Tuesday, 11 September 2012

KESAN "TING TONG" AKIBAT STOCRIN SUDAH TIADA

Semalam semasa hendak tidur sekitar pukul 2 pagi saya baru perasan kesan akibat menelan ubatan HAART jenis Stocrin sudah tidak saya alami lagi. Saya sendiri tidak perasan bila sebenarnya kesan "ting tong" akibat pengambilan Stocrin sudah lenyap.


Saya telah menelan ubatan baru iaitu; 

Tenvir-EM dan Stocrin serta Bectrim yang ditelan setiap 24 jam sekali mengantikan ubatan SLN30 dan Bectrim yang ditelan setiap 12 jam sekali. Tenvir-EM, Stocrin dan Bectrim saya mula menelan pada 26 July 2012 - klik disini  yang lalu iaitu selepas lima hari kita berpuasa dalam bulan Ramadhan yang lalu, dan pada hari ini sudah pun berlalu selama 48 hari sejak saya mula menelan Tenvir-EM, Stocrin dan Bectrim.

Tenvir-EM dikatakan boleh memberi kesan kepada buah pinggang seseorang, walau bagaimana pun kesan tersebut berlainan diantara seorang individu dengan seorang individu yang lain. Bagi diri saya untuk mengelakkan kesan yang lebih buruk, saya mengamalkan minum air kosong yang banyak pada setiap hari.

Stocrin dikatakan pula boleh memberi kesan "ting tong - klik disini", terasa terawang-awang dan blur dan terasa mudah sangat badan hendak tumbang. Maksud "ting tong" disini ialah ketidakupayaan mengawal tubuh badan kita, sekeliling terasa begerak dan untuk meredakannya hanya perlu baring walaupun masih terasa persekitaran berpusing tetapi ianya (baring) dapat meredakan keadaan. Tidur adalah jalan terbaik.

Alhamdulillah pada hari ini selepas lebih sebulan kesan "ting tong" sudah tidak saya alami lagi. Terasa rindu pulak kepada kesan "ting tong" itu. Selain daripada kesan "ting tong", Stocrin dikatakan boleh menyebabkan seseorang individu itu mengalami mimpi buruk atau mimpi yang menakutkan sehingga menyebabkan seseorang itu menjadi resah setiap kali hendak menelan Stocrin.

Bagi diri saya semenjak menelan Stocrin sehingga hari ini saya tidak pernah mengalami sebarang mimpi buruk, ngeri atau mimpi yang menakutkan. Tidak pernah saya alami walaupun sekali.


Saya mendapat cerita dari seorang pemuda, yang telah memulakan rawatan HAART. Dia menelan HAART jenis Combivir dan Stocrin. Kerana ketakutan menelan Stocrin yang membuatkan dirinya mengalami kesan yang teruk menyebabkan dia tidak lagi menelan ubatan HAART yang diberi oleh doktor dalam jangka masa berbulan.  Katanya;

"telah disahkan positive 2009. Haart memang dah buat. tetapi sebab side effect teruk dan saya kerje memang perlu badan yg sehat. saya telah stop selama beberapa hari sehingga terlupa buat Haart sampai 5 bulan!"  

sambungnya lagi;

"hurm... alhamdulillah saya masih sihat... btw, i dont wanna talk much but im more interested to know about SLN30. Sekarang i ambil combivir and stocrin. memang tak suka. last2 i met my fren yang kene hiv dan ambil SLN30. i dah tried amil sebiji. mmg takde kesan langsung! so i nak amil la SLN30. how?


Dia minta nasihat saya hendak menukar ubatan HAART dari Combivir dan Stocrin kepada SLN30. Jawab saya;

"Saya rasa combivir dan stocrin antara gabungan terbaik, tetapi terpulang penerimaan individu tersebut, ada yang boleh dan ada yang tak boleh menerima gabungan ini, walau bagaimana pun terpulang pada penerimaan tubuh kita dan sudah tentu doktor memainkan peranan penting dalam pemilihan ubatan yang sesuai untuk kita kan.

Saya sejak mula menelan HAART 3 tahun lalu saya telah diberi jenis SLN30 bersama Bactrim. Yang penting disini ialah SLN30. Masaalahnya disini dalam SLN30 terdapat ubatan yang diberi nama Stuvadine. Stuvadine ini jenis yang sudah dikurangkan pengunaannya dikebanyakan negara kerana ada kesan yang tidak baik, stuvadine boleh membuatkan wajah kita nampak tua, yang dipanggil Lipotrophy.

Lipotropy menghakis lemak dalam badan terutama di wajah (pipi) kita, so sebab itu wajah akan nampak cengkung tak berisi. Lipotrophy boleh membuatkan seseorang individu itu berasa rendah diri.

Adakah awak nak wajah awak cengkung?

Awak boleh refer tentang Liphotropy dalam blog saya. Kalau awak ada baca blog saya, sejak awal ramadhan lalu saya disaran oleh doktor menukar ubatan dari SLN30 dan Bectrim kepada Tenvier EM, Stocrin dan Bectrim. 

Kesan Stocrin boleh buat kepala kita khayal dan terhoyong hayang (boleh baca pengalaman saya dalam blog) tetapi selepas lebih sebulan kesan tersebut semakin kurang. Yang paling best gabungan ubatan baru yang saya makan sekarang itu hanya dimakan sekali dalam sehari, so saya makan disebelah malam sebelum tidur, jadi kesan akibat ubatan tersebut tidak beberapa dirasai kerana kita tidur.

Sekali lagi saya minta supaya awak kalau boleh jangan menukar kepada SLN30, saya ada mendengar SLN30 dibuat di Malaysia dan harganya murah, wallahuallam. Yang penting awak perlu tahu SLN30 sekarang sedang dikurangkan pengunaannya diseluruh dunia termasuk di Malaysia.

Kalau awak ambil Combivir dan Stocrin teruskan selagi ia tidak mendatangkan masaalah besar, kesan sampingan hanya sementara maybe akan dirasai dalam sebulan dua bagi kebanyakan orang. 

Sekarang terpulang pada awak, bagi saya SLN30 bukan pilihan terbaik.

Wajah saya juga sudah berubah cengkung nampak jelas kesan Lipotrophy, insyaallah bila saya sudah menukar kepada Tenvir-EM dan Stocrin serta Bectrim kemungkinan lipotrophy akan hilang tetapi maybe ambil masa bertahun untuk pulih. Ingat Lipotropy sudah buat saya hilang keyakinan diri untuk bertemu dengan orang yang tidak dikenali, segan berjumpa dengan orang ramai.

Adakah awak nak jadi seperti saya?

Kena ingat sekarang awak menelan ubatan HAART peringkat pertama yang FREE kan, kalau semua jenis ubat dalam ubatan peringkat pertama tidak berkesan awak kena tukar kepada ubatan peringkat kedua yang perlu dibayar sekitar RM300 sebulan dan kalau tidak berkesan juga kena tukar keperingkat ke tiga yang perlu dibayar sekitar RM1000 sebulan.

Cara menelan ubatan peringkat kedua dan ketiga lebih teruk kalau tidak silap saya kita kena berpuasa sebelum menelan.....kesannya belum tentu sebaik ubatan diperingkat pertama.

Apa pun awak kena jaga cara dan waktu pemakanan ubatan peringkat pertama sekarang ini dengan baik supaya tidak bermasaalah dan terpaksa menukar ubatan diperingkat kedua dan ketiga itu....


Itu jawapan saya kepadanya, mudah-mudahan rakan baru saya ini akan kembali kekal menelan ubatan yang diberi doktor dan menelan ubatan pada waktu yang telah ditetapkan. Semoga dia diberikan kekuatan kesihatan yang baik.

Alhamdulillah bagi diri saya hari ini segala kesan sampingan akibat pengambilan ubatan Stocrin sudah jelas berkurangan dan berani saya katakan sudah tiada, cuma saya masih risau bagaimana keadaan buah pinggang akibat pengambilan ubatan Tenvir-EM, walau bagaimanapun setiap bulan selama empat bulan saya perlu diambil darah serta air kencing untuk diuji dan insyaallah tiga bulan yang akan datang keputusannya akan saya perolehi apabila saya bertemu dengan doktor. Insyaallah.


5 comments:

  1. Nurunn a'lan nur25:24
    Alhamdulillah syukur..dlm sujud snt sy doakan
    moga CD4 awak terus meningkat kpd bacaan yg baik.
    dan terus baik..amin

    ReplyDelete
  2. Salam. Najmi, kesan cengkung tu kalau tanya pada doctor merawat cara2 menghilangkan kesan boleh kot? They must know cara2 nak atasinya (agaknya). Cuba tanya.

    ReplyDelete
  3. Nurunn a'lan nur25:24,

    Alhamdulillah terimakasih..... :)



    Mak Wardah,

    Menukar ubatan dari SLN30 kepada Tenvir-EM dan Stcrin adalah langkah mengubat masaalah cengkung tu, tetapi akan ambil masa itu yang diberitahu pada saya dulu. Satu lagi bila dah berubah ubatan ni saya memang perlu excersice, kerana bersenam boleh menghilangkan liphotrophy... ada citer tentang ni dalam salah satu entry saya. Cengkung tu pun satu rahmat kut, insyaallah kalau panjang umur hilang lah cengkut tu nanti ... :)

    ReplyDelete
  4. Mlm td mlm ke5 sy menelan stocrin. Alhamdulillah kesan terhoyong hayang tu dh berkurangan. Cuma tinggl rasa pening2 je. Hrp2 kesan ni akan terus berkurang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Alhamdulillah...kalau makan stocrin belah malam dan kita tidur cepat kurang lah sikir rasa terhuyung hayang tu...tapi saya pasti lain orang lain kesannya, ada org tak lama alami kesan tu, tapi ada orang akan alami kesan agak lama, ada org akan alami kesan seumur hidup wallahuallam

      Pengalaman saya, kesan teruyung hayang ada kala masih terasa hingga sekarang walau dah setahun makan stocrin ni, tapi ada kala langsung tak terasa kesan tersebut.....insyaallah mudah2an sikit masa lagi kesan yang saya rasa tu akan hilang sepenuhnya...begitu jugaa dengan saudara, mudah2an kesan tu cepat hilang....:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST