Wednesday, 5 September 2012

SEKOLAH ASRAMA LAHIRKAN GOLONGAN LGBT?


KUALA LUMPUR 4 Sept. 2012 - Kementerian Pelajaran diminta memantau sekolah-sekolah berasrama penuh yang dilihat berpotensi melahirkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ini kerana, menurut Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Dr. Azizan Baharuddin, homoseksualiti sementara (transient homosexuality) yang wujud dalam kalangan remaja tidak kira lelaki atau perempuan merupakan fenomena biasa.

Gambar Hiasan
Ujarnya, remaja yang bersekolah asrama lebih-lebih lagi yang berasingan jantina lebih terdedah kepada perasaan tersebut kerana secara rutin mereka berhadapan dengan rakan-rakan daripada jantina yang sama.

Memang terdapat banyak kes homoseksual di sekolah asrama, pelajar senior tertarik dengan pelajar junior yang ‘jambu’. Malah perkara ini juga berlaku di sekolah-sekolah berteraskan agama seperti maahad tahfiz.

Malah pekara ini juga berlaku disekolah-sekolah berteraskan agama

“Walaupun ia normal, namun pekara ini jika tidak dipantau boleh menyebabkan orientasi seksual bersifat sementara itu menjadi kekal lebih-lebih lagi kepada remaja yang pernah terlibat secara langsung dengan “sentuhan fizikal,” katanya.

Azizan merupakan moderator muzakarah pakar bertemakan; LGBT : Cabaran dan Penyelesaiannya anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) disini hari ini.

Beliau berkata demikian sambil merujuk pembentangan kertas kerja Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr Harlina Halizah Siraj bertajuk Memahami Isu Gender-LGBT : Perspektif Perubatan dan Biologi.


Dalam kertas kerja itu, Harlina Halizah berkata, tarikan sesama jantina dalam kalangan remaja merupakan pekara biasa, namun ia tidak boleh dipandang ringan khususnya  oleh ibubapa dan pihak sekolah kerana dikhuatiri akan meninggalkan kesan emosi yang mendalam selain mengubah orientasi seksual kepada homoseksual kekal.

Menurut Azizan, kes-kes sedemikian kebiasaannya sukar dikesan oleh ibubapa kerana remaja yang menjadi mangsa lebih-lebih lagi pelajar lelaki yang pernah diliwat, malu untuk memberitahu pekara sebenar.



Sumber : Akhbar Utusan Malaysia




11 comments:

  1. satu isu yg perlu diberikan perhatian sejak lama dulu lagi sebenarnyer!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma Angsana,

      Yup... tapi masih belum terlambat untuk diberi perhatian dengan serius kembali

      Delete
  2. Harap isu ini akan dikendalikan dengan serius oleh pihak berkenaan. Thanks Najmi for sharing

    ReplyDelete
  3. sy bersetuju dengan post ni
    sbb sy mempunyai beberapa orang kawan semasa pengajian diploma dlu dimana diorg pon berasal dr sekolah agama berasrama dan walaupon mereka tidak mengaku mereka adalah bi or gay, mereka tetap melakukan perkara2 songsang bersama lelaki lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Saya lagi bersetuju kerana rakan saya pernah bercerita tentang pengalaman ia bersama remaja yang mengimamkan solat tetapi "bengkok" :)

      Delete
  4. saya terfikir seseuatu, bagaimana, bagaimana nak halang benda ni. Satu sahaja, didikan agama. dan kena tegaskan, mendekati zina itu haram. seks sejenis,tetap zina. malah diy juga zina. kerana itu larangan didalam al-quran allah nyatakan, jangan kau HAMPIRI zina. didalam mata pelajaran pendidikan islam, guru2 agama nak cakap pasal zina pun segan. tak diterangkan, walhal naluri seks itu amat sejagat, orang down syndrom pun tahu tentang seks.

    ibu bapa kena rapat dengan anak-anak, terutama ayah dengan anak lelaki. kadangkala perkara ini terjadi kerana awalnya mereka tidak tahu ianya salah. Mereka ingat menyintai kaum sejenis itu boleh dan tidak salah, kerana masyarakat terlalu takut zina lupa bab menghampiri zina. dan zina selalu cuma disignifikasikan pada heterosexual sahaja.

    saya tak pernah lama tinggal di asrama, tapi tahu antara tindakan keras bila ditangkap ialah buang asrama. tapi adakah warden2 berterus terang kenapa ia salah? rasanya sukar.

    jadi..remaja2 ini...akan terus hanyut..hingga tersedar, sudah terlambat utuk berpatah balik, naluri songsang dah jadi darah daging.

    ReplyDelete
  5. DarkAngel a.k.a MalaikatGelap,

    Ya saya setuju, paling penting adalah didikan agama perlu dititik beratkan oleh semua ibubapa kepada anak2 mereka. Dan perlu diterangkan berterusan kepada anak sejak kecil bahawa songsang tu haram... pandai2 lah ibubapa menerangkannya.

    Guru2 disekolahpun boleh membantu menerangkannya, jangan pula guru2 atau warden asrama tu tumpang sekaki terus merosakkan akhlak anak murid yang terlibat sudah ...

    Bila dah jadi darah daging... sukar nak berubah kan... wallahuallam

    ReplyDelete
  6. Abg Najmi, saya ade kisah gelap saya yang saya nak kongsi dgn semua pembaca.

    ReplyDelete
  7. Anonymous

    hidupmestiditeruskan@gmail.com

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST