Wednesday, 5 September 2012

FAKTOR DORONG KEHIDUPAN SONGSANG



KUALA LUMPUR 4 Sept. 2012 - Fahaman sekularisme dan liberalisme merupakan antara faktor yang menyumbang kepada penularan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Enizahura Abdul Aziz berkata, cara hidup yang permisif dan terbuka mendorong kepada penularan kehidupan yang songsang.

Malah apa yang merunsingkan, katanya, golongan berfahaman sedemikian melabelkan agama sebagai tidak progresif dan kalut kerana tidak menerima serta memperakui cara hidup yang mereka pilih.

Golongan berfahaman sekularisme memegang prinsip bahawa agama tidak harus mencampuri urusan duniawi manusia serta meletakkan domain agama sebagai sesuatu yang peribadi.

Perkara tersebut membawa kepada kehidupan yang berasaskan materialisme semata-mata tanpa bersandarkan kepada aspek kerohanian manusia," katanya.


Beliau berkata demikaian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk; 

Memahami Kemunculan Fahaman dan Amalan LGBT : Satu Analisis Ringkas 

dalam muzakarah pakar bertemakan; 

LGBT : Cabaran dan Penyelesaiannya 

anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) disini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan, Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Prof. Dr Azizan Baharuddin serta lebih 70 peserta muzakarah yang terdiri daripada wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli-ahli akademik.

Tambah Enizahura, pemikiran berbentuk liberal pula menjadi asas kepada penerimaan dan amalan gaya hidup bebas mengikut selera masing-masing tanpa dipandu oleh kesedaran terhadap tuntutan sebenar agama.

“LGBT bukanlah satu cara hidup moden yang melambangkan keterbukaan dan penerimaan, sebaliknya ia menunjukkan secara jelas bagaimana tamadun manusia hari ini menungkah arus untuk kembali ke zaman jahilyyah dimana nafsu diletakkan ke martabat lebih tinggi dari akal dan keimanan kepada tuhan,” ujurnya.

Sementara itu, Peneliti di Institut Pemikiran dan Ketamadun Islam Indonesia, Dr Adian Husaini berkata, kewujudan golongan akademik yang berfikiran liberal lebih-lebih lagi yang mendalami ilmu agama, memburukkan lagi penularan gejala LGBT.

Malah di Indonesia, menurutnya, golongan tersebut telah melakukan penafsiran baru terhadap kitab-kitab agama agar LGBT boleh diterima dikalangan masyarakat.


Sumber : Akhbar Utusan Malaysia

LESBIANS, GAYS, BI-SEXUALS AND TRANSGENDER









4 comments:

  1. Semakin takut KA dngan senario yg berlaku sekarang ini. Sebagai parents terasa sgt pentingnyer pemantauan sendiri pada anak2 !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma Angsana,

      Ya pemantauan ibubapa sangat penting dan jangan lupa didikan agama yang sempurna :)

      Delete
  2. Ibubapa, guru, pemimpin dan masyarakat harus melihat isu ini dengan lebih teliti...hanya cadangan dari saya. Tqvm Najmi for sharing

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST