Followers

Thursday, 20 September 2012

NURUNN - DIPERKOSA, BERSUAMI GAY DAN DISAHKAN HIV +VE

Trauma akibat dirogol menjelang hari perkahwinan, malang berkahwin dengan seorang pengamal songsang dan disahkan positif HIV, kerana jangkitan dari sang suami.

Saya kerap berbalas email dengan seorang sahabat yang hanya menamakan dirinya Nurunn a'lan nur25:24 yang baru sahaja saya kenali. Beliau kerap meninggalkan komen dalam hampir setiap entry saya yang lalu dan beliau adalah seorang ibu yang sangat saya hormati. 

Pada permulaan perkenalan kami melalui email, saya sememangnya tidak tahu akan kisah silam yang pernah beliau alami dan tempuhi, yang saya hanya tahu beliau adalah seorang PLHIV. 

Alhamdulillah beliau sudi bercerita secebis kisah hitam yang pernah beliau alami dalam entry kali ini. Pertama kali ketika saya meng"edit" kisah beliau untuk dijadikan entry dalam blog saya kali ini saya sendiri berasa sebak ketika membaca, sukar bagi saya membayangkan gambaran suasana keadaan semasa beliau dirogol, bagaimana lemahnya kudrat beliau untuk melawan ketika bersendirian dalam bilik hotel dalam keadaan amat memalukan.

Saya pasti ada hikmah yang lebih cerah dan berkekalan menanti anda wahai Nurunn a'lan nur25:2. Terima kasih Nurunn a'lan nur25:24 kerana sudi berkongsi kisah;

photo ini seolah-olah menerangkan segala-galanya

Assalamualaikum,

Semoga Najmi dalam peliharaan Allah dan terima kasih kerana sudi menulis kisah hidup saya. Najmi saya berharap semoga kisah saya ini boleh dijadikan pendoman dan renungan buat semua terutama kepada mangsa rogol seperti saya ini yang terpaksa menjalani kehidupan dalam keadaan trauma, sangat tertekan dan sentiasa dalam keadaan delima serta terasa amat kabur kehidupan ini sebaik sahaja saya disahkan pula mendapat jangkitan HIV.

Saya menaip kisah ini semasa duduk disejadah selepas solat subuh segala apa yang masih saya ingat saya cuba luahkan. Saya sebenarnya bersyukur kepada Allah kerana masih lagi bernyawa sehingga kini dan masih lagi diberi kesempatan hidup oleh Allah dan masih mampu sujud kepada Nya. 

Bayangkan sekiranya saya mati tidak bernyawa atau dibunuh selepas dirogol? Sudah pasti saya tidak dapat mengirim email ini kepada abang. Bersama ini saya sertakan photo (diatas) renungan mata penuh yang amat bermakna buat saya yang memberi gambaran tentang jiwa serta luahan hati yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.... :(


Najmi,

Untuk  pengetahuan awak saya telah mempunyai * orang anak. Yang sulung adalah lelaki sudah pun remaja berusia 20 tahun dan sedang belajar di ***** *****  ***** ***** dan anak yang paling bongsu berusia 13 tahun.

Saya mengajar di **** *** Sekolah Menengah ******** * dan menetap pun disini. Saya baru sahaja mengajar disini dalam 6 tahun, sebelum itu saya mengajar di ******** ****** selama hampir 10 tahun.

Saya berasal dari ******* dan sudah pun berkahwin selama hampir 20 tahun. Malangnya usia perkahwinan saya tidak berpanjangan mungkin inilah yang dikatakan takdir dari Allah swt. Selama 20 tahun saya berusaha menjaga perkahwinan kami, tetapi Allah maha bijak sana dalam mengaturkan segalanya.

Sepanjang 12 tahun sebagai isteri saya langsung tidak mengesyaki apa-apa tentang tingkah laku suami, cuma sejak 7 tahun kebelakangan ini baru lah saya tahu bahawa suami saya mempunyai hubungan songsang dengan adik angkatnya dan selama itulah berkemungkinan saya telah dijangkiti dengan virus HIV melaluinya.

Sejak 5 tahun kebelakangan ini hati saya mula tertanya-tanya apabila suami mula menunjukan tanda-tanda batuk yang berpanjangan. Manakala saya juga kerap mendapat sakit kepala ditambah migrain serta kerap muncul ulser dalam mulut yang teruk. Kerana sebab inilah membuatkan hati saya berkata-kata dan tertanya-tanya kenapa semua ini boleh berlaku kepada suami saya. Suami saya seorang yang tinggi egonya malah dia tidak pernah hendak mengaku apa-apa disebalik masaalah kesihatan yang menimpa dirinya dan saya ketika itu.

Kejadian dua bulan sebelum majlis perkahwinan

Najmi,

Sebelum melangsungkan perkahwinan saya telah ditimpa musibah ketika saya berusia 24 tahun. Sebenarnya saya adalah seorang mangsa rogol, kejadian berlaku di PR Kuala Lumpur. Saya telah dirogol oleh dua lelaki yang saya tidak kenali langsung. 

Sewaktu saya berjalan balik menuju ke bas stand PR, waktu itu saya telah dipukau. Saya ditanya arah jalan menuju ke PR oleh dua orang lelaki, ketika seorang bertanya ketika itu lah rakannya telah menepuk bahu saya, dan sebaik di sentuh saya seperti dipukau. 

Saya terus mengikut kemahuan mereka dan mengekori mereka apabila diagak minum. Ya saya pasti saya telah dipukau dan saya kemudian menyerahkan segala gelang serta kad bank giro saya kepada mereka (saya ketika itu hanya bertugas sebagai guru sandaran di Pantai Dalam dan berapa banyak lah sangat duit saya ketika itu)

Saya kemudian diajak ke hotel murah berdekatan, ketika itu saya tidak mampu berfikir apa-apa. Selepas diajak minum itulah yang menyebabkan tubuh saya menjadi lemah tetapi saya masih mampu berjalan dan hanya mengikut mereka berdua.

Ketika didalam bilik hotel lelaki pertama yang berusia sedikit telah minta saya membuka semua pakaian saya, saya sangat lemah saya sungguh-sungguh tidak berdaya Najmi. Saya dipaksa melakukan oral seks sehingga saya muntah. Badan saya lemah dan akhirnya saya dinodai dengan paksa oleh lelaki itu. Hanya yang mampu saya buat ketika itu hanya menangis dan menangis sahaja.

Kemudian masuk pula kawan lelaki tersebut, dia lebih muda dari lelaki pertama, sekali lagi saya dipaksa melakukan oral seks untuknya. Dia paksa saya, badan saya ketika itu semakin lemah, mata saya menjadi mengantuk teramat sangat, yang saya dengar suara lelaki tersebut memarahi saya kerana saya tidak mampu melakukan oral seks terhadapnya. Saya hanya mampu menangis dan menangis, tubuh badan saya tidak mampu untuk saya gerakkan lagi ketika itu kerana terlalu lemah. Yang saya ingat saya hanya menyebut  nama Allah…. Ya Allah…. Ya Allah.... berulang kali sahaja dan terus menangis, sehingga saya tidak mampu mengingati apa yang berlaku lagi selepas itu.

Badan saya lemah sangat sehingga saya pengsan tidak sedarkan diri, mungkin selama lebih 2 jam terlantar didalam bilik hotel tersebut, saya hanya sedar apabila pintu bilik hotel diketuk dari luar. 

Ya Allah baru saya sedar saya dalam keadaan berbogel dan saya rasa teramat sakit dibahagian “tempat sulit” saya. Saya mula dapat menghidu bau masam akibat muntah saya diatas cadar katil dalam bilik hotel itu. Pakaian saya diletakkan ditepi katil, terlalu lemah untuk saya capai pakaian tersebut tetapi saya kuatkan kudrat mencapai pakaian dan sarungkan kembali ke badan. Kepala saya terasa amat sakit ketika itu.

Saya memaksa diri keluar dan cuba gagahkan diri ke bas station dan mengambil bas pulang ke rumah. Saya pun tidak sedar, rupa-rupanya dalam beg saya masih ada berbaki wang RM5 mungkin kedua lelaki tersebut sengaja meninggalkan baki buat tambang saya pulang kerumah.

Yang pasti ketika didalam bas baru saya sedari hampir semua wang ringgit serta kad giro saya telah diambil, mujur kad pengenalan saya masih ada. Ketika itu saya menjadi bingung kepala saya semakin kuat sakitnya. Dengan pertolongan Allah saya selamat sampai kerumah walaupun dalam keadaan lemah yang teramat sangat. Sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu. 

Saya masih tidak ceritakan kepada emak, bimbang sekiranya abah mendapat tahu, pasti mati saya dikerjakannya. Abah saya seorang yang sangat garang, emak saya pun banyak makan hati kerana sikap panas baran abah. Akhirnya saya menjadi takut dan tidak langsung bercerita kejadian yang menimpa.

Malam itu saya tidak sedarkan diri, sesekali meraung dan menjerit seperti orang tidak siuman. Emak saya telah hubungi kakak saya, dan kakak saya lah yang banyak membantu saya sehinggalah hari ini. 

Pada kakak, saya minta dirahsiakan segala yang berlaku memandangkan tarikh perkahwinan saya semakin hampir, lagi dua bulan. Pada kakak saya banyak mengadu, dan ada pada kakak juga saya minta agar tolong beritahu abah agar perkahwinan saya dibatalkan sahaja. 

Tetapi bila mengenangkan akan sikap baran abah, kami terpaksa batalkan niat untuk meminta abah batalkan perkahwinan itu. Kami tahu yang akan menjadi mangsa nanti adalah emak sekiranya perkahwinana ini dibatalkan. Sudah tentu abah akan malu pada orang kampong, malah kad perkahwinan sudah banyak diedarkan dan saudara mara semuanya sudah tahu.

Kerana semua ini lah yang telah membuatkan saya terpaksa terus merahsiakan peristiwa yang menimpa saya, dan sejak kejadian itu saya lebih banyak menangis. Pada kakak saya minta dia agar terus merahsiakan segala apa yang telah berlaku. Sehinggalah akhirnya saya selamat melangsungkan perkahwinan dan peristiwa ini tetap saya rahsiakan dari pengetahuan suami. Saya beranggapan biarlah pekara ini berlalu begitu sahaja. 

Selepas seminggu kejadian saya ada terfikir hendak buat lapuran polis dan hendak membuat pengesahan sama ada saya mengandung atau tidak tetapi saya jadi bimbang teramat sangat, sepekara lagi kejadian sudah berlaku hampir seminggu siapa yang hendak percaya cerita saya itu lagi, akhirnya ianya terus menjadi rahsia.


Syukur kerana akibat kejadian dinodai oleh dua lelaki itu tidak membuatkan diri saya mengandung. 

Saya akhirnya selamat melahirkan anak pertama hasil perkongsian hidup bersama suami, tetapi hati saya masih tidak tenang, saya cuba menjalani kehidupan seperti biasa tetapi lama kelamaan saya semakin tertekan hati dan jiwa saya masih tetap tidak tenang. Peristiwa lama mudah membuatkan hati saya kembali bimbang, sedih, takut dan keliru, lama kelamaan saya semakin trauma dan mudah mengalami sakit kepala.

Akhirnya kejadian yang menimpa saya telah diceritakan oleh kakak angkat saya (yang sangat saya percayai) kepada suaminya. Saya menyesal memberitahu rahsia tersebut kepada kakak angkat dan saya menganggap dia seorang yang tidak amanah.

Pada tahun 2006 baru lah suami saya mendapat tahu tentang sejarah hitam yang telah menimpa saya sebelum menjelang berkahwin kami. Bila suami saya mendapat tahu akan hal ini telah menyebabkan rumahtangga kami goyah. Niat kakak angkat saya hendak membantu tetapi rupanya telah menimbulkan masaalah yang lebih besar dalam rumah tangga kami. 

Akhirnya suami saya tidak hubungi saya langsung, saya sungguh kecewa. Suami saya bukan membantu tetapi menjadikan perkahwinan kami "deras" menuju kepada kehancuran. Sudah beberapa kali saya memohon maaf kepadanya, namun seperti yang saya katakan diawal tadi, suami saya seorang yang tinggi ego nya. Saya sudah tidak dipedulikannya lagi. Saya rasa sungguh amat tertekan.

Bayangkan Najmi, rahsia ini akhirnya terbongkar juga, sehingga abah saya mengetahuinya, emak saya hanya mampu menangis bila mendapat tahu kesengsaraan yang terpaksa saya tempuhi dan pendamkan selama ini. Dan yang paling saya bimbang hal ini diketahui oleh anak-anak.


Terbongkar kisah suaminya yang songsang

Dan diringkaskan cerita, rupa-rupanya Allah telah menunjukkan kebenaran rahsia yang lebih aib. Allah telah mendedahkan kisah hubungan songsang suami saya ketika suami saya mengalami batuk yang teruk. Saya cuba bawa suami ke klinik kakak angkat saya ketika itu, dia menjalani rawatan alternatif menggunakan kaedah rawatan aliran tenaga aura elektrik dan ketika itu lah suami saya telah disahkan sebagai pembawa virus HIV. 

Setelah sembuh dari batuk saya cuba nasihatkan nya agar berubat, namun dia tetap ego dan tetap mengatakan bahawa dirinya sihat. Sememangnya suami saya seorang yang mementingkan kesihatan mengambil supplement dan kerap pergi ke gym.

Namun saya berasa sedih kerana suami menyalahkan saya dengan mengungkit kisah hitam saya sehingga dia pernah menyebut anak sulungnya itu benih bercampur dari mana?
Itu yang menjadikan saya semakin tertekan, sehingga menjejaskan kesihatan saya dan pretasi kerja saya juga semakin teruk. 

Saya sememangnya sudah membuat appointment berjumpa pakar pskiktrik di PPUM dan dalam masa 5 tahun kebelakangan ini saya menjadi isteri yang sangat “sakit mental”, kerana suami kerap meletakkan kesalahan kepada saya dan saya sudah tidak mampu untuk menyelamatkan rumahtangga kami lagi kerana sikap suami yang tidak langsung berlaku jujur kepada saya. 

Saya ada bertanya kepadanya adakah jangkitan HIV yang dihidapinya itu datangnya dari hubungan dia dengan adik angkatnya tetapi sehingga sekarang dia masih tidak jujur pada saya. Akhirnya biar saya sahaja yang membuat ujian darah bagi membuktikan bahawa HIV bukan datang dari saya. Suami pernah berkata saya yang telah dirogol dan saya penyebab dia dijangkiti HIV. 

Tetapi mustahil setelah 3 kali mengandung ujian darah saya okey. Anak saya yang ke 4 adalah kembar lelaki dan cukup sihat, ini lah yang menyebabkan kuat kata hati saya bahawa HIV bukan disebabkan oleh kejadian hitam yang menimpa saya bertahun dulu, tetapi HIV datang akibat dari aktiviti songsang suami saya itu.

Ya saya juga telah disahkan HIV positif dan pada bulan Jun 2012 yang lalu kiraan CD4 saya berada pada paras 453 dan kakak saya jugalah merupakan orang pertama yang mengetahui saya HIV+ve.

Allah Maha Mengetahui dan sebaik-baik pengatur hidup kita ini. Saya akhirnya berpisah juga dengan suami secara baik dan saya redha dengan apa yang berlaku. Hidup saya sebagai isteri memang tidak pernah dihargai dan disayangi olehnya, tak mengapa lah.


Najmi,

Sememangnya saya benar-benar hampir sakit jiwa, namun jauh disudut hati saya sentiasa memohon agar Allah sentiasa memberi kekuatan saya ketika menghadapi ujian hidup ini, dan saya juga sentiasa berdoa agar bekas suami diberi hidayah dan diberi kesempatan waktu serta diampukan oleh Allah dan mudah-mudahan dia kembali sedar.

Ya Allah perkenanlah doa hambamu ini dan biarlah perpisahan ini membawa rahmat dan kebaikan kepada diri saya dan buat dirinya. Juga saya sentiasa berdoa memohon kepada Allah semoga ditutupkan aib kelakuan bekas suami dari diketahui oleh ahli keluarganya dan dari pengetahuan anak-anak saya.

Najmi,

Memang saya tidak sampai hati hendak bercerita tentang semua hal peribadi ini, tetapi tidak mengapalah semoga ianya menjadi pendoman buat semua dan perlu diingat saya tidak semudah untuk menjaja kisah saya ini kepada kawan-kawan lain, apa tah lagi kepada keluarga disebelah bekas suami saya. Bagi saya biarlah segalanya menjadi rahsia dan hanya Allah sahaja yang mengetahui pengakhiran yang terbaik buat semua ini.

Namun jauh disudut hati saya berharap ada sinar baru buat saya dan mampu berjuang dalam hidup walaupun telah banyak kesedihan yang telah saya tanggung. 

Namun seikhlasnya saya nyatakan disini, saya sebenarnya redha dengan anugerah HIV+ ini, kerana ini lah telah menyelamatkan jiwa saya dari terus dikatakan dan dituduh.  Sebab dari sini terbukti kisah hitam dirogol dulu bukan penyebab saya dijangkiti HIV dan bukan datang dari saya. Itulah yang hendak saya jelaskan, semoga suami saya faham benar-benar bahawa HIV yang terdapat dalam dirinya dan dalam diri saya adalah berpunca dari sikap tidak jujur bekas suami saya itu semasa dalam perkahwinan dulu.


Bunuh diri.......Hidup mesti diteruskan

Pada bulan Dicember 2010, saya pernah terfikir hendak membunuh diri, saya memandu amat laju ketika keluar dari jalan besar menuju ke bandar. Saya rasa amat “tension” memikirkan masaalah rumahtangga yang saya alami dan berbagai masaalah yang sudah tidak cukup ruang berligar dikepala ini ketika itu. 



Saya memandu kembara dengan kelajuan 120km sejam dan bayangkan had laju yang dibenarkan antara 60-80 km sejam sahaja dijalan tersebut. Saya seolah tidak sedar diri sehingga mampu dan berani memandu selaju itu. Ya saya mengharapkan kematian ketika itu, ya saya mengharapkan berlakunya accident, biarlah saya mati maka akan tamatlah segala penderitaan saya. 

Nauzubillah

Pendeknya akal fikiran saya ketika itu, tetapi Allah masih belum mahukan saya mati ketika itu. Ketika sedang laju memandu tiba-tiba saya terdengar suara azan dari radio IKIM yang saya pasang ketika itu. Ya Allah laungan azan itu lah yang membuatkan saya kembali tenang, kereta kembali diperlahankan dan terus berhenti ditepi jalan dan saya meraung sendirian disitu. 

Saya kemudian menuju ke sbuah masjid dan duduk sendirian disitu. Selepas puas menangis sehingga bengkak kedua belah mata saya sujud syukur ke hadrat Allah kerana tidak berlaku sesuatu yang buruk sebentar tadi (memandu laju). Rasa malu sungguh kerana tindakan saya itu seolah-olah tiada iman langsung dalam hati ini, kemudian saya terfikir pasti ada insan lain yang lebih teruk diduga Allah daripada saya.


Photo buat kenangan anak-anak

Untuk pengetahuan awak photo yang saya "send" bersama ini (email) ada kaitan dengan kisah saya juga, photo wajah saya selepas puas menangis dan dalam keadaan mata yang bengkak. (Najmi delete selepas ini)

Selepas niat hendak mati accident, saya sering bermimpi yang saya sudah pun mati, kerana dalam mimpi tersebut seringkali saya nampak sekujur “mayat” saya sendiri, bukan sekali malah hampir dua minggu saya mengalami mimpi tersebut. 

Tiba-tiba saya menjadi risau, kejadian (mimpi) itu berlaku dalam bulan Feb 2011 ketika rumahtangga saya sedang menuju kehancuran. Kerana tekanan yang melampau kepala saya kerap migrain dan saya terfikir seandainya Allah benar-benar hendak mengambil nyawa saya, saya benar-benar redha. Malah dalam doa saya pun saya ada memohon agar Allah ambil sahaja nyawa saya ketika itu. Saya perlu lakukan persediaan.

Pada ketika itu saya sempat mengambil gambar sendiri mengunakan handphone dengan niat untuk “send” kepada anak-anak saya supaya apabila ibu mereka tiada lagi didunia ini mereka boleh menatap gambar saya melalui handphone. Tenguk lah puas-puas wajah ibu ketika mereka rindu dan doakan kesejahteraan buat ibu mereka apabila saya telah tiada didunia ini nanti. 

Saya juga sempat menbelikan mereka seorang satu AlQuran. Waktu itu terasa amat sedih Allah sahaja yang tahu, hanya itu yang terfikir untuk saya mempersiapkan diri sekiranya saya dijemput Allah nanti. Semua yang saya lakukan ini kesan akibat mimpi yang saya alami itu.


Najmi,

Ini lah sahaja yang dapat saya kisahkan tentang perjalanan hidup saya kepada awak, saya harap awak dapat faham apa yang ingin saya sampaikan selama ini dan saya masih lagi suka melihat object makhluk Allah berkuda itu, saya selalu membaca didalam entry awak yang lalu ( Disini ) dan saya sendiri tidak tahu kenapa saya suka benar membaca enrty tersebut berulangkali tanpa jemu.

Saya juga faham bahawa, PLHIV seperti kita sememangnya berasa bimbang dikenali orang lain apatah lagi status kita diketahui oleh ahli keluarga, seperti yang awak alami... Najmi bimbang status najmi diketahui keluarga, sama lah seperti saya, saya juga bimbang anak-anak mendapat tahu ibunya yang selama ini menyediakan masakan untuk mereka adalah pembawa kuman HIV. Kita sama-sama diuji oleh Allah begini. 

Ini lah keajaiban yang datang dari Allah dan hanya Allah sahaja yang tahu disebalik hikmah terjadinya semua ini, semoga jumpa dilain masa. Awak jaga kesihatan ya… terima kasih kerana sudi menjadikan saya sebagai sahabat berkongsi rasa dan duka.

Allah sahaja layak membalas segala kebaikan awak.

Wasallam
Nurunn a'lan nur25:24


42 comments:

  1. salam najmi, KA jadi speechless bila baca cerita ini. Betapa berat beban dugaan hidup yang terpaksa ditanggung. Apa yang boleh KA bantu hanyalah doa moga beliau terus bertabah dan berada dibawah lindungan ALlah swt selamanyer. Doakan yg terbaik untuk dia dan for u too najmi. Sesungguhnyer ALlah menguji kita setakat mana kemampuan kita. KA sebagai salah seorang hamba yang pernah dipilih untuk diuji sgt2 memahami. Ada air mata yang mula menitik di hujung mata KA sebenarnye Najmi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma Angsana,

      Terima kasih... saya pun tak dapat bayangkan kalau kalau peristiwa ini terjadi kepada adik beradik perempuan saya atau anak2 saudara peremuan saya yang dipukau dan dirogol dalam bilik hotel seperti Nurunn...

      Bagai mana perasaan kakak dan ibu Nurunn bila tahu Nurunn diperkosa... Saya sempat google kisah rogol yang lain... Terkedu melihat ada wanita dirogol dan ada yang dibunuh dan ditinggalkan di merata tempat tanpa belas kesian dan dalam keadaan memalukan...

      Ya Allah kita doakan supaya peristiwa seperti ini tidak akan berlaku dikalangan ahli keluarga kita dan secara peribadi doa saya agar perogol tersebut akan atau sudah mendapat balasan setimpal dari Allah swt

      Buat Nurunn... semoga kehidupan awak diberkati Allah selalu...Gembira selalu ya....

      Delete
  2. beruntungnya suami kak Nurunn dapat isteri dunia akhirat...sy pon tak tahu kesudahan idup sy tapi sy tahu akan mati. harap sy mati bile tanggungjawab sy selesai, tiada hutang,tidak diaibkan dn at least dpt tanda2 menuju kehidupan akhirat.
    Kak Nurunn - anda adalah wanita yang tabah, sekuranya Allah izinkan dpt lihat zuriat membesar dpn mata. Doakan Kak Nurunn senantiasa di rahmati Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. walnut,

      Ya suami Nurunn sangat bertuah tetapi sungguh malang kerana tidak bersyukur kerana beristerikan Nurunn, tidak bersyukur kerana Nurunn lah yang telah memberikan nya anak2 yang sihat dan bijak.

      Buat Nurunn... kita kena ingat walau seteruk mana sekali pun dugaan yang menimpa diri kita , PASTI akan ada insan lain yang menghadapi dugaan berkali2 ganda dahsyat daripada yang Nurunn alami dulu dan hari ini.... :)

      Delete
  3. Najmi,kesah ini membuatkan saya sangat sedih, tetapi kepada Puan Nuruun, bersabarlah. Rasa ingin saya memeluk beliau agar hilang semua kesedihan tersebut. Allah menduga hanya mereka yang tabah sahaja...Ya Allah semoga beliau diberikan kehidupan yang lebih baik buat selama2nya...Ya Allah, jauhilah perkara2 ini dari anak2, kaum keluarga dan sahabat2 kita, peliharalah kami semua.

    Buat Nuruun, hargai sangat2 perkongsian anda, bukan mudah untuk melalui semua ini, tapi saya bangga anda telah melaluinya dengan penuh kejayaan, tepuk bahu anda sendiri di atas kejayaan anda, InsyaALLAH saya yakin akan ada rahmat yang besar dari Allah untuk Nuruun dan keluarga. Take care...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah,

      Ya saya setuju apa yang Mak Wardah kata kan tu... mudah2an perkongsian kisah ini membuka mata kita semua terhadap kes-kes rogol diluar sana......

      Kena ingat rogol tak semestinya berlaku kepada wanita sahaja... seseorang lelaki yang dipaksa melakukan seks terhadap seorang wanita atau seorang lelaki yang meliwat lelaki lain juga dianggap rogolkan.

      Rogol dalam ertikata yang mudah ialah melakukan seks dengan paksaan...Saya percaya ramai lagi diluar sana mangsa rogol yang terpaksa berdiam bagi menutup aib dan malu.

      Kepada mereka yang pernah mengalami seperti yang dialami oleh Nurunn... anda perlu contohi Nurunn... dalam keadaan masih trauma (walaupun kejadian lama telah berlaku) beliau mampu menangani segala permasaalahan yang muncul satu persatu sepanjang hidup hingga kini.

      Ya ada rahmat disebalik apa yang berlaku Nurunn..... :)

      Delete
  4. rahmat Allah selalu untuk najmi dan nuurun..aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. susumanis,

      Ya rahmat lebih lagi kepada Nurunn... kesengsaraan yang dia alami lebih besar daripada saya... Thanks... :)

      Delete
  5. Sedihnya bila saya membaca entry kali ini Najmi..
    Ksahnya cukup buat terharu..walaupun saya lelaki
    saya rasa wanita yg lemah tidak harus diperlakulan begini..
    Dimanakah sifat kemanusiaan dua lelaki itu..Najmi..
    says jugs dpt baysngkan..betapa Nurunn sgt payah
    menepuh kehidupan seterusnya..apapun utk Nurunn
    harap terus bersabar ye..Allah tetap memelihara awak..

    ReplyDelete
  6. Anonymous,

    Alhamdulillah anonymous...saya harap Nurunn semakin bersemangat, dia perlu tahu ramai dikalangan kita para pembaca yang menyokong dan mendoakan kesejahteraan hidup nya. Kalau anonymous seorang lelaki rasa terharu apa tah lagi bagi pembaca wanita di luar sana. Pepatah ada mengatakan berat mata memandang berat lagi bahu Nurunn memikul...Thanks Anonymous kerana doa awak kepada Nurunn... :)

    ReplyDelete
  7. Najmi,
    Saya pernah mempunyai seorang kekasih yang pernah berkahwin dan punya dua anak. Dia seorang lesbian tegar. Tetapi dia seorang yang amat cantik. Dia membenci perkahwinannya yang gagal. Hanya berkahwin beberapa tahun, diperkosa berkali-kali oleh suaminya. Benar, didalam perkahwinan seorang isteri harus menjalankan tanggungjawabnya. Tetapi bagi saya, andai suaminya seorang yang berhikmah, suaminya akan dapat merubah dia. Tapi kerana dangkalnya akal suaminya itu, kini menyebabkan dia seorang lesbian yang amat tegar dan sedang memperjuangkan hak kebebasan dalam seksualiti.

    Bagi saya rogol atau perkosa adalah jenayah yang amat kejam. kerana, wanita, apabila mereka tidak bersedia untuk melakukan hubungan seks, anggota kelamin mereka berada dalam keadaan amat tidak menerima pencerobohan itu. Ada kes, mangsa rogol, mati sebaik sahaja dirogol, kerana banyak pendarahan. Lebih parah, ada yang anggota kelamin mereka rosak.

    Bagi saya, orang lelaki tidak akan pernah faham, kenapa ada negara sedang perjuangkan hukuman mati kepada perogol.

    Mangsa perkosa, sebenarnya telah mati sebaik sahaja pemerkosaan itu. Hidup mereka tidak pernah sama. .

    Lebih dasyat lagi andai yang mempunyai zuriat hasil perkosaan itu. Bayangkan bagaimana sang ibu itu melihat wajah anaknya, dia akan teringat si pemerkosa itu, setiap hari setiap detik.

    Kadangkala saya selalu bergurau dengan rakan saya, syurga itu ramai wanita, sebab perempuan sering jadi mangsa kekejaman lelaki. Tak kurang juga yang menjadi lesbian kerana dendam dan benci kesumat mereka kepada lelaki.

    Bagi saya mudah saja, allah dah letak manusia setinggi2 darjat, dan andai manusia lupa akan allah, allah akan letak manusia itu serendah2 darjat. Lelaki, allah takdirkan khalifah, pelindung..andai dia tahu amanahnya. tetapi jika dia mengkhianati amanah itu, jadilah dia manusia berhati zalim dan tunduk pada nafsu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DarkAngel a.k.a MalaikatGelap

      Pertama, walau apa pun terjadi saya tidak bersetuju apa bila rakan awak itu memperjuangkan hak kebebasan dalam seksualiti LGBT, kita ada Allah tempat kita mengadu bukan memperjuangkan hak kebebasan tersebut.

      Saya selalu nasihatkan kepada songsang diluar sana, walaupun diri kita songsang jangan sesekali kita bersetuju atau memperjuangkan hak amalan yang di kutuk Allah itu, jangan ada niat dihati rasa setuju perjuangan tersebut.

      Apa yang kita nak jawab kat Allah diakhirat kelak, sudah lah bergelumang dengan aktiviti ini kita juga memperjuangkannya... Bagi saya secara peribadi, kita buat hal kita usah mengalakan amalan ini dari terus berkembang.

      Wallahuallam.

      Ya saya setuju jenayah rogol ini amat kejam, bagaimana kiranya berlaku keatas kanak2 bawah umur. Bertambah lah kejamnya. Yang pasti trauma kesan diperkosa akan dibawa hingga ke mati, untung bagi yang kuat tetapi bagaimana bagi yang lemah semangatnya.

      Satu lagi kes pembuangan bayi sedikit sebanyak kes ini berkemungkinan ada kaitan dengan jenayah rogol (dipaksa) kan. Mangsa malu dan bila mengandung anak dibenci dan ditinggalkan dimerata tempat. Wallahuallam.

      Terima kasih DarkAngel a.k.a MalaikatGelap dengan komen ini... :)

      Delete
  8. As salam..pengalaman seorang sahabat saya yg telah juga
    menjadi mangsa rogol akibat percaya kan kekasihnya hingga
    melahirkan seorang anak..padahal kekasihnya itu bakal
    menjadi seorang ustaz..dimana nak dikatakan jika kurangnya
    didikan agama...akhirnya keluarga ustaz itu tetap menyalahkan
    sahabat saya walaupun mereka jadi berkahwin..tapi selama mana
    hati isteri itu tahan menanggung derita jika pihak keluarga
    suami sntiasa memandang bahawa pihak perempuanlah yg sebenarnya
    tidak bijak mendidik anak gadisnya..akhirnya sahabat saya ini
    sentisa hidup dalam dilema..tekanan..dimalukan dan turut menjadi
    mangsa anaknya yg sedang membesar...keluarga suami seperti
    tidak pernah nak meletakan kesalahan itu pd anaknya sendiri..bagi saya kes
    seperti sahabat saya ini sentisa byk dimana-mana..akhirnyaperempuan juga
    tetep menjadi mangsa..jangan dikatakan golongan biasa malah dari
    golongan yg berpendidikan agama pun sanggup bersikap melepaskan batu
    tapi tangan disembunyikan..malangnya nasib wanita..salah atau betulke mereka
    tetap dipandang serong..bagi pendapat saya samalah juga seperti mangsa
    rogol..ada segelintir masyarakat yg akan tetap menyalahkan wanita juga kerana
    tidak pandai menjaga diri...dimana keadilan??? Sekadar meminta
    pendapat dan renungan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry Najmi saya busybody jawapkan...sebenarnya pendapat saya, wanita tidak boleh dipersalahkan 100%,sepatutnya masyarakat Islam wajib menjaga dan memuliakan wanita kerana kalau kita lihat contoh masyarakat lain China, India jarang kedengaran gadis2 mereka menjadi kaldai dadah dan sebagainya kerana masyarakat mereka menjaga gadis2 dan wanita2 mereka, masyarakat Islam dan Melayupun seharusnya ada semangat begini. Lindungi anak2 gadis dan wanita kita, InsyaAllah terpelihara diri mereka, jangan aniaya mereka tetapi pelihara, sayangi dan lindungi mereka. Ini hanya pendapat orang2 yang jahil dan bodoh seperti saya.

      Delete
    2. Anonymous,

      W Salam

      Saya amat bersetuju... yang bergelar Ustaz yang nampak alim dan berserban putih sepanjang masa itu pun belum tentu baiknya, belum tentu betulnya iman mereka. Percaya atau tidak, ada remaja yang melakukan maksiat songsang tetapi masih berlagak alim mengimamkan solat berjemaah.

      Saya bersempati dg kejadian yang menimpa sahabat saudara seorang isteri yang masih menanggung derita seolah-olah kesalahan tertanggung dibahunya sahaja akibat rogol oleh bakal ustaz. Masih dipersalahkan dan dipandang serong oleh keluarga suami. Yang kesiannya kesan akibat tersebut terkena tempiasnya kepada anak mereka yang tidak bersalah tu.

      Nama lagi manusia kita bukan maksum, pasti akan melakukan kesalahan. Semua itu dugaan dari Allah. Yang penting selalu saya tekankan ialah anak-anak sedari kecil perlu dididik dg agama yang sempurna, ambil tahu hal anak2 dan kasih sayang perlu dicurahkan oleh ibubapa.

      Maybe kerana kurangnya kasih sayang serta perihatin dan tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak lah yang membuatkan anak yang berperwatakan alim juga boleh terjebak melakukan seks sebelum nikah.

      Wallahuallam

      Ego keluarga suami sahabat saudara begitu tinggi, mungkin kerana hendak menjaga maruah keluarga mereka yang mereka anggap terbaik kut. Itu antara kisah yang berlaku disekeliling kita yang kita tidak sedari ada dan pernah berlaku.

      Yang penting suami sahabat saudara perlu melindungi isterinya walau apa pun yang berlaku. Suami yang baik akan mendidik dan membawa isteri ke jalan yang betul, sekiranya seorang isteri itu melakukan kesalahan, suami perlu perbetulkan jangan sekali-kali suami bersikap tidak bertanggungjawab. Anda perlu membimbing isteri kejalan yang diredhai Allah, ambil peduli permasaalahan yang dihadapi samaada baik atau tidak yang dialami oleh isteri.

      Wanita ditindas dan diainaya berlaku dimana-mana ya bila masuk bab mengandung diluar nikah pasti mata lebih tertumpu salah kearah wanita walaupun kita tidak tahu samaada dia yang sebenarnya salah atau tidak. Itu lah realiti hidup sekarang.

      Saya teringatkan kes yang baru berlaku kisah seorang wanita yang mencampakkan bayi yang baru dilahirkan dari tingkat 3 rumah. Sekali pandang pasti masyarakat akan marah kepada wanita tersebut, ramai pasti menyumpah wanita itu... tetapi kita perlu ingat sekira betul pun dia yang mencampakkan bayi itu pasti kerana tekanan melampau yang sedang dialaminya ketika itu, memang salah mencacampak dan membunuh bayi itu tetapi masyarakat tak boleh terus menyalahkan wanita itu. Cuba kita bayangkan trauma sepanjang dia mengandungkan bayi tersebut, mungkin juga dia salah seorang dari mangsa rogol. Wallahuallam.

      Yang saya hendak sebutkan disini bahawa bahawa itu lah realiti yang masyarakat Malaysia hadapi sekarang ...dan dunia amnya.

      Perlu Anonymous tahu wanita terutama di Pakistan misalnya dan beberapa negara yang dikatakan lebih islam disebelah sana lebih teruk dan lebih kejam diperlakukan, malah dibebarapa daerah di India amalan membunuh menantu wanita hanya kerana kesalanan kecil masih berlaku. Segalanya perlu kita renungankan bersama.

      Saya terbaca kisah sedih mangsa rogol di Pakistan (maaf kalau salah sebut negara), dia dirogol tetapi dia juga dipersalahkan sehingga menderita teruk, kalau tak silap dia kemudian dibantu oleh NGO asing luar negara yang sudah pasti "kafir"...

      Mereka membantunya tetapi ibarat seperti lari dari mulut buaya (ketidakadilan ketika di negara asal) kemudian masuk ke mulut harimau (kemungkinan akidahnya sebagai seorang Islam akan tergadai).

      Bagi saya dunia hari ini begitu lah resamnya yang perlu wanita alami dan hadapi, segalanya mempunyai kaitan antara satu sama lain.

      Wallahuallam maaf kalau saya salah....atau tersasar atau mengarut..... :)



      Delete
    3. Mak Wardah,

      Komen Mak Wardah baru saya perasan tengok..... hehehe

      Ya betul memang tak leh disalahkan 100% pada wanita, sebenarnya kita kena ikut sunnah... Mana-mana lelaki atau suami perlu belajar bagaimana Rasulullah melayan seorang yang bernama wanita...

      Tetapi kebanyakannya sekarang entah tak tahu nak cakap... kaum keluarga malah seorang yang bernama ibu (ibu mertua) seorang wanita pun kemungkinan berkelakuan tak baik (masih mnyalahkan anak menantu perempuan) maybe terjadi seperti yang dialami sahabat kita diatas....

      Wallahuallam.... :)

      Delete
  9. BUAT PEMBACA ADA SEDIKIT KISAH TENTANG NURUNN YANG TERTINGGAL TETAPI TELAH PUN SAYA UP DATE KAN DIDALAM ENTRY DIATAS DAN SAYA SELITKAN JUGA KISAH YANG TERTINGGAL TERSEBUT DIDALAM RUANG KOMEN INI;


    Bunuh diri.......Hidup mesti diteruskan

    Pada bulan Dicember 2010, saya pernah terfikir hendak membunuh diri, saya memandu amat laju ketika keluar dari jalan besar menuju ke bandar. Saya rasa amat “tension” memikirkan masaalah rumahtangga yang saya alami dan berbagai masaalah yang sudah tidak cukup ruang berligar dikepala ini ketika itu.

    Saya memandu kembara dengan kelajuan 120km sejam dan bayangkan had laju yang dibenarkan antara 60-80 km sejam sahaja dijalan tersebut. Saya seolah tidak sedar diri sehingga mampu dan berani memandu selaju itu. Ya saya mengharapkan kematian ketika itu, ya saya mengharapkan berlakunya accident, biarlah saya mati maka akan tamatlah segala penderitaan saya.

    Nauzubillah

    Pendeknya akal fikiran saya ketika itu, tetapi Allah masih belum mahukan saya mati ketika itu. Ketika sedang laju memandu tiba-tiba saya terdengar suara azan dari radio IKIM yang saya pasang ketika itu. Ya Allah laungan azan itu lah yang membuatkan saya kembali tenang, kereta kembali diperlahankan dan terus berhenti ditepi jalan dan saya meraung sendirian disitu.

    Saya kemudian menuju ke masjid dan duduk sendirian disitu. Selepas puas menangis sehingga bengkak kedua belah mata saya sujud syukur ke hadrat Allah kerana tidak berlaku sesuatu yang buruk sebentar tadi (memandu laju). Rasa malu sungguh kerana tindakan saya itu seolah-olah tiada iman langsung dalam hati ini, kemudian saya terfikir pasti ada insan lain yang lebih teruk diduga Allah daripada saya.


    Photo buat kenangan anak-anak

    Untuk pengetahuan awak photo yang saya "send" bersama ini (email) ada kaitan dengan kisah saya juga, photo wajah saya selepas puas menangis dan dalam keadaan mata yang bengkak. (Najmi delete selepas ini)

    Selepas niat hendak mati accident, saya sering bermimpi yang saya sudah pun mati, kerana dalam mimpi tersebut seringkali saya nampak sekujur “mayat” saya sendiri, bukan sekali malah hampir dua minggu saya mengalami mimpi tersebut.

    Tiba-tiba saya menjadi risau, kejadian (mimpi) itu berlaku dalam bulan Feb 2011 ketika rumahtangga saya sedang menuju kehancuran. Kerana tekanan yang melampau kepala saya kerap migrain dan saya terfikir seandainya Allah benar-benar hendak mengambil nyawa saya, saya benar-benar redha. Malah dalam doa saya pun saya ada memohon agar Allah ambil sahaja nyawa saya ketika itu. Saya perlu lakukan persediaan.

    Pada ketika itu saya sempat mengambil gambar sendiri mengunakan handphone dengan niat untuk “send” kepada anak-anak saya supaya apabila ibu mereka tiada lagi didunia ini mereka boleh menatap gambar saya melalui handphone. Tenguk lah puas-puas wajah ibu ketika mereka rindu dan doakan kesejahteraan buat ibu mereka apabila saya telah tiada didunia ini nanti.

    Saya juga sempat menbelikan mereka seorang satu AlQuran. Waktu itu terasa amat sedih Allah sahaja yang tahu, hanya itu yang terfikir untuk saya mempersiapkan diri sekiranya saya dijemput Allah nanti. Semua yang saya lakukan ini kesan akibat mimpi yang saya alami itu.

    ReplyDelete
  10. buat Naj mi

    saya dtg menziarah dr blog mak wardah
    suka membaca semua kisah manusia
    semoga Allah memberkati hidup awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,

      Terima kasih... semoga Allah memberkati hidup awak sekeluarga juga dan kita semua.... :)

      Delete
  11. salam buat Naj mi...

    saya juga membaca blog Naj mi melalui mak wardah..sejak mula membaca entry Naj Mi mengayuh basikal dalam keadaan mamai untuk qiam ke masjid...hati saya amat tersentuh..lalu sehingga ke hari ini saya menjadi pembaca setia blog Naj Mi. N3 mengenai adik MS (arwah) dan puan nurunn benar2 meruntun jiwa saya..betapa mereka diuji dengan ujian yang sebegitu hebat..semuanya membuat saya tak henti bersyukur kerana mempunyai sebuah kehidupan yang sempurna..hanya Allah yang maha mengetahui...semoga Naj Mi sentiasa dalam lindungi Allah dan senantiasa berupaya untuk menjadi penenang kepada jiwa2 yang rapuh di luar sana...saya mohon pada Allah panjangkan umur Naj Mi...aminn

    ReplyDelete
  12. Norisah Roslee Qayyim,

    Alhamdulillah Norish, ya kita kena selalu bersyukur kehadrat Allah dengan segala apa yang kita perolehi ketika ini.

    Ramai diluar sana hidup senang gembira tetapi tidak pernah bersyukur.

    Melahirkan rasa syukur kita pada Allah ada bermacam-macam cara selain patuh segala suruhanNYa kita juga boleh lintaskan rasa syukur kita dalam hati dimana sahaja tidak semestinya diatas tikar sejadah sahaja kan...

    Terima kasih kerana datang menjengok terima kasih kerana mendoakan... Saya juga berdoa Norish sekeluarga diberi kehidupan sempurna berpanjangan dibawah rahmat Nya.

    ReplyDelete
  13. Semoga perjuangan Najmi sentisa mendapat rahmat dari Allah..
    Sekadar renungan buat diri saya dan kita bersama..
    Sabda Nabi saw bermaksud " sesiapa yg membanyakkan
    istighfar,maka-
    Allah akan membebaskanna dari kesedihan dan memberi
    jalan keluar bagi kesempitannya dan akan memberi
    rezeki dari arah yang tidak dis(angka-sangkanya" (Riwayat Abu Daud )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Alhamdulillah... insyaallah... kita semua mempunyai cara berbeza dalam berjuang memperjuangkan apa jua masaalah, maybe ini cara saya yang tidak seberapa.

      Terima kasih Anonymous.... :)

      Delete
  14. Seri Berseri
    Semoga blog Najmi sentiasa berseri dihati kita semua..
    Sekadar berkongsi..sabar dlm menghadapi musibah tidak
    mudah diraih oleh setiap diri..ujian dan dugaan
    diperlukan sebelum seseorg itu mendapat sifat terpiji..apabila
    seseorang itu tlh terbiasa bersabar dlm melaksanakan ketaatan
    dan tlh terbiasa sabar dlm meninggalkan maksiat, maka pada saat
    itu Allah akan memberinya kekuatan agar mampu bersabar juga
    dlm nenerima ketentuanNya..Imam al Qurthubi didlm tafsirnya
    meriwayatkan ucapan Sahl bin Abdillah al Tustari..petikan Solusi isu 19.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Alhamdulillah terima kasih, mudah-mudahan saya mampu bersabar dari segala godaan syaitan... godaan tu tetap ada berterusan mengoda hingga hari ini..Mudah-mudahan kita semua termasuk awak anonymous serta Nurunn diberi kekuatan kesabaran oleh Allah....berterusan :)Terima kasih....

      Delete
  15. Salam..moga kita dalam rahmat Nya sentiasa. saya adalah salah sorang yg selalu singgah keblog Naj Mi secara silent reader..saya doakan segala perjuangan Naj Mi dalam memberi nasihat..menyedarkan segelintir songsang..memberi
    ruang keluhan golongan wanita yg menderita akibat songsang para suami..mendedahkan topik2 songsang dgn berani
    dan beberapa artikal menarik pengalaman merantau diluar negara..menjadikan blog ini sangat menarik variasi penyampaiannya kepada pembaca pd pandangan saya diluar sana.
    Tahniah Naj Mi..!!! saya tetap menyokong perjuangan Naj Mi..walaupun sekadar sbg silent reader..teruskan berjuang..
    dan mencari keberkatan hidup dari Allah... :-)

    ReplyDelete
  16. Semoga beliau tabah menjalani hidup ini, kuatkan diri dengan solat malam.. baca al quran dan bersama komuniti...

    ReplyDelete
  17. Anonymous,

    Alhamdulillah terima kasih, sokongan saudara sebagai silent reader insyaallah akan menaikkan semangat saya untuk bercerita... insyaallah dan terima kasih...... :)


    Anonymous One,

    Sebenarnya Nurunn sangat rapuh ketika ini, yang saya boleh lakukan hanya hubungan kan dia dg seseorang yang saya boleh percayai dalam membantu meredakan stress yang sedang dia hadapi ketika ini, insyaallah dia bersama dg orang yang saya percayai untuk terus berkongsi meredakan derita...Doakan.... :)

    ReplyDelete
  18. Allahuakbar.... saya bersyukur ditemukan dgn org2 yg sgt hebat, tabah, bersemangat dlm blog ini. Maha Suci Allah sesungguhnya dunia ini adalah angan2 kosong dan senda gurau sahaja. Semoga Allah melimpahkan kebahagian hakiki di sana buat naj mi, nuruun dan semua yang menyokong dan berdoa buat saudara seislamnya aminn

    ReplyDelete
  19. Suhana Abdulrahim,

    Alhamdulillah Suhana...terimakasih... berganda-ganda kita doakan agar Nurunn kembali kuat menempuh kehidupan yang akan datang, berganda2 kebahagian buat Nurunn. Terima kasih..... :)

    ReplyDelete
  20. tak terpikul rasanya dugaan seumpama ini...Saya hanya mampu untuk berdoa supaya Allah ringankan beban Nurunn.

    ReplyDelete
  21. ulek mayang,

    Alhamdulillah Nurunn pada hari ini semakin kuat meneruskan kehidupan, walau pun sekali sekala masih dibayangi kisah silam... terima kasih kerana mendoakannya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ulek mayang....baiknya hati awak ...mendoakan saya...terima kasih juga kerana sudi datang singgah
      membaca kisah saya.....

      Doakan saya yer...moga diberi kekuatan menghadapi hidup yang saya sendiri tidak pasti lagi...setiap saat dan
      waktu saya sentiasa berdoa agar anak-anak saya tidak mengetahui status ibunya seorang pembawa hiv+ ....
      dan tidak tahulah apa yang akan terjadi nanti apabila akhirnya anak-saya dapat tahu juga....segala-galanya
      saya letakkan pada Allah saja....:-(

      Ulik mayang...Najmi dan mereka yang lainnya...yang sudi mendoakan saya....moga Allah letakkan segala kebaikan dari doa yang dimohon...dengan ganjaran syurga Allah hendaknya.....Amin..Amin ya Rabbi.....

      Nurunn...

      Delete
    2. terasa kerdil diri nak dibandingkan dengan nurunn yang sangat tabah dengan ujian allah swt... semoga tergolong dikalangan hamba-hambanya yang solehah...

      Delete
    3. Saya juga hanyalah insan kerdil juga...hamba Allah yang masih lagi diberi kesempatan utk melangkah meneruskan hidup...

      Adakalanya berbagai perasaan datang dan pergi...adakalanya juga lemah terasa utk melangkah...namun apapun bersyukur kerana Allah tidak mengambil nyawa ini dgn jalan yang ternyata sesat tu..itulah yang saya rasa bahawa kasih sayang Allah itu sebenarnya tidak dapat dijangkau oleh akal kita yg lemah ini..
      Alhamdulillah kerana bertemu dgn sahabat dimaya inilah yg banyak memberi saya kekuatan...rupanya saya sedar ramai lagi insan yg sangat derita dan lebih berganda lagi yg diuji Allah...mereka tetap kuat dan redha...
      Syukur ditemukan dgn Najmi.Mak Wardah dan yg lainnya..kerana doa-doa dari mereka dan semua yg datang membaca kisah hidup saya...diberi ganjaran dengan syurga Allah hendaknya...begitu juga dengan awak Anonymous..
      Terima kasih dengan doa awak...walaupun kita tidak mengenali...namun moga Allah melimpahkan rahmatNya juga buat awak Anonymous yang baik hati...
      Doakan saya ye moga diberi kekuatan dan doakan juga moga anak-anak saya biarlah tidak mengetahui status ibunya ini sbg pembawa HIV+ selagi saya masih hidup..sukar utk saya gambarkan...dan segalanya letakkan pada Allah jua...
      Terima kasih Anonymous dgn doa awak...

      nurunn

      Delete
    4. Assalam..Kenapa begini kesudahan kehidupan umat Islam diakhir2 ini..dimana silapnya kita..cuba kita renung seketika..mari kita ambil aktibal dari kisah para nabi2 dan para rasul2 yg terdahulu..setiap Allah turunkan bala pada hamba2nya ada sebabnya..kita umat akhir zaman dah semakin jauh dengan Agama dengan Allah..batas yg Allah larang tidak diambil pedulikan lagi..Dalam AlQuran banyak ayat2 yg Allah jelaskan pada kita..tetapi kita hanya tahu membacanya saja tapi tidak mengamalkannya..marilah kita dengan hati yg penoh tawwaduk kembaliklah pada AlQuran dan hadi..semoga kita diselamatkan didunia dan juga Akhirat..Wassallam..

      Delete
    5. Anonymous

      WSalam...ya semoga kita diselamatkan didunia dan diakhirat...:)

      Delete
  22. Realiti akhir zaman memang sangat-sangat mencabar hidup dan akidah kita.
    Banyak sebenarnya kejadian begini di seluruh dunia...Najmi baca tak tentang kisah 3069 days yang mengisahkan penculikan gadis remaja dan terpaksa dikurung didera dan dijadikan hamba serta dirogol selama 3069 hari...kisah ini akan dijadikan filem dibarat....

    semoga nurunn sentiasa tabah dan diberi kekuatan menghadapi hidup ini...Allah sentiasa ada bersama-sama kita.

    ReplyDelete
  23. Anonymous

    Kisah 3069...saya tak pernah baca kisah tersebut, dan tidak tahu tentang kisah itu...Dah dijadikan filem di barat...apakah tajuk filem tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah berlaku pd sorg gadis yg diculik pd tahun 1996 dan akhirnya Natascha Kampush telah dpt melarikan diri.gadis Austria ini telah berani menceritakan bagaimana ia perlu melayan pennculik Priklopil selama 8 tahun dijaga dan dikawal ketat oleh lelaki itu.
      Akhirnya beliau dpt larikan diri pd Ogos 2006..dan selepas itu lelaki yg dikatakan sebenarnya mencintai Kampusch telah membunuh diri dgn melompat direl keretapi semasa keretapi sdg dtg..
      Filem berdasarkan catatan buku autobiografi Natascha Kampusch 3096 Tags akan dikeluarkan pd bulan ini di seluruh Eropah. Kampusch telah mendpt royalti sebnyak Rm 26 juta(5 juta pound) hasil penjualan buku tersebuttetapi kes ini masih lagi dlm siasatan polis.
      Maaf Najmi saya baru dpt reply dan terima kasih dgn soalan Najmi tu..
      Moga Najmi sentiasa dirahmati Allah selalu...Amin

      Delete
    2. Anonymous

      Alhamdulillah..terima kasih dengan maklumat tersebut kalau saya senang saya skodeng2 "google" mencari kisah Natascha ni...:)

      Delete
  24. kisah yang membuatkan air mata lelakiku bergenang..semoga Allah memberkati kalian..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST