Saturday, 11 August 2012

SAUNA SONGSANG DI MALAYSIA SEMAKIN MENCAPAI STANDARD ANTARABANGSA

Entry ini ada kaitan dengan kehidupan saya sebelum ini, tiba-tiba terasa ingin menulis berkenaan kisah disebalik sauna (pusat kesihatan) setelah menerima panggilan talipon dari rakan cina saya dari Kuala Lumpur minggu lalu. Entry ini telah lama saya siapkan cuma tidak pasti bila hendak klik dan publishkan, oleh kerana ianya melibatkan kisah yang berlaku dalam bulan Ramadhan so saya terpaksa postkan juga.

Sauna maybe agak asing dikalangan kita di Malaysia maybe agak asing dikalangan “normal” tetapi ianya tidak asing bagi songsang. Kegiatan sauna songsang semakin berkembang secara haram disebalik lesen (pusat kesihatan) yang diberi di tanah air kita ini.

Apa perasaan anda?

Sepuluh minit sebelum berbuka puasa beberapa hari yang lalu, rakan saya yang tinggal di KL call saya memberitahu bahawa ia baru sahaja pulang dari sebuah sauna baru di Selangor. Sebuah sauna yang mirip dengan sauna di Amarika katanya yang dia belum pernah nampak ada sauna seperti itu di Malaysia lagi. Kelebihan sauna tersebut ianya dilengkap dengan screen layar besar menayang “Blue Songsang” terbaru sepanjang masa.

Kebetulan dia pergi pada hari jumaat minggu lepas, tema pada hari itu memerlukan pengunjung berbogel disekitar dalam kawasan tersebut dan hanya dibekalkan dengan satu tuala kecil bagi menutup “anu”, jika anda berani simpankan sahaja tuala tersebut dalam loker.

Sepanjang pengetahuan saya sauna di Malaysia, selain mempunyai bilik mandi yang terbuka ianya juga punya berpuluh bilik kecil yang lain sama ada terang atau gelap dan dilengkapi beberapa peralatan “gym” sekadar untuk mengaburi mata pihak berkuasa.  Dan yang penting mesti ada sauna dan “steam room” yang gelap. Lain tempat lain ragam bentuk dekorasi dalamannya. Dan tujuan utamanya adalah sebagai tempat pertemuan untuk melepaskan nafsu secara bebas.

Saya becerita ini hanya untuk memberi gambaran lebih jelas kepada golongan “normal” diluar sana dan anda semua yang membaca perlu tahu bahawa kewujudan sauna songsang semakin berkembang di negara kita terutama di sekitar ibu kota.


Singapore - Negara ini semakin menerima golongan LGBT, kerana itu terdapat hampir lebih sepuluh sauna untuk songsang dinegara ini. Beberapa buah terdapat disekitar China Town, terdapat sebuah di Bugis yang terletak bersebelahan dengan Masjid utama di Arab Street  dan disekitar Raffles City serta City Hall. Seperti di negara kita ianya pasti mempunyai sauna dan steam room. Bilik kecil gelap yang banyak adalah sesuatu yang wajib yang perlu ada serta peralatan “gym”. Di Singapore tempat seperti ini juga dibina kolam mandi, kebiasaanya golongan ini akan mundar mandir dan berulang alik keluar masuk kedalam kolam dalam keadaan bogel serta jakuzi.

Terdapat dua sauna yang "high class" di Singapore – One Seven dan Towel Club kedua-duanya terletak disekitar pusat bandar (City Hall) tumpuan pelancung dan kawasan pusat menbeli belah terkenal. Dekorasi dalamannya memang “class” kedua-duanya dikunjungi ramai pelancung asing dan dikalangan mereka yang berstatus.

Seperti sauna-sauna yang lain di negara ini One Seven dan Towel juga pada setiap hari menetapkan tema khas yang perlu dipatuhi oleh para pengunjung, seperti spedoo dan naked dan sebagainya berbeza tema pada setiap hari dengan bayaran sekitar SD20 – SD30. Dan kebiasaannya terdapat diskaun bagi mereka yang berumur sekitar bawah 21 tahun. Adakalanya remaja dibawah umur 21 tahun ini dibenarkan masuk percuma.


Segala peralatan dalam kedua-dua sauna ini agak lengkap dan terkini. One Seven juga menayangkan “blue” disebuah screen besar dalam satu ruang bagi membangkitkan ghairah selain bilik yang berbagai rupa yang menawarkan berbagai peralatan seperti rantai, penjara, buaian dan sebagainya untuk keseronokan pengunjung. Hampir lima tahun saya tidak pernah berkunjung ke negara ini yang pasti sauna di negara ini pasti berkembang.

Hong Kong – Sauna terdapat disekitar kawasan utama seperti di Mongkok, Thimsashui dan dibeberapa kawasan tumpuan orang ramai. Anda hanya perlu pergi kesebuah sauna sahaja untuk mendapat maklumat lokasi sauna yang lain disekitar bandar raya ini. Mereka juga mempunyai hubungan dengan sauna di Singapore, kadang-kadang anda akan mendapat koupon diskaun untuk masuk ke sauna di Hongkong semasa anda mengunjungi sauna di Singapore. Sepanjang yang saya tahu masih tidak ada sauna di sini yang sehebat seperti One Seven atau Towel Club di Singapore tetapi sekarang saya tak tahulah, yang pasti kelengkapan asas mesti ada.

Beijing – Bandar ini mempunyi banyak “Bath House” sering dikunjungi oleh semua golongan tidak kira tua dan muda, bath house sudah menjadi budaya buat masyarakat di China sama seperti di Korea mahupun Jepun. Kerap kali saya berkunjung ke bath house ketika musin dingin.

Pemandangan biasa bath house "lama" di sekitar China. Chinese will go to a bath house to take a proper shower

Terdapat sebuah bath house yang hanya dikunjungi oleh golongan songsang (yang saya tahu), ketika berjalan tanpa sengaja saya ternampak beberapa pemuda masuk kesatu lorong dalam satu kawasan sekitar tidak jauh dari Tianamen Square. Dengan pertolongan dan dorongan syaitan gerak hari saya tahu bahawa itu adakah bath house untuk golongan songsang, saya mengikut dari belakang.

Ya benar bath house ini dikunjungi oleh golongan songsang dan seperti bath house yang lain, ianya mempunyai tempat mandi yang terbuka tetapi tiada “gym” tetapi masih tetap mempunyai sauna dan steam room. Berbeza dengan bath house yang lain disekitar Beijing, bath house ini ada mempunyai banyak bilik di tingkat atas. Ada ketika polis datang masuk memeriksa tetapi kerana tiada kegiatan yang mencurigakan maka tiada tindakan yang diambil. Keadaan sama terdapat juga di Shanghai, dan terdapat ramai "money boy" dalam bath house disana.

Rekabentuk dalaman Sandunovskiye, bath house di Moscow

Moscow – Mempunyai sebuah bath house yang paling terkenal "Sandunovskiye", alhamdulillah tidak terjumpa setelah puas turun naik "metro" mencari.  Seperti kebanyakan bath house di China, bath house ini bukan dikhas untuk golongan songsang tetapi didatangi semua peringkat umur dan latarbelakang.

Ulaan Baator - Bath house ada dimerata-rata, dibawah flat rumah pangsa pun ada tetapi tidak jumpa yang khas untuk golongan tersebut.


Thailand – Rasanya lebih banyak bilangan sauna dari tokong di sini. Negara ini amat terkenal dengan kegiatan pelacuran yang merupakan punca pendapatan utama negara (betoi kan). Mempunyai lebih banyak sauna yang setanding hebat seperti di Singapore antara yang terkenal dan hebat ialah “Babylon and Barracks”. Bukan sahaja di Bangkok, sauna untuk golongan ini terdapat banyak di bandar-bandar utama seperti Phuket, Chiang Mai dan Pattaya.
 
Kuala Lumpur – Seringkali kita disogokkan dengan cerita kisah anggota penguatkuasa yang menyerbu pusat-pusat hiburan yang menawarkan wanita-wanita disekitar Selangor. Hari ini diserbu esok ia beroperasi kembali. Sudah menjadi lali bagi kebanyakan kita sehingga sudah tidak kisah lagi dengan berita-berita yang di paparkan. Pusat gay juga tidak terkecuali.


Saya teringat satu ketika dulu rakan cina saya di KL call saya ditengah malam, menyuruh saya meneka dimana ia ketika itu. Sukar untuk meneka akhirnya ia mengaku berada di balai polis selepas ditangkap bersama yang lain ketika berada di rumah urut songsang di KL. Ujian kencing diambil dia terpaksa menghabiskan masa sehingga pagi di balai polis tersebut.

Kenapa kebanyakan kita tidak ambil kisah? Kerana ianya tidak melibatkan diri kita atau ahli keluarga kita atau jalan mudah untuk kita mengelak dari membicarakan tentang masaalah ini ialah memberi alasan “segalanya kerana politik”. Kerana politik pekara ini dibangkitkan dan bla…bla…bla...bla….

Begitu juga kisah songsang, pada ketika ini, hari ini kisah ini agak senyap, bagaimana sekiranya akhbar mula memaparkan secara berterusan tentang aktiviti songsang dan liwat di Malaysia ini, maka akan ada yang berkata semuanya kerana disebabkan politik kerana hendak pilihanraya kerana hendak memusnahkan kerier seseorang individu bla...bla...bla…bla....


Saya sebenarnya tidak pasti berapa banyak bilangan sauna dan pusat urut songsang di Malaysia terurama di sekitar ibukota, yang pasti terdapat sekitar hampir 3 buah di Brickfield dan sebuah di Bukit Bintang terdapat juga sebuah di Chow Kit Road dan sebuah di Jalan Ipoh. Lain-lain tempat seperti di Cheras, Miharja dan Damansara. Itu yang saya tahu bagaimana ditempat yang lain disekitar Selangor, Johor Baharu dan Penang?

Sudah tentu ada yang baru beroperasi seperti mana rakan saya beritahu pada minggu lalu.

Yang lebih best sauna yang rakan saya kunjungi semalam menyamai standard seperti di USA katanya lah. Sauna ini merupakan sebuah lagi sauna yang baru saya tahu wujud beroperasi, saya pasti tentu ada beberapa buah sauna seperti itu yang wujud dinegara kita yang kebanyakan kita tidak tahu terletak dimana. Pernahkan anda semua risau dengan kewujudan sauna yang semakin banyak dinegara kita ini?

Sebaik selesai rakan saya becerita tentang sauna tersebut, tiba-tiba ada keinginan hendak pergi menjenguk. Hahaha maknanya saya masih belum sempurna. Kemudian saya fikir pula macam mana dengan solat? Jika kita masuk kesauna pasti solat maghrib akan ditinggalkan kerana kebiasaanya sauna dibuka waktu petang, petang adalah masa terbaik untuk "bercaklimpong" dalam sauna yang kebanyakannya dibuka sekitar pukul 5 petang sehingga 11 malam.

Alhamdulillah sepanjang yang saya ingat setelah saya diberi kesedaran Allah, solat saya akan cuba lakukannya dalam waktu. Kerana ada sifat menjaga solat dalam waktulah yang membuatkan saya tawar hati hendak berkunjung ke tempat-tempat seperti ini.

Pernah satu ketika dulu, saya cukup menjaga solat dalam waktu tetapi dalam masa yang sama syaitan masih mendesak saya untuk mengunjungi sebuah sauna di Brickfield. Ya, saya masuk juga sekitar pukul 5 petang, tetapi ketika berada didalam saya kerap melihat masuknya waktu solat maghrib ketika itu. Sepuluh minit sebelum masuk waktu maghrib saya minta kebenaran keluar dari sauna dan pergi berjemaah di masjid India berhampiran sauna tersebut, selesai solat saya kembali masuk ke sauna. Pelik bukan. Melakukan pekara tidak baik tidak semestinya solat perlu kita tinggalkan walaupun ianya pelik.

Tapi itu dulu.


Saya pernah terbaca kisah di Jakarta sekumpulan pelacur yang menjaja diri berhenti bekarja untuk menunaikan solat.

Ramai yang beranggapan kalau sudah melakukan perbuatan keji maka solat tidak perlu kita buat kerana Allah pasti tidak akan terima amalan kita. Pada saya itu salah jika terlanjur atau kerap melakukan maksiat sekali pun, solat jangan kita tinggalkan, samaada Allah hendak terima atau tidak itu soal lain, yang penting tiang agama perlu kita cuba tegakkan. Walaubagaimanapun sebaiknya elakkan dari pekara seperti ini dari berlaku.

Bagaimana dengan orang yang makan rasuah, menipu dan mengfitnah tetapi tetap mengerjakan solat? Alhamdulillah seperti yang selalu saya katakan, amalan seperti diatas telah semakin lama jauh saya tinggalkan, maybe berkat kesungguhan menjaga solat dalam waktu sejak dulu lagi kut.

Rezeki yang saya perolehi pada setiap bulan amat sedikit tetapi tetap mencukupi. Bila difikir kembali kenapa Allah hadkan rezeki saya, saya pasti tentu ada sebabnya. Saya rasa sekiranya rezeki saya banyak melimpah ruah, kemungkinan langkah kaki saya kembali ligat seperti dulu. Alhamdulillah rezeki yang sedikit itu masih mampu saya bersedekah pada setiap minggu.

Rakan cina saya di KL pernah mengajak saya ke Hongkong atau Macau atau Bangkok atau Chiang Mai, katanya ia belanja. Bukan saya tidak hendak ikut pergi tetapi saya memikirkan pertama soal berkaitan solat, lebih teruk kalau ikut dia pasti sauna adalah tempat lawatan utama kami. Alhamdulillah sehingga kita saya masih terus memberi berbagai alasan, dia juga nampaknya semakin sibuk.

Penang dan Georgtown juga boleh tahan setanding dengan KL

Berbalik kisah sauna baru yang wujud di Selangor (saya tahu lokasinya dimana) dan dikunjungi rakan cina saya minggu lepas, lebih memeranjatkan apabila katanya terdapat remaja dan lelaki melayu yang berkeliaran dalam keadaan bogel (siang dalam bulan Ramadhan), yang pasti selagi keinginan belum tertunai selagi itu pintu keluar sauna tersebut mereka tidak akan nampak.

Untuk pengetahuan semua yang tidak tahu, seperti kebanyakan sauna, sauna tersebut juga ada "daily themes" nya yang tersendiri. Isnin - twin power, Selasa - blackout, Rabu - gen-Y galore (remaja bawah 24 tahun boleh masuk free), Khamis - expose, Jumaat - fundoshi, Sabtu dan Ahad  - swim wear, underwear or nothing.

Remaja bawah umur 24 tahun boleh masuk dengan kadar bayaran hanya RM10 sahaja dan terbaru pada setiap Sabtu dan Ahad remaja boleh masuk percuma dan yang pasti sudah tentu mereka akan terdedah mendapat jangkitan berbagai penyakit kelamin atau jangkitan HIV.

Siapa remaja melayu tersebut yang berada disana waktu siang dalam bulan Ramadhan? Anak lelaki kitakah? Adik kitakah? Saudara kitakah? Kawan kitakah? Atau mungkin suami kita?

Yang pasti mereka tidak faham atau tahu hukum hakam berkaitan perbuatan yang telah dilakukan mereka dalam Islam. Terutama bila berlaku dalam bulan yang mulia ini. Dalam kes golongan normal si suami dikenakan kifarah, salah satu berikut; iaitu:
1) Dia wajib membebaskan seorang hamba (Nota: Zaman ini tiada hamba yang boleh dibebaskan), justeru itu si suami terpaksa memilih dua pilihan yg lain, iaitu
2)  Berpuasa selama dua bulan berturut-turut (Nota: Si isteri tidak dikenakan kifarah); atau
3)  Dia memberi makan 60 orang miskin, jika tak mampu berpuasa dua bulan berturut-turut. Dalam pada itu, dia perlu tetap menggantikan semula puasanya yang tertinggal pada hari dia menyetubuhi isterinya itu, yakni sehari di luar bulan Ramadhan. (sumber google)

Haa.... itu kes "normal" macam mana dengan kes tak normal, seperti saudara kita yang mencari mangsa dalam sauna diatas tu?

Hendak salahkan siapa?

Hendakkah kita terus biarkan sauna seperti dinegara lain itu wujud tanpa kawalan  berterusan dinegara kita? Suatu hari kesannya pasti akan terkena pada batang hidung kita sendiri. Terus terang saya agak risau dengan perkembangan ini, selain ianya boleh mempengaruhi anak-anak remaja Islam yang lain juga boleh mempengaruhi orang-orang seperti saya yang sekian lama telah cuba menjauhi tempat-tempat seperti ini.


35 comments:

  1. salam. Najmi n3 yg perlukan tindakan ramai pihak, pd masa yg sama sy dan ibubapa yg lain minta jasa baik najmi bgmn permulaan naluri songsang itu bermula, punca dan daya tarikan sbb saya dpt tahu ada knk2 lelaki sek rendah dh menjadikan gay sbg gaya hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gay, lesbian..kadang-kadang, kami dilahir memang dengan naluri ini, naluri yang datang tanpa kami mahu, apatah lagi jemput. Ini ujian yang tertanam pada kami.

      cuma,ianya menjadi benar2 tegar bila benih yang telah sedia ada..disiram dan dibaja.

      cuma jika ada parents yang dapat kesan anak mereka gay. dekatkanlah dengan ilmu agama, sangat2. Moga nanti..anak2 ini tabah dan kuat berjuang.

      Delete
    2. Insan Fakir,

      Saya setuju dengan apa yang awak katakan tu, naluri itu dtg tanpa kita jemput, ya ini merupakan ujian keatas kita. Dan buat ibubapa yang mengesyaki anak mereka terarah kepada genjala ini mereka perlu bertindak cepat, mereka perlu bijak menangani masaalah ini, jangan buat tak tahu dengan alasan sibuk bekerja dan sebagainya. Ada juga ibubapa yang sudah dapat mengagak tapi buat tak tahu aje. Asas agama amat penting.

      Cuba ingatkan kembali sejak bila naluri ini wujud dalam jiwa kita, bagi diri ini ianya bermula sejak akhil baligh lagi, bukan dibuat2 memaksa hendak jadi begini.

      Delete
    3. Insan fkir, thanks...baru tahu & faham. Harap pihak2 tertentu/terbabit sedar & memahami gejala ini & cara menguranginya/mengatasinya secara berhemah & practical. Simpati dengan anda semua.

      Delete
    4. Lama tak singgah blog anda...yup, naluri ini telah saya rasa sejak sekolah rendah belum baligh lagi...tapi bukan pilihan saya...tapi seperti kata E. Naj Mi, solat menjadi pendinding...;)

      Delete
    5. Anonymous

      Ya solat pendinding kita drp melakukan kemungkaran...ada kala walaupun melakukan solat kita masih tetap melakukan aktivirti tidak baik tetapi percaya lah lama kelamaan aktiviti kemungkaran yang selama ini kerap kita lakukan akan semakin berkurangan sehingga pada satu tahap tidak berminat melakukannya lagi (walaupun pada ketika keinginan itu masih ada)

      Delete
    6. Saya pasti penulis blog ini gay dan pernah mengunjungi tempat gay seperti sauna. Dan Saya faham entri ini ditulis untuk menyedarkan masyarakat. Tetapi harus diingat, tidak wajar menghukum orang lain hanya kerana anda sudah berhijrah ke arah lebih baik. Seperti kita menunding jari ke arah org, sembilan lagi ke arah kita. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah. Allah menjadikan seseorang itu gay sebagai ujian. Hanya agama jalan keluar. Untuk semua ibu bapa di luar sana, ingat menjadi gay bukannya pilihan. How u will react if one of ur child is gay? Fikir fikirkan

      Delete
    7. Anonymous,

      Laaaa...benar saya gay, saya menulis mengikut pengalaman saya dan saya juga positif HIV, apa yang saya dah hukum? Bukan kah apa yang saya katakan itu benar. AKTIVITI gay itu salah disisi agama Islam, ya saya cuba sedarkan masyarakat mengenai kewujudan aktiviti gay ini dikalangan kita semua. Perlukah kita diam kan diri jika kita tahu tentang hal ini? Ini cara saya, tanggungjawab saya yang mampu saya lakukan.

      Bagaimana cara anda dalam menangani masaalah ini? Diamkan sahaja???? Apa yang akan anda jawab disana kelak?

      Rajin2 lah baca entri2 lain didalam blog ini, mana yang baik jadikan pengajaran

      Delete
  2. sah-sah penulis ni pun gay bersembunyi di balik tulisannya.Mana2 pergi cari tempat gay, dan kawannya pun gay.Cari makan cara mcm ni ke?

    ReplyDelete
  3. Williamwee, newbies kat blog ni eh? Sedap je mulut mung cakap macam tu kat uncle naj mi ku nih..if yes why? If not? It was so yesterday la, but not anymore, taubat already...haishhhh...ntah2 mung pon gay gak...

    I jawab on behalf...Ampun maaf dipinta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agreed with Tchr scda...Something that happened in the past for Najmi, he tried his level best to put the limit, stopped & present educating peoples like us Mr. Williamwee especially teenagers not to do the same mistakes. I respect my truly friend Mr. Najmi. Also answering on behalf, Mr. Williamwee, peace no war...

      Delete
  4. sah-sah penulis ni pun gay bersembunyi di balik tulisannya.Mana2 pergi cari tempat gay, dan kawannya pun gay.Cari makan cara mcm ni ke?

    Williamwee,kenapa nih.... bukan nye kami di pinta cam nih. tapi kan.. aku ada je lelaki str8. mana2 pgi cari tempat gay... errmm.. aku tak pon.. hahaha.. tanak gadoh ye... :P

    ReplyDelete
  5. Mak Wardah,
    Semua pihak.... ya terutama ibubapa kena sedar dan sentiasa perhatikan gerak geri anak-anak.

    Williamwee,
    Kita sama williamwee tetapi berbeza, bezanya saya telah pun menelan ubatan untuk meneruskan hidup dan awak "coming soon" kut. Hari ini anda baca entry saya berkenaan sauna... "coming soon" awak akan membaca satu persatu label "maklumat hiv/aids" dalam blog ni nanti. Fikir2 lah ya... :)

    Tchr shda,
    Sah Williemwee tu songsang, ia marah tu takut sauna tempat yang ia selalu pergi akan diserbu atau ditutup so ia terpaksa ke tasik kut nanti.

    lelaki melayu,
    Sah risau, confirm williemwee pun sewaktu dengannya, ia pun songsang. Sah songsang. Atau pemilik sauna kut....Tak nak gaduh jugak :)

    ReplyDelete
  6. Pagi tadi time sahur tengok cerita Tanah Kubur kat Astro Oasis - episod "Sejenis". kisah pasal gay muslim dengan non-muslim... Insaf...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uni,
      Alhamdulillah sekurang-kurangnya sesiapa yang menonton episode tanah kubur tu akan lebih terbuka minda dan tahu apa yang perlu buat dibuat sekurang2nya mengambil ikhtibar bagi melindungi keluarga sendiri. :)

      Delete
  7. Assalam. Saudara Najmi, saya agak lama menjadi silent reader blog ni. Hari ni br nk komen. Byk sgt info yg saya dpt drpd blog ni, terima kasih kerana sudi berkongsi kisah dan pengetahuan dgn kami di luar ni. Klu tak, mana mungkin kami nak memahami perjalanan hidup penghidap HIV.

    Spt kata Mak Wardah, nak tahu jugak cmne boleh terdorong utk sejenis ni. Risau jugak, walaupn anak2 masih kecil tp dr kecil la nk kena pantau kn..

    Oh ye, saya dh jadikn blog ni sbg blog list saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ummiLIN,
      W Salam... alhamdulillah semoga awak mendapat pengajaran melalui blog ini, mana yang baik jadikan contoh mana yang tak baik tolak dan buang jauh2(jadikan teladan). Elok ummiLIN email kan kepada saya insyaallah saya akan jawab pertanyaan bagi persoalan awak tu dan thanks banyak-banyak kerana menyokong :)

      Delete
  8. bang, sauna untuk lesbian ada tak? heheh, sila ketuk kepala saya.

    Kesian kat lesbian, bar untuk mereka takder pula.

    maaf, mungkin saya tak tahu, atau tak cukup pro untuk tahu.

    Tapi tengok gambar buaian kat atas tu dan dengan peralatan gym yang disediakan pergh...ini syurga buat pengamal bdsm.

    mungkin, saya harap ada golongan lesbian yang berani buat spa dan gym utk perempuan sahaja, guys are not allowed. Waktu tu saya akan terjun keneraka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsanFakir,

      Untuk lesbian saya tidak pasti ada atau tak, tetapi tak mustahil ada. Tapi lagi bagus takda daripada ada bagi mengelak kita terjun keneraka kan :)

      Delete
  9. aku baru pergi sauna di KL Sentral baru - baru ni.. mmg ramai lelaki gay yg kegersangan di dalam tu, paling yg aku tak sangka ialah kebanyakkan nye adalah lelaki yg kite tak pernah terfikir yg dia adalah seorg gay, muka2 semua nampak str8 dan kemungkinan mereka juga adalah suami2 dan ayah2 org.. tapi tidak disangka naluri mereka kearah kaum sejenis. aku melangkah masuk sahaja ramai mata2 nakal @ jahat memerhatikan gerak langkah ku... ingin mencuba sesuatu yg nakal bersama ku... "but sorry ur not my taste" :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putra Nakal

      Haaa ke sauna buat apa? heee. Memang ada kalangan suami dan ayah2 yang suka ke sauna gay ini, tujuannya...tahu-tahu aje lah....

      Delete
    2. :) saje je pegi and lepak kat gym dlm sauna tu...

      Delete
  10. saya pernah pergi ke sauna di bukit bintang, brickfield, dan di jalan ipoh tu.

    saya ke situ kerana terasa bosan dan kesepian. kini saya sedar pilihan saya salah kerana saya tak sepatutnya ke tempat2 begitu hanya kerana terasa bosan dan mengikut nafsu.

    saya bernasib baik kerana tidak melakukan apa-apa aktiviti berisiko di situ. cuma untuk 'mencuci mata'

    alhamdulliah kini saya tidak ke tempat2 begitu lagi dan sedang berusaha keras untuk berubah

    ReplyDelete
  11. budak baik

    Sauna di Jalan Ipoh yang dipanggil "Mirage" yang dibuka 24jam kalau tak silap saya sudah ditutup...Lain-lain sauna di sekitar ibu kota saya tak pasti yang mana masih beroperasi, yang pasti sauna-saunaa ini antaara punca berlakunya pembiakan jangkitan HIV dikalangan gay.

    Mudah2an sauna2 ini (di Malaysia) ditutup supaya gejala jangkitan penularaan HIV sedikit sebanyak boleh dibendung.

    Alhamdulillah budak baik...semakin baik...:)

    ReplyDelete
  12. Williamwee: ko buat statement camtu sbb ko slh sorg LGBT ke...???
    Kalau penulis tu x share cerita cenggini ko nk tulis...???
    Kira bagus la ade sedikit sebanyak info yg dikongsi utk kita elakkan diri dari singgah tempat2 camni...
    Yg penting niat kne btol, stiap perbuatan manusia diiringi niat...
    Ke ko ade plan nk g tmpt2 cenggitu...
    =="

    ReplyDelete
  13. Salam Anonymous,

    Williamwee tu saya pasti seorang gay, seorang yang bimbang tempat2 tersebut (sauna) kena serbu dan ditutup...so ia marah sebab bimbang nanti dia tak boleh nak ke sauna tu lagi...Pastinya ia pengunjung tegar ke tempat2 tu...

    Untuk pengetahuan Anonymous, selepas entri ini saya publish...blog saya kerap kena godem sehingga tidak boleh dibuka dan dibaca...ada kala hampir setiap hari blog ini tak boleh dibuka, berbulan2 pekara ini berlaku dan saya pasti ada insan2 yang tidak suka bila saya berterus terang mengenai masaalah ini.

    ReplyDelete
  14. Assalam....najmi, suami saya gay...or at least, mantan gay...bab agama jgn persoalkan....ckp apa je, puasa, solat, yg snat, yg wajib apatah lagi.....tapi kecenedungan kpd lelaki dan hal2 berkaitan gay ni mmg tak boleh nak hapus...it's complicated...dah lama saya tahu tp apa yg saya boleh buat? Saya mmg tak sangka diamcm tu sb ia sgt dominan dlm family, bab tjawab n everything, nafkah, semua cukup....saya pnh mengadu kat jab agama tp saya plj dipandang sbg mmfitnah sb karakter dia yg baik tu....pls...apa saya perlu buat...saya cuma nak dia tanpa naluri itu...pls advice...is it possible?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan

      Cuba puan baca komen2 dr pembaca lain didalam beberapa kisah mengenai suami gay ini, jadikanlah panduan..kalau tanya saya sekiranya suami masih tidak nampak mahu berubah, banyak lagi rahsia yang cuba disembunyikannya, dan sekiranya kegiatan songsangnya masih diteruskan, jalan terbaik berpisah. Tetapi bukan saya galakkan puan meruntuhkan masjid dewngan tergesa2, tetapi dapatkan pandangan batuan dari pihak yang pakar dalam masaalah ini. Selain jabatan agama, jumpa lah mana2 pertubuhan wanita minta pandangan nasihat mereka, tetapi biar lah masaalah ini dibincangkan dulu bersemuka dg suami. Jika tiada jalan baru minta pandangan pakar lain.

      Maaf saya tidak bijak memberi nasihat mengenai masaalah ini...

      Delete
  15. slm pd users2 blog ni..berhati2 lar biler nk ckp sesuatu tuee..kite manusie ad kelemahan dn kelebihan..x perlu nk kondem mengondem..msing2 melkukan ke c lapan..tdk perlu kite nk keluarkan kate2 kesat thdp lgbt ni..bkn aper..hrus menjga sensitiviti dlm perckpan.clap2 kene kat ak bradik kiter..???atau relatives kiter..??hah..???kita mnusia x lah sempurna..kite doakan jer pd lgbt ni agar mereka insaf..insyaallah mereka akn insaf 1 hri 6t..emang golongan cm ni meningkat ibarat cendawan tumbuh..nmun kite x tau d mane mereka bt projek2 yg mengarut ni..baik menjga diri kita sndiri dr mengata org..atau bg nsihat yg positif..ingat lol..fitnah itu lebih kejam dr membunuh..sory ar mane2 yg teraser tuh..aku ni bosan shift pg jd borink xder paper terbuka blog ni..al maklumlah jururawat emang ad 3 shift..em k lar..jaga diri semua yep..*official hafiz90* brtugas at hospital prince court kuala lumpur..chow lu..

    ReplyDelete
  16. Salam najmi. Aku newbie dlm blog ni. Nak tanya, apesal ada yang gelar uncle utk anda? Umur anda berapa? Ok saya pun gay. Sauna yg ditulis ni pun kebanyakan saya dah masuk. Alhamdulillah, saya dah cuci tangan pasal hal ni cuma minat tu je masih ada. Tapi dalam diam. Lepas kawin boleh kata aku dah xaktif. Hmmmm... Dah berapa lama anda ada virus ni. Maaf sekadar bertanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bapakmelayu

      Saya dah lebih 40 tahun...ya dah layak digelar uncle...:) Saya dapat HIV sejak 2005...

      Alhamdulillah saudara dah cuci tangan, bahaya kalau masih ada melakukannya nanti macam2 boleh jangkit pada wife tu. Sau dara boleh klik kat label "NAJMI" disitu semuanya kisah berkaitan mengenai saya, boleh baca entri pertama dalam blog ini "PENGENALAN MENGENAI DIRI SAYA"

      .....:)

      Delete
    2. Salam. Terima kasih Naj mi. Insha Allah saya takkan xterikut dgn perangai zaman muda dulu. Smp satu tahap saya mempunyai kekasih hati seorang mat salleh. Hmmmm.. Banyak sgt yg dah dilalui. Ap pun terima kasih byk2. Saya tahu pasal naj mi ni pun dari fb kawan saya. Anyway, hidup mesti diteruskan.

      Delete
    3. salam bapak melayu,

      Alhamdulillah semoga saudara diberi kekuatan iman dan takwa...:) HIDUP MESTI DITERUSKAN...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST