Wednesday, 19 September 2012

SEORANG DARI LIMA GAY DI KOTA-KOTA AMERIKA MENGIDAP HIV

Kajian mendapati jika 28 peratus lelaki gay kulit hitam dijangkiti HIV, manakala lelaki Hispanik 18 peratus dan lelaki kulit putih 16 peratus

Hampir satu dari 5 lelaki gay dan biseksual di 21 bandar besar di Amerika dijangkiti HIV, dan hampir setengah daripada mereka tidak mengetahuinya, ujar pegawai kesihatan Amerika menyataknnya pada hari Khamis. 

Remaja, khususnya remaja dari golongan kulit hitam, sedikit yang menyedari diri mereka telah dijangkiti HIV, menurut kajian dari the US Centers for Disease Control and Prevention (CDC). 

"Kita perlu membangkitkan kembali respon kita mengenai pencegahan HIV di kalangan lelaki gay dan biseksual," ujar Dr Jonathan Mermin, Pengarah dari bahagian pencegahan HIV / AIDS CDC, dalam wawancara melalui telefon. 

"Kita tidak boleh membiarkan HIV meneruskan penyebaran virusnya dengan efektif di antara lelaki gay dan biseksual, khususnya antara lelaki kulit hitam." 

Komen Mermin dalam menyuarakan polisi mengenai AIDS dibahas di White House dalam bulan Julai yang lalu telah meminta "States and Federal Governments" supaya mencari cara untuk menyekat penyebaran HIV yang baru sekitar 25 peratus. 

Penyelidik di CDC mendapati jika 8,153 lelaki di 21 bandar di Amerika melakukan hubungan seksual dengan lelaki. Para lelaki yang mengambil bahagian dalam National HIV Behavioral Surveillance System tahun 2008, kelihatan tahu dan mengambil kisah mengenai human immunodeficiency virus atau HIV, yang menyebabkan AIDS. 

Secara keseluruhan, mereka mendapati sekitar 19 peratus lelaki gay dijangkiti HIV.


Kajian mendapati jika 28 peratus lelaki gay kulit hitam dijangkiti HIV, manakala lelaki Hispanik 18 peratus dan lelaki kulit putih 16 peratus. 


Lelaki kulit hitam dalam kajian ini juga kurang menyedari akan virus yang menjangkiti mereka sekitar 59 peratus lelaki kulit hitam tidak menyedari adanya jangkitan sedangkan dari golongan Hispanik sekitar 46 peratus yang tidak menyedari adanya jangkitan dan sekitar 26 peratus lelaki kulit putih tidak menyedari adanya jangkitan HIV. 

Usia juga memainkan peranan. Sekitar 63 peratus lelaki berusia sekitar 18 hingga 29 tahun tidak mengetahui mereka menghidap HIV, manakala lelaki berusia 30 tahun ke atas hanya sekitar 37 peratus yang tidak menyedari adanya jangkitan HIV pada diri mereka, pekara ini telah dilaporkan pasukan dalam laporan mingguan CDC mengenai kematian dan penyakit (death and disease)

CDC mengesyorkan lelaki gay dan biseksual dari semua usia menjalani ujian HIV setiap tahun, dan lelaki dengan risiko dijangkiti paling tinggi yang mempunyai banyak pasangan seks atau menggunakan dadah selama melakukan hubungan seksual, harus melakukan ujian setiap tiga hingga enam bulan. 

"Data baru yang mengejutkan ini membuktikan jika usaha pencegahan untuk lelaki gay tidak mencukupi yang menyebabkan pertumbuhan wabak penyakit ini yang skalanya terus meningkat," ujar Carl Schmid dari Institut AIDS. 

"Besarnya kesan HIV dalam komuniti gay bukanlah perkara baru. Yang dilupakan adalah respon yang sesuai dari kerajaan kita di peringkat persekutuan, Negara bahagian dan tahap tempatan (government at the federal, state and local levels) serta komuniti gay itu sendiri," ujarnya. 

Mermin mengatakan sejumlah kajian menunjukkan jika kurangnya kepentingan dan ketakutan yang berkaitan dengan jangkitan HIV di masa lalu, yang menyebabkan keberkesanan rawatan AIDS. 

Walaupun tidak menyembuhkan, penggunaan ubat dapat menjaga pesakit tetap sihat dan dapat mengurangkan risiko mereka akan dijangkiti dari orang lain. Syarikat yang membancuh ubat-ubatan HIV termasuk Gilead Sciences Inc, Bristol-Myers dan Abbott Labs.  

[reuters/cam/hidayatullah.com]


Ini kajian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat, kita di Malaysia boleh mengambil ikhtibar dari kajian ini. Bayangkan sekiranya hasil ujian ini sama dengan hasil ujian jika kita mengkaji di Malaysia. Saya bimbang sekiranya perangkaan yang mengatakan bahawa, "hampir satu dari 5 lelaki gay dan biseksual di 21 bandar besar di Amerika dijangkiti HIV, dan hampir setengah daripada mereka tidak mengetahuinya". itu boleh berlaku di Malaysia.

Pekara sedemikian tidak mustahil boleh berlaku di negara kita. 

Pengalaman saya melihat bagaimana mudahnya golongan ini mempromosi diri, berkenalan dan berjumpa untuk melakukan aktiviti berisiko dengan sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur dan tidak kira tempat untuk melakukannya, saya pasti negara kita juga tidak jauh beza dari segi perangkaan seperti kajian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat itu. 

Dan saya semakin percaya bahawa hampir separuh golongan ini di Malaysia berkemungkinan tidak mengetahui diri mereka telah dijangkiti, dan apabila mereka tidak mengetahui diri mereka telah dijangkiti HIV, mereka sangat mudah mem"biak"kan virus ini kepada pasangan sex mereka yang lain. 

Wallahuallam.

2 comments:

  1. Kesuma Angsana,

    Kalau tak silap saya, saya pernah baca (maaf kalau silap) bahawa bilangan pembawa HIV di Malaysia yang tidak tahu diri mereka ada HIV sama atau lebih bilangannya dr jumlah yang mendaftar (jumlah mereka yang tahu).

    So saya bayangkan jumlah songsang yang ada HIV tetapi tidak sedar diri mempunyai HIV sama banyak atau lebih dari jumlah songsang yang tahu diri mereka ada HIV.

    Wallahuallam....

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST