Monday, 3 September 2012

ALIF - KISAH PERTAMA SAUDARA SEPUPU SAYA


Saya teringin hendak bercerita berkenaan "dua cerita" berkaitan secebis kisah tentang sepupu saya, so dalam entry kali ini saya bercerita kisah pertama dari dua kisah yang akan saya paparkan, mudah-mudahan ada ikhtibar disebalik kejadian.

photo hiasan

Ketika sedang berhari raya dirumah Mak Tam di Batu Cave pada hari raya ke lima yang lalu, saya sempat membelek sebuah album lama dan ternampak sekeping photo wajah dua orang sepupu lelaki saya sewaktu kecil segak berbaju melayu berdiri disamping dua orang kakak saya. Saya pasti photo itu diambil ketika majlis khatam Al Quran mata saya tertumpu pada wajah comel budak lelaki yang berdiri paling kiri sedang tersenyum manis sambil melentukkan kepala. Ya dia adalah sepupu lelaki saya yang bernama Alif (bukan nama sebenar).

Segala kisah berlaku sekitar lebih 20 tahun yang lalu dan saya ceritakan hanya mengikut apa yang saya ingat sahaja. Umur Alif hanya beberapa tahun lebih tua dari saya. Dia adalah sepupu lelaki dan anak kepada abang emak saya. Berkulit cerah dan wajah bukan lagi seperti orang cina tetapi pada pandangan mata saya sudah seperti wajah seorang lelaki Jepun. Tinggi lampai kurus orangnya.

Alif seorang yang bijak, oleh kerana mempunyai otak yang geliga dia telah ditawarkan kesebuah sekolah berasrama penuh diutara tanah air. Oleh kerana bapanya hanya mempunyai seorang sahaja anak lelaki dari dua beradik, maka Alif tidak dibenarkan menyambung persekolahan disekolah berasrama berkenaan. Sebaliknya Alif dimasukkan kesebuah sekolah di pusat bandar tempat kami tinggal iaitu Anderson School yang terletak berhadapan dengan Hospital Besar.

Keluarga saya dan keluarga Alif tinggal disebuah rumah berkembar disebuah kawasan perkampungan cina, terletak bersempadan dengan sebuah perkampungan melayu. Deretan jiran tetangga kami majoritinya adalah berbangsa cina dan beberapa keluarga india, hanya kami sahaja keluarga melayu dikawasan tersebut.

Rumah kami adalah rumah berkembar hanya berdindingkan papan “plywood”. Palang kayu disiling rumah sering menjadi laluan “cek siti” (tikus) dan rumah hanya beratapkan zink. Saya membesar dirumah ini selama hampir 25 tahun. 


Menariknya terdapat beberapa lubang kecil di dinding plywood didalam rumah dan terdapat satu lubang jika diintai akan terus menghala ke bilik Alif. Ya ketika usia saya mula melangkah kealam remaja, kerap juga saya “skodeng” melalui lubang kecil itu melihat Alif dibilik. Melihat ia duduk membaca dimeja tulis atau tidur dan kadang-kadang dapat melihat kelibat Alif berbogel ketika menukar pakaian sekiranya pintu biliknya tidak ditutup.

Telinga saya yang tinggal disebelah rumah memang sensetif dan mudah mengesan serta tahu bila Alif sudah pulang ke rumah. Skodeng memang selalu saya lakukan. Ahhh… saya tidak pasti sejak bila saya sudah mula gemar melihat lelaki berbogel, naluri perasaan yang bukan dibuat-buat tetapi hadir tanpa disedari. Sejak bila? saya sendiri tidak pasti, demi Allah bukan sesuatu yang saya inginkan.

Jika zaman sekarang kalau hendak skodeng pergi sahaja dibeberapa tandas awam seperti di beberapa pusat membeli belah pasti terdapat satu atau dua “glory hole” didinding tandas yang boleh kita skodeng melihat orang disebelah tandas.

Berbalik kepada kisah Alif;
Anderson School photo dari ipohtalk.com

Dia bersekolah disebuah sekolah yang bagi diri saya merupakan sebuah sekolah yang agak mencabar pengaruh persekitarannya. Bapanya enggan menghantar Alif kesekolah menengah biasa dan sanggup menghantar anaknya kesekolah yang terletak lebih jauh dibandar daripada sekolah menengah kebangsaan yang terletak lebih hampir dengan rumah.

Akibat pengaruh rakan disekolah, Alif mudah terjebak dengan genjala dadah. Perubahan tingkah laku Alif berubah sedikit demi sedikit, sehinggalah keterlanjuran Alif dengan genjala dadah diketahui ibubapanya. Saya mendapat tahu dia mula berjinak-jinak belajar mencuba untuk merokok kemudian beralih kepada ganja dan kemudian bertukar kepada segala jenis dadah yang lebih dahsyat kesan akibatnya. 

Siapa sangka seorang remaja yang baik sebelum ini semakin hari semakin kurang bergaul dengan dengan kami sekeluarga jiran disebelah rumah, mudah kata dia hanya membawa haluan sendiri. Kami adik beradik jiran sebelah sudah jarang ditegur sapa lagi. Alif hanya membawa diri dan lebih senang menyendiri. Dia kerap pulang lewat kerumah dan menghabiskan masa entah dimana.

Rumah kami sebelah menyebelah, jika orang disebelah rumah "kentut" pasti kami disebelah sini juga dapat mendengarnya. Inikan pula jerit pekik, sumpah seranah ibu Alif yang marah kerana tingkah laku anak lelaki mereka itu. Walaupun bapa Alif lebih banyak berdiam tetapi sesekali sekala kemarahan memang tidak dapat ditahan. Geran tanah seluas padang bola sepak yang terletak di pusat bandar peninggalan arwah Tok yang disimpan bapa Alif terpaksa diserahkan kepada emak saya untuk disimpan. 

Menjual barangan berharga dirumah dan mengambil duit ibubapa sudah menjadi kebiasaan buat Alif, pekara ini sememang disedari oleh kedua ibubapanya, walau disorok dicelah mana sekali pun, disebalik tilam atau tikar getah pasti Alif dapat mencari mengambil untuk keperluan membeli bekalan ganja dan dadah. Kerap juga saya mendengar tangisan ibunya disebalik dinding yang ada ketika sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi.


Pernah saya ternampak Alif menghisap rokok (kemungkinan ganja kut) semasa saya skodeng melalui lubang didinding. Kadang-kadang tandas “curah” yang terletak diluar belakang rumah yang mana kami dua keluarga berkongsi itu berbau kuat, bau yang saya pasti bukan bau dari asap rokok biasa, setiap kali selepas Alif keluar mengunakan tandas.

Memang ada usaha membawa Alif berubat dan sudah banyak tempat dibawa sehingga pernah dibawa ke pusat pemulihan dadah yang dikelolakan oleh kaum cina. Sehingga pernah ada sebuah artikel tentang Alif yang sedang berubat di tempat tersebut keluar dalam sebuah majalah berbahasa cina. Tetapi tingkah laku dan perangai Alif yang bertuhankan najis dadah sememangnya sukar untuk diubati.

Selama hampir 5 tahun saya bekerja di sebuah Advertising Company sebagai pereka grafik berhampiran ibukota Kuala Lumpur selama itulah saya semakin tidak kerap mendengar cerita tentang Alif lagi, jika dengar pun hanya melalui emak apabila saya pulang bercuti di kampong, itu pun saya tidak ambil kisah sangat.

Sehinggalah pada suatu hari saya mendapat berita memeranjatkan bahawa Alif sudah sudah kembali ke rahmatullah. Dalam usia sekitar hampir 30 tahun ketika itu. Sepanjang hampir 6 tahun saya sudah tidak mengambil tahu hal berkaitan Alif di kampong tiba-tiba sahaja mendapat tahu dia sudah pun meninggal dunia. 

Seperti yang diceritakkan oleh emak pada saya; Alif dibawa ke hospital selepas keadaan Alif semakin teruk ketika terlantar dirumah, sehingga alas tidurnya bergelumang dengan najisnya sendiri. Sepanjang Alif dihospital keadaannya semakin pulih, sehingga sehari sebelum Alif meninggal dunia, dia ada berpesan kepada ibunya tentang hasrat keinginannya untuk menikmati makanan laksa.

"Mak, jalan baik-baik" pesannya ketika ibunya hendak melangkah meninggalkan hospital sehari sebelum Alif pergi. 

Seperti kata ibunya keadaan Alif semakin baik pada hari itu dan semakin ceria tetapi Allah lebih menyayangi Aliff, keesokan harinya tanpa disangka-sangka Alif menyahut panggilan dari Nya.

Saya tidak pasti bagaimana pengalaman yang dihadapi oleh kedua ibubapa serta adik perempuannya beberapa tahun sebelum Alif pergi. Adakah semakin teruk jerit pekik didalam rumah. Luahan kemarahan seorang ibu serta teguran marah seorang bapa kepada seorang anak dan jeritan seorang adik perempuan yang tidak tahan dengan tingkah laku seorang abang. Saya sendiri tidak pasti bila masa Alif mula menjadi lemah dan terlantar tidak bermaya didalam rumah.

Wallahuallam, tidak pula saya pernah bertanya tentang pekara ini kepada adik beradik saya yang lain dirumah ataupun mahu bertanya tentangnya dari emak.


Saya kembali ke kampong pada hari berita diterima, tidak berkesempatan menatap wajah terakhirnya tetapi masih berkesempatan mengikut jenazah sehingga selamat dikebumikan. 

Ada pengalaman menarik yang saya alami sewaktu ketika berada di kawasan perkuburan ketika itu. Cuaca agak panas dan matahari berdiri tegak diatas kepala. Setelah jenazah Alif selamat dikebumikan dan ketika bacaan taklin sedang dibacakan, ketika itulah saya dapat melihat jelas bentuk awan yang menyerupai kalimah Allah betul-betul dibawah matahari dan sempat saya "menguit" seorang sepupu disebelah saya ketika itu dan menunjukkan kalimah Allah tersebut kepadanya.

Pada firasat saya walaupun Alif mungkin telah melakukan dosa kesalahan kepada kedua ibubapanya sebelum itu, arwah bernasib baik kerana dijemput Allah terlebih dahulu, ini bermakna dosa arwah tentu sudah diampunkan oleh kedua ibubapanya dan telah dimaafkan akan silap perbuatan oleh adik perempuannya serta saudara mara dan rakan taulan yang lain.

Alif meninggal dunia di Hospital Besar dan apa yang saya tahu seperti yang saya dengar kematian adalah kerana “kuman sudah sampai ke otak”.

Al Fatihah Alif.

photo hiasan dari noormalashahar.blogspot.com
Sudah hampir 20 tahun Alif meninggal dunia, pada hari ini saya terkenangkan kembali kata-kata “kuman sudah sampai ke otak”. Ayat ini juga pernah saya dengar ketika hendak memulakan rawatan HAART akibat CD4 saya yang rendah kira-kira 3 tahun yang lalu semasa saya berada didalam bilik doktor di Hospital Besar disini. 

Seorang doktor menunjuk saya kearah seorang PLHIV cina yang kelihatan sangat kurus tidak berbaju dan kelihatan kulit badan yang sangat kering, amat payah berjalan dan terpaksa dipapah ketika hendak keluar dari bilik doktor tersebut. Pada ketika saya sedang duduk didalam bilik yang sama kerana masih tidak pasti sama ada mahu memulakan rawatan HAART atau tidak ketika itu (walaupun ketika itu CD4 saya hanya 12 tetapi saya masih serba salah hendak memulakan atau tidak). Doktor yang merawat berkata pada saya lebih kurang begini maksudnya, 

“Kalau lambat mulakan HAART awak hendak jadi macam dia tu (cina yang lemah itu) kuman sudah sampai ke otak

Hari ini saya melayan fikiran dan bertanya pada diri sendiri adakah Alif juga HIV positif dan meninggal dunia kerana kesan akibat AIDS? Yang pasti jenazah masih dibawa pulang untuk dimandi dan dikafankan dirumah. Mungkin bukan kerana AIDS, saya hanya melayan fikiran apabila memikirkan kata-kata "kuman sudah sampai ke otak"

Sekiranya Alif masih bernyawa pada hari ini dan tidak tergelincir akibat peyalahgunaan dadah ketika dialam remaja dulu, saya pasti arwah sudah menjadi seorang yang berjaya dalam hidup dan pada hari ini, arwah pasti sudah pun mempunyai beberapa anak yang sudah besar panjang, anak-anak yang bijak, cantik dan kacak seperti wajah bapa mereka yang bernama Alif.


14 comments:

  1. Salam. Alfatihah untuk arwah...kuman masuk otak dari segi perubatan bermaksud tipisnya harapan untuk hidup...sayang, anak yang bijak hilang pedoman kerana najis dadah.

    ReplyDelete
  2. hidup ni kadang-kadang seperti poem "the road not taken". Tapi kadang2 kseilapan itu yang membentuk kita, tuhan dah takdirkan ujian mana untuk kita. Kadang-kadang kita tak tahu dan tak perlu tahu ttg hidup yang mungkin terjadi andai kita tak buat sesuatu kesilapan tu...jalan tu mungkin bukan hak kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insan Fakir,

      Terimakasih, saya rasa saya setuju dengan apa yang awak katakan tu :)

      Delete
  3. Naj Mi, I stumbled upon your blog by accident & I think its really great what you're doing. Keep up with this noble work of yours. You've touched many lives I'm very sure of this, like that boy MS. hmmm... that brought tears to my eyes. My condolence to you for your cousin's passing, I'm sure he is in a good place now. Do take good care of yourself & keep on writing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zack,

      Terima Kasih bannyak-banyak,insyaallah saya akan terus menulis :)

      Delete
  4. salam najmi, tq share sesuatu yg menarik untuk dijadikan iktibar. Apapun Alfatihah untuk arwah sepupu najmi, moga diampunkan segala dosa2 yg telah lalu ye !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma Angsana,

      Terima kasih...Alfatihah buat arwah.

      Delete
  5. alfatihah buat alif..kisah alif buat saya terkenang pd sesorang yg rapat dgn saya dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,

      Semoga terdapat pengajaran disebalik kisah ini dan ada pengajaran yang boleh dijadikan ikhtibar disebalik kisah(seseorang yang rapat) yang dialami irfa sendiri. Sekiranya insan rapat dg irfa telah pergi saya ucapkan Al Fatihah juga.

      Al Fatihah buat mereka berdua....

      Delete
  6. Petang tadi saya sempat bc kisah tentang Alif dlm N3 awak sekali lagi...tergerak nak bc sebab tetiba teringatkan dgn seorang anak jiran saya dulu yg telah dikenakan hukuman
    gantung kerana mengedar dadah...tapi bila beberapa kali dibicarakan tak ada bukti dia mengedar...dia tetap memberitahu mahkamah bhw dia telah dianiaya oleh seorang rakan yg sgt dipercayainya...beliau telah dijadikan sebagai keldai dadah...beliau ditangkap diairport..sebelum dibebaskan tanpa bukti.dia telah dipenjarakan selama 3 thn..kini alhamdulillah beliau telah dibebaskan...tetapi yg sedihnya Naj Mi ayahnya tidak sempat tahu yg anaknya akan dibebaskan kerana telah meninggal di MEKAH sebelum kes anaknya dibicarakan kali terakhir.....sedihnya.....

    Buat arwah Alif...moga ALLAH ampunkan dan tempatkan beliau diJannah..Amin..
    Al Fatihah utknya...

    syukran jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous syukran jazillan,

      Terainaya lah tu... apa pun alhamdulillah kerana dia tak sampai ketali gantung, ya dah nasib ayahnya tak berpeluang jumpa si anak, Al Fatihah buat Alif dan ayah anak jiran awak tu....

      Delete
  7. najmi,
    sy igt nanti kalau ada anak tak nak le hantar ke asrama..
    yela risau hal2 y diluar pemantauan kita kan..
    ni dok luar asrama pun mudah terpengaruh..
    risau sy mcm mne la 20thn akan dtg..

    ReplyDelete
  8. Taman Raudhah

    Saya tak tahu nak kata...hantar pun baik tak hantar pun baik. Yang penting anak2 yang dihantar tu kita hantar dlm keadaan yang ia cukup bersedia. Betul susah nak dipantau, saya tak nafikan bdk yang alim rajin bersolat pun boleh terpengaruh dg kawan, paling bimbang gejala songsang ni, apa pun awak kena fikirkan masak2...macam saya kata tadi hantar bagus tak hantar pun maybe baik...wallahuallam

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST