Thursday, 27 September 2012

SARAH - "BABI" ITU MEROGOL SAYA; MOGA DIA DIJANGKITI HIV BARU TAHU SIAPA YANG SUNDAL

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI.



Sesuatu musibah yang menimpa diri kita itu, pasti ada rahmat dan kebaikan yang terselindung menanti kita dikemudian hari. Dan kita kena tahu bahawa sesuatu dugaan yang dasyat menimpa diri kita pasti akan ada insan yang lain ditimpa dugaan lebih dahsyat lagi teruk daripada yang kita alami.
 
Saya mendapat kisah ini dari seseorang yang sudi berkongsi derita, bukan mahu menagih simpati katanya tetapi sekadar buat pengajaran dan renungan semua pembaca diluar sana. Panjang emailnya bercerita, tapi kita terus sahaja kepada kisah yang hendak dipaparkan disini;

Saya namakan wanita malang ini dengan nama Sarah (bukan nama sebenar), kerana keyakinan Sarah terhadap seorang rakan email saya iaitu Puan Zakiah (bukan nama sebenar), Sarah tanpa dipaksa sudi bercerita kisah pahit yang menimpa dirinya kepada Puan Zakiah dan melalui rakan email saya, Sarah membenarkan saya untuk menulis kisahnya didalam blog ini;


Luahan derita wanita bernama Sarah

Saya sekadar ingin berkongsi derita bukan untuk menagih simpati. Kisah hitam yang saya alami ini bermula ketika umur saya 16 tahun lagi, saya telah dirogol oleh ayah kandung saya sendiri. Saya dirogol sesuka hatinya sehingga lah sampai keusia 20 tahun. Saya cuba mengadu kepada emak tetapi emak tidak mempercayainya malah saya pula dituduh emak cuba mengfitnah ayah sendiri. Hampir setiap hari saya dimaki hamun oleh emak dengan kata-kata buruk seperti sundal, sial dan pembawa celaka kerana sanggup mengfitnah ayah kandung sendiri.
  
Ketika usia 19 tahun, saya semakin tidak tahan dan telah melarikan diri dari rumah. Saya menuju ke rumah saudara saya di ********. Malang sekali menimpa diri ini, saya telah dijadikan mangsa rogol beramai-ramai di dalam sebuah stor kilang buruk yang terbiar oleh sepupu perempuan (diketuai) saya sendiri. Kejadian diperkosa beramai-ramai itu telah membuatkan saya pengsan tidak sedarkan diri dan apabila sedar saya dapati diri sudah terlantar di Hospital **********
photo dari : chong-ebiz.com

Ya Allah sebaik mata saya dibuka, sudah kedengaran makian dari mulut emak sendiri disisi katil, maki hamun yang dihemburkan melemahkan saya bila mendengarnya dan membuatkan saya kembali tidak sedarkan diri.

Ya Allah saya tidak pernah terfikir betapa buruknya nasib saya, akibat kejadian itu rahim saya rosak teruk sehingga terpaksa dibuang. Atas nasihat doktor yang perihatin, dia nasihatkan agar saya memulakan hidup baru. 

Selepas lima bulan dari tarikh tersebut saya kembali bekerja di Kota ******** sebagai pembantu kedai *******. Tuanpunya kedai tersebut yang berbangsa cina sungguh baik hati. Dan dikedai inilah Sarah mula mengenali rakan email saya Puan Zakiah, Sarah kerap melihat kelibat Puan Zakiah datang membeli dikedai tersebut, ketika itu Sarah masih belum terjumpa atau terbaca blog Naj Mi kerana ketika itu Sarah masih belum disahkan HIV positif.

Setelah disahkan HIV positif, saya masih terus diterima bekerja di kedai tersebut, nasib saya sangat baik kerana “tokey” benarkan saya untuk terus bekerja dan minta saya supaya terus menyimpan rahsia dengan baik. Sejak itu hampir setiap hari saya membuka blog Naj Mi, saya baca berulang kali setiap entry yang ditulis, waktu rehat juga saya masih mengambil peluang membaca, ambil semangat untuk terus hidup. 

Kadang-kadang saya berangan abang Najmi menjadi suami saya, sudah tentu saya akan bahagia kerana dia mungkin faham segala penderitaan yang saya alami dan kemungkinan dia boleh meringankan penderitaan saya ini.


Bagaimana saya mengenali Puan Zakiah

Saya mengenali Puan Zakiah melalui blog abang Naj Mi, dan pernah terserempak dengan Puan Zakiah ketika di klinik, ketika hendak mengambil ubatan HAART. Saya nampak ada seorang wanita memakai jubah berwarna cerah dan cantik berkasut tinggi bertali hitam. 

Saya rasa pernah melihat Puan Zakiah tetapi tidak ingat dimana. Saya tengok Puan Zakiah tetapi tidak berani memandang tepat kearahnya. Saya rasa kenal Puan Zakiah, saya lihat dia berbual dengan pesakit lain sebelum dia masuk berjumpa doktor. Puan Zakiah keluar dan duduk disebelah saya, saya tenung wajah Puan Zakiah dan saya yakin saya mengenali beliau melalui blog, ya saya kenal dia tetapi dia tidak mengenali saya. Apabila dia tersenyum melihat saya, saya pula menjadi kelu hendak menegur. 

Saya suka melihat gerak geri Puan Zakiah, dia membelek handphone ditangan dan sesekali saya pandang kearahnya dan senyum. Saya segan hendak menegur, Puan Zakiah sangat "sweet" dan baik sebab dia selalu senyum pada saya bila mata kami bertembung. Saya rasa Puan Zakiah bukan melayu tulen, kulitnya putih melepak, muka manis macam cina dan cara Puan Zakiah bercakap tidak seperti melayu  tulen.

Nama kami berdua dipanggil serentak, saya mengambil ubatan HAART dan Puan Zakiah mengambil ubatnya. Puan Zakiah melihat ubatan saya dan dia tersenyum, semasa berselisih dipintu klinik, Puan Zakiah memegang bahu saya, saya rasa dihormati sangat sebab tangan Puan Zakiah yang putih bersih itu memegang tubuh pembawa HIV seperti saya. Saya rasa seperti ada kasih sayang dari sentuhan tangan Puan Zakiah. Saya ini pembawa kuman HIV dan dari air muka Puan Zakiah saya tahu dia mengetahui saya pembawa HIV tetapi dia mesra memegang bahu saya. Saya rasa sebak kerana orang seperti Puan Zakiah tidak geli memegang saya.

Puan Zakiah keluar kekedai nasi kandar dan makan sendirian, saya duduk dimeja lain dan memerhatikan Puan Zakiah makan, cara dia makan, cara dia duduk dan cara dia berbual dengan orang lain buat saya yakin dia seorang yang baik.

Setelah makan, Puan Zakiah lalu dibelakang kerusi saya, tidak muat kerana laluan agak sempit, sekali lagi dia menyentuh bahu kiri saya untuk lalu. Saya suka mendengar suara Puan Zakiah, sejuk rasa hati saya. Puan Zakiah, terima kasih kerana memegang belakang saya, saya rasa amat dihargai. 

Melihat Puan Zakiah bersama anak-anak, saya rasa ingin mengambil tempat mereka, teringin benar mempunyai seorang emak seperti Puan Zakiah. Saya yakin ibu yang baik akan melahirkan anak yang baik-baik.

Terima Kasih.


"Babi" itu memperkosa saya lagi

Untuk pengetahuan semua sudah beberapa kali telah saya gugurkan kandungan “bodoh” ini. Saya mengira kitaran haid saya dengan teliti kemudian saya makan dan minum nenas muda, ya nenas muda menjadi amalam rutin harian saya. Apabila haid saya datang dalam jumlah yang banyak saya sangat bersyukur, sudah pasti saya tidak mengandung.


Baru- baru ini saya terpaksa pulang kerumah ibubapa kerana hendak menjengok melihat keadaan adik saya yang sakit. Ya Allah sekali lagi saya diduga, saya diperkosa lagi oleh  ayah kandung saya, tidak cukup tidak puas sungguh nafsu binatang ini. Dendam saya masih membara, pada ketika itu saya adalah pembawa virus HIV, doa saya agar kuman HIV membiak dan merebak kedalam tubuh badan ayah saya, harapkan berkopiah putih tetapi perangai seperti syaitan bodoh. Ya “babi” itu memperkosa saya ketika saya sudah pun ada HIV, alhamdulillah nanti baru mereka semua tahu siapa sundal yang sebenarnya.

Maaf kerana bercakap kasar dan biadap, inilah luahan gambaran rasa marah saya teramat sangat keatas perbuatan ayah yang merogol saya berulang kali.

Minta Abang Naj Mi tuliskan betapa pentingnya seseorang yang NON PLHIV untuk memahami kami (PLHIV). Tekankan peranan ibu supaya melindungi anak-anak gadis mereka serta peka dengan tindak tanduk suami mereka dan jangan jadikan anak gadis sebagai hamba seks percuma suami. 

Sampaikan terima kasih saya pada abang Naj Mi, saya doakan abang Naj Mi sentiasa sihat dan terus menulis. Terima kasih juga kepada Puan Zakiah kerana sudi menjadi rakan saya.


*Kisah terkini Sarah klik dientry ini "PERKEMBANGAN KEHIDUPAN SARAH, MANGSA SUMBANG MAHRAM"





Wednesday, 26 September 2012

KISAH PEMBAWA HIV 6 TAHUN YANG HIDUP SENDIRIAN



Kisah benar ini dirakam pada tahun 2010 yang lalu, mengisahkan tentang seorang anak bernama Ah Long yang hidup sendirian disebuah perkampungan dikaki bukit Gunung Malu, Liuzhou di Wilayah Guangxi, China. 

Umurnya baru berusia 6 tahun, kedua ibubapanya telah meninggal dunia akibat penyakit AIDS berturut-turut pada tahun 2008 dan 2010.


Orang-orang disekitarnya meminggirkan Ah Long hanya kerana dia dilahirkan dengan virus HIV yang mengalir dalam darahnya. Ah Long terpaksa menguruskan dirinya sendiri kerana kebanyakan orang takut mendekatinya. Satu-satunya sahabat sejatinya adalah anjingnya yang bernama Lao Hei yang selalu setia menemani disampingnya.


Satu-satu ahli keluarganya yang dia miliki adalah neneknya yang berusia 84 tahun. Kadang kala neneknya akan mengumjunginya dan memasak untuknya. Kerana virus HIV yang mengalir dalam tubuhnya menyebabkan orang-orang disekitarnya tidak menghiraukan Ah Long. Pihak sekolah tidak mahu menerimanya lagi, bahkan ibubapa murid disekolah bersepakat akan mencederakan Ah Long sekiranya Ah Long muncul di sekolah atau bermain dengan anak-anak mereka.

Bersama nenek yang sekali sekala datang membantu

Bahkan doktor enggan mengubatinya sejak Ah Long masih kecil lagi, penderitaan anak itu bertambah apabila Jabatan Kebajikan enggan menguruskan anak tersebut. Biro Awam setempatnya hanya menyediakan bantuan sebanyak 70 yuan sebulan atau sekitar RM33.87.

Jumlah ini tidak mencukupi untuk anak kecil seumur Ah Long untuk meneruskan hidup. Ah Long terpaksa juga menguruskan kehidupannya sendiri. Dia menanam sayuran seperti cabai, daun bawang dan memelihara ayam. Dia mencuci dan memasak sendiri. Dia tidur dan hanya berkawankan anjingnya sahaja.

Ada juga yang bersimpati dengan Ah Long dengan memberikannya pakaian, makanan dan selimut. Ada juga yang memberikan Ah Long 20 kilogram beras dan 5 kilo mee. Ada juga yang membawa dia surat khabar mingguan untuk Ah Long mengikuti berita yang berlaku di luar sana.


Sejak kisah mengenai Ah Long disiarkan oleh media, dia mula mendapat perhatian masyarakat luar termasuk pemerintah China. Sebuah rumah amal berpusat diibu kota Liuzhou telah bersetuju untuk menguruskannya. Ah Long juga mula mendapat perhatian dari orang ramai yang perihatin. Sebuah rumah dibina khas untuk Ah Long bersebelahan rumahnya yang lama dengan dua bilik tidur, ruang tamu serta sebuah toilet.

Kediaman baru yang dibina bersebelahan kediaman lama

Sebenarnya masih ramai kisah insan-insan terbiar pembawa virus HIV seperti kisah Ah Long berlaku serata dunia bukan sahaja di China, ramai yang terbiar dan terus terabai. Mereka tidak memilih untuk hidup bersama virus HIV kerana virus ini telah ditakdirkan untuk mereka warisi melalui ibubapa mereka, bukan salah mereka.


Photo-photo Ah Long ketika menjalani kehidupan seharian:

Walaupun dilarang kesekolah dia tetap rajin belajar

Ah Long kuat berdikari

Ah Long tanpa teman masih riang bermain sendirian

Bermain dengan motor mainan dan anjing kesayangan

Semoga menjadi pemain bolasepak tercapai

Ah Long mendapat bantuan kewangan sebanyak RM 33.87, mana cukup

Bercucuk tanam untuk kegunaan sendiri

Suasana dalam rumah Ah Long

Ah Long memasak

Kesan terbakar akibat terkena api ketika memasak

Mandi sendirian

Makanan yang sederhana

Menjadi pendekar kung fu mungkin cita-cita Ah Long

Sumber : Disini



Tuesday, 25 September 2012

PENGAKUAN LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

Pengakuan empat insan yang mewakili kelompuk golongan LGBT, yang mengidam kebebasan hidup mengikut naluri masing-masing.


Pengakuan Gay – Harry 28
“Mereka (masyarakat) hanya tahu bercakap, bukan mudah sebenarnya untuk kami lalui hidup dengan naluri begini. Kadang-kadang saya dihantui dengan bayangan sendiri,” kata Harry menceritakan pengalaman dirinya menjadi seorang gay.

Menurut Harry, adakala hidupnya cukup tertekan kerana sering dicemuh dan didesak berubah apabila berhadapan dengan keluarga serta sanak saudara berikutan tingkah laku dan perwatakannya yang lembut.

“Apa mereka ingat saya boleh berubah dalam sekelip mata. Saya pernah dipaksa berkahwin (dengan perempuan), bagaimana pun saya bekeras menolak dan terpaksa melarikan diri. Mereka (keluarga) tidak akan faham situasi kami (gay), apatah lagi masyarakat diluar sana. Mereka hanya tahu mendesak dan mengongkong kami, mengapa tidak memberi kami (kebebasan) hidup dengan naluri begini,” katanya.

Harry turut membidas orang tuanya yang selalu menyalahkannya memilih hidup demikian sedangkan keluarganya itu sendiri yang mendesak dan membiasakan dirinya bergaul dengan perempuan sejak kecil.

“Masa kecil dulu, saya dibiasakan berkawan dengan perempuan. Apabila saya menginjak kaki kesekolah, berkawan dengan lelaki memberi perasaan yang luar biasa terhadap saya.

“Saya lelaki, tetapi saya mahu mendampingi lelaki seperti kawan wanita yang lain. Lama kelamaan saya sedar, saya tidak boleh memilih teman hidup melainkan lelaki,” katanya.
Ketika ditemui, Harry ditemani pasangannya yang memperkenalkan dirinya sebagai Zam, 32, begitu pun pasangannya itu lebih banyak berdiam. Mereka mendakwa sudah bercinta hampir empat tahun.

Ditanya jika Harry sedar gaya hidup bebasnya sebagai lelaki homoseksual itu bertentangan dengan ajaran Islam, Harry menjawab dia tidak pernah membelakangkan agama selama bergelar seorang lelaki gay.

“Tidak bermakna jika saya gay, saya bukan Islam. Saya masih lagi Islam, Cuma naluri saya terhadap lelaki saja tidak dapat saya buang. Saya tidak mahu menipu diri saya, saya sukakan lelaki dan ia membuatkan saya bahagia. Antara saya dan agama, itu urusan saya dengan Tuhan,” katanya.

Mengenai gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) sebagaimana yang digerakkan Sekualiti Merdeka dinegara ini, Harry berkata perjuangan golongan itu hanya menyentuh hak asasi mereka dan untuk mengelakkan diskriminasi.

“Saya faham gerakkan begini terlalu menyentuh sensitivity umat Islam, tetapi setidak-tidaknya ada pihak perlu sedar supaya kami tidak didiskriminasi,”katanya.


Pengakuan Bisex – Aliff 42
Lelaki ini sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak hasil perkongsian hidup dengan isterinya selama 13 tahun. Namun, disebalik sifat lelaki, tersembunyi satu perasaan didalam diri Aliff yang menjadi rahsia buat dirinya sepanjang bergelar suami.

Siapa sangka, Aliff adaah seorang suami yang turut melakukan hubungan songsang sesama lelaki.

Menurut Aliff, tabiat itu sukar dibuang lebih-lebih lagi dia cukup tertarik dengan kaum sejenis.

“Saya berkahwin atas dasar ingin berubah dan kembali kepangkal jalan. Namun, naluri dan nafsu saya terhadap lelaki sukar dibendung. Walaupun sudah berkahwin, mempunyai anak dan isteri malah keluarga saya juga bahagia, perasaan songsang itu tidak dapat dihindarkan.

“Boleh dikatakan ketika saya melihat lelaki tulen, perasaan saya sama seperti melihat wanita seksi yang berjalan didepan mata. Malah, boleh dikatakan dalam setahun, lebih lima atau enam kali saya mencari pasangan homoseksual. Bagaimanapun, tujuan saya hanya untuk melepaskan nafsu tetapi tidak pernah terfikir untuk menjalin hubungan cinta kerana sayangkan keluarga,” katanya.

Menurut Alif, faktor utama menjadikan dirinya sebagai lelaki songsong ialah kerana sejak kecil lagi dia terbiasa memakai pakaian wanita.

Selain itu, lelaki ini lebih suka bergaul dengan kaum sejenis dan menjadikan perasaanya terhadap lelaki lebih kuat.

“Sejak kecil, ayah dan ibu saya inginkan anak perempuan. Malah sejak kecil juga, saya sudah dibiasakan dengan pemakaian budak perempuan. Mungkin sebab itu, naluri saya berubah bila semakin meningkat dewasa. Ketika sejak kecil sudah “dilatih” seperti itu, akibatnya saya menjadi mangsa.

“Pelbagai cara sudah saya buat untuk cuba kembali kepangkal jalan. Namun semuanya tidak berhasil. Akhirnya, saya pasti akan kembali kejalan songsang ini. Bagaimanapun, saya sedar hukuman dan dosa yang perlu saya tanggung. Untuk itu saya cuba mengawal diri selagi boleh untuk tidak terjerumus kearah maksiat berkenaan.

“Walaubagaimanapun, saya hanya manusia biasa. Sejauh mana saya mengawal perasaan dan nafsu, saya tetap akan melakukannya walaupun tidak selalu, “ katanya.


Pengakuan Lesbian – Lisa 27
Jika penampilan dan perwatakan menjadi ukuran, tiada siapa boleh menyangka Liza hanya berkeinginan dengan wanita saja. 

Daripada segi wajah dan penampilan, Liza bukan saja cantik malah pandai bergaya. Sebagaimana Harry, Liza juga menjadi lesbian kerana latar belakang hidupnya.

Cuma bezanya dengan Harry, dari zaman kanak-kanak hingga dewasa Liza hanya tahu berkawan dengan wanita.

“Pernah juga nak bercinta dengan lelaki, tetapi sya tidak selesa. Saya kekok apabila dengan lelaki, tidak seperti bersama dengan perempuan.

“Mungkin juga sebab pergaulan saya sejak kecil begini yang hanya ditemai wanita, tapi hakikat sebenarnya perasaan saya tidak pernah untuk lelaki. Ia semulajadi, ia perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata,” katanya.

Menurut Liza, berbanding lelaki gay, golongan lesbian lebih mudah menutup perwatakan mereka, kecuali lesbian jenis pengkid.

“Sebab itu, keluarga tidak mengetahui saya seorang lesbian. Penampilan saya sama seperti wanita lain, cuma saya hanya sukakan perempuan sebagai pasangan saya.

“Tidak semua lesbian mahu kelihatan seperti lelaki, begitu juga gay, bukan semua mahu kelihatan seperti perempuan. Ia soal naluri dan perasaan, ada yang Cuma ketahui apabila mengenali mereka (gay atau lesbian) dengan lebih dekat,” katanya.

Liza mengakui dia sudah mempunyai pasangan hidup, dan sudah bersama lebih lima tahun.

“Saya kenali dia sejak belajar di kolej dulu lagi. Kami tinggal bersama selepas habis belajar,” katanya.

Ditanya pandangannya mengenai LGBT, Liza berkata, masaalah lesbian tidak lah seperti mana yang dihadapi golongan gay.

“Gay biasanya lebih menonjol. Sama seperti transgender. Lesbian hanya pengkid yang menjadi perhatian, tetapi mudah untuk kami (lesbian) sembunyikan semua itu.

“Bagi saya, tak perlulah gerakan LGBT ini diteruskan, tidak ada kesudahannya, rakyaat dinegara ini tidak akan dapat menerimanya, mustahil. Lebih baik teruskkan hidup seperti biasa, tidak peduli pun,” katanya


Pengakuan Mak Nyah (Trans gender) – Elis 29
“Bukan saya meminta jadi begini. Tetapi mungkin ia adalah takdir kami. Lagi pun bukan mudah berada didalam golongan ini. Dikeji dipinggirkan masyarakat dan keluarga serta berdepan dengan dosa yang amat besar adalah risiko yang sya lalui.

Sejak kecil, saya mempunyai naluri sebagai seorang perempuan. Walaupun susuk tubuh dan pandangan luaran saya adalah lelaki, tetapi jiwa saya lebih kepada wanita.

Kini bila sudah dewasa dan boleh menentukan hala tuju sendiri, saya memilih untuk menjadi “wanita” kerana naluri saya adalah naluri kaum berkenaan,” kata Elis atau nama sebenarnya, Redzuan 29.

Berbeza sepert gay, Elis lebih menyerupai perempuan tulen. Dengan menyimpan rambut panjang, mengunnakan botox agar kulit menjadi putih gebu dan pembedahan plastic membesarkan payu dara adalah elemen biasa bagi golongan ini.

Katanya, golongan mak nyah sepertinya lebih cenderung mencari lelaki tulen sebagai pasangan hidup.

“Bukan saya tidak terfikir untuk berubah. Malah beberapa kali saya cuba mengubah diri kepada lelaki tetapi tidak berjaya. Walaupun secara luaran saya adalah lelaki, namun hati dan jiwa saya tetap sama.

“Saya tidak meminta untuk dilahirkan sedemikian. Menurut fahaman saya, golongan seperti saya ini mengalami masaalah berkaitan genetic. Malah faktor hormone turut menjadi penyebab mengapa saya tidak mampu berubah menjadi lelaki tulen,” katanya.

Syukur kerana saya dikurniakan HIV


Pandangan Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Undang-undang), Angkatan Belia Islam Malayia (Abim) Mohd Khairul Anwar Ismail tentang LGBT.

Semakin lama semakin ramai pula golongan sebegini yang berani tampil secara terbuka, lebih-lebih selepas munculnya satu gerakan yang dikenali sebagi Seksualiti Merdeka, satu pegerakan yang memperjuangkan hak dan kebebasan golongan LGBT.

Walaupun pelbagai sekatan dibuat kerajaan untuk menghalang gerakan ini daripada terus bercambah, mereka masih aktif terutama melalui blog dan laman web sosial.

Ia sebenarnya bukan gerakan yang boleh dipandang ringan, kalau dibiar ia akan melarat dan menjadi barah dalam masyarakat. Itu diakui sendiri Pandangan Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Undang-undang), Angkatan Belia Islam Malayia (Abim) Mohd Khairul Anwar Ismail.

Menurut Khairul yang juga peguam, menegaskan golongan berkenaan melaui Sekualiti Merdeka cuba mendesak kerajaan supaya LGBT diterima dalam undang-undang negara sebagai warganegara yang setaraf dengan golongan heteroseksual, yakni golongan manusia yang memiliki naluri normal.

“Mereka menuntut pekara itu melalui hak asasi kemanusiaan dan kebebasan dalam undang-undang negara dengan harapan kecenderungan seksualiti seseorang perlu diambil kira dalam undang-undang, tidak hanya terhad pada ketetapan seks, gender dan orientasi seksual sedia ada.

“Secara mudahnya, golongan ini mahu supaya LGBT ini sama taraf dengan golongan normal, sama seperti penerimaan masyarakat barat terhadap mereka,” katanya.

Mohd Khairul tidak menolak seandainya gerakan LGBT dinegara ini cuba mempertahankan hak mereka daripada diskriminasi dan layanan buruk masyarakat, ia adalah hak dan kebebasan mereka untuk bersuara.

Bagaimana pun katanya, tidak perlu hingga membuat desakan supaya meminta LGBT itu sama taraf dengan golongan lelaki dan perempuan normal.

“Jika mereka katakan mengenai diskriminasi dan layanan buruk, ada undang-undang yang mereka boleh ambil untuk tindakana lanjut. Undang-undang negara kita sudah cukup lengkap untuk mempertahankan sesiapa sahaja.

“Perlu diingat juga, Malaysia Malaysia adalah sebuah negara Islam, dan undang-undangnya berpaksikan ajaran Islam itu sendiri. Ia perlu dihormati,” katanya.

Selain itu Mohd Khairul berkata, walau apapun bentuk hak yang didakwa cuba untuk golongan ini memperjuangkan, ia sebenarnya adalah agenda tersembunyi untuk menghapuskan undang-undang sedia ada berkaitan seks luar tabii dan liwat.

“Apa yang membimbangkan, mereka sebenarnya cuba meraih simpati masyarakat antarabangsa kepada hak mereka dengan harapan dapat memberi tekanan kepada pihak berkuasa menghapuskan undang-undang berkenaan.

“Dengan penghapusan undang-undang ini, ia sekali gus menjadikan akan menjadikan hubungan songsang ini sebagai hak seribadi semata-mata. Tidak mustahil selepas itu mereka meminta pula untuk membenarkan perkahwinan sesame jenis,” katanya.

Mohd Khairul menegaskan sekalipun penggerak gerakan LGBT dinegara ini mendesak supaya suara mereka turut diberi perhatian, ia tidak patut dipertimbangkan.

“Mereka adalah minority, dan apa yang mereka lakukan (melalui gerakan Seksualiti Merdeka) adalah tindakan yang boleh menganggu ketenteraman awam.

“Sewajarnya, mereka patut menghormati suara majority dan jangan timbulkan keadaan yang tidak disenangi masyarakat majority,” katanya.

Mengulas mengenai lapuran depan Metro Ahad hari ini, Khairul berkata ia adalah contoh bagaimana kumpulan ini cuba menerapkan fahaman liberalism, terutama berkaitan LGBT kepada generasi muda dan ia sebenarnya penyakit sosial yang sangat membimbangkan.

“Saya tidak takut dengangerakan Sekualiti Merdeka, ia mudah dipatahkan. Hiburan melampau dan pesta LGBT sebegini lebih berbahaya.

“Dari situ lah generasi muda ini mudah terpengaruh dan mereka akan terdedah dengan pelbagai maklumat tidak betul mengenai kelakuan mereka. Mereka akan bertuhankan Barat,” katanya.

Sumber Metro Ahad 23 Sept 2012 

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (58) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST