute the new sensor in low income countries.

10 TANDA-TANDA AMARAN KANSER (BARAH)

Tidak boleh terbayang diminda sekiranya kita mempunyai HIV dalam masa yang sama mempunyai kanser, berganda kita diduga. 

Saya semakin mengambil kisah hal berkaitan kanser apabila kerap mendapat berita rakan taulan, saudara mara yang mengidap kanser, antaranya seperti kisah rakan saya "Anita" (disini 1) dan (disini 2) walaupun pada hari ini beliau sudah disahkan berada ditahap ke 4 dah sudah dikatakan tidak punya harapan hidup lama, dia pada hari ini masih tetap kelihatan kuat menjalani kehidupan seperti sediakala. 

Alhamdulillah semoga Anita terus kuat dan dipanjangkan umur.


Persatuan kanser Malaysia ditubuhkan pada tahun 1966. Semua perkhidmatan yang ditawarkan dikenakan bayaran yang rendah atau secara percuma kepada orang ramai.

Sepuluh tanda - tanda kanser;

1. Perubahan dalam ‘corak’ pembuangan air besar atau buang air kecil yang berterusan dalam jangka masa 2-3 bulan.
 
2. Pendarahan yang luar biasa atau terdapat lelehan daripada mana-mana bahagian badan.
 
3. Terdapat ketulan yang tumbuh secara tiba-tiba dan tidak hilang diikuti dengan sakit.
 
4. Sakit yang berterusan dan ketidakselesaan pada bahagian abdomen.
 
5. Perubahan pada tompok kulit, ketuat/kutil atau tahi lalat.
 
6. Luka atau bisul yang tidak sembuh, bertukar warna, berdarah atau ulser.
 
7. Pendarahan luar biasa dari hidung, pekak atau bunyi deringan di dalam telinga.
 
8. Senak atau kesukaran bernafas.
 
9. Suara menjadi serak atau batuk melebihi 2 minggu terutama pada mereka yang tidak merokok. Batuk penghisap rokok yang bertambah teruk.
 
10. Rasa letih sentiasa dan/atau kehilangan berat badan yang mendadak (10% atau lebih) dalam masa 3-6 bulan.


Pencegahan Dan Pengesanan Awal Kanser

Adalah dipercayai bahawa 2/3 daripada semua jenis kanser boleh dicegah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Untuk jenis kanser yang boleh menyelamatkan nyawa. 

Gaya hidup sihat: Anda boleh mengurangkan risiko menghidap kanser dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Ini bermaksud:

• Jangan merokok
 
• Aktif setiap hari
 
• Mengekalkan berat badan unggul
 
• Makan bayak sayuran, buah-buahan dan bijirin
 
• Kurangkan pengambilan alkohol
 
• Sedar mengenai kesan sinaran matahari

Sumber: National Cancer Society of Malaysia



Tuesday, 30 October 2012

RAHIMAH - KISAH SEDIH DAN BENAR SEORANG MANGSA AIDS

“Rahimah.. nama yang menjadi siulan dan igauan anak muda di Felda….,siapa yang tak kenal Imah anak gadis Hj Dollah yang menjadi sebutan ramai jika dia berjalan pasti ramai mata yang memandang. 

Bagi pemuda-pemuda Felda disitu Imah dilahirkan dalam satu pakej yang sempurna, cantik, kulitnya putih bersih, tinggi lampai, bersopan santun dan berbudi bahasa, memang sesuai untuk dijadikan suri di hati mereka. 


Bukan setakat pemuda sahaja yang terpikat dengan Imah, Kaum Ibu juga begitu, hati ibu mana yang tidak terpikat bila melihat seorang gadis yang soleha, tidak pernah mengabaikan Suruhannya, sentiasa bertudung litup jika berjalan, cantik dan berbudi bahasa pada orang tua, semuanya mengharap Imah bakal menjadi menantu mereka. 

Tapi tidak sebegitu mudah Imah diibaratkan seorang puteri yang tinggal di puncak menara dan dikawal naga yang bersedia menyemburkan api pada siapa yang mendekatinya, siapa yang tak kenal ayahnya Hj Dollah guru silat terkenal dan dua abangnya Imran dan Herman orang kuat Umno dan belia kawasan itu, tiada sesiapa berani mengacaunya kerana takut dan segan dengan ayah dan abang-abangnya.

Hj Dollah begitu mengawal dan mengambil berat tingkah laku anaknya kerana Imahlah satu-satunya anak gadisnya, setiap masa pasti dia mengawasi dengan siapa anaknya bergaul dan jika Imah mahu pergi kemana-mana sama ada dia atau anak lelakinya pasti menemaninya. 


Cinta pertama Imah yang tidak kesampaian

Imah langsung tidak berkesempatan untuk bergaul dengan teman-teman, selepas tamat persekolahan hidupnya terkurung di dalam rumah menjaga makan-minum ayahnya setelah kematian ibu dan melayan anak-anak abang sulongnya, Imah ingin juga keluar ke bandar berjalan-jalan bersama teman-teman namun tidak dibenarkan oleh ayahnya dengan alasan takut dia terpengaruh dengan gejala tidak sihat. 

Sebagai seorang gadis yang sedang meningkat usia Imah tidak terlepas daripada perasaan cinta dalam banyak-banyak pemuda yang cuba memikatnya dia telah terpikat dengan Salleh pemuda di sebelah rumahnya, nampaknya Imah tidak bertepuk sebelah tangan Salleh juga begitu, bibit-bibit percintaan mula terbit dari hanya berbalas pandang mereka sudah mula rajin berbicara di telefon ataupun berutus surat, walaupun Imah tahu akibatnya jika perbuatannya diketahui oleh ayah atau abangnya, namun demi cinta dia sanggup menghadapi semua itu. 

Janji telah dimeterai antara mereka berdua untuk hidup bersama setelah lebih setahun berhubungan secara rahsia dan Salleh menyuarakan hasrat untuk mengambil Imah sebagai suri hidupnya. 

Namun mereka hanya mampu merancang jodoh pertemuan di tangan Tuhan, Salleh begitu kecewa bila mengetahui Hj Dollah menolak pinangannya dengan alasan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap, alasan yang tidak dapat diterima kerana sejak bapanya meninggal dunia dan sebagai anak sulong dialah yang menguruskan segala kerja di kebun kelapa sawit adakah itu bukan pekerjaan???..

Imah sedih atas keputusan ayahnya namun dia akur kerana ayahnya mungkin menpunyai alasan tersendiri menolak pinangan Salleh, seminggu selepas itu ayahnya menyuarakan hasrat untuk menjodohkannya dengan anak kepada sahabat lamanya semasa dalam anggota polis dahulu dan pemuda itu bekerja Kuala Lumpur sekarang. Sebagai anak yang taat kepada orang tuanya Imah tidak menolak hasrat bapanya walaupun hatinya masih terpaut pada Salleh tapi dia redha mungkin itu sudah jodohnya. 

Enam bulan selepas itu berlangsunglah perkahwinan antara Rahimah dan Suhaimi calon pilihan ayahnya dan pada hari itu juga musnahlah angan-angan pemuda-pemuda yang cuba memikat Imah terutama Salleh dan seminggu selepas perkahwinan Imah, Salleh bertunang dengan gadis pilihan ibunya maka berakhirlah kisah percintaan yang tak kesampaian dan bermulalah peristiwa sedih dalam kehidupan Imah kemudiannya.


Imah berhijrah ke Kuala Lumpur

Sebulan selepas perkahwinannya Imah mengikut suaminya di Kuala Lumpur maka bermulalah kehidupannya sebagai seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Setahun sudah berlalu dan Imah kini mengandung anak sulong mereka namun sejak dari awal perkahwinan hingga sekarang dia menpunyai satu kemusykilan setiap kali pulang ke kampung suaminya pandangan jiran tetangga terhadap dirinya dan suami begitu dingin mereka seolah-olah seperti mendendami mereka. 

Imah ada menyuarakan pada ibu mentuanya tapi seolah-olah dia cuba menyembunyikan sesuatu….. masuk dua tahun usia perkahwinan mereka Imah sudah dapat merasakan perubahan pada suaminya, Suhaimi sudah jarang pulang ke rumah dan sering saja keputusan wang walaupun baru seminggu mendapat gaji, yang menjadi mangsa Imah habis semua barang-barang kemas pemberian arwah ibunya habis di gadai suaminya dengan alasan mencukupkan modal untuk menjalankan perniagaan. Kerana sering keputusan wang Imah tidak ada pilihan lain selain mencari pekerjaan bagi menampung keperluan keluarganya.

Sejak Imah mula bekerja sikap buruk suaminya semakin ketara habis duit gajinya diambil oleh suaminya jika dia membantah, pasti tangan dan kaki naik ke badan, dia tidak menyangka nasibnya akan jadi begini, jika tidak kerana mengenangkan anaknya yang masih kecil hendak saja dia lari balik ke rumah ayahnya. 

Oleh kerana tidak sampai hati melihat nasib Imah akhirnya kakak iparnya yang tinggal berhampiran rumahnya membuka rahsia yang suaminya ialah seorang penagih dadah sejak remaja lagi dan sebelum berkahwin dengan Imah, Suhaimi baru saja keluar dari Pusat Serenti dan keluarganya mengambil keputusan mencarikan jodoh untuknya dengan harapan dia dapat melupakan najis dadah itu. 


Bersuamikan seorang penagih, malang nasib Imah

Imah terkedu bila mendengar cerita dari akak iparnya dia tidak menyangka selama ini dia di tipu bulat-bulat oleh keluarga mentuanya, dia tahu jika ayahnya tahu dulu pasti pinangan suaminya ditolak mentah-mentah dulu…. tapi apakan daya nasi dah menjadi bubur, hendak dia sesalkan pun tidak berguna lagi, Suhaimi sudah menjadi suaminya yang sah.

Sejak dari itu jiwa dan sanubarinya semakin tertekan, keadaan suaminya semakin lama semakin teruk hingga sanggup membuat apa saja untuk mendapatkan benda haram jadah tu..sepak terajang, tumbuk, tempeleng dan maki hamun sudah menjadi perkara biasa bagi Imah setiap hari, jika datang gian suaminya dan dah tak berduit untuk beli benda tu Imahlah yang menjadi mangsa jika tidak diberi lebamlah seluruh badannya dikerjakan suaminya.

Ingin saja dia mengadu pada Ayah dan abangnya namun dia tidak mahu menambah derita ayahnya yang baru pulih dari serangan jantung… biarlah dia saja yang menanggung semuanya. Dalam keadaan rumahtangganya yang kucar-kacir itu Imah telah disahkan mengandung lagi, dia redha dengan pemberian tuhan walaupun dia tahu sukar untuknya menjaga anak itu bila lahir nanti dengan keadaannya begitu. 

Masuk kandungannya 3 bulan suaminya Suhaimi dimasukkan semula ke Pusat Serenti semula setelah ditangkap dalam operasi Polis ke atas penagih dadah di kawasan itu, perasaannya sedih bercampur lega, sedih kerana dalam keadaannya begitu suami tiada disisi namun dia lega kerana buat sementara dia selamat dari segala deraan dari suaminya. 

Berita itu akhirnya sampai ke pengetahuan keluarganya, hanya deraian airmata saja yang dapat menjawab pertanyaan ayah dan abangnya ketika mereka mengunjunginya. Keputusan telah dibuat untuk membawa balik Imah ke kampung dan dia telah membulatkan tekad untuk membawa perkara ini ke Mahkamah syariah setelah didesak oleh abangnya. 


Dugaan berganda buat Imah, meragut segala jiwa dan raganya

Kepulangan Imah ke Felda itu dipandang sinis oleh jiran tetangga, semuanya seperti ‘memulangkan buah keras’ kepada Hj Dollah yang terlalu memilih menantu akhirnya penagih dadah yang dipilih.

Mungkin kerana tekanan dan keadaan tubuhnya yang lemah menyebabkan Imah mengalami keguguran dan ditahan di Wad selama seminggu, semasa didalam wad berdetik hatinya kerana sudah 4 kali darahnya diambil oleh doktor dengan alasan untuk membuat analisa, dan masuk hari ke sembilan doktor telah memanggil dan menerangkan kepadanya setelah membuat analisa pada contoh darahnya dia didapati HIV positif… 

Berita itu betul-betul meragut seluruh jiwa dan raganya, lemah terus badannya, berpinar matanya dan fikirannya terbayang saat akan kematiannya nanti, hanya linangan air mata membasahi pipinya sambil memeluk erat tubuh tua ayahnya, bila doktor bertanya akan latar belakang kehidupnya tak terkata olehnya kerana dia tahu siapa yang menyebarkan virus itu kepadanya. 

Perasaan benci yang membuak-buak terhadap suaminya sudah tidak tertahan lagi, mengapa suaminya yang melakukan dosa tapi dia yang patut menerima akibatnya. Setelah dibuat pemeriksaan keatas suaminya di Pusat Serenti doktor mengesahkan yang suaminya pembawa virus HIV dan Suhaimi sendiri mengesahkan dia berkongsi jarum suntikan semasa mengambil dadah. 

Setelah menerima berita itu saban hari Imah hanya termenung dan menangis mengenangkan nasib malangnya namun dia bersyukur kerana satu-satunya zuriatnya bebas dari penyakit ini. Berita Imah dijangkiti HIV mengemparkan penduduk Felda disitu, semuanya bercerita tentang topik yang sama, tetapi bukan sempati yang diterima tapi cacian dan hinaan yang dilemparkan sehingga ada yang menabur fitnah Imah menjadi menjadi pelacur semasa di KL dulu. 

Imah tidak menduga hingga begitu sekali hinaan yang diterima dari masyarakat disitu, tidak tahukah mereka penderitaan yang ditanggungnya ingin saja dia bersemuka dengan mereka yang menabur fitnah padanya menyatakan cerita sebenarnya, tapi dia tidak mampu menutup mulut orang yang mengata, dia hanya berdoa pada Tuahan supaya tabahkan hatinya dalam menempuh hari-hari terakhir dalam hidupnya.


Hidup mesti diteruskan walau dicaci dan dihina

Dua tahun sudah berlalu setelah dia disahkan HIV positif, namun dia masih mampu bernafas lagi walaupun virus ini sudah memamah keseluruhan tubuhnya, Imah tahu dia hanya menpunyai waktu yang sedikit untuk melihat kecantikkan duniawi sebelum menghembuskan nafas terakhir. Suami penyebab dia menjadi begini hilang tanpa dikesan setelah berjaya melarikan diri dari tahanan Pusat Serenti, namun dia puas akhirnya dia berjaya memutuskan ikatan perkahwinan dengan Suhaimi. 

Selama dua tahun jugalah dia tabah melalui liku-liku kehidupan sebagai pesakit AIDS sehingga kadang kala dia tidak mampu lagi untuk menerima segala penghinaan dan cacian dari segelintir masyarakat setempat. Sehingga pada satu tahap dia tidak dibenarkan lagi bersembahyang jemaah di surau yang selama ini dilakukannya sejak belum berkahwin dulu dengan alasan takut telekung dan sejadah yang digunakannya mungkin mengandungi virus HIV??????. 

Setiap kali dia keluar bersiar bersama anaknya sekitar kawasan situ pasti ada suara-suara sumbang yang mengata dan menjauhkan diri darinya seolah-olah dia orang asing di kampungnya sendiri. 

Setiap kali menjelang hari lebaran kunjungan yang dilakukan pasti tidak mendapat layanan, tangan yang dihulur tanda kemaafan disambut dengan dengan wajah kebimbangan sehingga tiada seorangpun jiran-jirannya yang sudi datang menziarah rumahnya, seolah-olah siapa yang datang kerumahnya pasti akan menerima jangkitan HIV. 

Jika dulu dia dianggap gadis yang sempurna dan menjadi idaman pemuda dan kaum ibu sebagai calon isteri dan menantu tapi kini. Bukan dia saja yang menerima penghinaan dan pemulauan masyarakat tempiasnya juga diterima oleh ayah, anaknya dan abang-abangnya, tiada siapa lagi yang mahu menggunakan khidmat ayahnya sebagai tukang masak. Abangnya tidak lagi dipilih sebagai ketua belia dikawasan itu dan anaknya diejek dan dihina oleh kanak-kanak lain hingga tidak dibenarkan bermain bersama…… 

Kerana tidak dapat menanggung penghinaan dari masyarakat kampung akhirnya ayah kesayanganya menghempuskan nafas terakhir sebelum dia, kini dia hilang tempat mengadu dan hanya dengan abang-abangnya sajalah tempat dia bergantung sekarang untuk menjalani sisa-sisa kehidupannya.

Tubuhnya semakin lama semakin susut, dia juga tidak mampu lagi berjalan kerana badannya begitu lemah, Imah juga sudah tidak mampu lagi makan benda-denda yang keras hanya bubur saja yang mampu ditelan, ruam dibadannya semakin bertambah, batuknya semakin teruk hingga mengeluarkan darah dia tahu inilah penghujung kehidupannya dan dia perlu menerima hakikat itu.

Pergi dipagi subuh jumaat yang hening

Keadaannya bertambah teruk dan akhirnya dia terpaksa dimasukkan ke Hospital dan semasa dalam keadaan tenat inilah dia sempat menyampaikan wasiat kepada abangnya jika dia meninggal dunia dia tidak mahu dikebumikan di Felda, dia tidak mahu tubuhnya menjadi bahan hinaan segelintir masyarakat di situ biarlah dia disemadikan di tempat lain.  (kisah kubur pesakit HIV diasingkan disini) 

Setelah dua hari tidak sedarkan diri akhirnya Imah menghembuskan nafas terakhir di Subuh jumaat yang sunyi itu, dan berakhirlah penderitaan seorang wanita yang teguh/tabah/sabar dalam menjalani kehidupannya dan berakhirlah juga segala umpatan/hinaan/cacian segelintir masyarakat yang cetek pengetahuan tentang AIDS….. 

Permintaan terakhir Imah untuk disemadikan di tempat lain ditunaikan dan jenazahnya telah diuruskan pihak hospital dan selepas di sembahyangkan jenazahnya telah disemadikan di tanah perkuburan berhampiran Hospital tersebut……

Buat Allahyarham Kak Rahimah….. semoga rohnya dicucuri rahmat……

Al Fatihah………….

Sumber ini bertarikh Jan 10, '09 : wnfaizeah


Saturday, 27 October 2012

RON - TAFSIRAN SEORANG SONGSANG TENTANG KHUTBAH AIDIL ADHA 2012


Hampir seminggu kesihatan saya terganggu, bermula dengan sakit tekak, tidak sedap badan sehingga demam. Sakit kepala, suara menjadi sengau, selsema dan hidung tersumbat, sedikit batuk berkahak dan adakalanya berpeluh dengan banyak. 

Dan ada satu pagi, saya bangun dalam keadaan kepala dan tengkuk yang saya rasa sakit teramat sangat. Ada masanya tubuh badan terasa seperti sudah kembali sihat tetapi ianya hanya seketika, demam kembali menyerang. 

Kulit didahi dan pipi adakala berasa amat gatal terutama bila tubuh mula berpeluh, keadaan sungguh tidak selesa. Teringat tiga tahun yang lalu sebelum saya jatuh terlantar sakit selama 10 hari di hospital ketika kiraan CD4 saya jatuh hingga pada bacaan 12, beberapa bulan sebelum itu (3 tahun lalu) keadaan yang sama saya alami, ya kulit muka menjadi gatal.


Aidil Adha Pertama 26 - 10 - 2012

Pada malam raya Aidil Adha 2012 yang lalu saya masuk tidur awal, sebaik selepas menelan ubat HAART pada pukul 10 malam, rasa mengantuk teramat sangat mungkin juga akibat kesan dari ubat batuk serta Uphamol 650 yang turut saya telan. 

Sebaik bangun waktu subuh, kepala masih terasa berat, hidung tetap tersumbat, mata masih layu tetapi saya tetap bangun untuk bersihkan lantai sekitar dalam rumah almaklumlah hari raya kan dan memaksa diri ke masjid untuk menunaikan solat Aidil Adha dimasjid yang terletak dibelakang rumah. 

Pada mulanya saya rasa tidak ingin untuk pergi bersembahyang sunat Aidil Adha kerana badan masih terasa tidak sihat, tetapi bila fikirkan kemungkinan Aidil Adha ini mungkin yang terakhir bagi saya, maka saya cuba gagahkan diri untuk mandi dan melangkah kaki ke masjid sebaik kedengaran takbir bergema dari masjid dibelakang rumah kira-kira pukul 8 pagi. 



Alhamdulillah, saya melangkah kemasjid dengan bersemangat, demam mula rasa sudah berkurangan, badan terasa semakin kuat walaupun pada hakikatnya masih tidak sihat sepenuhnya. Dalam hati dan ketika sujud dalam solat sunat tersebut saya memohon agar dipertemukan lagi dengan Aidil Adha ditahun yang akan datang dan seterusnya.

Kuthbah Aidil Adha seperti kebanyakan khutbah dimerata masjid diseluruh Malaysia pastinya berkaitan tentang kisah Nabi Ibrahim as serta anaknya Nabi Ismail as. Begitu juga halnya dengan pengisian khutbah di masjid yang saya hadiri dipagi raya Aidil Adha tahun ini. Masih bercerita tentang kisah yang sama cuma saya tidak dapat tumpukan tentang apa yang sedang dibicarakan kerana tidak sihat, sesekali saya membayangkan adakah saya akan bertemu lagi Aidil Adha pada tahun hadapan. 

Saya juga tidak terlintas sama sekali kisah Nabi Ibrahim as itu boleh dikaitkan dengan naluri songsang sehingga lah......

Pada petang Hari Raya Aidil Adha 2012, saya buka dan membaca email (ketika saya masih lagi dalam keadaan tidak sihat) dari rakan saya "RON" yang berbicara tentang khutbah Aidil Adha yang beliau dengar dan mentafsirkan mengikut padangannya yang saya rasa baik untuk dikongsikan bersama disini;

Email dari Ron kepada saya; 

Abang, 
Tadi saya ada pergi solat Aidil Adha, then dengar khutbah dia dan macam biasa "hot topic" khutbah kalau Hari Raya Haji ni semestinya tentang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s serta ibunya Siti Hajar. Panjang lebar bang imam ceritakan segalanya tentang kisah hidup Nabi Ibrahim as dan pengorbanannya. 

Sememangnya Nabi Ibrahim a.s itu antara Nabi yang tinggi martabatnya, mula-mula imam bercerita tentang bagaimana Nabi Ibrahim a.s dibesarkan oleh ayahnya seorang penyembah dan pembuat berhala, maksudnya imam itu hendak tekankan...betapa dalam kehidupan kita pada hari ini, kita melihat bagaimana sekiranya kita hidup di zaman yang mana suatu kaum  itu sendiri melawan or menentang syariat Islam (suruhan Allah), tidak semestinya kita tidak dapat menjadi soleh, harusnya kita melawan serta berdoa dan meminta pertolongan Allah agar kita ditunjukkan jalan yang lurus.

Abang,

Ada satu benda yang membuatkan saya tersentak dan berfikir, adalah bagaimana Allah telah memberikan perintahNya kepada Nabi Ibrahim a.s untuk menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail a.s, perlu diingat sebelum itu hampir setiap hari Nabi Allah Ibrahim a.s berdoa agar dia dikurniakan anak yang soleh sehinggalah umurnya menjangkau 60 tahun dan dengan izin Allah Nabi Ibrahim a.s akhirnya dikurniakan zuriat (Nabi Ismail a.s) dan sesudah mendapat anak, Allah telah memerintahkan (menguji) Nabi Ibrahim a.s agar tinggalkan anak dan isteri yang dikasihinya itu di Mekah diatas tanah pasir yang kering kotang, bukankah kalau difikirkan akal yang logik apabila kita telah berkahwin seharusnya kita patut tinggal sebumbung bersama keluarga dan anak dalam keadaan suasana aman bahagia, tetapi inilah UJIAN namanya. 

UJIAN YANG BERTENTANGAN DENGAN FITRAH SEMULA JADI MANUSIA...fitrah perkahwinan itu Allah uji dengan keimanan. 

Sekali lagi setelah ditinggalkan, Nabi Allah Ismail a.s telah membesar dan sehinggalah boleh berjalan maka datanglah Nabi Ibrahim a.s kepada anak yang dikasihinya setelah sekian lama tidak berjumpa dan ditakdirkan Allah, sekali lagi baginda Nabi Ibrahim a.s diuji oleh Allah, kali ini lebih berat, satu ujian yang jauh MELAWAN KEHENDAK FIKIRAN AKAL DAN FITRAH KEJADIAN MANUSIA.

Suatu hari, ketika Nabi Ibrahim a.s. berada di Mekah sedang dalam keadaan tertidur. Dia mendengar suara daripada Allah s.w.t. yang memerintahkannya agar dia menyembelih anaknya, Ismail. Nabi Ibrahim a.s. bangun daripada tidurnya dalam keadaan terkejut dengan mimpinya yang aneh itu. Nabi Ibrahim a.s. meminta keampunan dan perlindungan kepada Allah s.w.t. Dia kembali tidur. Mimpi yang seperti awalnya terjadi lagi. Dia bangun lagi dan tidur lagi. Akan tetapi, mimpinya masih tetap sama.

Nabi Ibrahim a.s. mengetahui bahawa perintah tersebut merupakan ujian yang harus dia jalani. Amat berat bagi Ibrahim a.s. untuk memberitahu isi wahyu itu kepada Ismail. Ismail pada saat itu menginjak dewasa dan boleh mencari nafkahnya sendiri. Nabi Ibrahim a.s. sangat senang kerana Ismail sudah besar. Nabi Ibrahim a.s. memberitahu perintah Allah s.w.t. tersebut kepada Ismail.


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksu
d:
 
"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, 'Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu!' Dia menjawab, 'Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t. kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'"
 

(Ash-Saffat: 102)

Allah telah memerintahkan Nabi Allah Ibrahim a.s menyembelih anaknya yang sangat dikasihi dan disayanginya, maka kalau kita berfikir dengan logik akal, suruhan ini sangat bertentangan dengan norma-norma kehidupan seorang manusia. Mana mungkin seorang ayah sanggup membunuh (menyembelih) anaknya? 

Mana mungkin dengan tangan ayah sendiri membunuh anaknya sendiri? 

Ya, ini SANGAT BERTENTANGAN DENGAN FITRAH MANUSIA YANG MENCINTAI ANAKNYA, ini berlawanan sama sekali, namun ADAKAH NABI IBRAHIM INGKAR DAN MELAWAN SAMA SEKALI AKAN PERINTAH ALLAH itu?

TIDAK !!! Tidak sama sekali!!
 
Biar hilang segalanya, asalkan tidak berlawanan dengan kehendak (perintah) Allah malah baginda sanggup hilang (anaknya) segalanya. Inilah yang penting perlu ada dalam diri kita semua (ikut segala perintah Allah)

Simboliknya; kehidupan kita sebagai seorang yang bernaluri gay yang songsang dan melawan fitrah alam. Melawan fitrah kepada kehidupan sebagai manusia, namun ADAKAH IA MENJADI TIKET UNTUK KITA MELAWAN SEGALA PERINTAH ALLAH? 

AYUH....BANGUNLAH DAN SEDARILAH KITA SEMUA (GAY/SONGSANG), betapa pentingnya KITA MEMAHAMI HAKIKAT YANG DIRI KITA INI ADALAH HAMBA ALLAH..dan sangat perlu agar kita mengikut segala kehendakNya, meskipun KEHENDAKNYA BERTENTANGAN DENGAN KEHENDAK KITA.

Inilah harga, inilah mahar, cinta kita kepada Allah swt, sebagai sebuah pengorbanan, UNTUK KITA HIDUP KEKAL ABADI DI SYURGA ALLAH KELAK, BERSAMA KEKASIH-KEKASIH ALLAH YANG LAIN.

Jangan hanya kerana mencari nikmat bahagia sementara didunia, jangan kerana kemaruk cinta sesama manusia yang mungkin hanya bertahan sekitar 6 bulan, setahun atau hanya beberapa tahun sahaja itu, sehingga kita sanggup gadaikan kebahagian dan kenikmatan yang dijanjikan Allah buat kita selama-lamanya itu diakhirat kelak.


Bangun menentang apa yang terlarang wahai rakan-rakanku semua (songsang) dan kuatkan semangat serta jangan berputus asa. Kita melawan menentang kehendak naluri songsang kita sehingga sampai nyawa kita diambang maut dan ajal, semoga Allah merahmati hidup kita semua. Ameen..

Abang,
Sori ehh...teremosi pulak...hehehe sebab saya rasa sebak sikit apabila mendengar khutbah Aidil Adha dimasjid awal pagi tadi dan tiba-tiba terbangkit rasa dari hati saya ini untuk meneruskan kehidupan ini dengan lebih baik lagi.

RON














Aidil Adha Kedua 27 - 10 - 2012

Selepas subuh saya kembali tidur kerana kesan mengantuk penat dan letih akibat ubat batuk masih terasa, dan saya bangun ketika hampir pada pukul 10 pagi. Teringat pada tahun lalu emak ada "sponser" saya lakukan korban, pada tahun lalu juga emak menyuruh saya pergi melihat lembu korban atas nama saya yang hendak disembelih, ya saya sempat melihat lembu korban atas nama saya (sebahagian) itu di sembelih.   

Syukur alhamdulillah.

Pada tahun ini saya hanya jadi pemerhati dan tidak mahu melepaskan peluang melihat proses penyembelihan lembu korban dimasjid berdekatan dengan rumah. 

Photo sekitar masjid berdekatan ketika penyembelihan lembu korban dijalankan pagi tadi.

Ya pada tahun ini dan tahun sebelumnya saya berada di Malaysia ketika meraikan Aidil Adha dan tidak mustahil pada suatu hari nanti saya akan dapat meraikan Aidil Adha di Kota suci Mekah. 

Walaupun hidup sebagai PLHIV kita terpaksa berhadapan dengan sedikit kesukaran, peraturan, pengesahan, kebenaran untuk menunaikan ibadah haji akibat kebimbangan tahap kesihatan tubuh badan kita (PLHIV) apabila terpaksa berdepan berselisih bahu bersama dengan berjuta umat manusia yang datang dari segenap pelusuk dunia yang berkemungkinan datang membawa berbagai jenis penyakit mudah berjangkit yang berkumpul disatu tempat dan berkemungkinan boleh memudaratkan diri kita (PLHIV) 

Saya anggap segalanya itu adalah peraturan ciptaan manusia, sekiranya Allah hendak menjemput saya menunaikan haji dalam keadaan selamat pergi dan balik, sesiapa pun tidak boleh menghalangnya, semoga Allah mempermudahkan niat saya ini dan dimakbulkan kesana bagi melaksanakan rukun Islam ke lima ini pada suatu hari nanti. Insyaallah.

Soal jawab PLHIV dan Haji disini
 

 

Thursday, 25 October 2012

HARIS "SONGSANG" YANG MENYIRAM "CLOROX" KEATAS JENAZAH PLHIV

Ada seorang pembaca yang telah meninggalkan komennya didalam entry bertajuk "CLOROX" DIGUNA MANDI JENAZAH PEMBAWA HIV/AIDS  yang telah menerangkan sedikit sebanyak tentang pengunaan "clorox" yang dipanggil Germisep, baca dibawah;

i'm me..^_^   

Haris (bukan nama sebenar)
Actually, clorox yang admin sebutkan itu, kami panggil Germisep. Saya adalah jururawat dan apabila patient itu ada HIV maka kami akan sediakan losyen Germisep (iaitu 25-30 biji tablet Germisep). Then kami cuci pesakit itu dengan air germisep tersebut. Setelah siap dimandikan, mayat itu kami masukkan kedalam beg plastik yg berzip. Lebihan air Germisep itu kami tuangkan keatas tubuh mayat tersebut. 

Mayat akan dibiarkan berendam dengan air tersebut, then beg plastik berisi mayat itu kami balut dengan kain cadar seperti mayat biasa. Kemudian Pegawai Kesihatan Persekitaran pulak yang akan handle bagaimana hendak menguruskan pengebumian jenazah tersebut. Itulah yang dapat saya bagitahu. Ya sememangnya bau bahan tersebut kuat. Germisep itu adalah agen untuk kawalan infeksi, that's why kita guna bahan tersebut..

photo hiasan
Haris masih belajar, yang ketika ini tinggal diasrama dan pernah terlibat secara tidak langsung menguruskan (menyiram jenazah) mayat pesakit HIV telah beritahu saya yang hatinya adakala insaf melihat jenazah PLHIV, ini mendorong dirinya cuba mengawal nafsu dan diri dari terlibat dalam aktiviti songsang. 

Ya, Haris seorang gay yang berusia 20 tahun, melihat dari raut wajahnya melalui album FB beliau dia merupakan seorang remaja yang menarik, berkulit cerah dan kelihatan sama seperti photo remaja lelaki yang (normal) lain. Dia mengeluh memberitahu saya bahawa dirinya benar-benar ingin berubah, saya hanya nasihatkannya agar jaga solat dan berdoa pada Allah minta perlindungan dan memberitahu kepadanya pandangan saya tentang naluri songsang ini;

Haris... pada pandangan abang gay memang tidak boleh berubah menjadi normal tetapi gay masih boleh mengawal nafsu dari terlibat melakukan aktiviti tersebut (songsang) dan memang tidak boleh ubah itu pendapat abang lah, kita kena kawal diri dan sentiasa beringat pada Allah dan beramal ibadat. Walaupun Haris cuba menjaga solat sebaik mungkin tetapi adakalanya masih tertinggal juga. Saya kemudian bertanyakan kepada Haris adakah dia punya sedikit minat kepada wanita.

"Ada," jawab Haris.

"Alhamdulillah, kisah Awan TerPLU (entry disini) dan Ron (entry disini) sememang dua insan yang tidak ada langsung naluri terhadap perempuan. Seperti kisah Ron, ia ada kata sekiranya dia ada 1% minat pada girl, dia pasti akan mengasah naluri tersebut bersungguh-sungguh supaya dapat berkahwin dengan girl.... maknanya nalurinya terhadap lelaki akan di "off" kan sedaya upaya," jawab saya.

"Agak2 Haris boleh buat seperti itu atau tidak?" tanya saya.


"Haris, still ada perasaan itu dan teringin hendak berkahwin dan bina family," kata Haris kepada saya melalui message inbox FB.

"Insyaallah, Haris kena cari girlfriend lah. 

Abang, saya hendak ceritakan pengalaman hidup saya, kalau boleh abang publishkan dalam blog abang semoga orang lain dapat jadikan kisah saya ini untuk berubah," minta Haris pada saya.

"Okey......" jawab saya. 

Sememangnya saya suka berkongsi kisah benar dari sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau wanita yang mempunyai pengalaman silam sama ada baik atau buruk dengan pembaca didalam blog ini. Tujuannya satu, supaya kita sama-sama dapat mengambil ikhtibar pengajaran dari kisah benar tersebut, disamping kita juga dapat mempelajari sesuatu yang baru yang selama ini tidak pernah kita fikirkan boleh berlaku dari kisah mereka itu. 


Assalamualaikum.. 

Tujuan saya menulis cerita ini hanyalah untuk bercerita pengalaman hidup saya. Bagaimana saya boleh terjerumus dalam kehidupan sebagai gay. Nama saya Haris (bukan nama sebenar) berusia 20 tahun dan masih belajar. 

Okey ini cerita saya; Saya sememangnya sejak kecil lagi berpewatakan lembut, masih saya ingat dikala kecil dulu saya suka sangat berpakaian wanita antaranya gaun, baju kurung dan bermain anak patung, terasa kelakar bila saya imbaskan kembali zaman kecil saya. 

Kemudian apabila bermain pondok-pondok dan masak memasak saya suka sangat mengambil watak sebagai ibu....ngeh...ngeh...ngeh...(rasa bodoh disitu). Tetapi biasalah kanak-kanak tetapi mujurlah saya tidak terlalu cenderung untuk berubah menjadi wanita (mak nyah), saya masih tetap lagi cuba menjadi seorang yang berkelakuan sepeti lelaki remaja yang lain, dan saya mengaku saya sememangnya agak kacak juga hehehe.

Seingat saya semasa saya berumur antara 4 - 5 tahun (masih tidur dengan parents) dan ketika tidur dengan ayah yang selalu berkain pelikat, adakala kain pelikat ayah terselak sehingga menampakkan kemaluan ayah, pernah sekali saya berkeinginan memegangnya, saya pegang dan hayati (bonggok sungguh saya ketika itu), tapi sikit tu aje lah tanpa ayah sedari akan perbuatan saya itu (ayah tidur)

Apabila masuk darjah satu, ketika itu lah segala-galanya bermula. Suatu ketika jiran sebelah rumah telah mnegadakan kenduri kahwin, kami budak-budak yang masih kecil memang seronok bila ada kenduri kendara ini dan pada waktu tengah hari itu, ada seorang remaja yang dalam lingkungan 12 - 13 tahun telah memanggil kami dan remaja itu telah mengajak kami tutttt...(faham kan), saya sememangnya naif sangat hanya ikut dan buat aje lah, tapi tidak ada lah hardcore, tapi masih sesuatu yang sangat dilarang

Saya menyesal sampai sekarang, sejak dari hari itu saya mula minat kepada lelaki, dalam masa yang sama saya masih juga minat kepada perempuan walaupun minat kepada perempuan tidak sekuat minat saya kepada lelaki. Kadang-kadang saya sangat benci sangat kepada diri ini, kenapa saya jadi begini, saya tidak mahu semua ini, saya mahu hidup normal. Saya harap Allah tolong saya. Saya benar-benar mahu berubah.

Tetapi hendak berubah tidak begitu mudah, saya pernah bermain dengan budak perempuan sekali sahaja pernah saya bermain dengan benda haram ini, itu pun akibat terpengaruh ajakan dan desakan kawan-kawan. Ketika itu saya berada ditingkatan satu, selepas kejadian itu saya tidak pernah terlibat melakukan (dengan perempuan) pekara ini lagi.

Saya jadi budak baik dan belajar betul untuk masa depan tetapi saya masih lembut walaupun tidak lah selembut sutera, biasalah kalau orang melihat saya mereka masih nampak seorang lelaki.

Antara sebab lain kenapa saya agak lembut, mungkin kerana saya mempunyai banyak kakak dan hanya ada seorang abang, pulak tu abang saya seorang "drug addict". Saya memang tidak pernah mendapat didikan sempurna dari seorang yang bernama abang, seorang lelaki. Saya masih tidak pernah suka diri saya kerana saya lembut. Orang selalu sindir saya, panggilan bapuk dan pondan sudah menjadi kebiasaan yang saya dengar malah ahli keluarga sendiri juga adakalanya memanggil saya dengan gelaran tersebut.

Menangis saya semahu-mahunya, adakah salah saya berpewatakan agak lembut? Sebolehnya saya mahu jadi seorang seperti yang mereka mahukan, at the end of the day, saya tetap saya, masih lembut. Itu lah saya, saya mengharapkan penerimaan mereka (ahli keluarga) seadanya.

Siapa yang mahu menjadi abnormal seperti ini, sekiranya mereka boleh duduk ditempat saya walau pun sehari baru mereka tahu bagaimana rasanya. Mampu ker mereka hadapi semua ini.

Saya tidak mempunyai ramai kenalan lelaki, mereka tidak suka saya agaknya, that's way saya membesar menjadi seorang pendiam dan tidak banyak cakap.  Yang hendak menjadi kawan saya sudah semestinya yang seangkatan dengan saya dikalangan mereka yang lembut. Tetapi saya pernah berhubungan dengan lelaki dan saya mengaku pernah mempunyai seorang boyfriend dan pernah juga mempunyai seorang girlfriend. Tetapi semua itu tidak bertahan, perasaan saya terhadap lelaki masih kuat. Saya tidak tahu bagaimana cara untuk menghilangkan perasaan ini (suka kepada lelaki). Saya hanya mampu berdoa.

Saya ingin berubah.

Saya sekiranya memandang lelaki mesti terus cair, tetapi tidak semualah tengok rupa jugak. Alangkah bagus sekiranya pandangan saya itu kepada perempuan. Padangan pada lelaki masih utuh dalam masa yang sama saya cuba bendungkan.

Tetapi iman kita tidak selalu kuat, ada kala naik ada kala turun, saya cuba hilangkan perasaan ini (suka pada lelaki)

Saya ingin berubah.Tolong doakan.


HARIS 

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST