Friday, 7 September 2012

PUASA SUNAT SETIAP ISNIN DAN KHAMIS?


Alhamdulillah saya sudah pun selesai mengantikan puasa yang terpaksa saya tinggalkan sebanyak lima hari pada awal permulaan dalam bulan Ramadhan yang lalu kerana ketika itu saya masih menelan ubatan HAART jenis SLN30 serta Bectrim yang perlu ditelan setiap 12 jam sekali pada setiap hari.

Masuk hari ke enam Ramadhan saya telah menukar ubatan HAART yang baru buat diri saya iaitu gabungan ubatan jenis Tenvir-EM dan Stocrin serta Bectrim. Baiknya gabungan ubatan baru yang saya telan ini ialah ianya ditelan hanya sekali dalam setiap 24 jam sehari, bermakna saya sudah mampu berpuasa dalam bulan Ramadhan “normal” sebagaimana orang lain.

Sebenarnya sudah dua tahun saya terpaksa meninggalkan puasa dalam bulan Ramadhan hanya kerana terpaksa menelan ubatan jenis SLN30 itu. Alhamdulillah puasa yang terpaksa saya tinggalkan selama dua tahun itu sudah pun saya lunas dendanya dengan membayar fidyah.

Sebaik selesai mengantikan puasa yang ditinggalkan dalam bulan Ramadhan yang lalu, saya terus menyambung dengan amalan yang biasa kita buat iaitu Puasa Enam dalam bulan Syawal. Alhamdulilah sudah pun hampir selesai saya lakukan.

nine.gapuranetwork.net

Terus terang saya sudah menjadi ketagih, kalau boleh hendak rasanya berpuasa setiap hari tetapi apa kata emak pulak nanti, kerana emak yang menyediakan juadah setiap kali saya bersahur dan berbuka. Saya semakin selesa hendak berpuasa dan terasa mudah sangat untuk melakukannya tidak rasa letih atau terlampau penat, malah saya rasa saya masih boleh berjogging diwaktu petang dan masih mampu mengayuh kehospital yang terletak hampir 5 km itu dalam keadaan berpuasa.

Sebelum saya memulakan rawatan HAART kira-kira hampir 3 tahun yang lalu (saya mula HAART pada January 2010) saya beranggapan sekiranya saya sudah memulakan rawatan maka peluang untuk saya berpuasa sempurna dalam bulan Ramadhan sudah tiada. Apabila mula menelan ubatan HAART bermakna selama-lamanya saya sudah tidak boleh berpuasa seperti orang lain yang sihat. Kerana disebabkan itu setahun sebelum saya jatuh sakit teruk (akhir tahun 2009) saya sudah mengamalkan amalan berpuasa sunat pada setiap hari isnin dan khamis, saya lakukan kerana tahu pada suatu hari nanti saya pasti tidak akan mampu berpuasa sempurna dalam bulan Ramadhan lagi.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)

Dulu, pada permulaan saya berpuasa hanya sekali dalam seminggu, kemudian apabila semakin selesa dan timbul perasaan tamak saya mula mengamalkan puasa sunat pada setiap isnin dan khamis. Saya melakukannnya selama hampir setahun dan terpaksa berhenti apabila tanda-tanda sakit mula menyerang akibat CD4 yang semakin rendah. Sakit yang berlarutan sehingga saya terpaksa terlantar dihospital.

Saya berpuasa sunat seolah-olah hendak mengantikan kembali segala puasa yang bakal saya tinggalkan apabila saya terpaksa memulakan rawatan HAART pada suatu hari nanti.

Dan hari yang paling saya bimbang dan risau akhirnya tiba (januari 2010), saat ketika hendak menelan ubatan HAART buat kali pertama. Timbul perasaan sedih pada ketika saat hendak menelan, sedih kerana amalan berpuasa dalam bulan Ramadhan sudah pun berakhir buat diri saya untuk selama-lamanya.

Tetapi sangkaan saya meleset setelah lebih dua tahun berlalu, tanggapan saya bahawa HAART mesti dan perlu ditelan pada setiap 12 jam sekali sepanjang hayat adalah salah. Semuanya kerana Allah. Saya mengucapkan rasa syukur berulang kali apabila diberitahu oleh doktor pakar yang berhasrat untuk menukarkan ubatan saya daripada terpaksa menelan pada setiap 12 jam sekali kepada menelan  pada setiap 24 jam sekali.

"Mudah untuk berpuasa," kata doktor pakar berbangsa cina kepada saya.

Pada mulanya rasa tidak yakin dengan apa yang diberitahu oleh doktor kepada saya. Saya bertanya kepada PLHIV lain dan mereka juga tidak mengetahui tentang jenis ubatan yang boleh ditelan hanya sekali dalam sehari itu.

Dipendekkan cerita, alhamdulillah pada hari ini sudah pun "sah" saya mampu berpuasa sesempurna seperti orang lain dan sudah tidak perlu mengeluarkan fidyah lagi.

Perlukah saya melepaskan peluang kedua yang Allah berikan kepada saya untuk berpuasa sempurna?

Saya tidak akan melepaskan peluang yang Allah berikan pada saya pada hari ini, kerana itu saya bertekad untuk meneruskan amalan berpuasa sunat pada setiap hari isnin dan khamis setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun. Ya sepanjang hayat selagi nyawa dikandung badan selama itulah akan saya cuba amalkan dan insyaallah saya akan melakukannya semampu yang boleh. Jika dulu sebelum memulakan HAART saya boleh melakukannya maka sudah pasti sekarang pun saya boleh melakukannya lagi, selagi Allah mengizinkan.

Buat permulaan insyaallah saya akan berpuasa hanya sekali dalam seminggu dan apabila keadaan semakin selesa insyaallah saya akan melakukan dua kali dalam seminggu, iaitu pada setiap hari isnin dan khamis sehingga akhir hayat insyaallah. 

Doakan untuk saya.

Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” - (Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh). 

Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab; “Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku” - (Hadis riwayat Imam Muslim).

FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN

 

3 comments:

  1. Nurunn a'lan nur25:24
    Syukur pada Allah..:-)

    ReplyDelete
  2. Najmi, saya juga alan turut serta, utk tmbh saham disana dan kesihatan d.h diri. Mudahan diberkatiNya.

    ReplyDelete
  3. Anonymous,
    :)

    Mak Wardah,
    Alhamdulillah....jom kita semua terus berpuasa sunat...ya bagus untk kesihatan tubuh badan.... seminggu sekali pun sudah cukup memadai utuk kita "rest" kan perut kita dari berterusan bekerja kan... Insyaallah Mak Wardah boleh melakukannya.... :)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST