Thursday, 13 September 2012

KAPOSI SARCOMA ATAU KS

Kaposi Sarcoma atau KS adalah sejenis kanser. Ia adalah salah satu penyakit yang kelihatan dalam orang yang mengidap AIDS dan masih merupakan kanser yang kerap berlaku kepada orang HIV positif.


Para pakar bersetuju bahawa ia disebabkan oleh virus Kaposi Sarcoma associated herpes virus (KSHV) atau human-herpesvirus-8 (HHV-8) menyebabkan Kaposi Sarcoma.

Walau bagaimanapun, virus ini sahaja tidak cukup untuk mengakibatkan Kaposi Sarcoma. Perubahan dalam sistem imun, seperti orang yang mengalami AIDS membolehkan virus ini mengakibatkan Kaposi Sarcoma.

Lebih kurang 30% daripada kesemua lelaki homoseksual dan biseksual HIV positif dijangkiti KSHV
(Kaposi Sarcoma associated herpes virus) manakala hanya 2% hingga 3% HIV positif penerima transfusi darah atau hemofiliaks dijangkiti virus ini.

Bagi wanita HIV positif heteroseksual pula, hanya 3% hingga 4% dijangkiti KSHV (Kaposi Sarcoma associated herpes virus).

Kaposi Sarcoma telah dijumpai di kalangan HIV positif dengan kiraan sel-T yang tinggi (dalam 500 sel/mm3). Risiko Kaposi Sarcoma berkembang adalah lebih tinggi bagi mereka yang dijangkiti HIV dan KSHV (Kaposi Sarcoma associated herpes virus), bertambah dengan kerosakan sistem imun.

Mujurnya, terapi anti-HIV membolehkan ramai HIV positif menyimpan kesihatan sistem imun dan ini mencegah Kaposi Sarcoma dari membentuk.

Simptom
Tompok-tompok Kaposi Sarcoma yang dipanggil tumor atau lesi, berwarna antara ungu-merah ke coklat-hitam. Lesi ini biasanya rata, tidak sakit dan tidak berubah warna walaupun ditekan.

Lesi Kaposi Sarcoma pada bahagian kulit biasanya tidak menggugat nyawa. Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan masalah emosi, khususnya apabila ia berlaku di bahagian muka. Lama-kelamaan, lesi ini mungkin bengkak dan menjadi sakit.

Sesetengah orang mungkin mengalami satu lesi sahaja, mungkin di bahagian kaki dan tidak di bahagian badan yang lain. Setengah orang pula melihat lesi
Kaposi Sarcoma baru membentuk perlahan-lahan seperti mengikut jadual dan muncul satu setiap beberapa bulan; setengah pula membentuk lesi baru setiap minggu.

Secara am, lebih rosak sistem imun, maka lebih kerap lesi baru akan membentuk.

Lesi Kaposi Sarcoma dalam mulut boleh menyebabkan kesakitan ketika makan. Lesi dalam perut khususnya di usus besar dan kolon boleh mengakibatkan cirit-birit, sakit perut dan berdarah. Kaposi Sarcoma dalam paru-paru (Kaposi Sarcoma pulmonari) boleh menyebabkan kesesakan nafas. Lesi dalam perut dan paru-paru boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat atau dikawal.

Keadaan Kaposi Sarcoma didalam mulut
Keadaan Kaposi Sarcoma didalam paru-paru
Keadaan Kaposi Sarcoma didalam perut

Bagaimana didiagnos?
Walaupun ujian boleh dibuat untuk KSHV dalam darah, tiada ujian khas yang boleh dilakukan oleh doktor. Sekalipun ujian ini wujud, perlu diingati bahawa bukan semua orang yang dijangkiti KSHV (Kaposi Sarcoma associated herpes virus) akan mendapat Kaposi Sarcoma, walaupun sistem imun anda telah rosak.

Lesi pada bahagian kulit biasanya didiagnoskan melalui biopsi. Untuk menjalankan biopsi, doktor, biasanya pakar onkologi, kulit atau pakar bedah akan mengambil sedikit tisu lesi untuk dikaji dalam makmal. Laporan dari makmal itu akan mengesahkan jenis tumor.

Untuk mendiagnos
Kaposi Sarcoma pulmonari, satu skop yang dipanggil bronchoskop akan dimasukkan ke dalam saluran paru-paru untuk mengesahkan kehadiran lesi. X-ray juga boleh digunakan untuk mencari lesi Kaposi Sarcoma paru-paru.

Kaposi Sarcoma perut biasanya didiagnos menggunakan skop yang dimasukkan melalui kerongkong atau dubur (endoskopi). Kaposi Sarcoma perut mempunyai ciri-ciri yang unik. Jadi, biopsi biasanya tidak perlu.
Bagaimana Kaposi Sarcoma dirawat? 
Lesi Kaposi Sarcoma di kulit, oleh kerana ia tidak mengancam nyawa, tidak semestinya memerlukan rawatan. Walaupun beberapa terapi setempat wujud iaitu terapi di mana ubat diletakkan di kulit lesi, ia biasanya tidak berkesan dalam mencegah lesi baru daripada membentuk.

Manakala terapi sistemik iaitu ubat yang dimakan atau melalui saluran IV boleh merawat kedua-dua lesi sedia ada dan mencegah lesi baru daripada membentuk. Ia boleh mengakibatkan kesan sampingan.

Lesi
Kaposi Sarcoma dalam perut dan paru-paru memerlukan terapi sistemik. Tanpa rawatan, lesi ini boleh menjadi penyakit yang merbahaya.

Tidak ada satu rawatan yang 100% efektif, 100% setiap kali. Dalam kebanyakan kajian, hanya segelintir pesakit menampakkan lesi
Kaposi Sarcoma lenyap.

Sesetengah pesakit mungkin tidak akan melenyapkan lesi, tetapi menampakkan perubahan yang ketara dari segi saiz, warna, bentuk dan kebesaran. Setengah pesakit pula tidak menampakkan sebarang perubahan, tetapi dapat mencegah lesi baru daripada membentuk.

Alitretinoin (Panretin™): Satu-satu rawatan topikal yang diuji dan diluluskan oleh FDA, AS untuk lesi Kaposi Sarcoma kulit. Gel ini disapukan ke lesi tiga atau empat kali sehari dan telah menunjukkan kesan.
Cryotherapy: Cecair nitrogen diletakkan pada lesi. Ini membunuh sel dalam lesi dan sebaliknya membolehkan kulit sel sihat yang baru untuk tumbuh di tempatnya. Baik untuk lesi kecil.

Terapi Radiasi: Untuk lesi yang besar dan bengkak atau mendalam. Keputusan daripada radiasi agak baik. Terapi radiasi biasanya disyorkan kepada lesi yang terdapat di penis dan kaki memandangkan terapi setempat yang lain agak sakit bila digunakan di kedua-dua tempat ini.
 
Terapi intralesional: Sesetengah tumor, seperti yang terdapat di dalam mulut boleh dirawat dengan menggunakan suntikan ubat kemo ke tempat tumor.
Vinblastine: sejenis ubat kemoterapi yang diberi melalui saluran IV boleh juga disuntik ke dalam lesi.
 

Setengah dari terapi ubat sistemik termasuk:
Terapi antiretrovirus (HAART): Memandangkan keberkesanan terapi anti-HIV kepada bebanan virus dan kiraan sel-T, ramai orang HIV positif dengan
Kaposi Sarcoma sering nampak lesi mereka lenyap semasa dalam terapi. Kadangkala kesannya agak dramatik atau terapi anti-HIV berjaya mencegah lesi baru daripada membentuk. Terapi antiretrovirus biasanya digunakan terlebih dahulu atau bersama rawatan sistemik yang lain untuk memastikan keberkesanan.

Interferon-alfa: Dadah ini mimik protein semulajadi dalam badan. Ia amat aktif terhadap HIV, membantu memulihkan sistem imun, dan juga telah menampakkan keberkesanan terhadap
Kaposi Sarcoma. Interferon-alfa boleh menyebabkan kesan sampingan dan adalah lebih baik digunakan oleh pesakit dengan sel-T yang tinggi (lebih daripada 200 sel/mm3) sebelum memulakan terapi.

Kemoterapi liposomal (Caelyx): Dadah ini mewakili satu sejenis dadah kemo yang baru. Setiap dos dadah ini mengandungi berjuta-juta lemak yang meliputi dadah ini. Ini membolehkan dadah ini hidup lebih lama dalam darah dan sampai ke lesi. Kajian telah menunjukkan kemoterapi liposomal lebih berkesan dan kurang toksik daripada kemoterapi biasa.

Kemoterapi biasa (doxorubicin, vincristine, bleomycin, etoposide,vinblastine, paclitaxel): Beberapa kajian tentang dadah-dadah ini, sama ada digunakan sebagai monoterapi atau bercampuran dengan satu sama lain, menunjukkan kejayaan yang berbeza. Namun begitu, terapi campuran lebih berkesan daripada monoterapi. Walau bagaimanapun, kesan sampingan dengan terapi campuran lebih tinggi berbanding monoterapi dan liposomal.



Bolehkah
Kaposi Sarcoma dicegah?
Pada masa ini,
Kaposi Sarcoma tidak boleh dicegah. Walau bagaimanapun, menggunakan ubat-ubat untuk mencegah Kaposi Sarcoma adalah mungkin pada masa hadapan. Memandangkan bahawa KSHV (Kaposi Sarcoma associated herpes virus) adalah penyebab utama Kaposi Sarcoma, kajian kini menumpukan kepada ubat anti-virus yang boleh menentang virus ini.

PLHIV yang dijangkiti virus KSHV (Kaposi Sarcoma associated herpes virus) dan mempunyai kiraan sel CD4+ yang rendah mungkin mendapat faedah daripada ubat ini kerana ia mungkin mencegah lesi Kaposi Sarcoma dari membentuk.



SUMBER : Entry ini sudah lama siap hanya tunggu untuk di "publish" kan sahaja sumber dari LR melalui FB

No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST