Followers

Thursday, 13 September 2012

ASTAGFIRULLAH, SEORANG IMAM PRANCIS NIKAHKAN PASANGAN GAY

REPUBLIKA.CO.ID, BERLIN -  Seorang imam di Prancis telah menikahkan pasangan gay yang sebelum ini sudah berkahwin di Afrika Selatan, negara yang menghalalkan perkahwinan sesama jenis. Gila, imam tersebut membaca surah Al Fatihah sebelum melakukan upacara perkahwinan tersebut.

 

Ludovic Mohamed Zahed, seorang lelaki Perancis yang berasal dari Algeria, dan pasangannya Qiyam al-Din berasal dari Afrika Selatan, dilaporkan telah berkahwin sesuai dengan Syariah (undang-undang Islam) di hadapan seorang imam yang berasal dari Mauritania bernama Jamal dan melaksanakan perkahwinan mereka pada 12 Februari 2012, menurut laporan laman Albawbaba pada 2 April lalu. Keduanya boleh berkahwin di Afrika Selatan di bawah rang undang-undang perkahwinan sejenis yang telah diiktiraf di sana, tetapi Perancis tidak mengiiktiraf pernikahan sesama jenis. 

Zahed menjelaskan kepada stesen TV France 24 bahawa bagaimana ia bertemu dengan Din pada tahun lalu di sebuah konvensyen mengenai AIDS di Afrika Selatan. “Saya berada di dewan kuliah ketika seorang imam di mana yang juga seorang gay, telah memperkenalkan saya kepada Din. 

Kami mendapati bahawa kami mempunyai banyak persamaan. Selepas dua bulan, saya memutuskan untuk berkahwin, kerana undang-undang Afrika Selatan mengiiktiraf perkahwinan sejenis, “ujarnya. 

Setelah pernikahan yang diadakan oleh keluarga Din, pasangan ini memutuskan untuk kembali ke Perancis dan menetap di kota Paris, mereka berharap bahawa kerajaan Perancis akan mengiiktiraf perkahwinan mereka. Namun kerajaan Perancis menolak sebulat-bulatnya perkahwinan mereka. 

Zahed, yang mendapat restu dari keluarganya untuk perkahwinan sejenis, mengatakan bahawa dia menghadapi lebih banyak halangan dari undang-undang Perancis daripada diskriminasi dari kalangan umat Islam sendiri.

 

Walaupun penyelesaian hukumnya masih tertunda, Zahed memutuskan untuk membuat pernikahannya dengan seorang imam yang berasal dari Mauritania, imam itu yang telah banyak menyokongnya. 

Pernikahan terjadi di sebuah rumah sederhana di Servon di Paris, dan dihadiri oleh orang tuanya dan kaum kerabat terdekat.“Bernikah di depan keluarga saya, adalah seperti kehidupan baru bagi saya, saya tidak akan pernah membayangkan hari ini dan hari akan datang, melihat kegembiraan di mata orang tua saya setelah mereka berusaha berjuang dengan perilaku seksual saya dan cuba dengan sedaya upaya mungkin untuk mengubah arah orientasi seksual saya, “tegasnya. 

Zahed merupakan pesakit AIDS sejak usia 19 tahun, semenjak menderita AIDS dia mendakwa mencari tujuan hidup yang baru untuk lebih dekat dengan agama. 

“Aku berubah untuk menjadi lebih beribadah dan berdoa; saya merasa lebih beragama, dan aku telah menunaikan Umrah dan haji sebanyak dua kali, untuk mencari sebuah kehidupan yang sederhana dan normal,” katanya. 

“Walaupun banyak ancaman yang saya terima melalui telefon dan Internet, saya tetap akan berada dalam perjuangan saya untuk menentang pandangan negatif yang saya terima dari orang Arab dan Muslim. Saat ini saya merasa lebih selesa berkeadaan begini,” katanya.

Ludovic Mohamed Zahed, seorang lelaki Perancis yang berasal dari Algeria, dan pasangannya Qiyam al-Din berasal dari Afrika Selatan, dilaporkan telah berkahwin di hadapan seorang imam yang berasal dari Mauritania
Zahed ingin melanjutkan pelajaran PHD dalam Islam dan homoseksualiti dan dia juga mengetuai sebuah organisasi yang meneliti masalah yang berkaitan dengan Islam dan homoseksualiti. Dia mengatakan keutamaan utama adalah untuk mendapatkan izin untuk pasangan barunya agar tinggal dan bekerja di Perancis. 

Sumber : Disini 

Zahed buka masjid mesra "Gay" akan dibuka di Perancis DiSINI

 

Ya Allah... Mana silapnya ni......mungkin kerana dasar kerajaan Afrika Selatan yang mengikhtiraf perkahwinan sejenis membuatkan golongan songsang semakin berani. Aduhhhh....mudah-mudahan pekara sedemikian tidak berlaku di negara kita Malaysia. Paling penting jangan aku sendiri yang terpengaruh, dan orang lain tidak terpengaruh sama dengan perbuatan sebegini.  

Perlu diingat LGBT dan perlakuan seumpama dan sewaktu dengannya adalah diharamkan oleh agama Islam. 

Dan jangan anda terpengaruh dan jangan sekali-kali menyokong perbuatan seperti ini walaupun anda seorang songsang. Ingat hidup kita tidak lama, esok lusa pun boleh jalan masuk ke kubur, anda hendak mati dalam kemungkaran? Aku tak nak dan jangan sekali-kali kita ada niat dalam hati hendak menyokong.

Wallahuallam

 

13 comments:

  1. Perghhhhhhhhhhhhhhhh boleh nikah kat afrika ni!!! Yippee!!!

    Hahaha.

    Sesungguhnya ini berita gembira ni abang najmi. Haha.

    Entahlah, speechless saya baca berita ni. Bila ingat balik, rukun nikah bukankah adanya SUAMI dan ISTERI. Adakah rukun nikah yang diguna pakai oleh imam ini lain dari rukun nikah yang selama ini kita gunakan?

    Gay, dah termaktub didalam alquran,haram. Dapat pula menikah kat afrika slatan. Ni mahunya kawan2 saya yang lesbian tegar bersorak germbira. Kerana hukum lesbian agak sedikit kabur dan banyak khilaf.

    Sejujurnya, saya hampir rasa teruja baca artikel ini. Mungkin...mungkin homosexuality sebenarnya tidak salah. Tiba-tiba teringat balik rukun nikah. Memang perfectly mention SUAMI ISTERI. Baru istighfar balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DarkAngel a.k.a MalaikatGelap'

      Hahaha... saya rasa semua yang bergelumang dg LGBT pasti teruja bila membaca artikel ini, terus terang kalau saya masih ditakuk lama masih liar lagi saya juga pasti teruja dg berita ini.

      Disebalik keterujaan kita membaca, saya rasa ada pengajaran disebalik kisah ini yang boleh masyarakat jadikan ikhtibar. Buat golongan LGBT yang beragama Islam terutamanya sebaiknya usah menyokong.

      Ya betul DarkAngel a.k.a MalaikatGelap kita berbalik kepada hukum hakam dalam Islam. Sekarang sudah ada yang mempergunakan dan memesungkan hadis dan al quran sehingga mengubah maksud sehingga menjadikan seolah2 hadis dan alquran itu sebenarnya menyokong LGBT.

      Saya tak nak masuk neraka sudah cukup dg kelakuan perbuatan saya selama ini dan tak nak sesekali menyokong, yang akan bertambah dosa lagikan silap-silap boleh terkeluar dari agama islam tanpa kita sedarikan.

      Ingat dan kita baca kembali kisah "Nabi Luth"

      Walllahuallam.... :)

      Delete
    2. Nauzubillah min zalliq... CHOYYYYYYYYYYYY abg najemi weh.. Serammm tv3..ha ha hanjjj

      Delete
  2. Najmi, ini berita yang amat ngeri, Islam di perkotak-katikkan sewenang-wenangnya...Imam tu memang tak boleh pakai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah,

      Ya Betul.... tetapi buat mereka dinegara mereka sudah tentu mereka rasa mereka benarkan. Dan pasti mereka akan memperjuangkan apa yang mereka rasa betul... Saya pasti ramai dikalangan kita di Msia juga dlm senyap memperjuangkan tentang ini.. Wallahuallam :(

      Delete
  3. Sgt2 terkejut KA baca. Apalagi bila seorang yg bergelar imam menghalalkan perkahwinan seperti ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma Angsana,

      Tu dia kisah kat negara orang, tempias atau pengaruhnya pasti terkena kat negara kita tak banyak sedikit... kalau pekara ni dihalalkan dinegara kita... apa nak jadi ya...tunggu aje bala yang bakal menimpa pada seluruh rakyaat... Wallahuallam

      Delete
  4. Allahhuakbar.... memang mereka dah memesongkan hukum hakam Islam. Imam jenis apa ye yg boleh menikahkan pasangan gay. Dah tu siap tunjuk diorang bersolat lagi....semoga hidayah Allah meleraikan masalah mereka ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ummiLin,

      Ya saya juga pasti mereka sudah memesongkan hukum hakam Islam, berita sebegini boleh mempengaruhi remaja terutama yang beragama Islam di Malaysia. Tetapi kita tidak boleh sorok kisah ini drp pengetahuan umum, saya rasa perlu diberitahu bahawa perbuatan mereka adalah salah...

      Yang bestnya bila Zahed berkata "“Aku berubah untuk menjadi lebih beribadah dan berdoa; saya merasa lebih beragama, dan aku telah menunaikan Umrah dan haji sebanyak dua kali, untuk mencari sebuah kehidupan yang sederhana dan normal,” katanya"

      Wallahuallam....Hanya Allah sahaja yang mengetahui...

      Delete
  5. BILA MANUSIA LUPA HUKUM ALLAH..LUPA KEHIDUPAN SELEPAS MATI..INILAH JADINYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sarah,

      Mudah-mudahan pekara sebegini tidak akan berlaku di negara kita dan tidak berlaku dikalangan ahli keluarga kita dan keturunan kita semua...

      Delete
  6. Meski saya salah seorang dari golongan LGBT..namun...setiap kali solat saya akan doa untuk dipertemukan jodoh yang baik, mulia dan sempurna di mata Allah S.W.T...amin..moga diperkenankan dan dimakbulkan doa saya itu...bila baca dan tgok gambar kat entry ini...Astaghfirullah al azim...moga dijauhkan saya dengan perkara sebegini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SmilingGuy,

      Alhamdulillah semoga awak, saya dan semua diluar sana dijauhkan dari terlibat seperti pekara ini.... :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST