Saturday, 8 September 2012

HARIS - PENGAKUAN "EGO" SEORANG GAY

Dia berbangga dengan apa yang dimiliki. Katanya tidak menyusahkan sesiapa. Mereka hidup senang dengan usaha sendiri. Up-to-date dalam berfesyen. Juga tidak mengabaikan ibadat. 

Kalau benar, mengapa tidak terlintas untuk melawan kehendak nafsu songsangnya? Tidakkah sedar bahawa rezeki itu dari Allah dan Dia juga bisa memusnahkannya. 

Apa pendapat anda selepas membaca berita ini? Adakah anda bersetuju dengan apa dikatakannya? 

Isu LGBT : “Kami golongan professional”


Haris
Selesa dengan kehidupan gay?

“Apa tidaknya kerana kami bukan menganggu kehidupan orang lain,” luah seorang jejaka gay bernama Haris Aznor (bukan nama sebenar)

Menurut Haris kebanyakan lelaki gay cermerlang dan professional dalam dunia pekerjaan kerana tidak pernah mengabaikan kejayaan dalam hidup serta sentiasa berdikari.

Katanya, ada rakan-rakannya menjadi doktor, akauntan dan jututera. Tidak hairanlah dia sendiri merupakan Eksekutif Kanan Perhubungan Awam disebuah syarikat terkemuka negara ini.

“Kami memiliki semuanya seperti kerjaya, wang, tempat tinggal, makan pakai semua cukup malah mewah tanpa bantuan sesiapa. Kami sentiasa tampil menarik dan mengikut fesyen, malah tidak mungkin sesekali berimej picisan,” ujur Haris yang baru mencecah usia 26 tahun.

Menurutnya, kehidupan seseorang gay tidak menyebabkan kesusahan kepada orang lain kerana mereka mengatur hidup dengan baik sehingga tidak ada cacat cela, kecuali perasaan meminati serta sayang sesame jenis.

“Cemuhan demi cemuhan kami anggap biasa kerana kehidupan sesetengah yang mencemuh itu lebih teruk dan punah. Malah apabila dicemuh, ego kami makin tercabar,” ujur Haris.

Malah katanya, mereka juga tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap agama.

Namun menjadi gay adalah kelemahan terbesar mereka dan sentiasa berusaha untuk berubah apabila keinsafan tiba kelak. Mereka juga sedar dan faham hubungan homoseksual adalah haram didalam Islam.

Haris bercerita, dia terjebak dalam dunia gay selepas peristiwa hitam dicabul oleh jurulatih renang ketika berusia 10 tahun.

“Sehingga semasa menyambung pelajaran di universiti pun, saya sudah hilang minat terhadapa kaum wanita walaupun pernah mempunyai teman wanita semasa zaman sekolah,” katanya.

Menyentuh isu LGBT, Haris berkata, kumpulan gay paling teruk dicemuh kerana masyarakat bersikap berat sebelah berbanding LGBT lain.

“Masyarakat anggap gay lebih jijik berbanding kumpulan lain terutama lesbian. Kumpulan bisekual dan transekual juga dipandang tidak sesinis gay. Ini tidak adil. Jika hendak dibendung, bending seluruh kumpulan LGBT,” akhiri Haris

Sumber : Disini


Syukur kerana saya dikurniakan HIV, kerana sekiranya pada hari ini saya masih sihat berkemungkinan luahan hati saya sama seperti Haris. Saya percaya luahan hati Haris mewakili sebahagian besar golongan ini diluar sana.

Syukur kerana saya dikurniakan HIV, tanpa HIV kemungkinan saya sudah lama tiada didunia ini akibat pengambilan melampau ubatan lain yang dilarang. Ini saya pasti.

Syukur kerana saya dikurniakan HIV, kerana HIV lah yang telah mengerakkan keinginan yang berkobar-kobar untuk ke rumah Allah nun jauh disana kerana sebelum ini tidak ada langsung rasa keinginan untuk menjejaki kaki kesana.

Syukur kerana saya dikurniakan HIV, sehingga terlintas disanubari hati ini agar usah tercipta ubatan pembunuh virus ini, kerana bimbang diri ini mudah kembali berdampingan dengan kemungkaran.

Syukur kerana saya dikurniakan HIV, sudah hampir 6 tahun hidup sebagai PLHIV tanpa ada sedikit pun rasa kesal kerana dikurniakan HIV, malahan saya semakin bersyukur kerana berdampingan dengannya.

Syukur kerana saya dikurniakan HIV, kerana HIV lah menyebabkan kehidupan saya semakin hari semakin baik walaupun masih belum lengkap dan sempurna sepenuhnya, saya tetap bersyukur.

Demi Allah saya bersyukur kerana dikurniakan HIV, mudah-mudahan selamat saya di dunia dan diakhirat.

 

9 comments:

  1. Nurunn a'lan nur25:24
    Amin..Ya Allah..:-)

    ReplyDelete
  2. Semuga najmi mendpt berkat dan perlindumgan ALLAH sentiasa.. Amin.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. syukur kerana hiv itu datang dengan hidayah kepada sesetengah plhiv, bagi saya, virus hiv hanya sekadar peringatan, ada yang ambil endah, ada yang tidak. ada yang telah menjadi plhiv tetapi masih menjalani hidup songsang, apa yg paling ditakuti, telah terjadi, jadi..apa lagi halangan yang ada? hidup sebagai plhiv tidak tidak membawa apa2 beza, selain ambilan ubatan, dengan orang nonplhiv, tepuk dada, tanya selera.

    ReplyDelete
  5. Anonymous,
    :)

    Mak Wardah,
    Mudah-mudahan :)

    Acik Tanpa Nama,
    Syukur alhamdulillah, lain orang lain cara penerimaan mereka ketika diduga. Bagi diri saya mudah-mudahan akan selamat dunia akhirat :)

    DarkAngel a.k.a MalaikatGelap,
    Hidayah Allah datang dalam bentuk yang berbeda pada semua orang kan, yang penting diri kita kena perlu fikir positif :)

    ReplyDelete
  6. pokok2 pangkalnyer sebagai seorng muslim kita kena berbalik kpd ajaran & hukum islam, moga ada hidayah utk beliau ye!

    ReplyDelete
  7. Kesuma Angsana,

    Mudah2an insyaallah ada hidayah buat dia :)

    ReplyDelete
  8. alhamdulilah.. sama lah dgn sy.. sy bersyukur d kurnia kn hiv.. skrunk saya sudah meningal kn kisah silam... lebih dekat yg Maha pencipta.. dan sy besyukur isteri sy menerima sy seadanya dan dia banyak memberi sokongan kepada sy..

    ReplyDelete
  9. Anonymous

    Alhamdulillah mudah2an kehidupan anonymous sekeluarga diberkati Allah dan dirahmati, alhamdulillah kerana mendapat isteri yang menyokong.... :)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST