Saturday, 11 August 2012

RESEPSI PERKAHWINAN SEJENIS DI NEGARA KITA MALAYSIA

Ngeo Boon Lin

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Paderi gay rakyat Malaysia yang 'berkahwin' dengan teman lelakinya di New York pada tahun lalu, mengadakan majlis resepsi di sini kelmarin.

Ngeo Boon Lin dan pasangannya, Phineas Newborn III dilaporkan memenuhi janji mereka untuk mengadakan majlis tersebut di tempat kelahirannya di sini.

Kira-kira 200 tetamu termasuk sekumpulan media berbahasa Cina menghadiri majlis tertutup itu yang diadakan di sebuah restoran makanan Cina di sini.

''Kami bersyukur boleh mencipta sejarah Malaysia di sini,'' kata Newborn.


Boon Lin yang berketurunan Cina dan tinggal di Amerika Syarikat (AS) sejak 1998 dikritik pegawai dan pemimpin agama Malaysia apabila dia 'mengahwini' Newborn yang merupakan seorang produser muzikal Broadway pada Ogos tahun lalu.

Boon Lin berkata, penganjuran majlis tersebut merupakan haknya untuk berkongsi kegembiraan dengan orang yang disayanginya di sini.

''Kerajaan dan pemimpin agama konservatif boleh membuat bising tetapi mereka tidak dijemput di sini.

''Saya sedar mengenai perkara sensitif di sini. Saya tidak mendesak perkahwinan gay dibenarkan di Malaysia,'' katanya kepada Associated Press.


Ngeo Boon Lin bersama pasangannya dari New York, Phineas Newborn III menuangkan minuman keras pada majlis resepsi perkahwinan mereka di Kuala Lumpur, kelmarin. – AGENSI

Para jemputan ke majlis resepsi tersebut dibawa ke sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur itu dan menerima bungkusan coklat serta nota dalam bahasa Cina bermaksud Tuhan sayang gay.

Dua tetamu majlis tersebut mendendangkan lagu popular Endless Love nyanyian Lionel Richie dan Diana Ross manakala seorang penghibur transgender memuji tindakan Boon Lin. - AGENSI


NGO demonstrasi bantah tindakan paderi gay

MOHD. Ali Rustam (tengah) bersama pertubuhan bukan kerajaan mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah tindakan paderi gay di pekarangan Masjid Al-Alami, Melaka, semalam.

MELAKA 10 Ogos - Kira-kira 100 orang mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pekarangan Masjid Al-Alami, Ayer Keroh di sini selepas solat Jumaat bagi membantah tindakan paderi gay, Ngeo Boon Lin mengadakan majlis resepsi perkahwinan sejenis di negara ini Sabtu lalu.

Perhimpunan yang turut disertai pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas paderi tersebut kerana menghina agama dan umat Islam.

Antara NGO yang turut serta adalah Pertubuhan Belia 4B negeri, Majlis Gerakan Belia Melaka (MGBM), Pertubuhan Belia Sedunia (WAY) dan Perguruan Gerak Insan Seni Malaysia (PGISM).

Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam, Ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron dan Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad.

Perhimpunana mengutuk tindakan paderi gay itu turut disertai jemaah lain selepas mereka menunaikan solat Jumaat.

Sementara itu, Mohd Ali berkata, Jabatan Imigeresen wajar metenaraihitamkan pasangan gay itu dan menghalang mereka daripada masuk kembali ke negara ini.

Sumber : Utusan Online 


Melihat wajah paderi ini saya teringat rakan saya, juga seorang berbangsa cina rakan sekelas semasa belajar disekolah menengah dulu. Seorang budak cina yang bijak sehingga pandai membaca dan menulis tulisan jawi. Sehabis pengajian di Politeknik ia merantau ke Amerika dan telah bertemu jodoh dengan kaum sejenis berkenalan hanya melalui internet. Hidup mewah di sebuah kondominium di Manhattan yang bernilai jutaan dollar bersama suaminya.

Berbeza dengan paderi ni, rakan saya itu memilih keju tetapi paderi diatas memilih dodol.

Rakan saya itu baru sahaja pulang bercuti di Malaysia bulan lalu dan telah pulang ke Ipoh tetapi saya tidak berkesempatan berjumpa dengannya. Dia juga baru sahaja mendaftar perkahwinan beberapa bulan lalu (sebagai pasangan hidup) di NY setelah hampir 15 tahun bersekedudukan tanpa nikah.

Berbeza dengan paderi ini, rakan saya tu tidak pulak beria nak meraikan perkahwinan di Malaysia. Cukup hanya makan-makan di NY. Kuat rasa hati saya berkata bahawa paderi diatas telah disokong oleh pihak yang berkepentingan untuk mempromosi LGBT di Malaysia. Kemungkinan resepsi perkahwinan seperti ini boleh berlaku lagi dimasa hadapan.

Wallahuallam

9 comments:

  1. Naj mi, awak perNah terpikir sampai ke alam perkahwinan macam paderi diatas ni tak?

    ReplyDelete
  2. KOMEN DALAM MINGGUAN MALAYSIA 12 OGOS 2012

    BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

    Menang moral

    PADERI gay warga Malaysia, Ngeo Boon Lin yang menetap di Amerika Syarikat (AS) pernah mencetuskan kegemparan apabila mengumumkan perkahwinan dengan pasangan sejenis pada Ogos tahun lalu.

    Awal minggu ini iaitu selepas setahun berkahwin, Boon Lin bersama produser muzikal, Phineas Newborn III kembali ke Malaysia mengadakan majlis resepsi sebagaimana yang dijanjikan dulu.

    Lebih 200 tetamu hadir pada majlis itu. ‘‘Kami bersyukur boleh mencipta sejarah di Malaysia,’’ katanya kepada agensi berita AP.

    Memang benar, beliau akhirnya dapat mencipta sejarah di tanah air ini di sebalik bantahan pelbagai pihak dan semua agama termasuk Kristian pada tahun lalu.

    Bagaimanapun kali ini tiada bantahan, mungkin antara lain kerana beliau pulang secara senyap dan majlis itu tidak didedahkan kepada umum lebih awal.

    Menurut Boon Lin, sesiapa pun tidak boleh menafikan hak beliau untuk pulang dan berkongsi kegembiraan dengan orang terdekat di tanah airnya sendiri.

    Walau apa pun hujah beliau, kepulangannya mengadakan majlis resepsi di sini menimbulkan pelbagai tafsiran dan dalam diam mencetuskan rasa kurang senang banyak pihak.

    Awang sendiri melihatnya sebagai kemenangan moral bukan sahaja kepada Boon Lin bahkan kepada kelompok lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) d negara ini.

    Seorang lagi pelajar Melayu di Ireland turut menjadi perhatian media selepas berkahwin dengan lelaki Inggeris di sana. Awang tidak terkejut jika dia juga akan pulang membawa pasangannya suatu hari nanti. Masyarakat mungkin berdiam dan akhirnya perkahwinan gay bukan lagi isu di Malaysia.

    Realitinya, gerakan LGBT semakin meresap kuat di negara ini dengan mendapat sokongan pelbagai badan antarabangsa. Antaranya, Human Rights Watch yang mendesak agar undang-undang mengkategorikan liwat sebagai jenayah di Malaysia, dihapuskan kerana dianggap lapuk. Ada juga pihak asing yang khabarnya memberikan bantuan kewangan dan nasihat kepada LGBT di negara ini.

    Maka jika ada yang berpendapat gerakan LGBT tergugat selepas penganjuran Seksualiti Merdeka mendapat bantahan besar-besaran masyarakat Malaysia, itu suatu kesilapan besar. Pada permukaan kelihatan tiada riak tetapi di bawahnya, budaya songsang itu berarus deras.

    Ia menyaksikan fasa baru dengan strategi berlainan bagi menjayakan agenda mereka bukan secara terbuka.

    Apatah lagi terdapat ikon dan pemimpin politik yang menjadi pengamal homoseksual di negara ini - motivasi besar buat LGBT.

    ReplyDelete
  3. NOT COMMENT....JUST LEAVE THER ALONE....
    WISH ALL GUYS HAPPY , PEACE HEARTHLY FOREVER !
    BE YOURSELF WHO YOUR ARE !

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST