Monday, 10 September 2012

BARU TAHU DIRI ANDA ADA HIV - CARA MENGENDALI TEKANAN MENTAL


Cara-cara mengendalikan tekanan mental, sebaik saja anda didiagnoskan dengan HIV positif, 

Kesihatan fizikal bukan sahaja isu yang perlu dihadapi. Bersama dengan petanda sakit fizikal, setiap pesakit terpaksa menghadapi tekanan mental yang merosakkan kesihatan mental. Kesihatan mental merujuk kepada kesejahteraan seseorang dan merangkumi tingkah-laku, emosi dan fikiran,

HIV/AIDS akan membawa beberapa kesan terhadap hidup kamu dan saudara-mara kamu lebih-lebih lagi dari segi kesihatan mental kerana perubahan yang perlu dibuat dalam cara kamu hidup.

Kebanyakan orang yang menerima berita bahawa mereka dijangkiti HIV/AIDS akan merasa terkejut and sukar menerima hakikat ini. Adalah normal selepas menerima berita ini anda akan rasa takut, marah, atau, pada keseluruhan tidak percaya yang kamu boleh dijankiti HIV/AIDS. Selepas itu, anda akan merasa sedih, risau, dan cemas.

Peringatan Tentang Perasaan 

- Tak kira apa perasaan anda, anda berhak merasa begitu.

- Tak ada perasaan yang "betul" atau "salah". Perasaan itu hanya perasaan. 

- Perasaan akan timbul dan pergi begitu sahaja.  

- Anda ada pilihan bagaimana anda akan mengatasi perasaan itu.

Setiap orang akan menghadapi hakikat HIV dengan caranya yang tersendiri. Anda mungkin menghadapi satu atau lebih daripada perasaan yang dibincangkan di bawah selepas diberi berita tentang penyakit HIV/AIDS. Perasaan-perasaan ini mungkin berlaku sebaik saja anda menerima berita itu atau apabila kamu dalam proses mengendalikan penyakit ini.

Penafian 

Kebanyakan orang yang menerima berita bahawa mereka dijankiti HIV/AIDS akan menafikan bahawa keputusan ujian darah itu betul. Anda mungkin berpendapat bahawa keputusan ujian itu salah atau makmal cuai dan telah mencampur-adukkan keputusan ujian. Reaksi seperti ini adalah biasa dan normal.

Pada permulaannya, penafian ini mungkin membantu, ia boleh memberi masa dan peluang untuk kamu membiasakan diri dengan jankitan HIV/AIDS. Bagaimanapun, sekiranya penafian ini tidak diatasi, ia merbahaya kerana kamu mungkin tidak mengambil langkah mencegah atau meminta bantuan sokongan dan rawatan.

Adalah penting agar kamu melafaskan perasaan kamu kepada doktor atau rakan yang boleh dipercayai agar kamu mendapat rawatan dan sokongan yang diperlukan.

Marah

Perasaan marah adalah normal dan biasa ketika menerima berita HIV/AIDS. Kebanyakan pesakit bingung/marah kerana mereka ragu-ragu dari mana mereka mendapat jangkitan virus HIV dan tidak mengetahui bahawa mereka pembawa virus itu.

Cara mengendalikan perasaan marah ialah:

 - Bercakap tentang perasaan kamu kepada rakan, kaunselor atau kumpulan sokongan.

 - Elakkan daripada bergaul dengan orang-orang yang mungkin meningkatkan perasaan marah kamu.

 - Tingkatkan aktiviti2 supaya tidak terlampau memikirkan perasaan marah itu. 

Sumber : Wikipedia


8 comments:

  1. semoga en.naj mi terus tabah meneruskan kehidupan..=)

    ReplyDelete
  2. Herma Julianny,

    Terima kasih sempga hidup awak juga sentiasa diberkati Allah..... :)

    ReplyDelete
  3. Naj Mi, someone yang ikhlas berkongsi dari hati adalah insan yan sgt mulia, semoga perkongsian ini membantu yang lain, semoga anda semua lebih tabah, saya doakan yang terbaik buat Najmi dan sahabat2 lain. take care

    ReplyDelete
  4. Mak Wardah,

    Mudah-mudahan begitu lah hendaknya... terima kasih banyak2 :)

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum..terima kasih dgn panduan dan pandagan
    yg sangat baik utk saya yang baru disahkan akan bersama hiv+ve
    sepanjang hayat ini...Alhamdulillah..
    Moga Naj Mi..Mak Wardah dan yg lainnya sentiasa dirahmati Allah..Amin.
    :-)
    Jazzakallah khairan...syukran..

    ReplyDelete
  6. Anonymous,

    W Salam.... alhamdulillah mudah2an perkongsian yang sikit dalam blog ini dapat membantu insan yang memerlukan diluar sana... Alhamdulillah mudah2an awak juga dirahmati Allah sentiasa dan kuat semangat menempuh hari mendatang... :)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST