Thursday, 23 August 2012

YA ALLAH SIHATKAN KEMBALI RAKANKU ANITA

Hari ini raya ke 5 kita dalam bulan Syawal, saya baru pulang beraya dirumah adik di KL. Semasa dalam perjalanan pulang dan setiba di rumah saya mendapat satu berita yang agak menyedihkan.


Beberapa bulan lalu, seorang kawan perempuan yang pernah bersama-sama memperaga pakaian dipentas peragaan di sekitar bandar, ada datang ke pasar dan bertemu dengan adik perempuan dan kakak saya. Dia bercerita bahawa dia telah disahkan mengidap kanser pada tahap ke 3 dan dia juga hanya baru menyedari tentang pekara itu. Doktor hanya memberi jaminan peluang untuknya hidup selama setahun sahaja. Pada ketika itu sesiapa sahaja yang mengaku sebagai kawan pasti akan berasa sedih bila mendengar berita itu.  

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Saya cuba bayangkan saya berada ditempatnya, bagaimana saya boleh menerima kata-kata doktor yang mengatakan peluang hidup kita hanya ada setahun sahaja lagi. Sudah tentu sedikit sebanyak rasa ketakutan pasti menyelubungi diri kita. Bagaimana kawan perempuan saya itu menghadapi situasi seperti itu? Hendak tak hendak dia terpaksa menghadapi segala dugaan ini. Ketika itu dia masih kuat berjalan ke pasar walaupun sudah disahkan tidak ada harapan untuk hidup lama.

Rayu nya kepada adik dan kakak saya ketika itu, "Doakan yang terbaik buat dirinya, dia juga meminta adik dan kakak perempuan memberitahu rakan-rakan yang lain supaya mendoakan yang terbaik buat dirinya"

Saya namakan kawan perempuan saya ini dengan nama Anita (bukan nama sebenar) berusia sekitar 40an. Anita antara yang aktif memperaga fesyen pakaian dipentas bersama-sama dulu, dia seorang yang periang, gila-gila dan berperwatakan manja. Anita mempunyai kulit yang putih serta mulus dan gebu, sudah tentu cantik lawa dan menarik. Bezanya dengan rakan-rakan yang lain, selain bertubuh agak tinggi dia juga mempunyai tubuh yang montok dan senang kata sangat mengiurkan. Aset yang berharga ialah dadanya yang bersize "L". Lenguknya pasti mengundang siulan penonton. Tetapi itu dulu.

Sudah hampir 10 tahun saya tidak bersua muka dengan Anita kerana kesibukan bekerja dinegara orang, saya hanya terkejut mendengar perkembangan tentang dirinya hanya beberapa bulan yang lalu.


Sebentar tadi sebaik saya tiba dari KL, adik perempuan saya menerima berita bahawa Anita sudah nazak terlantar diatas katil dirumah. Doktor sudah habis ubat untuk diberi padanya lagi. Keluarganya juga diarah untuk membawa pulang Anita kerumah. Kedua-dua payu daranya juga sudah lama dikorek dan dibuang, tiada lagi aset size "L"nya itu. Ketika ini serangan kanser sudah merebak kehampir seluruh dalam badan Anita.

Terus adik perempuan serta kakak merancang untuk melawatnya dirumah secepat mungkin. Perasaan kesihan kembali muncul dalam hati ini. Apa yang boleh saya buat, saya hanya mampu berdoa yang terbaik sahaja buat dirinya pada ketika ini.

Insyaallah esok atau lusa pasti saya akan ziarahnya dirumah, sudah bertahun tidak bersua muka dan insyaallah saya akan pastikan Anita pada ketika ini tetap bersemangat dan insyaallah saya nak pastikan semampu mungkin supaya amalan ibadah terutamanya solat tidak ditinggalkannya pada saat-saat genting ketika ini.

Saya kembali bayangkan bagaimana sekiranya saya pada hari ini ketika ini berada ditempatnya. Sedang sakit terlantar dan tidak punya harapan, hanya terpaksa menanti malaikat maut datang menjemput pada bila-bila masa. Pasti ketakutan melanda diri ini, tentu teringat kembali tentang amalan yang pernah saya buat selama ini, adakah cukup untuk bekalan diakhirat kelak, risau bila teringat tentang malam pertama dialam kubur kelak. Saya kembali risau bila memikirkan tentang Anita.

"Ya Allah ya Tuhanku Engkau sembuhkan lah rakan ku itu, berikanlah kepadanya kekuatan semangat dan sihat seperti sediakala.

Ya Allah sekiranya takdir ajalnya tiba Engkau ambillah nyawanya dalam keadaan husnulkhatimah, permudahkanlah ketika nyawanya ketika diambil dan tempatkanlah rakan ku itu ditempat orang-orang yang beriman.

Selagi nyawanya dikandung badan aku tetap berdoa agar Engkau panjangkanlah umurnya, sembuhkan dan sihatkanlah kembali rakanku ini ya Allah ya Tuhan ku."

Adakah ada insan yang akan mendoakan pada diri saya ini kelak pada suatu hari nanti?
Sambung disini






6 comments:

  1. Apa khabar dengan Anita sekarang Najmi...?
    Semoga Anita sehingga sekarang tetap sihat dan terus kuat ye melawan penyakitnya tu ...

    Teringat pula pada Anita sahabat Najmi ni...
    Sy doakan moga Anita sentiasa dalam rahmat Allah..Amin

    syukran jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran jazillan

      Alhamdulillah, baru beberapa hari lalu Anita berjumpa dg kakak saya, dan dalam nada bergurau dia kata, dia rasa macam bukan menghidap kanser tahap 4, sebab ia masih dapat menjalani hidup dengan gembira dan masih kuat kepasar membeli barang rumah, insyaallah doakan agar Anita terus kuat dan panjang umurnya.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST