Tuesday, 11 September 2012

GELORA NAFSU SONGSANG


KUANTAN 11 Sept 2012: Aksi jijik dua lelaki homoseksual yang asyik melepaskan gelora nafsu songsang mereka di kawasan rekreasi Taman Gelora, di sini, terbantut apabila mereka dicekup penduduk tempatan yang melakukan rondaan bagi mencegah perlakuan itu, awal pagi kelmarin.

Seorang daripada penduduk terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Fairuz, 30, berkata, dua remaja lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu dicekup jam 2 pagi selepas intipan dilakukan 15 minit.

Menurutnya, penduduk kawasan perumahan berhampiran Taman Gelora kerap melakukan rondaan untuk mencekup pasangan homoseksual selepas tidak sanggup melihat taman rekreasi itu menjadi lubuk maksiat golongan terbabit. Fairuz berkata, ketika dia dan seorang rakan melakukan rondaan awal pagi kelmarin, mereka mengesan aksi mencurigakan dua individu yang dilihat asyik memadu asmara.

“Saya sering meronda dikawasan itu dan terserempak pasangan songsang memadu kasih namun sebelum ini tidak berpeluang menagkap mereka. Namun, awal pagi itu usaha saya tidak sia-sia apabila bukan sahaja melihat adegan jijik mereka, malah mencekup pasangan terbabit." katanya ketika ditemui.

Menurutnya pasangan itu duduk berpelukan dibangku belakang pokok sebelah hujung kawasan pusat rekreasi berkenaan yang gelap dan sunyi.

“Jika hendak diceritakan aksi mereka memang memualkan. Selepas yakin mereka pasangan homoseksual kami meyergah mereka. Pada mulanya mereka berdolak dalik, namun selepas digertak akan dibawa kebalai polis, seorang remaja itu mengaku mereka sedang asyik melepaskan nafsu songsang masing-masing”, katanya.

PASANGAN SONGSANG...dua remaja lelaki yang ditahan, kelmarin.

Fairuz berkata, seorang daripada mereka iaitu berusia 19 tahun dan menuntut disebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dibandar ini manakala lelaki berusia 20 tahun pula menetap dibandar ini dan sudah bekerja.

Menurutnya, ketika ditanya, pasangan songsang itu mengaku mereka pergi ke Taman Gelora untuk memadu asmara dan memaklumkan ramai lagi rakan mereka yang mencintai rakan sejenis menjadikan kawasan itu lunub melepaskan gelora nafsu songsong.

“Dari segi fizikal, mereka sama seperti lelaki sejati. Jika tidak tidak melihat sendiri perlakuan jijik mereka, pasti kita tidak menyangka mereka hanya bernafsu kepada kaum sejenis.

“Pekara itu membimbangkan dan pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu yang drastic bagi mencegahnya, apatah lagi sebahagian mereka pelajar IPT. Kami penduduk disini juga tidak mahu kawasan rekreasi Taman Gelora terus dicemari dengan aktiviti jijik golongan itu,” kata Fairuz.

Sementara itu Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, setakat ini pihaknya belum menerima aduan mengenai gejala sek songsang dikawasan berkenaan.

Menurutnya, jika ada aduan pihaknya akan menahan pelaku terbabit dan mereka boleh dikenakan hukuman.

“Undang-undang berkaitan golongan homoseksual dan lesbian sudah diluluskan dan akan diwartakan diPahang dalam masa terdekat. Mana-mana pelaku tidak kira lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan boleh didakwa melakukan seks diluar tabii jika siasatan membuktikan mereka melakukan perbuatan sumbang itu,” katanya


PERBETUL KECELARUAN IDENTITI

Kuantan: "Mereka ini golongan rosak minda yang perlu diberi kaunseling serta pendekatan agama untuk memperbetulkan kesilapan mereka," kata Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja Pusat Pengajian Psikologi Dan Pembangunan Manusia (UKM), Prof Madya Dr Khaidir Ismail.

Beliau berkata, hanya dengan pendekatan psikologi serta pendekatan agama dapat "menyembuhkan" gejala homosekual yang kini menjadi barah dalam masyarakat.

"Mereka mengalami kecelaruan identiti dalam diri dan sukar membezakan apa yang betul dan salah walaupun sesetengah mereka golongan profesional," katanya ketika dihubungi disini 
semalam.

Menurutnya, kebiasaannya kecenderungan golongan itu lebih terserlah apabila usia meningkat ketika di universiti.

"Ketika dibangku sekolah mereka masih boleh mengawal perasaan itu, namun bila memasuki alam universiti mereka seakan "melepaskan geram". Ditambah pula apabila diri mereka berasa ada orang lain lebih mengambil berat khususnya pelajar senior yang digelar abang selasin keadaan persekitaran yang turut menyumbang kepada gejala itu," katanya.

Dr Khaidir berkata, ibubapa perlu memainkan peranan penting dan perlu memantau perkembangan anak-anak ketika disekolah.

Sumber : Akhbar Harian Metro


19 comments:

  1. kalau ikut kaunseling yang saya belaja ada satu rawatan untuk mereka neh ialah kejutan elektrik.huhuhuhuhu.kompom tak buat dah! hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue PeLik,

      Sepelik seperti nama awak hehehe ya ker?? terus terang saya juga pernah mendengar tentang pekara tersebut. Dan satu lagi saya dengar ubat utk pesakit HIV ialah dirotan atau disebat... huuuu wallahuallam... :)

      Delete
  2. Ya Allah, semoga ada kaedah bersesuaian untuk mereka yang songsang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah,

      Entah tak tahu nak kata, kaedah rawatan yang terbaik ialah diturunkan hidayah oleh Allah sahaja. Hidayah Allah tu pun belum tentu dapat menghilangkan naluri tersebut terpulang pada diri masing2 kan. Wallahuallam

      Delete
  3. moga diberikan hidayah buat mereka. Masih x tau ye apa kaedah terbaik utk penyakit songsang mcm ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma Angsana,

      Bagi diorang HIV adalah kaedah terbaik hahaha...

      Tetapi ramai yang dapat HIV pun masih terus bergelumang dg aktiviti ini. Yang terbaik adalah didikan agama dan pemantauan ibubapa sejak dari kecil lagi. Ibubapa memainkan peranan penting seperti kata Prof diatas.... Wallahuallam

      Delete
  4. Ya ampun...member aq tue...

    ReplyDelete
  5. Anonymous,

    Member awak...? dalam hal ini sesiapa pun boleh menjadi mangsa dan terperangkap dan cerita disiar ke dada akhbar seperti rakan awak tu. Tidak kira lelaki dan wanita.

    Rakan saya juga pernah terperangkap dan dibawa kebalai polis semasa ia berada disebuah sauna di KL tidak lama dulu.

    Nasib rakan awak tak baik dan maybe ada pengajaran yang baik buat dirinya.... :)

    ReplyDelete
  6. x sangka ..senior ku..!!

    ReplyDelete
  7. Anonymous,

    Senior ko ker? Hmmm kena hati2 lain kali tu...

    ReplyDelete
  8. Najmi, dalam Mastika keluaran November baru-baru ni..ada artikel tentang pasangan 'suami isteri gay' di Malaysia yang Melayu dan beragama Islam dengan berani dan ego nya mencabar undang-undang syariah dengan menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan apa-apa tindakan hukuman....kerana selama ini mahkamah syariah tidak pun membuat sebarang tangkapan dan hukuman pada perkahwinan mereka diatas sebuah kapal....

    ...sungguh berani mereka mencabar hukuman ALLAH...dan berani mempertikaikan mencabar undang-undang syariah.....

    Ya Allah...bimbangnya...!!!... sama-sama kita doa moga suatu masa nanti mereka sedar dengan tindakan,kata-kata serta niat yang telah mereka laksanakan...kembali mendapat hidayah dan pengampunan Allah dan tidak menjadi contoh ikutan...:(

    ... semoga kita semua dilindungi dari kemurkaan ALLAH....

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  9. syukran jazillan

    ya ke dlm Mastika November, saya ada belek Mastika tu tapi tak perasan artikel tentang itu...hmmmm insyaallah saya akan check kalau berkesempatan nanti.....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf yer Najmi...baru saya terperasan, buku Mastika keluara bulan Disember..
      bukan bulan November macam info yang saya bagi tu...

      maaf yer......huhuhu

      syukran jazillan

      Delete
  10. syukran jazillan

    Nanti saya check...tetapi Mastika bulan November saya ada beli ada kisah tentang "gay Islam" kisah tu dah saya taip nak jadikan entry, artikel tentng tu...dah siap dan tunggu masa aje nak di publish kan.....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo...bagus tu Najmi...kami semua sentiasa tertunggu-tunggu segala artikel-artikel baru dari Najmi yang tidak kering-kering idea membongkar kebathilan...dari isu-isu yang meruntun jiwa...perang psaikologi tentang akibat jangkitan hubungan songsang dan paling 'KIUTTT'... isu luahan hati Najmi tentang jika Najmi ada seorang anak....

      memang tak dinafikan...golongan ini memiliki naluri halus yang tak pernah difikirkan seperti golongan biasa-biasa yang ada anak tapi tidak bersyukur nak mengheret tangan anak-anak mereka ke masjd....tajam sekali sindiran Najmi tu...

      semoga Allah sentiasa mengilhamkan Najmi dengan ilham-ilaham yang membawa kami semua hampir kepadaNya...Amin Ya Rabbi.

      tahniah dan syukur...terus menulis yer Najmi......:)

      syukran jazillan






      Delete
  11. syukran jazillan

    insyaallah saya juga harap Allah memberi idea saya untuk terus menulis, lebih baik kiranya tulisan saya itu datang dari minda fikiran saya. Tapi buat masa ni saya hanya lebih banyak "share" maklumat lain dari sumber lain....alah sekadar "copy dan paste" jer.....:)terima kasih kerana doakan...:)

    ReplyDelete
  12. Allah yg Maha Mengetahui sebaik2 dan seburuk2 kejadianNya.

    ReplyDelete
  13. Kalau ye pun x dapat tahan nafsu tu pi la buat kat tempat lain.. alahai memang nak minta lempang kalo buat di tempat awam.. kalo bebudak tengok camnaaaaaaaa? oh, untuk makluman kalian, teknik elektrik-elektrik tu dinamakan aversion therapy, dan banyak lagi kaedah behavior modification lain yang digolongkan sebagai conversion therapy.. semua therapy ni dah sah dibuktikan tidak berkesan oleh perbadanan psikologi sedunia dan ahli2 psikologi yg menggunakan kaedah2 intrusif ini akan kehilangan keahlian sebagai psikologi berdaftar. sorry la bahasa rojak sikit.. but at least you know something before you comment anything.
    more about me: a phd candidate on psychology and human diversity

    ReplyDelete
  14. Lilphant

    Haha..kalau awak nak tahu hampir semua negeri dan bandar pasti ada tempat macam tu, buat dalam gelap memang seronok buat kebanyakan kami huhuhu.

    Ohhh tentang teknik elektrik tu okey-okey saya faham...menyeksa aje kan...lebih baik berdoa kepada Allah melakukan amal kebaikan perbanyakkan zikir2 dan solat sunat, pendek kata mengikut amalan perubatan Islam...insyaallah badan semakin kuat sihat bersemangat untuk meneruskan hidup kan....

    Wallahuallan...terima kasih awak...:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST