Thursday, 27 September 2012

SARAH - "BABI" ITU MEROGOL SAYA; MOGA DIA DIJANGKITI HIV BARU TAHU SIAPA YANG SUNDAL

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI.



Sesuatu musibah yang menimpa diri kita itu, pasti ada rahmat dan kebaikan yang terselindung menanti kita dikemudian hari. Dan kita kena tahu bahawa sesuatu dugaan yang dasyat menimpa diri kita pasti akan ada insan yang lain ditimpa dugaan lebih dahsyat lagi teruk daripada yang kita alami.
 
Saya mendapat kisah ini dari seseorang yang sudi berkongsi derita, bukan mahu menagih simpati katanya tetapi sekadar buat pengajaran dan renungan semua pembaca diluar sana. Panjang emailnya bercerita, tapi kita terus sahaja kepada kisah yang hendak dipaparkan disini;

Saya namakan wanita malang ini dengan nama Sarah (bukan nama sebenar), kerana keyakinan Sarah terhadap seorang rakan email saya iaitu Puan Zakiah (bukan nama sebenar), Sarah tanpa dipaksa sudi bercerita kisah pahit yang menimpa dirinya kepada Puan Zakiah dan melalui rakan email saya, Sarah membenarkan saya untuk menulis kisahnya didalam blog ini;


Luahan derita wanita bernama Sarah

Saya sekadar ingin berkongsi derita bukan untuk menagih simpati. Kisah hitam yang saya alami ini bermula ketika umur saya 16 tahun lagi, saya telah dirogol oleh ayah kandung saya sendiri. Saya dirogol sesuka hatinya sehingga lah sampai keusia 20 tahun. Saya cuba mengadu kepada emak tetapi emak tidak mempercayainya malah saya pula dituduh emak cuba mengfitnah ayah sendiri. Hampir setiap hari saya dimaki hamun oleh emak dengan kata-kata buruk seperti sundal, sial dan pembawa celaka kerana sanggup mengfitnah ayah kandung sendiri.
  
Ketika usia 19 tahun, saya semakin tidak tahan dan telah melarikan diri dari rumah. Saya menuju ke rumah saudara saya di ********. Malang sekali menimpa diri ini, saya telah dijadikan mangsa rogol beramai-ramai di dalam sebuah stor kilang buruk yang terbiar oleh sepupu perempuan (diketuai) saya sendiri. Kejadian diperkosa beramai-ramai itu telah membuatkan saya pengsan tidak sedarkan diri dan apabila sedar saya dapati diri sudah terlantar di Hospital **********
photo dari : chong-ebiz.com

Ya Allah sebaik mata saya dibuka, sudah kedengaran makian dari mulut emak sendiri disisi katil, maki hamun yang dihemburkan melemahkan saya bila mendengarnya dan membuatkan saya kembali tidak sedarkan diri.

Ya Allah saya tidak pernah terfikir betapa buruknya nasib saya, akibat kejadian itu rahim saya rosak teruk sehingga terpaksa dibuang. Atas nasihat doktor yang perihatin, dia nasihatkan agar saya memulakan hidup baru. 

Selepas lima bulan dari tarikh tersebut saya kembali bekerja di Kota ******** sebagai pembantu kedai *******. Tuanpunya kedai tersebut yang berbangsa cina sungguh baik hati. Dan dikedai inilah Sarah mula mengenali rakan email saya Puan Zakiah, Sarah kerap melihat kelibat Puan Zakiah datang membeli dikedai tersebut, ketika itu Sarah masih belum terjumpa atau terbaca blog Naj Mi kerana ketika itu Sarah masih belum disahkan HIV positif.

Setelah disahkan HIV positif, saya masih terus diterima bekerja di kedai tersebut, nasib saya sangat baik kerana “tokey” benarkan saya untuk terus bekerja dan minta saya supaya terus menyimpan rahsia dengan baik. Sejak itu hampir setiap hari saya membuka blog Naj Mi, saya baca berulang kali setiap entry yang ditulis, waktu rehat juga saya masih mengambil peluang membaca, ambil semangat untuk terus hidup. 

Kadang-kadang saya berangan abang Najmi menjadi suami saya, sudah tentu saya akan bahagia kerana dia mungkin faham segala penderitaan yang saya alami dan kemungkinan dia boleh meringankan penderitaan saya ini.


Bagaimana saya mengenali Puan Zakiah

Saya mengenali Puan Zakiah melalui blog abang Naj Mi, dan pernah terserempak dengan Puan Zakiah ketika di klinik, ketika hendak mengambil ubatan HAART. Saya nampak ada seorang wanita memakai jubah berwarna cerah dan cantik berkasut tinggi bertali hitam. 

Saya rasa pernah melihat Puan Zakiah tetapi tidak ingat dimana. Saya tengok Puan Zakiah tetapi tidak berani memandang tepat kearahnya. Saya rasa kenal Puan Zakiah, saya lihat dia berbual dengan pesakit lain sebelum dia masuk berjumpa doktor. Puan Zakiah keluar dan duduk disebelah saya, saya tenung wajah Puan Zakiah dan saya yakin saya mengenali beliau melalui blog, ya saya kenal dia tetapi dia tidak mengenali saya. Apabila dia tersenyum melihat saya, saya pula menjadi kelu hendak menegur. 

Saya suka melihat gerak geri Puan Zakiah, dia membelek handphone ditangan dan sesekali saya pandang kearahnya dan senyum. Saya segan hendak menegur, Puan Zakiah sangat "sweet" dan baik sebab dia selalu senyum pada saya bila mata kami bertembung. Saya rasa Puan Zakiah bukan melayu tulen, kulitnya putih melepak, muka manis macam cina dan cara Puan Zakiah bercakap tidak seperti melayu  tulen.

Nama kami berdua dipanggil serentak, saya mengambil ubatan HAART dan Puan Zakiah mengambil ubatnya. Puan Zakiah melihat ubatan saya dan dia tersenyum, semasa berselisih dipintu klinik, Puan Zakiah memegang bahu saya, saya rasa dihormati sangat sebab tangan Puan Zakiah yang putih bersih itu memegang tubuh pembawa HIV seperti saya. Saya rasa seperti ada kasih sayang dari sentuhan tangan Puan Zakiah. Saya ini pembawa kuman HIV dan dari air muka Puan Zakiah saya tahu dia mengetahui saya pembawa HIV tetapi dia mesra memegang bahu saya. Saya rasa sebak kerana orang seperti Puan Zakiah tidak geli memegang saya.

Puan Zakiah keluar kekedai nasi kandar dan makan sendirian, saya duduk dimeja lain dan memerhatikan Puan Zakiah makan, cara dia makan, cara dia duduk dan cara dia berbual dengan orang lain buat saya yakin dia seorang yang baik.

Setelah makan, Puan Zakiah lalu dibelakang kerusi saya, tidak muat kerana laluan agak sempit, sekali lagi dia menyentuh bahu kiri saya untuk lalu. Saya suka mendengar suara Puan Zakiah, sejuk rasa hati saya. Puan Zakiah, terima kasih kerana memegang belakang saya, saya rasa amat dihargai. 

Melihat Puan Zakiah bersama anak-anak, saya rasa ingin mengambil tempat mereka, teringin benar mempunyai seorang emak seperti Puan Zakiah. Saya yakin ibu yang baik akan melahirkan anak yang baik-baik.

Terima Kasih.


"Babi" itu memperkosa saya lagi

Untuk pengetahuan semua sudah beberapa kali telah saya gugurkan kandungan “bodoh” ini. Saya mengira kitaran haid saya dengan teliti kemudian saya makan dan minum nenas muda, ya nenas muda menjadi amalam rutin harian saya. Apabila haid saya datang dalam jumlah yang banyak saya sangat bersyukur, sudah pasti saya tidak mengandung.


Baru- baru ini saya terpaksa pulang kerumah ibubapa kerana hendak menjengok melihat keadaan adik saya yang sakit. Ya Allah sekali lagi saya diduga, saya diperkosa lagi oleh  ayah kandung saya, tidak cukup tidak puas sungguh nafsu binatang ini. Dendam saya masih membara, pada ketika itu saya adalah pembawa virus HIV, doa saya agar kuman HIV membiak dan merebak kedalam tubuh badan ayah saya, harapkan berkopiah putih tetapi perangai seperti syaitan bodoh. Ya “babi” itu memperkosa saya ketika saya sudah pun ada HIV, alhamdulillah nanti baru mereka semua tahu siapa sundal yang sebenarnya.

Maaf kerana bercakap kasar dan biadap, inilah luahan gambaran rasa marah saya teramat sangat keatas perbuatan ayah yang merogol saya berulang kali.

Minta Abang Naj Mi tuliskan betapa pentingnya seseorang yang NON PLHIV untuk memahami kami (PLHIV). Tekankan peranan ibu supaya melindungi anak-anak gadis mereka serta peka dengan tindak tanduk suami mereka dan jangan jadikan anak gadis sebagai hamba seks percuma suami. 

Sampaikan terima kasih saya pada abang Naj Mi, saya doakan abang Naj Mi sentiasa sihat dan terus menulis. Terima kasih juga kepada Puan Zakiah kerana sudi menjadi rakan saya.


*Kisah terkini Sarah klik dientry ini "PERKEMBANGAN KEHIDUPAN SARAH, MANGSA SUMBANG MAHRAM"





34 comments:

  1. saya dtg membaca
    semoga Sarah menemui jalan bahagia

    ReplyDelete
  2. Pasti Sarah akan bahagia...selagi dia rapat dengan Allah dan berserah kepadaNya...sama2 kita doakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkasih Najmi, trauma untuk Sarah tidak udah untuk dihilangkan tapi boleh dibendung dengan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah. Betul cakap Najmi, kita insan2 lain diluar perlua amvik ikhtibar, sedih saya baca kisah2 ini. Saya seorang ibu, ada anak lelaki dan anak perempuan, semoga anak3 kita dan kita sekeluarga sentiasa dilindungi. Baru saya tahu betapa pentingnya sentuhan non PLHIV untuk HIV, InsyaAllah ini pengajaran yang sgt baik.

      Delete
    2. Mak Wardah,

      Alhamdulillah melalui email yang baru sahaja saya terima dari Puan Zakiah sebentar tadi, Puan Zakiah sempat berbual minum bersama Sarah pagi tadi, Puan Zakiah kata Sarah walaupun masih ada kesedihan tetapi ia kuat;

      Sudah tentu pengalaman Sarah sukar nak di gambarkan dengan kata2,
      sebab itu saya bila dengar kes buang bayi, kita tak leh salah mereka
      cepat2. Mereka mengandung tentu berpunca dengan berbagai2 cara,
      bagaimana sekiranya Sarah mengandung dan ia tinggalkan bayi dimasjid.
      Masyarakat pasti menyalahkan tuan punya badan ... kenapa buang, kenapa
      tinggalkan... tapi kita abaikan punca segala yang berlaku seperti trauma, ketakutan, malu yang ditanggung sigadis terutama mangsa rogol lebih teruk kalau seseorang itu mangsa sumbang muhram.

      Syukur Sarah tidak mengandung selepas kejadian berulangkali tersebut.

      Pada saya entry tulisan Sarah sudah cukup membuka mata mereka yang
      membaca, walaupun tidak detail cerita bagaimana kejadian itu berlaku
      dan diceritakan dengan lebih ringkas dan mudah difahami tetapi;

      1)saya pasti pembaca akan dapat tangkap pengajaran disebalik kisah
      tersebut, dari kisah sikap buruk seorang ibu (seperti juga seperti sikap ibu
      Megat - http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/search/label/adik%20MS) sehinggalah kisah bahayanya remaja melarikan dari rumah, (dalam
      kes Sarah memang dia terpaksa melarikan diri - itu tindakan yang perlu dilakukan awal-awal lagi), tetapi pengajaran boleh diambil buat anak2 gadis yang suka2 nak lari diri hanya kerana selisih faham sikit dirumah, kerana risiko seperti dirogol boleh terjadi.

      2) mangsa yang mengalami peristiwa hitam diluar sana pasti sikit sebanyak akan dpt kekuatan semangat dan boleh mencontohi kekuatan Sarah untuk teruskan kehidupan, walaupun Puan Zakiah bercerita masih ada kesedihan sebak ketika Puan Zakiah berjumpa dengan Sarah awal pagi tadi.

      3) Non PLHIV juga boleh mencontohi sikap yang ditunjukan Puan Zakiah
      sendiri, mereka kena faham sentuhan bahu juga boleh meredakan hati seseorang insan seperti Sarah.

      Sekali lagi saya juga doa kan agar Sarah semakin kuat dan cuba lupakan atau
      usah kenangkan peristiwa lalu (walaupun sukar saya tahu hakikat ini) insyaallah segala2nya akan baik dimasa depan dan jangan lupa berdoa perlindungan pada Allah
      selalu.

      Seperti Mak Wardah kata Sarah pasti bahagia selagi dia rapat dengan Allah dan berserah kepadaNya...sama2 kita doakan...

      Delete
  3. Dunia ni rupayer terlalu kejam pada org lain, oleh sbb ditakdirkan berada bersama orang yang layak dipanggil haiwan.
    Insyaallah,Allah akan pasangkan Sarah dgn manusia berhati mulia. Selalu kite berkira2 keburukan manusia haiwan ni, tapi sbnrye kite prlukan manusia mulia sbb kita melangkah ke dpn.
    Dugaan sy tdk seberat Sarah, harap Sarah tabah hati,kita semua pinjaman di dunia ni,smpi mase kembali padaNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. walnut,

      Alhamdulillah, ya saya juga berdoa agar Sarah dipertemukan Allah dengan jodoh yang terbaik...Sekali sekala kita cuba bayangkan berada ditempat Sarah ketika ini....atau pun ditempat Nurunn

      http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2012/09/telah-diperkosa-bersuami-gay-dan.html?utm_source=BP_recent

      Pasti kita semua akan bersyukur kepada Allah kerana kehidupan kita lebih baik daripada mereka berdua. Moga Allah beri kekuatan kepada mereka berdua dan yang lain (menjadi mangsa) diluar sana.

      Delete
  4. Meski saya seorang lelaki..namun turut terasa penderitaan yang dialami oleh cik sarah....sangat perit dan amat menyedihkan...izinkan saya berkongsi sebuah kisah..seorang gadis yang juga menjadi mangsa rogol abang kandungnya sendiri sejak dia berumur 16 tahun sehinggalah menjelang hari pernikahan abangnya itu tanpa diketahui oleh bakal isteri dan ibu bapa mereka.....malang bagi bakal isterinya namun perkara itu telah terjadi...apa yang diharapkan agar tuhan beri petunjuk bagi merungkai kelakuan sumbang abang gadis itu...

    Kepada sarah...Doa orang2 beriman senantiasa bersama anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SmilingGuy,

      Begitu lah seperti apa yang saya rasa... perit dan amat menyedihkan. Kita doa yang terbaik buat Sarah.

      Kisah yang awak kongsikan ini, abang menodai adik sendiri antara secebis kisah yang kita tahu, pasti terdapat kisah yang perit berlaku diluar sana senyap begitu sahaja.

      Sama ada abang atau ayah yang melakukannya, siapa yang perlu dipersalahkan??? Adakah isteri terlalu percaya kan suami sehingga aduan anak tidak diambil peduli, lemahnya seorang isteri yang tahu perbuatan suami menodai anak tapi dibiarkan sahaja. Tentu isteri ini mempunyai masaalah.

      Abang menodai adik, saya pasti ibubapa mereka langsung tidak mengambil berat tentang bahayanya hubungan seorang anak lelaki dan perempuan, mereka perlu asingkan tempat tidur apa bila mereka mula membesar, jika boleh sejak kecil lagi kedua jantina ini perlu diasingkan.

      Kemungkinan bermula dari perasaan ingin tahu (raba meraba)sehingga membawa kepada mencuba melakukannya ketika ibu bapa tiada dirumah, berlanjutan sehingga dewasa sehingga menjelang hari pernikahan si abang. Saya pasti walaupun sudah berkahwin kemungkinan merogol adik perempuan pasti boleh berlaku sekiranya iman siabang masih tetap rapuh dan dibelenggu oleh godaan syaitan. sehingga yang halal terasa tidak sedap, yang haram itu yang dipilih.

      Ahhhh.... wallahuallam saya sekadar beri pendapat... maaf kalau ada salah...

      Delete
  5. ya Allah.. knp le ada org camni, snggup rogol anak.. bertuankan nafsu.. inilah sbb klau xde iman didada.. mogasarah akan tabah dan teruskan kehidupan dgn lbih positif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maiyah,

      Ya semoga Sarah akan tabah dan meneruskan kehidupan yang positif. Juga buat semua diluar sana yang diduga, sama ada saya, awak dan sesiapa sahaja yang diduga semoga kita akan semakin tabah.... terima kasih Maiyah....

      Delete
  6. semoga allah sentiasa disamping orang2 yang teraniya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mayang ABDUL RAZAK,

      Insyaallah Mayang...... :)

      Delete
  7. salam,
    kalau emak sendiri tak percaya pada anak darah daging sendiri..pada siapa lah sarah tu nak mengadu..sekurang kurangnya siasat lah dulu sebelum mengeluarkan kata2 hina anak sendiri..bak kata orang..tak tumbuh tak melata..

    sedih dengan masyarakat kita..di luar negara yg rata2 bukan menganut agama islam..mereka tak mengeji anak luar nikah..diorang tak meminggirkan mangsa rogol.. di negara kita sendiri..yg banyak kes buang anak atau kes bunuh dan buang anak atau buang anak sampai membunuh tu semua orang islam..sedih tengok..

    kita terlalu suka menghukum sedangkan yang layak menghukum cumalah Allah..bukan nak galakkan mereka yg kesesatan tu..tapi sekurang2 nya bantu lah diorang bawa ke jalan yang betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rai Ourkizuna,

      Betul tu Rai, saya sokong... seorang ibu sepatutnya siasat dulu sebelum menuduh yang bukan2, anak tu dah diperlakukan sejak usia 16 tahun lagi, mana perginya mata si ibu, buta sehingga siayah mudah lakukan aktiviti pada anak yang tidak kuat dan tak berdaya melawan...

      Yang pasti si ayah akan tetap dibalas Allah suatu hari nanti.... percaya lah....

      Delete
  8. Salam. Saya datang dari link di blog Mak Wardah. Tak dapat saya bayangkan penderitaan yg ditanggung Sarah, kejamnya seorang bapa yg sanggup merogol anak sendiri. Lebih pedih lagi, ibu pula tak percaya pada aduan anak yg teraniaya tu, Allahu akbar..bertimpa2 penderitaan yg ditanggung oleh beliau.

    Saya doakan semoga Sarah dilindungi Allah SWT selalu & semoga beliau dikurniakan kebahagiaan olehNya, amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dinas Aldi,

      Yupp... kita doakan Sarah kuat, dan saya pasti Sarah akan membaca kisah ini semoga kata-kata semangat dalam ruang komen yang diberi akan membantu Sarah tabah menjalani kehidupan seterusnya....Semoga Sarah kembali ceria..... :)

      Delete
  9. Salam Najmi, apalah yg dapat KA katakan bila baca N3 ni, terbayang2 kesengsaraan dan kesakitan yg terpaksa ditangung sendiri. Airmata meluncur laju menghabiskan pembacaan ini. Walau x kenal siapa sarah, akan tetap KA doakan moga dia terus tabah, sentiasa dekatkan diri dgn tuhan. Doakan yg tebaik for Sarah n u too Najmi ye! Ingatan dan panduan terbaik untuk seorang ibu seperti KA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma Angsana,

      Bagi saya semua yang bernama wanita jika membaca kisah Sarah ni pasti akan rasa tersentuh dihati, jangan kan KA seorang wanita sahaja malah ada insan lelaki juga pasti sedih bila membaca dan cuba mendalami musibah yang menimpa Sarah.

      "rahim Sarah terpaksa dibuang" akibat kejadian yang lalu...Ini sudah tentu sesuatu yang amat menyedihkan....

      Alhamdulillah kerana doa KA untuk Sarah, harap Sarah semakin tabah....sama-sama lah kita doakan...

      Delete
  10. semoga sarah diberi kekuatan menghadapi hari mendatang...dan semoga bapanya diberi balasan oleh ALLAH,amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mummY daniSha,

      Haaaa.... saya pun ter "doa" minta bapa Sarah dapat balasan setimpal dengan perbuatannya tu nanti...

      Delete
  11. Astagfirullahalazim...semoga surga firdaus untukmu dik sarah, hang on only to Allah swt n Rasulullah saw dik, insyaAllah, all yr suffering akan dibalas dengan kebahagiaan abadi disana..aamiin ya Rabb Ya Rabb ya Rabb, tolong report polis tentang perogol itu, bimbang yang lain turut jadi mangsa..astagfirullahalazim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. susumanis,

      Kita doakan Sarah terus kuat, tentang report pada polis itu terserah pada Sarah untuk ambil tindakan,

      kadang2 bagi kita tentu, sangka senang dan mudah untuk suruh mereka yang terlibat buat police report, tetapi empunya diri tentu lebih faham situasi keadaan dirinya yang adakalanya sukar untuk mereka membuat lapuran.

      Sarah sebenarnya perlu sokongan untuk buat lapuran, walaubagaimana pun terpulang pada dirinya untuk buat keputusan.

      Dia pada hari ini semakin kuat, insyaallah berkat doa kita semua dengan takdir Allah mana tahu sipelaku akan dihadapkan ke muka pengadilan suatu hari nanti.

      Ya saya juga terfikir, bila sarah kata dia melawat adiknya yang sakit... saya sendiri tak pasti adiknya lelaki atau perempuan, tak tanya pula sakit kerana apa, ahhhhhhh entah hanya sarah yang punya jawapan.

      Delete
  12. Semoga Sarah diberikan Allah kebahagian. Dan semoga tidak ada lagi bapa yang bernafsu seperti bapa Sarah. Semoga ada keadilan untuk mereka yang merosakkan Sarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kunang-Kunang,

      Amin... Amin... semuga Sarah diberi kebahagian.... :)

      Delete
  13. Rahimnya telah di buang.. pasti dia sudah tidak boleh mengandung lagi kan?

    Saya rasa yang dia mengandung tu sebelum rahimnya di buangkan?
    Apapun semoga perjalanan hidup sarah selepas ini di permudahkan Allah..dalam segala segi..

    Buat ayah sarah dan ibunya moga di berikan taufik dan hidayah.. pintu taubat sentiasa terbuka.. Moga mereka sempat untuk meminta maaf kepada sarah atas kezaliman mereka.

    Buat sarah, sarah telah di zalimi..doa orang yang zalim ni tidak ada penghalang dengan Allah taala... saya harap sarah sentiasa berdoa dan mendekatkan diri dengan Allah.. maafkan kedua ibu bapa sarah...walaupun susah.. kemudian doakan mereka di beri peluang untuk bertaubat.. Insyallah sarah.. segalanya akan baik-baik saja :) Wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous One,

      "Saya rasa yang dia mengandung tu sebelum rahimnya di buangkan?"
      Wallahuallam, jika mengandung anak ayah kandungnya macam mana? Semua ada rahmat dan Allah tahu apa yang terbaik buat Sarah kan...

      Ya si ayah dan ibu yang bersikap demikian saya pasti perbuatan mereka mengabaikan anak kandung akan dibalas setimpal dengan perbuatan mereka. Bukan nak minta tetapi bagaimana kirannya betul si ayah mendapat jangkitan HIV kerana menodai Sarah, bagaimana jangkitan kemudian merebak kepada si isteri, bagaimana keadaan dalam usia yang lanjut terpaksa hidup bersama HIV, stigma dan diskriminasi jiran tetangga dan masyarakat sekeliling, saya pasti mereka akan merasai lebih teruk drp apa yang dirasai Sarah. Wallahuallam.

      Sarah dizalimi, sudah dirosakkan masa depannya, jika Allah beri kekuatan kepada Sarah pasti Sarah mampu memaafkan perbuatan ayah dan ibunya. Ya mudah2an Sarah memaafkan kedua ibubapanya itu yang terbaik (pasti Allah menyukainya)tetapi saya rasa sukar untuk Sarah memaafkannya buat masa ini, terpulang kepada Sarah untuk menentukan.....

      Delete
  14. saya masih tak boleh terima "haruan makan anak". bapa yg amat kejam.. semoga sarah tabah menghadapi dugaan yg sungguh hebat! Ya, Allah permudahkan lah perjalanan hidup sarah.

    ReplyDelete
  15. salam najmi,akak copy paste n3 ini kat blog akak, hope u dont mind ya, tqvm

    ReplyDelete
  16. Sehingga hari ni saya tetap berdoa moga saya dapat bertemu dengan Sarah suatu hari nanti..dan moga Sarah juga tahu hasrat saya ini...
    Buat Sarah moga ALLAH sentiasa memeliharanya..dan moga digantikan dengan kebahagiaan
    sepanjang hidupnya serta bertemu dengan insan yang dapat melindungi dan menyayaginya
    dengan baik....Amin ya Rabbi.

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  17. Anonymous syukran jazillan,

    Amin..... :)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)
There was an error in this gadget