Wednesday, 12 September 2012

KHASIAT PERIA KATAK

Baru sebentar tadi saya meneguk segelas besar air rebusan peria katak. Peria antara "feveret" emak ketika makan dan dijadikan ulam. Sejak dulu sebaik sahaja disahkan positif HIV saya telah mengamalkan meminum air peria selain menelan bawang putih mentah yang telah di hancurkan dalam kuantiti yang banyak. 
Saya ada cerita berkenaan peria disini dan berkaitan bawang putih disini atau anda boleh terus klik dibawah label "panduan/petua" dalam blog ini.
Saya rajin juga membeli peria ini kemudian dihancur halus dan diminum air perahan peria yang tersangatlah pahitnya, kadang-kadang sampai terasa hendak muntah bila meneguk perahan air peria ini tetapi saya telan juga. 
Sekarang dah malas nak masukkan peria katak ini kedalam "blender". Saya hanya menumpang makan peria yang telah direbus jika emak membeli dan dibuat ulam. Yang pasti setiap kali direbus airnya pasti emak simpankan untuk saya. Rebusan air peria tidak lah sepahit peria yang dihancurkan tu.
Peria juga dikenali sebagai kambas. 
Nama saintifiknya ialah Momordica charantia. Peria merupakan sejenis tumbuhan memanjat. Daun, akar, batang dan juga buahnya direbus untuk mendapat air rebusan, yang mana air rebusan inilah yang dijadikan ubat. Ia merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden hari ini. Ia berasal dari Selatan China.
Peria juga dikenali sebagai "ku gua" telah lama digunakan sebagai salah satu herba dalam perubatan tradisional china. Air rebusan peria digunakan untuk merawat penyakit asthma dan haid yang terlewat. Selain itu, air rebusan peria juga dapat digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh, misalnya rasa panas radang.
Kini, penggunaan peria semakin meluas. Di Asia Tenggara, Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS. Biarpun setakat ini belum ada kajian saintifik sepenuhnya dijalankan bagi menguji keberkesanaan peria dalam menangani penyakit-penyakit tersebut. 
Terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa tumbuhan yang menjalar yang agak pahit rasanya itu boleh membantu menghentikan dan ada kalanya membalikkan penyakit tersebut daripada merebak.
Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Ujian darah untuk meguji jumlah kiraan sel imun adalah perkara paling asas untuk mengetahui perkembangan dan betapa seriusnya terhadap HIV dan AIDS. 
Dalam beberapa kajian yang dijalankan terhadap individu yang mana kiraan CD4 telah menurun ke paras yang berbahaya. Juga terdapat individu yang kiraan CD4 berada di tahap kritikal, didapati kiraan sel CD4 mereka meningkat semula setelah mengamalkan pengambilan peria dalam diet harian mereka untuk jangka masa tertentu.
Selain daripada meningkatkan sel imun, peria juga didapati berguna untuk merawat ataupun mampu mengurangkan penyakit-penyakit sampingan yang mempunyai kaitan dengan jangkitan HIV seperti arthritis dan "opportunistia infections", misalnya harpes kemaluan, tuberkolisis dan beberapa jenis penyakit kulit yang menyerang lantaran lemahnya sistem imunisasi tubuh. Bagaimanapun ada kala ianya digunakan mentah-mentah. 

Di Filipina contohnya, daun peria yang telah dilumatkan diletakkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir untuk merangsangkan sistem munisasi tubuhnya. Selain itu ia digunakan juga sebagai ubat pupuk untuk merawat gigitan serangga. 

Dalam perubatan China, air daripada perahan buah peria digunakan untuk merawat penyakit diabetes kerana ia boleh menurunkan paras gula di dalam darah.

Rujukan : http://www.thehealthierlife.co.uk/natural-health-articles/diabetes/bitter-melon-treat-diabetes-00700.html
Sumber : Disini 

20 comments:

  1. Salam. Najmi, sekarang saya amalkan makan bawang putih mentah, tiap2 hari hampir termuntah saya walaupun 4 bijim yang dihancurkan guna lesung batu, kalau peria kena buat campurab lain kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah,

      Hahaha, Alhamdulillah jangan sampai terbau bawang putih bila bercakap di office ya Mak Wardah. Kalau boleh campur sikit dg olive oil dg bawang putih tu baru telan lepas tu sulam dengan buah2an atau jus buah bagi mengurangkan bau yang menusuk tu, tetapi Mak Wardah makan dlm kuantiti yang sedikit rasanya tak jadi masaalah tetapi ianya juga bagus untuk badan.

      Buat pengetahuan Mak Wardah, kalau lelaki berusia 40 keatas seperti saya mungkin juga yang dah berumur 50 atau 60 tahun, bila menelan bawang putih waktu malam sebelum tidur pasti waktu pagi "alat" menjadi seperti remaja... hahaha.... ini memang gerenti akan berlaku...

      Kalau peria hanya buah peria sahaja di "blend" campur air sampai hancur dan ditapis ambil airnya aje. Kalau tak mampu cara ini kerana terlalu pahit, rebus aje buah peria ni dan minum airnya. Air rebusan peria boleh disimpan dlm peti sejuk dan boleh tahan sehari dua, buah yang direbus pun sedap dibuat ulam... :)

      Delete
    2. najmi..
      kalo dh sedia remaja cmne lak...hihiihi...
      kne suh cik abg try neh... ;)

      Delete
    3. Taman Raudhah

      Kalau dah sedia remaja...masih boleh amalkan untuk maintain keremajaan tu....:)

      Delete
  2. tq, me yr new reader, semoga sihat selalu ya..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. susumanis,

      Terima kasih susumanis... semanis photo diprofile awak tu...
      Di Agra tu seronok kan melihat kehebatan bangunan yang dibina oleh Shah Jahan kepada sang isteri Mumtaz Mahal, bertuah bila kita kesana bersama orang tersayang kisah melambangkan cinta sejati sepasang kekasih, sayang kerana saya sendirian menikmati keindahan Taj Mahal suatu ketika dulu.... :)

      Delete
  3. Tq berkongsi Najmi, KA pown minat peria katak ni sebab ada diabetes ! so jadi antara makanan feveret juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma Angsana,

      Ya bagus, emak saya pun ada kencing manis so ini antara amalan yang dia makan... cuma kadang2 bekalan peria di pasar kat sini tak ada... :)

      Delete
  4. romie kamil,

    Alhamdulillah tidak salah kalau kita mencuba, saya pun sekarang dah agak kurang amalkan peria ni, cuma hanya minum air rebusannya sahaja kalau mak rebuskannya....:(

    ReplyDelete
  5. Najmi..air rebusan peria cuma bertahan dua ke tiga hari je ke? Tapi, yg saya buat peria+epal. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sis Nawar,

      Ya bertahan dua tiga hari aje..simpan aje dalam peti sejuk...biasanya selepas mak abg rebus peria , airnya tu abg sejukkan dan minum, biasanya dalam sehari atau dua hari abg habiskan tak lah simpan lama2 sangat.. Campur dg epal? Menarik tu macam mana rasanya ya.....:)

      Delete
    2. Rasa dia insyaAllah better drpd peria katak tu je. Haha. Pahit! Tp, kawan saya simpan dah 3,4 hari. Nampak mcm masih oke. Mcm mana nk tahu kalau dia dah tak boleh minum ye najmi? :)

      Delete
    3. Sis Nawar

      Saya pun tak pasti nak tahu sama ada boleh minum ker atau tak, sebab saya biasanya saya minum selepas direbus atau sekurang2nya sehari lepas direbus (disimpan dlm peti sejuk)...

      Delete
  6. salam najmi...kalau peria katak 2 kite buat masakan xpew kn?khasiat peria 2 ada lg x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam fazliana,

      Ya buat masakan atau buat ulam..yang penting kena cuci bersih2 sebelum dimakan. Abg dulu siap buat jus lagi tapi sangat pahit...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST