Monday, 17 September 2012

PENGANGGUR TIDAK SERIK MELAKUKAN SEKS LUAR TABII

telah dipenjara dan disebat.

Oppssss.........berita ini sebagai peringatan buat ramai diluar sana, hati-hati jika terlibat dalam aktiviti luar tabii ini.


KUALA LUMPUR 14 Sept. 2012 - Bagaikan tidak serik, seorang penganggur yang pernah dihukum penjara dan sebatan oleh mahkamah atas kesalahan meliwat lapan tahun lalu, hari ini sekali lagi dihukum bagi kesalahan melakukan seks oral terhadap seorang pelajar kolej, awal bulan ini.

Hamzani Mohd. Daud, 35, dihukum penjara 12 tahun dan sebatan lima kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid yang menjatuhkan hukuman tersebut memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada hari kejadian.

Hamzani mengaku melakukan seks luar tabii dengan merangsang mangsa dengan melakukan seks oral kepada pelajar lelaki berusia 20 tahun itu di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini antara pukul 1.05 pagi dan 7 pagi, 2 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Lelaki tersebut juga mengaku bersalah memeras ugut mangsa antara pukul 6.30 pagi dan 7 pagi di tempat yang sama.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 384 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Bagi kesalahan itu, dia dihukum penjara lima tahun. Kedua-dua hukuman diperintah berjalan serentak.

Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon agar mahkamah mengenakan hukuman ringan ke atasnya.

Sumber : Disini

Buat peringatan semua hubungan luar tabii adalah haram dalam Islam



Man jailed for oral sex on student

KUALA LUMPUR: Two years after being released from prison for a sodomy offence, an unemployed man was sent back to jail yesterday after he pleaded guilty to another sex crime.

Hamzani Mohd Daud, 35, was sentenced to 12 years' jail and ordered to receive five strokes of the rotan after he admitted to performing oral sex on a 20-year-old college student. He was also sentenced to five years' jail for extorting RM50 from the victim.

The offences were committed at the Pak Fook Hotel in Jalan Tuanku Abdul Rahman on Sept 2. Sessions Court judge Emelia Kaswati Mohamad Khalid ordered for the sentences to run concurrently from the date of arrest on Sept 2.

Deputy public prosecutor Ooi Chean Ling, in pressing for a heavy sentence, said the accused was a habitual offender as he was released from prison two years ago after serving a 10-year jail term for sodomy in Kelantan.

She said the sentence should also send a message to the public that these offences would not be taken lightly. Hamzani, who was unrepresented, pleaded for a light sentence.

The victim was also in court yesterday to give an impact statement. He told the court that he was traumatised and depressed by the incident. The student added that he was afraid of men who were the same size as Hamzani.

According to the facts, Hamzani had introduced himself as an auxiliary policeman to the victim and his girlfriend at KL Sentral.

He questioned the two of them before ordering the girlfriend to leave the place.

Hamzani then took the victim to a dark corner and conducted a body search on him. He asked the victim to remove his pants and touched his private parts. After the body "examination", he ordered the victim to get into a taxi with him and headed to Chow Kit area.
Hamzani booked a room at the hotel, and ordered the victim to remove his clothes and lie on the bed before he performed oral sex on him more than once.

Source : NST


38 comments:

  1. Budak tu pun sangap batang. Dua-dua sangap. Kalau dia waras, takdanya dia nak gi jumpa penganggur tu. Patutnya dua-dua kena penjara. Bongoks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Wallahuallam... kalau yang dipaksa "oral" tu budak bawah 15 tahun maybe boleh pecaya, tapi mamat tu sudah 20 tahun. Apa pun terpulang kalau dia menipu memerangkap orang yang kena tuduh tu, saya percaya suatu hari nanti balasan akan pasti diterimanya juga. Yang pasti perbuatan sebegini sememangnya salah disisi agama Islam. Wallahuallam

      Delete
  2. Dua-dua suka sama suka. Patutnya dua-dua kena hukum. Dunia dunia..............

    ReplyDelete
  3. najmi;

    kalau dengar fakta kes, di buat di bilik hotel .maknanya, tiada unsur paksaan melakukan perbuatan tersebut bahkan ia berlaku secara sukarela. akhirnya, lelaki itu menerima hukuman. bagaimana pula remaja yg terlibat?

    pada pendapat najmi, bagaimana kejadian tu boleh sampai ke pengetahuan pihak berkuasa sedangkan ia berlaku tanpa ada unsur paksaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AzamAli,

      Itulah sebabnya, pada saya kalau ikut logik memang kedua2nya kena dan perlu dihukum, remaja 20 tahun tu pun kena dihukum sama.

      TETAPI,

      kita tidak tahu keadaan mangsa (remaja 20tahun itu) ketika kejadian berlaku. Kemungkinan mangsa telah dipaksa dan diugut, kemungkinan mangsa seorang yang bertubuh kecil dan tidak punya kudrat untuk melawan, kemungkinan mangsa telah terpedaya dengan janji manis lelaki tersebut sehingga mengikut lelaki yang dituduh sehingga ke bilik hotel dan bila berada dibilik mangsa telah dipaksa melakukan oral seks.

      Lelaki itu telah memeras ugut seperti tertulis dlm berita diatas, kemungkinan secara kekerasan. Wallahuallam.

      PENGALAMAN SAYA;

      Saya sendiri pernah alami keadaan hampir sama seperti mangsa alamai, suatu ketika dulu sebaik saya tiba di KL dari Spore dan ketika waktu petang saya berjalan diChow kit untuk melihat dan berhasrat membeli barangan yang dijual di bazaar malam yang semakin sibuk ketika itu.

      Tiba2 saya telah ditarik dengan paksa seorang lelaki cina yang mulutnya berbau arak, saya rasa ada orang sekeliling nampak kejadian ketika saya ditarik tetapi mereka buat tak kisah, kudrat saya memang tidak kuat untuk melawan ketika itu, puas saya cuba melepaskan diri dari genggaman cengkaman tangan lelaki cina tersebut yang kuat memaut menarik lengan saya, lelaki cina itu menarik saya sehingga masuk kedalam rumah tumpangan pelacuran dikawasan tersebut, pertama kali berlaku kepada saya sangat menakutkan.

      Suasana kelam dalam ruang bilik-bilik pelacuran disana, saya ditarik hingga ke tingkat atas dan dipaksa masuk ke dalam sebuah bilik yang bercahayakan lampu yang malap. Geli sungguh keadaan bilik itu, terasa kotor amat sangat. Allah sahaja yang tahu bertapa takutnya keadaan saya waktu itu, saya sangka saya akan mati dan mayat saya akan dicampak ke tong sampah. Hati saya tak lepas berdoa minta pertolongan dari Allah ketika itu. Saya cuba tidak melawan dan ikut apa yang mereka hendak buat.

      Kemudian masuk seorang pelacur wanita Indonesia yang hanya bercoli dan berseluar dalam, memaksa saya membuka semua pakaian dan dipaksa baring dikatil, manakala beg galas serta seluar saya dipaksa diletakkan disatu sudut. Saya katakan yang saya tak teringinkan untuk melakukan pekara tersebut, ya pelacur itu menindih badan saya (nasib baik ia tak memaksa saya melakukan seperti oral seks padanya heeeeeeeeeee). Dan mata saya jelas nampak seseorang menarik beg galas serta seluar saya masuk kebilik sebelah, ketika itu saya tahu saya sedang dirompak.

      Setelah duit "cash" kebanyakannya dalam mata wang USD, mata wang singapore dollar dan ringgit habis lenyap yang saya anggarkan melebihi RM1000, saya dilepaskan keluar bilik. Saya report pada polis, tetapi polis pun tak leh buat apa2, maybe mereka sangka saya juga yang gatal ikut masuk ke bilik tersebut. Bila dua polis membawa saya pergi ketempat kejadian seorang bapa ayam lain ada disitu, bila diceritakan segalanya, dia kata ia tak tahu... dan dia kembalikan kepada saya hanya RM100 sahaja.

      Itu kejadian sebelum saya mendapat HIV may be sekitar 8 tahun yang lalu. Perasaan marah memang ada tetapi saya bersyukur kerana saya selamat dan tidak diapa2 kan dan saya anggap wang yang dirompak itu bukan rezeki saya. Mereka ini telah lama saya maafkan segala perbuatan mereka, cuma saya hanya berharap agar Allah akan membalas dg balasan setimpal kepada mereka. Bila fikirkan kembali terasa lebih selamat berjalan diceruk lorong di Pakistan daripada berjalan dikawasan orang ramai dinegara sendiri.

      Tidak lama kemudian saya ada baca kisah yang hampir sama berlaku ditempat yang sama yang terjadi kepada seorang yang lain, beliau telah menulis kisahnya dalam sebuah akhbar bercerita bagaimana dia dipaksa naik ke bilik pelacuran di Chow Kit dan bahayanya kawasan tersebut.

      Delete
    2. Azam Ali.......SAMBUNGAN,

      Saya tak pasti keadaan mangsa yang berumur 20 tahun seperti berita diatas itu, adakah dia telah dipaksa ditarik dengan keras sehingga ke bilik. Bagaimana keadaan dia ketika diugut sehingga terpaksa melakukan oral sex kepada lelaki tersebut. Wallahuallam.

      Saya hanya berdoa sekiranya remaja 20 tahun itu dijalan yang benar, yang mana dia dipaksa diugut seperti sehingga menimbulkan trauma ketakutan seperti yang pernah saya alami dulu alhamdulillah dia telah mendapat pengadilan yang adil. Harapan saya maybe sama seperti mangsa tersebut, berasa amat marah dan sememangnya mengharapkan dipelaku yang mengugut dan yang memaksa mendapat balasan yang setimpal. Yang lain kita serah pada Allah.

      Wallahuallam

      Delete
    3. najmi..

      dalam hal ini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan apa yg awk ceritakan boleh dijadikan hujah tetapi kebolehpercayaannya hmpir sama kecuali ada bukti2 yang kukuh dan sahih. kedua2 pihak perlu membuat pengakuan bagaimana seks oral yang terjadi antara mereka barulah ia lebih konkrit. namun, apa yg terjadi kebenaran seringkali dianggap jenayah dan begitulah sebaliknya.

      Delete
    4. AzamAli,

      Entah, saya pun susah nak cakap... ada setengah boleh menjadikan kes seperti ini sebagai bahan ugutan. Sama ada benar atau salah terpulang pada Allah dalam menentukannya.

      Sekiranya remaja 20 tahun itu menipu saya pasti Allah akan membalas perbuatannya. Bagi lelaki tersebut oleh kerana dia pernah ada kes sebelum ini, dia semamengnya tak boleh lari dari terus disabitkan dengan kesalahan perilaku perbuatannya. Bagi saya lelaki tersebut memang tidak bernasib baik, memang sudah ditakdirkan dirinya dipenjara dan disebat hanya kerana memaksa seseorang melakukan oral.

      Sedangkan diluar sana melakukan perbuatan ini sudah menjadi suatu kebiasaan dikalangan songsang tidak kira umur tua atau muda dan berlaku setiap masa dimana sahaja. Boleh berlaku dalam hotel, dlm tandas awam atau ditangga shopping komplek malah di kawasan sunyi ditepi tasik dalam keadaan suka sama suka. Kalau mereka semua disabit kan kesalahan boleh penuh penjara di Malaysia ni dengan mereka semua hehehe.

      Wallahuallam

      Delete
    5. Najmi ;

      apa email awk? sy ada send sesuatu kat sana. ke awk dah ada email baru?

      sy pun pernah ada pengalaman pahit sebelum ni tp ia tak sampai tahap sy jd mangsa seks. peristiwa tu berlaku ketika sy berada di semenanjung, kuala terengganu.. masa tu sy ni jenis yg suka berjalan kaki ke bandar kuala terengganu pada petang khamis sehingga ke malamnya sy bermala di mana2 masjid. keesokan harinya, sy teruskan perjalanan ke bandar mengikuti jambatan sultan mahmud. hu hu hu kalaulah jambatan tu boleh jadi saksi, ternyata ia pasti mengiyakan cerita ini.

      sebelum sy sampai di jambatan tu kebetulan ada ssorang mat rempit menaiki motor. masa tu dah hmpir pukul 7 lebih. dia tiba2 berhenti dan mempelawa sy naik motornya. katanya nak ke bandar jugak. sy pun tanpa ragu terus naik. mula2 ok tp bila dah sampai bandar sy dapat rasa kelainan pd tingkah laku lelaki itu. dia menyuruh sy meraba kemaluannya. sy enggan tetapi dengan selamba dia ambil tangan sy dan letakkan pada kemaluannya. aku mula berasa sangat takut dan tidak dapat berbuat apa2 sebab motor ditunggang agak laju. tak cukup dengan itu, dia menyuruh aku memeluknya dan dia mula mengeluarkan suara2 mengghairahkan..

      aku hanya mampu berdoa sambil meminta agar aku diturunkan. syukurlah dia berhenti dan aku dapat turun. aku terus berlari supaya dia tak dapat menemui aku lagi. itulah pengalaman yang sangat menakutkan.

      Delete
    6. pernah juga kejadian yang sama menimpa sy ketika sy di kota bharu. ia kejadian yg menimpaku di kuala terengganu membuatkan sy lebih hati2. sy bgtau keluarga di sabah. mereka sgt risaukan keadaan sy yang tidak punya siapa2 di perantauan.

      selepas sy melarikan ddiri dari lelaki itu, sy meneruskan perjalanan ke marang utk mendengar kuliah tok guru hadi awang. setiap hari jumaat di situlah sy melepak. selain nak dengar kuliah sy juga nak beli makanan sebab harga makanan di sana masa tu murah sesuai la dengan bajetku yang agak terhad sebagai student masa tu. klau kat kolej mmg mahal gilerrr...

      masa kat sana, sy terjumpa dengan 3 orang rakan dari sabah yg kebetulan dtg utk dgr ceramah tok guru hadi awg. masa tu sempat bertukar alamat dan no telefon. sy dpt tau meka bertiga sdg belajar di sekolah pondok madrasah diniah bakriah pasir tumbuh kelantan. hati sy masa tu melonjak kegembiraan sebab sy mmg dah lama utk dtg ke sana. mmg sblm sy berangkat ke semenanjung, masa di sabah lg, sy berazam klu cuti2 semester, sy nak belajar di mana2 sekolah pondok yang ada di sekitar kelantan dan terengganu.

      dengan 3 org kwn tu,sy buat temujanji berdasarkan tarikh cuti semester yg sudah dekat. dorang setuju utk menjemput sy di stesen bas kota bharu. mungkin sebab masalah komunikasi sy sampai di bendar kota bharu betul2 waktu maghrib. turun je dari bas, tiada sorang pun yg sy kenal di sana. rasa takut mmg tak boleh nak nafikan tp sy beranikan diri. sy terus menuju kemasjid berdekatan pasar besar siti khadijah

      Delete
    7. rasa lapas tuhan je yg tahu tapi aku solat maghrib dulu. lepas tu aku keluar dari masjid dan membeli makanan. harga mmg murah dan sedap. masi lagi sy teringat masa tu sy beli nasi beriani yg warna biru tu dengan lauk ikan goreng, lepas tu ada mcm kerisik yang di sumbat dalam lada warna hijau. sy suka makanan tu. sy tidak berani jalan jauh dari kawasan masjid sebab sy tidak biasa dengan kota bharu lagipun pertama kali.sy takut sesat.

      sy tetap menunggu kawan yg janji mengambil sy dekat stessen bas tp meka tidak juga datang sehingga masuk waktu isyak. selepas solat, sy hanya duduk dalam masjid tu. masjid tu kecil je dan sy ingat lokasinya di belakang pasar besar siti khadijah. kalau mau solat kena naik tangga. sy tak perasan nama masjid tu.

      lepas selasai isyak semua jemaah keluar dari masjid hanya tinggal sy saja. tiba2 sorang lelaki tua kelihatan marah2 dan menyuruh sy keluar dari masjid tu. mungkin disangkanya sy nak tidur di dalam. lalu sy pun keluar dan terpaksa duduk di bawah. mungkin lokasi masjid tu terlalu dekat dengan pasar besar siti khadijah, bau yang kurang menyenangkan dpt sy hidu. tahan2 jak la

      Delete
    8. sehingga pukul 10 malam kwn yg sy harap2 dtg mengambil tidak juga dtg. mau tak mau sy terpaksa bermalam di situ. nak masuk dlm masjid suda kena kunci. tak lama kemudian pakcik yg tadi marah2 dtg lagi, dia suruh sy jangan naik ke kawasan masjid. jadi sy terpaksa beralih ke kawasan lapang yang hanya dilapik dengan papan lapis tebal tp ia masih berada di kawasan masjid namun ia berbumbung. di bawah papan lapis tu ada pulak air2 kotor yang mengalir dari pasar. nyamuk ya allah cukup buat sy rasa terseksa.sy cuma tahan ja.

      sy sempat menangis teringatkan keluarga. masa tu sy fikir kalaulah sy ni seekor burung. masa terus berjalan sehingga smpi pukul 11..kwn2 masih jgk tak datang..kedai2 sudah mula tutup. org2 yg berniaga di warung2 kbnykn suda mula pulang. keadaan bandar KB semakin lengang. sy buat keputusan bermalam saja di situ.

      jam 12 lbh, tiba2 dtg seorang lelaki umurnya dlm lingkungan 20-an.dia menegur sy. dlm hati sy bkata,ada juga org yg ssudi bwa sy bercakap2 ya di tpt yg asing bg sy ni. mula2 dia tanya sy tunggu siapa. sy bgtau dia yg sy tunggu kawan bila2 masa dtg ambil sy. dari cara dia bercakap sy mula rasa takut. dia kata dia tinggal di kawasan yang dekat ja dari masjid tu. kebetulan kawannya balik kampung dan dia hanya tinggal sorang2 takda kawan. dia ajak sy bermalam di tptnya sbb katanya kwn sy tu tidak akan datang. mungkin esok kali.

      sy menlok pelawaannya dengan sopan. ntah berapa kali dia memujuk sy masa tu. sy dapat rasakan niatnya tidak bagus. mungkin dia dah jemu, dia terus hilangkan diri. sy pun lega. sy baring2 smbil menepis nyamuk yang terlalu banyak hinggap di lengan sy. sy tak sedar tertidur tp hanya tidur2 ayam saja.

      tepat jam 3 pagi, sy perasan ada 2 orang lelaki yg memakai serban putih berjalan ke arah masjid seolah2 mencari seseorang. sy cuba tengok betul2 dlm kegelapan malam dan ternyata itulah kwn yg ingin mengambilku..sy rasa lega...syukur sgt2..mujur sy tidak termakan pujukan lelaki yang mula2 mngajak ke rumahnya kalau tidak sy tak tahu apa yg akan terjadi pada sy

      Delete
    9. Azam Ali,

      Email saya memang yang tu.... najmi620@gmail.com
      Saya dah baca email awak tu...

      Ya, kisah awak diatas ni menarik juga, beraninya tido dimasjid sorang-sorang. Moralnya dari kisah awak diatas tu ialah jangan terlampau percaya pada seseorang yang kita tak kenali, orang yang baru kita kenal.

      Kalau Azam travel di merata dunia contohnya, lagi lah jangan percaya kepada orang tempatan kerana kita tidak tahu niat mereka, saya dengar ada kes mencuri buah pinggang dinegara China dan beberapa negara lain,

      http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2012/02/46-adoibuah-pinggang-aku-di-curi.html

      Apa pun alhamdulillah mat rempit tu tak mengapa-apa kan awak, mana tahu kalau nasib tak baik dibawanya awak ke "geng" nya dan dirompaknya awak tu, nanti tinggal seluar dalam aje hehehe.

      Alhamdulillah semuanya selamat, awak selamat saya pun selamat semasa (di chow kit tu... ) kalau tak selamat memang tak kenal lah kita melalui alam maya ni... :)

      Delete
  4. Nurunn a'lan nur25:24
    .....pengalaman hitam dipudu raya
    telah membuatkan sy sgt trauma sehimgga skrg..
    ..sy tak berdaya..dan akhirnya menjadi 'mangsa'
    dikawasan itu juga.......namun syukur pd Allah sy
    tidak dibunuh disitu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurunn a'lan nur25:24,

      Ya...apa pun yang terjadi tentu ada hikmah disebaliknya. Pudu raya suatu ketika dulu antara tempat yang agak bahaya seperti peragut yang meragut dan sebagainya. Mudah-mudahan awak Nurunn akan tabah dan diberi kekuatan olehNya dalam menempuh hari mendatang dan mudah-mudahan trauma akibat kejadian yang awak alami semakin bekurangan... insyaallah..

      Delete
    2. Nurunn a'lan nur25:24
      InsyaAllah..hanya Allah shj yg Maha
      Mengetahui hikmah disebalik peristiwa hitam ini..
      Doakan saya ye..

      Delete
  5. najmi ;

    cerita sy tu mcm kurang lagi 1 post. sy send 3 post smlm yg kuar cuma 2 je....

    ReplyDelete
  6. yg tak keluar tu masa sy kena halau dari masjid lepas solat isyak oleh pakcik tua yg menjaga masjid kat dalam tu. sy pun tak faham loghat kelantannya tp sy lihat dia memang suruh sy supaya jgn tidur dalam masjid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AzamAli,

      Rasanya post komen awak ada kat atas tukan...."tak lama kemudian pakcik yg tadi marah2 dtg lagi, dia suruh sy jangan naik ke kawasan masjid."

      betul tak ada atas tu... :)

      Delete
    2. najmi;

      ya betul baru sy perasan sbb pagi td line internet kat tpt sy tak berapa bgs...

      Delete
  7. Salam najmi, kdg2 kita jadi speechless bila membaca cerita2 sebegini !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma Angsana,

      Ini antara secebis kisah yang tersebar... ada banyak lagi kisah lain, dan sekiranya Kasuma Angsana baca dan tahu hal sebenar, maybe Kesuma Angsana... akan "fengsan" hehehe...

      Delete
  8. Im totally speechless...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tchr Shda,

      Itu baru sikit yang di kisahkan......dah tentu ada banyak lagi yang terus menjadi rahsia...

      Delete
  9. Hidup kat luar macam2 kisahnya. Pelbagai kisah, dan setiap jiwa juga punya kisah. Belum lagi bab anak2 yang didera secara seksual dan sebagainya...bila dewasa adakah kisah silam membentuk mereka, atau kisah silam itu mereka maafkan..? hanya allah yang maha mengetahui.

    ReplyDelete
  10. Salam Najmi, saya tak tahu lah saya membantu saudara atau tidak, hari ni saya ada terbaca Mastika Ogos berkenaan tumbuhan berbentuk rerama warna hijau, dikatakan boleh mengubat penyakit kanser dan memulihkan antibodi pesakit HIV tetapi usaha penanam pokok tersebut tidak disokong mana-mana pihak. Jika saudara Najmi ingin membacanya, carilah Mastika Ogos,pemilik pokok tersebut Khamarul 017-4166396

    ReplyDelete
  11. Salam Najmi, saya tak tahu lah saya membantu saudara atau tidak, hari ni saya ada terbaca Mastika Ogos berkenaan tumbuhan berbentuk rerama warna hijau, dikatakan boleh mengubat penyakit kanser dan memulihkan antibodi pesakit HIV tetapi usaha penanam pokok tersebut tidak disokong mana-mana pihak. Jika saudara Najmi ingin membacanya, carilah Mastika Ogos,pemilik pokok tersebut Khamarul 017-4166396

    ReplyDelete
  12. alamak mana la komen sy hilang pulak penat taip

    ReplyDelete
  13. DarkAngel a.k.a MalaikatGelap,

    Semua manusia ada sejarah hitam atau manisnya masing2, saya setuju kisah silam seseorang sedikit sebanyak membetuk keperibadian seseorang bila mereka dewasa. Terpulang pada diri masing2 sama ada mahu memaafkan kisah silam yang terpaksa mereka lalui itu atau tidak...semua hamba Allah perlu melalui dugaan dalam hidup tidak kira semasa kecil mahu pun ketika dewasa atau semasa tua...





    walnut,

    Okey saya dah baca komen awak, insyaallah saya akan beli Mastika bulan Ogas nanti.... Terima Kasih.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walnut,

      Mastika bulan Ogos saya cari tak da jumpa... skrg dah keluar bulan Oktober dah... insyaallah kalau senang saya cari lagi... :)

      Delete
  14. Najmi boleh cari pinjam di perpustakaan atau kedai buku mamak selalu ada buku bulan2 lepas. saya pinjam buku perpustakaan, kalau nak sy scan, sy hantar melalui email, ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walnut,

      Insyaallah nanti saya cuba cari dulu dikedai - kedai buku kalau tak da baru saya cari di perpustakaan... Tapi kalau awak nak scan dan send pada saya melalui email...pun lagi baik, nanti biar saya tengok dulu cam na.... Send ya...

      Thanks walnut..... :)

      Delete
  15. ok saya scan hari ni. petang/malam insyaallah saya sent melalui email ats tu. sya pon tak penah lihat daun seperti rerama tu wlu rajin camping dlu, dunia ni kan mcm2 ajaibnye, kdg2 ubat di beri bunian pd org yg terpilih pon ada.

    ReplyDelete
  16. Fuh glerrr....nsib la ni sy jntn hbis..klau muka jmbu dh lma kna lwat..snpn la jgut bru nmpk jntn brooo

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST