Monday, 10 September 2012

DELIMA SEORANG LELAKI (GAY)


Saya memperolehi soaljawab ini ketika mengoogle, semoga kita memperolehi manafaat selepas membaca soaljawab dibawah ini;

*Beberapa maklumat terpaksa dirahsiakan dan diubah bagi memelihara identiti individu yang bertanya. 


Soalan:

Assalamulaikum ustaz
   
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana menggunakan identiti palsu apabila berhubung dengan ustaz. Saya harap ustaz akan mengerti mengapa saya berbuat demikian apabila ustaz membaca email saya sampai akhir.

Saya ada satu masalah berat yang saya harap dapat ustaz memberikan nasihat dan pertolongan kerana saya tidak tahu di mana lagi saya boleh mendapatkan bantuan.

Saya mulakan dgn memberikan sedikit latarbelakang kehidupan saya sejauh ini.

Umur saya telah menjangkau ------, saya seorang lelaki yang telah tamat pengajian di ---- dan kini mempunyai pekerjaan. Tetapi hati saya merasa kosong yang amat sangat, saya teringin sekali mendirikan rumahtangga dan berkongsi hidup dgn seseorang, seperti adik-beradik saya yg lain.

Cuma masalahnya saya langsung tidak tertarik kepada wanita secara fizikal walau sedikit pun, hanya terhadap kaum sejenis sahaja. Ia adalah satu perasaan yang sekian lama saya pendamkan, dan daya tarikan itu datang secara semulajadi dan tidak diundang sejak saya kanak-kanak. Secara luaran saya tetap merasa sebagai seorang lelaki, tidak pernah terlintas untuk menjadi seorang transexual/ hidup sebagai seorang wanita. Cuma kepuasan nafsu  sahaja hanya dapat dipenuhi oleh kaum sejenis.

Masalah ini telah membelenggu saya sejak sekian lama kerana saya sedar ia bertentangan degan Islam. Ia telah sedikit sebanyak menjejas perhubungan saya baik dgn kaum wanita dan kaum adam kerana saya tidak dapat bergaul secara terbuka dgn mereka, kerana takut masalah ini diketahui oleh mereka. Oleh kerana itu, saya ada ' few close friends' dan tidak seorang pun, kecuali seorang ahli keluarga rapat, yang tahu tentang masalah saya.

Selama lebih ------ thn, saya dapat mengawal perasaan saya dan mengelakkan daripada membuat perhubungan dgn sesiapa. Saya pun prihatin dalam melakukan solat 5 waktu sejak mengikuti satu perkhemahan belia Islam.

Setiap hari saya berdoa agar keadan saya akan pulih, dan saya telah pun berkesempatan untuk ke tanah suci. Tetapi, perasaan ini tetap wujud dan kian menjadi-jadi mentelah lagi kekosongan hati yang dirasai selama ini.

Istilah "lifestyle choice" is not applicable here because I don't have a choice. Why would I want to complicate life further, and risk destroying everything I have including relationships with family and friends if indeed I can control my feelings for a man and redirect it towards a woman?

Mimpi malam (wet dream) saya pun melibatkan kaum sejenis, tidak pernah kaum wanita! Tidak sama seperti wanita lesbian yang masih boleh berumahtangga dan memenuhi tanggungjawab batin terhadap suaminya walaupun dia tidak mendapat kepuasan darinya, saya tidak akan dapat memenuhi tanggungjawab saya memberikan nafkah batin terhadap isteri saya jika saya berkahwin dalam keadaan saya sekarang.

Beberapa bulan yang lalu, mungkin didorong oleh perasaan kecewa yang amat sangat, kekosongan di hati dan iman yg lemah, saya telah terlanjur perbuatan dgn mengadakan perhubungan fizikal dgn seorang lelaki buat pertama kalinya. Walaupun ia tidak melibatkan kegiatan liwat, apa yg berlaku antara kami hanya boleh terjadi di antara pasangan suami-isteri yg sah.

Saya benar-benar mengharapkan bantuan ustaz kerana saya sudah jauh terlanjur. Apakah saya harus hidup bersendirian buat selama-lamanya, walaupun lumrah manusia itu harus hidup berpasangan? Saya tahu ada beberapa ayat Al-Quran yg mencemuh kaum Nabi Lut yang melakukan perhubungan sejenis,  tetapi bukankah mereka sudahpun mempunyai isteri, dan melakukan perbuatan tersebut secara kejam dan paksa? Adakah hadis-hadis yang dapat ustaz berikan tentang bagaimana Rasullulah saw menangani masalah ini di kalangan kaumnya?

Ada beberapa kajian yang menganggarkan kira-kira 10 peratus (mungkin lebih) daripada golongan sesebuah masyarakat itu mengalami masalah homoseksual, satu kadar yg saya rasa agak tinggi dan perlukan keprihatinan dan huraian yang sempurna oleh masyarakat termasuk golongan asatizah.

It is not just a matter of sexual preference (orientation is a better word because 'preference' implies one has a choice and most homosexuals don't) and physical relations, it is a big part of one's self, identity and being and affect their relationships with the people around them.

Adakah jalan lain buat manusia seperti saya yang masih ingin menjalani hidup yang diredhai tuhan tetapi hanya dapat meraih nikmat kepuasan batin dgn hanya bergaul dgn kaum sejenis? Adakah amalan saya yang lain akan ditolak kerana saya menggauli lelaki? Melenyapkan perasaan homoseksual ini terasa amat sukar sangat kerana ia telah wujud dengan sendirinya sejak kecil lagi, dan walaupun saya pernah berkawan dengan wanita tidak pernah terasa kasih sayang terhadapnya, apatah lagi tarikan fizikal. Cuba ibaratkan seorang lelaki sejati meng-'suppress'-kan naluri semulajadinya, dan sebaliknya menimbulkan perasaan terhadap kaum sejenisnya, bayangkan kepayahannya!
  
Terimakasih dan Wassalam



Jawapan: 

Assalamualaikum. 

Saudara, 

1. Pertama sekali saya amat berbesar hati kerana anda sudi berkongsi perkara ni dengan saya, walaupun perkara yang disebutkan adalah sensitif.

2. Manusia secara semulajadinya diciptakan berpasang-pasangan. Bagi lelaki mempunyai naluri semula jadi terhadap kaum wanita begitu juga sebaliknya. Namun terdapat juga perkara yang berlaku sebaliknya atas sebab-sebab yang tertentu atau peristiwa yang berlaku yang menyebabkan orientasi seks seseorang individu itu boleh berubah.

3. Saya dapat bayangkan betapa sukarnya anda cuba melawan perasaan tersebut selama bertahun-tahun sehinggalah anda kecundang sekali..namun saya bersyukur yang anda masih lagi tetap dapat mempertahankan diri daripada terjebak kepada perbuatan yang keji yang jelas dikutuk oleh Allah. 

4. Sebelum kita melangkah lebih jauh dalam isu ini, saya rasa ada sebaiknya jika kita bersetuju pada satu perkara iaitu setiap perkara yang dilakukan merupakan satu pilihan oleh manusia itu sendiri. Jika kita tidak bersetuju pada perkara ini, maka adalah sukar untuk kita maju ke depan atau move fwd bagi mengatasi isu yang diutarakan.

5. Oleh itu, sama ada suka atau tidak..manusia diberikan akal fikiran untuk memilih dan membezakan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk berlandaskan ketetapan Allah daripada sumber utama manusia iaitu Quran dan Hadith. Dan dalam hal ini, hubungan sesama jenis adalah satu perkara yang dibenci oleh Allah seperti mana juga Allah membenci perbuatan zina antara lelaki dan wanita yang belum bernikah, tidak kiralah apa jua alasan yang diberikan. 

6. Atas sebab itu, saya berharap kita dapat bersetuju dengan kenyataan bahawa keinginan untuk melakukan hubungan sejenis adalah satu pilihan dari kita, bukannya kita tiada pilihan. Jika kita bersetuju dengan statement ini. Barulah kita boleh fikirkan beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi perkara ini. 

Antaranya:

1. Ubah mindset
Langkah utama untuk keluar daripada lingkaran ini ialah dengan menukar mindset yang anda tiada pilihan lain kepada 'aku ada pilihan' atau 'aku boleh berubah'. Jika anda tidak menukar mindset anda, maka sukar untuk sesiapa pun bantu anda dalam hal ini. 

2. Puasa 
Antara ibadah yang baik dilakukan bagi mengawal nafsu syahwat ialah dengan berpuasa. Inilah anjuran baginda kepada pemuda yang yang ingin bernikah tetapi belum mampu. Puasa merupakan langkah pencegahan yang efektif bagi mengekang hawa nafsu.

3. Success story 
Terdapat banyak kisah2 kejayaan atau success story pada mereka yang dahulunya seorang yang homoseksual tetapi berjaya berubah, berkahwin dan seterusnya memperolehi anak. Pastinya ia tidak mudah, perlukan kepada pengorbanan dan semangat untuk terus berubah dan percaya diri. Namun yang paling penting, anda perlu bertanya pada diri anda, jika mereka mampu lakukan dan berubah, mengapa tidak anda?

4. Refleksi Diri 
Anda juga perlu membuat refleksi diri atau muhasabah diri. Mengapa selepas mengerjakan haji dan juga melakukan solat fardu, namun anda tetap tidak dapat melawan diri daripada perkara yang anda sebutkan ini. Mengapa? Hanya anda sahaja yang mempu menjawabnya. Mungkin soalan2 berikut ini perlu dijawab:

- Berapa kerapkah anda melakukan solat?
- Sejauhmana jujurnya anda bertaubat pada Allah?
- Bila anda melakukan kesilapan atau dosa, siapakah yang anda salahkan? Diri anda sendiri atau takdir yang membuatkan anda tiada pilihan lantas terpaksa mengikut nafsu? 

Pendek kata melakukan ibadah adalah satu perkara, melakukan satu perubahan dan berusaha melawan hawa nafsu adalah satu perkara yang lain pula. 

Namun dengan ibadah wajib seperti solat fardu yang kita lakukan akan lebih dapat membantu kita melawan hawa nafsu. 

5. Bantuan pakar/ support grp
- Memandang isu yang anda hadapi adalah serius, maka suka saya mencadangkan anda agar mendapatkan bantuan pakar daripada Psychiatrist bagi mengatasi isu yang anda hadapi. 
- Anda juga memerlukan bantuan sokongan daripada keluarga dan teman rapat yang dipercayai yang mengamalkan gaya hidup sihat agar mudah anda keluar daripada lingkaran sosial yang anda hadapi sekarang. 

6. Langkah Pencegahan (Intervention)
Bagi mengelakkan terjerumus daripada perbuatan yang dikeji ini, sebaiknya anda perlu melakukan langkah2 pencegahan dan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang membawa risiko bagi anda mengulangi perbuatan terlarang. 

Antara perkara yang anda boleh lakukan ialah:
- Pastikan anda tidak berdua dengan teman yang anda cenderung untuk melakukan perbuatan yang dilarang. (tempat2 gelap, rumah atau di hotel)
- Pastikan anda berteman (teman yang dipercayai dan 'straight') bila bersama dengan teman2 yang berisiko.

Saya rasa ini sahaja buat kali ini dari saya, sila hubungi saya melalui telefon pejabat 62353172 bagi bantuan lanjut atau sesi kaunseling bersemuka. 

Wassalam. 

Sumber : Ustaz Yusri's 

Buat anda pembaca semua saya rasa agak menarik sekiranya anda membaca komen pembaca didalam blog Ustaz Yusri ini. Sekadar menambah pengetahuan buat kita semua.

14 comments:

  1. Salam Najmi,
    Rasanya kalau gay tegar nak ubah mindset tu amat2 sukar, perlukan pendekatan yang lebih halus dan teliti. pertemuan bersemuka dengan Ustaz lebih baik. Ya Allah permudahkan urusan hamba Allah ini.

    ReplyDelete
  2. Mak Wardah,

    Untuk pengetahuan Mak Wardah soaljawab ini tersiar pada tahun 2008, saya juga harap hamba Allah ini dpt menjalani kehidupan yang baik pada hari ini. Soaljawab dalam entry ini bagi saya masih releven sehingga hari ini. Jawapan yang boleh saya sendiri jadikan panduan bersama mereka yang lain diluar sana... :)

    ReplyDelete
  3. DarkAngel a.k.a MalaikatGelap,

    Sama-sama, jika senang dan ada masa terluang cuba baca komen pembaca dalam blog ustaz berkenaan.... :)

    ReplyDelete
  4. Nurunn a'lan nur25:24
    ..saya berdoa.. pada insan-insan istimewa
    yg diuji hebat nafsunya oleh Allah ini..yakin dan
    percayalah..ada jalan dan bantuan Allah..dan semoga
    mereka-mereka ini dipandang Allah sebagai hamba yg
    benar2 jihadnya disisi Allah..amin.

    ReplyDelete
  5. Anonymous,

    Mudah-mudahan begitu lah hendaknya. Ameen

    ReplyDelete
  6. maaf.... secara jujurnyer saye juga mengalami masalah yang sama... dahulu ketika zaman sekolah... saya ada seorang teman lelaki yang merupakan rakan sekelas saya... selama 6 tahun kami bergelumang dengan dosa... sekarang kami dah berpisah... dan saya dan dia sudah berbincang dan berjanji untuk berubah... tapi... hati saya masih susah untuk lupakan dia.... walaupun saya ada teman wanita.. saya rasa kasian terhadap die.. kerana saya tak dapat berikan perasaan cinta yang jujur terhadapnyer.... sekarang saya masih berusaha melupakan dia.... ***pengakuan benar... maaf... saya hanya hendak berkongsi dan mendengar perdapat dari anda...

    ReplyDelete
  7. Anonymous,

    Tanya pada semua PLU pasti mereka akan kata sukar nak berubah, saya pun akan berkata begitu kerana sememangnya naluri ini memang sukar nak berubah dan saya sendiri tidak percaya bahawa ketagihan songsang ni boleh diubati dan boleh menukar kepada 100% menyukai wanita.

    Mereka yang yang berubah berkahwin dan berjaya mendapat anak dan tidak lagi terjerumus dg aktiviti sejenis ini, saya kata kan kerana mereka berjaya mengawal nafsu, dari terus terjebak tetapi pendapat peribadi saya yang mereka masih punya perasaan terhadap kaum sejenis.

    Yang penting disini ialah kekuatan mereka dalam mengawal keinginan tersebut. Untung seorang biseksual kerana mereka punya ghairah terhadap kedua2 jantina, jika mereka minta bantuan Allah insyaallah mereka mampu menumpukan perhatian pada wanita sahaja, naluri terhadap lelaki masih ada cuma mereka dapat mengawal dengan pertolongan Allah (perlu berdoa lah) Jika seseorang itu gay tegar lagi payah nak berkahwin kerana nalurinya hanya pada satu jenis sahaja. wallahuallam

    Ramai lelaki yang hanya berpura2 berkahwin tetapi dalam masa yang sama masih aktif melakukan sex sejenis. Penting disini ialah solat 5 waktu dan doa berterusan kepada Allah. Kita kena berdoa pada Allah kerana jika kita tak berdoa dan meminta-minta pada Allah macam mana Allah nak beri kan.

    Anonymous,

    perlu minta pertolngan Allah insyaallah niat baik Anonymous melupakan teman lelaki dan dapat memberi cinta penuh pada teman wanita akan berhasil, saya pasti Allah akan memakbulkan, percayalah niat baik untuk berubah pasti akan ditunaikan Allah. Allah tahu akan niat hati seseorang manusia tu. Saya doakan yang terbaik buat awak....

    ReplyDelete
  8. Najmi,

    Ada sesuatu saya nak bertanya, setuju kah anda, jika saya katakan golongan gay tegar haram berkahwin?

    Saya tahu naluri semua orang mahukan zuriat, berkeluarga, dan punya teman hidup. Tetapi kadangkala ada antara PLU, kita, tuhan takdirkan diuji untuk hidup sendiri.

    Bagi saya didalam hidup ini, kita harus berani membuat keputusan.

    Dan sebenarnya, untuk punya rasa bertanggungjawab pada seseorang, memerlukan cinta dan kasih sayang. Contoh, saya seorang biseksual, tetapi kerana waktu ini saya masih menyintai seorang perempuan, jadi saya kurang untuk memandang pada lelaki. Dan saya tahu selagi saya menyintai wanita itu, saya tidak layak untuk mengahwini seorang lelaki. Apa yang harus saya buat adalah melupakan cinta saya pada wanita itu, dan berjuang sendirian...selagi itu.

    Maaf kalau tersasar point, tapi saya rasa, Najmi faham apa yang ingin saya maksudkan.

    ReplyDelete
  9. DarkAngel a.k.a MalaikatGelap,

    Ya, saya juga rasa yang tegar sememangnya perlu dilarang berkahwin, pertama mereka memang tak mampu nak memberi nafkah batin pada isteri, bukan kah akan membuatkan sang isteri merana, bertambah teruk kalau diberi HIV atau penyakit STD pada isteri. Ya kita bercakap pada yang tegar atau pure gay.

    Kalau bisexual setahu saya mereka ni boleh ghairah pada kedua2 jantina, so mereka masih boleh memaksa diri agar mencintai lawan jenis dan perlu digalakan berkahwin, dg didikan agama mereka mampu mengawal diri maskipun naluri pada sejenis masih ada. Pengetahuan agama itu penting.

    Tentang seorang lesbian yang bisexual pun bagi saya sama, bila kita didedahkan terperinci soal halal haram dlm agama insyaallah mereka akan faham dan dpt meninggalkan kaum sejenis insyaallah mampu mencintai suami (walaupun dlm masa yang sama ghairah pada wanita masih ada)

    Logiknya contoh yang awak beri itu diatas:

    "Contoh, saya seorang biseksual, tetapi kerana waktu ini saya masih menyintai seorang perempuan, jadi saya kurang untuk memandang pada lelaki. Dan saya tahu selagi saya menyintai wanita itu, saya tidak layak untuk mengahwini seorang lelaki. Apa yang harus saya buat adalah melupakan cinta saya pada wanita itu, dan berjuang sendirian...selagi itu."

    Ya, bila seseorang wanita masih sayang pada kaum sejenis mengatasi lawan jenis, saya rasa, saya setuju mereka tidak digalakkan berkahwin kerana akan membuat suami merana. Macam saya katakan tadi pokok pangkalnya berbalik pada soal agama. Dan segalanya bergantung juga pada rahmat dan hidayah dari Allah.

    Wallahuallam, maaf kalau saya tersalah beri komen... hahaha saya tak perfect dan bukan ustaz pun, hanya sekadar membari pandangan. Wallahullam.... :

    ReplyDelete
  10. thank's najmi.... saya berharap Allah akan beri saya peluang untuk berubah.... walaupun saya tahu... amat berat untuk saya berubah.... sedangkan saya tahu layanan bekas teman lelaki saya jauh lebih baik dari teman wanita sya... teman wanita saya seolah2 tak endah kan saya... kini.... walaupun saya rase bosan atau kesunyian... bekas teman lelaki saya pasti muncul.... kemana teman wanita saya?... adakah itu masih salah saya jika saya tidak dapat mencintainya sepenuh hati... hmmm Hanya Allah saja yang tahu

    ReplyDelete
  11. Anonymous,

    Mudah2an Allah beri awak peluang berubah sama seperti diri saya yang ingin berubah 100% dan mengubah mereka yang lain diluar sana.

    Maybe teman wanita awak tidak mencintai sepenuh jiwa pada awak kut..... wallahuallam

    Dan pada saya bila awak sedang mengalami masaalah berkaitan dg teman wanita, ketika ini lah pada saya syaitan mula memainkan peranannya.

    Rasa saya syitan telah memainkan peranannya, mereka mengoda teman lelaki awak agar melayan dan mengambil hati awak melebihi cara layanan yang diberi oleh teman wanita awak sehingga awak kembali cair danberpaling kepada kaum sejenis (teman lelaki awak)

    Saya dan ramai songsang diluar sana pasti digoda syitan dg berbagai cara.

    Saya doakan agar awak tabah dan kembali berubah, kuatkan hati bertekad dan sentiasa berdoa mohon perlindungan dr Allah.

    Ya mari kita berubah bersama2. Niat yang baik pasti akan dipermudahkan jalannya oleh Allah kan..... :)

    Maaf kalau silap kata ya.... :)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.

    Suami saya gay dan saya hanya dapat tahu mengenai hal ini di kala usia.perkahwinan menjangkau setahun. Saya sayangkan dia dan sanggup membantu dia untuk berubaj tetapi dia avoid dari saya. Dia langsung tak mahu bercakap malah tak mahu bertemu dengan saya walaupun kami serumah. Kami berpisah tempat tidur 7 bulan usia perkahwinan. Hubungan batiniah juga jarang berlaku dan hanya berlaku di ketika saya tengah subur kerana suami mahukan anak. Tetapi apabila saya masih lagi belum mengandung saya dipersalahkan.

    Saya mengesyaki dia adalah gay apabila saya lihat dia bergambar dengan kawan lelakinya dan kawan tersebut meletalkan tangan di bahu dan di paha suami saya. Seorang kawan saya yang gay pula terkejut apabila melihat gambar suami bersama kawan lelaki. Selepas saya soal siasat rupa-rupanya kawan tersebut adalah dari golongan tersebut.

    Saya sayangkan rumah tangga kami dan boleh menerima keadaan suami dan ingin membantu tetapi suami seperti sangat membenci saya.

    Kalian yang terjebak dalam kegiatan ini, pulanglah ke pangkal jalan. Kasihanilah insan2 yang sayang pada anda.

    Ain Raihana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain Raihana

      Kisah gay yang berkahwin memang kerap saya dengar, dan ada terbaca kisah suami gay yang meliwat adik lelaki isterinya (suka sama suka) ketika isteri mengandung. Kebanyakan mereka berkahwin hanya utk menutup kelemahan diri atau apabila didesak oleh mak ayah, tetapi yang menjadi mangsa adalah isteri. Ada beberapa kisah tentang isteri yang berkahwin gay dlm blog ini yang dicerita oleh mereka kepada saya, dan ada yang meninggalkan kisah mereka dlm ruang komen entry2 yang lalu.

      Pasti akan ada insan lain yang lebih teruk diduga drp yang Ain alami, Ain kena sabar dan fikir positif cari jalan untuk keluar dari permasaalahan ini, jika berpisah itu baik, berpisah lah sebab sekiranya suami masih tidak memberi nafkah batin itu kejam namanya buat diri awak.

      Cuba Ain baca dan ambil ikhtibar dari kisah Nurunn dlm entry "TELAH DIPERKOSA BERSUAMI GAY DAN DISAHKAN HIV-VE, KISAH MALANG SEORANG WANITA" atau kisah dalam entry "PUAN WANNA B WISE DERITA ISTERI YANG BERSUAMIKAN SEORANG GAY"

      Harap kehidupan Ain dipermudahkan dimasa depan...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST