Wednesday, 29 August 2012

ADIK MS ENTRY 1 - BUDAK LELAKI 16 TAHUN SENGSARA SENDIRIAN DIDALAM BILIK

Saya mempunyai seorang rakan e-mail NON-PLHIV yang sangat perihatin tentang permasaalahan berkaitan PLHIV, beliau adalah seorang ibu dan punya beberapa anak yang baik. Saya hanya mengenalinya melalui email dan saya hanya namakan beliau sebagai Puan S.

Puan S adalah seorang ibu yang berkerjaya (pada pandangan saya beliau seorang yang berjaya dan berpengaruh). Beliau kerap berbalas email dengan saya bertanyakan khabar, bercerita masaalah, bertanya apa sahaja persoalan pertanyaan kepada saya. Ya semakin lama semakin selesa saya berbalas email dengan nya, ketidak selesaan saya pada mulanya berubah menjadi selesa dan tidak mustahil satu hari saya mempunyai keyakinan untuk bertentang mata dengannya.

Disini saya ingin ceritakan cara lain yang boleh kita ambil serta bertindak dalam menolong insan lain berkaitan HIV, walau pun saya terperusuk nun jauh didasar laut didalam cengkerang yang cukup selesa, tetapi dengan hanya sedikit pandangan dan idea ianya juga boleh menyelamat nyawa insan lain diluar sana. Alhamdulillah.

Disini saya share kan perbualan email antara kami dan telah saya edit dan perbetulkan tata bahasa supaya lebih difahami semua berkaitan permasaalahan yang dihadapi oleh adik MS yang berusia 16 tahun; kisah berlaku beberapa hari sebelum menjelang Hari Raya Aidil Fitri 2012 (1433H yang lalu)


1) Email Puan S kepada Saya pada Fri, Aug 10, 2012 at 11:15 AM

Salam Najmi, Just sharing comment dari someone.

Salam Auntie@akk,
Sori lah saya panggil auntie sebab saya masuk blog auntie dr blog najmi. Nak terus contact saya takut. Tie, saya kategori lelaki lembik, saya suka lelaki jer…Saya tidak rapat dengan family, saya buat hal sendiri, baca blog akak anak-anak akak rapat dengan akak. Saya jarang borak-borak dengan mak ayah saya.

Nak tau, saya gay aktif, saya sekarang selalu letih, batuk kering, sampai sekarang pun saya buat bende-benda tu, saya rasa ada HIV sebab sudah sebulan demam batuk tidak baik-baik…sebulan saya tidak kesekolah. Mak saya diam sahaja, tapi akak cakaplah apa saya nak buat…Saya nak nafas pun tak boleh. Akak tolonglah jawab email saya. Akak saya sangat takut. Kalau saya hiv, mati saya kalau mak ayah tau.


2) Balasan Email Puan S kepada adek MS

W’salam.
Adik, Auntie nasihatkan adek jumpa Dr. dengan kadar yang segera, minta jasa baik kawan-kawan hantar, kalau di klinik swasta ujian HIV agak mahal, pergi ke hospital kerajaan yang terdekat. Buat ujian darah sebab HIV hanya boleh dikesan dengan ujian darah.

Dari blog Najmi ada banyak maklumat, baca @ email najmi620@gmail.com. Sekiranya perlukan penerangan lanjut email dan tanya Uncle najmi. InsyaAllah beliau akan menjawab segala persoalan yang adek perlukan. Hentikan aktiviti berisiko adek dan ikut nasihat doctor. Kalau tinggal berhampiran Hospital Besar *******, hubungi Dr. N bahagian *****, InsyaAllah beliau akan memeriksa anda.

Jaga diri baik2.

Semasa saya membaca email yang dikirim Puan S diatas ini saya sebak mengalir airmata dan saya boleh bayangkan keadaan adik tersebut seperti yang pernah saya alami dulu DiSini atau di Pengenalan Tentang Saya. Saya balas email Puan S seperti ini;


3) Email Saya kepada Puan S pada Fri, Aug 10, 2012 at 12:03 PM

Puan S,

Adik diatas ni masih bersekolah, Puan S menjawab soalan beliau seolah-olah seperti dia dah besar atau sudah bekerja hehehehehe. Cuba Puan S bayangkan adik tu  sebaya dengan anak Puan S. Pada saya adik ni perlu kita jumpa bersemuka dan bantu sebelum keadaan menjadi teruk.

Kenapa dia (adik tersebut) hanya email kepada Puan S sahaja dan tidak bertanya terus kepada saya. Saya rasa ia nak kan pertolongan dari Puan S maybe cara komen Puan S dan tulisan Puan S yang keibuan buat ia percaya pada Puan S. Maybe niatnya bukan nak bertemu dengan Puan S tapi cara budak berbicara saya pasti sememang ia nakkan pertolongan bantuan.

Orang kalau nak minta tolong saya dan kalau sudah terdesak sangat, dan sekiranya seseorang itu dalam keadaan takut stress yang amat sangat dan dia berada di Ipoh insyaallah saya akan cuba jumpa, tapi macam Puan S tahu segalanya perlu duit, nak berjumpa pun kena ada duit kan.

Kesian budak ni, ramai budak sekolah yang apabila baca blog kaitan tentang hiv mereka akan takut sebab tu banyak pertanyaan persoalan dari mereka yang nampak dan bunyinya mengarut. Contoh pernah saya baca komen seseorang bertanya, adakah HIV berjangkit melalui "taik" (najis). Ini adalah pertanyaan bagi diri saya datangnya dari seorang budak mentah maybe seseorang yang masih bersekolah rendah tetapi tidak mustahil pertanyaan dari orang dewasa seperti kita. Maklum balas dari kebanyakan orang lain amat mengecewakan saya, ramai yang perli-perli pertanyaan tentang persoalan tersebut dan ada yang marah-marah berkenaan soalan pertanyaan "adakah hiv berjangkit melalui najis itu". Sesuatu yang kita tahu tak semestinya orang lain tahu walau pun sesuatu itu amat mudah bagi kita.

Saya ada menerima email, mereka bertanya persoalan HIV pada individu yang lain tetapi tidak dijawab, saya syak kerana pertanyaan yang dikemukakan kepada mereka sememangnya tentang persoalan yang mudah bagi kita, seperti contoh bagaimana HIV boleh berjangkit. Kadang-kadang mereka disuruh ambil jalan mudah supaya rajin meng"google" mencari sendiri maklumat tersebut.
 
Ini antara sifat yang paling saya tidak suka dikalangan kami. Perlu diingat blog kita didatangi ramai orang dari semua peringkat umur, jika kita sanggup meletak no hp kita dan email serta address dalam blog, kita juga perlu bertanggung jawab dengan semua persoalan yang ditanya, kita tidak boleh ambil mudah dengan menyuruh mereka yang bertanya supaya mencari sendiri dalam blog. Perlu ada persediaan, kalau agak ramai yang asyik bertanya tentang bagaimana hiv berjangkit, kita tolong "copy dan paste" bagi memudah pertanyaan itu di jawab, tidak boleh kita langsung tidak membalas email seseorang yang bertanya walaupun pertanyaan itu tidak masuk akal bagi kita apabila mendengar.

Untuk pengetahuan Puan S, ramai gay yang bersekolah rendah berani mempromosi diri dalam FB mereka berani berjumpa dengan sesiapa sahaja untuk kepuasan nafsu. Remaja nafsunya sukar dikawal, tak boleh kita kata kawal nafsu ya dek.... pada saya memang tak boleh. Mereka akan berexperiment segala-galanya sehingga condom juga sudah tidak diperlukan lagi.

Saya tidak dapat nak ulas lebih-lebih tentang pertanyaan adik diatas, terus terang saya kesian. Adik itu ada tulis "Saya nak bernafas pun tak boleh seperti tanda-tanda Pneumonia atau kaitan dengan penyakit TB saya sedih apabila membacanya, bagaimana keadaannya apabila ia hendak bernafas pun tak boleh, sudah tentu ia hanya duduk sendirian dalam bilik dan cuba merahsiakan sebolehnya dari pengetahuan mak bapanya, seperti keadaan saya dahulu.

Ya Allah saya tak mampu nak buat apa, budak ini perlu kita bawa berjumpa doktor tetapi dalam masa yang sama kalau ia masih terlalu muda, ibubapanya perlu diberitahu, kalau ia sudah bersekolah menengah "maybe" lebih mudah. Risau saya apa tindakan mak bapanya kalau tahu sekiranya (kalau) ia HIV+ve dan tahu ia aktif melakukan sex sejenis.
 
Sepekara lagi ia kata ia lembut, ini satu lagi masaalah tentu ia rasa terpinggir dan dipinggir, bagaimana dia hendak berjumpa doktor kalau duit belanja sendiri mak bapanya yang tanggung.

Yang mampu saya buat hanya berdoa untuk kebaikan adik ni insyaallah saya akan berdoa kebaikan adik ni nanti. Kalau Puan S tidak mampu bolehlah Puan S berdoa setelah selesai solat semoga Allah mempermudahkan kehidupan adik tu ya :)



4) Email Puan S kepada Saya pada Fri, Aug 10, 2012 at 12:33 PM

Ya Allah, Najmi, saya baru terfikir. Dia mungkin sebaya anak saya. Kesiannya anak tu. Yalah dia perlukan seorang yang boleh memahami dirinya. Kenapalah saya bodoh sangat? Macam tidak ada fikiran. Hari ini saya bagi dia jawapan yang langsung tidak membantu. Najmi, masalah dia rumit sangat. Tidak mengapa saya baru email dia dan bagi no hp saya, kalau area ******** saya akan cari dia.

Saya sudah called kawan saya Dr. N, kami akan bantu selepas kami tahu dimana ia bersekolah dan dimana tempat tinggalnya. Dr N akan cari dia tetapi kalau diluar Kuala Lumpur atau Shah Alam susah untuk kami membantu. Kesiannya anak ini, terbiar dalam kesakitan dan stress.

Najmi, budak ini buatkan saya menangis kesedihan, saya ada duit yg mencukupi setakat bantu bawa dia ke hospital begitu juga kawan-kawan saya. Saya akan update kepada Najmi bila dia call saya atau kepada Dr N nanti. Sama-samalah kita doakan.

Saya tunggu email  atau panggillan dari dia, kawan saya akan ambil dia dan berjumpa dengan kedua ibubapanya, Dr N berani saya tidak seberani dia. Ya Allah, thanks untuk teguran najmi, moga anak ini boleh saya bantu.

Take care


5) Email Saya kepada Puan S pada  Fri, Aug 10, 2012 at 12:54 PM

Alhamdulillah sangat-sangat kerana Puan S punya rakan kawan yang boleh membantu, yang penting berjumpa dengan adik itu dulu, umur ia pun kita tidak pasti lagi kan, saya rasa kalau ia disekolah menengah tentu dalam tingkatan 1-3, tapi kalau dia dalam tingkatan 5 sekali pun bila sudah lembut keadaan ia nampak tak matang.

Ia keseorangan tu, risau kalau dibiarkan ia stress dan fikir yang bukan-bukan sendirian, ambil nyawa sendiri pun boleh berlaku. Biar kita fikir benda yang tidak elok dulu, mudah-mudahan adik tu mudah nak diuruskan olah rakan Puan S nanti, maknanya mendengar kata dan tidak membantah apa yang kita suruh buat untuk kebaikannya nanti.

Tentang adik tu saya juga ada anak-anak saudara yang maybe sebaya, bezanya mereka nampak normal, adik itu lembut so kena bully tu tentu sudah pastikan, kalau orang tahu ia ada HIV kan lagi merana. (mudah-mudahan tidak)

Semoga tindakan Puan S dan Dr N dipermudahkan, kalau dah ada niat nak tolong walaupun tidak kesampaian tetap ada ganjaran pahalnya kan.


6) Email sekali lagi dari Puan S kepada Saya pada  Mon, Aug 13, 2012 at 8:55 AM

Salam,
Naj tak ada pun budak tu call saya dan kawan saya? Harap dia selamat. Susah hati saya.


7) Email Puan S kepada Saya yang beliau share email yang diterima dari adik MS yang sedang menghadapi masaalah Itu pada Wed, Aug 15, 2012 at 9:30 A

Salam.

Akak, saya di Lot ****, Jalan sek 3, Jalan *******. Rumah saya rumah apa pun warna kuning dekat sek agama & tadika *******. Akak, tolong cari saya…saya tak nak mati..saya nak baju raya warna ungu akak…datang sini…

Sekali lagi tumpah air mata ketika saya membaca email yang pendek dari adik MS ini kepada Puan S. Ringkas penuh bermakna. Kesengsaraan, kepayahan, ketakutan menguasai dalam diri adik ini ketika itu.




8) Email dari Puan S kepada Saya pada (Hari Ini) Wed, Aug 15, 2012 at 9:25

Naj, kami dah jumpa budak sekolah tu malam tadi sekarang di Hospital Besar ********. Umur 16 tahun, nama dia MS (bukan nama sebenar), dia suspected TB. Dia call saya petang semalam pukul 3:15 petang di office, saya suruh SMS alamat dan kawan saya hantar ambulance ke rumah dia di Jalan ****, ******. Mak ayah dia maki hamun nurse yang datang nak ambil anak dia.

Saya pergi hospital pukul 6:30 dengan ******, saya jumpa dia, dia dibawah jagaan kawan saya Dr N, keadaan dia sangat teruk, saya hanya mampu usapkan kepala dia dan bacakan ayat Qursi. Najmi, kenapa seorang ibu yang bersusah payah melahirkan anak tergamak buang anak sendiri? Ibu dia datang dan ingat saya cikgu anak dia, senang cakap ibu dia serahkan kepada doctor nak buat apa sahaja. Kalau boleh pendekkan nyawa anak dia, dia redha sebab anak itu kata maknya  membawa bala pada dia.

Ya Allah, Najmi saya dengan ****** terkedu. Kawan saya cakap pada emak dia suruh dia ampunkan dan halalkan makan minum anak dia. Dia sedar lagi masa saya pergi sebab dia pegang tangan saya tetapi lemah saya.

Pukul 10 malam dia start koma........hari ini saya nak belikan baju raya dia sepasang baju Melayu warna ungu seperti yang dia textkan kepada saya di Parkson Subang Parade selepas kerja. Hari ini saya datang kerja dengan mata bengkak sebab saya menangis semalaman dan saya bacakan Yassin sebanyak 7 kali. Jujur Naj, saya doakan dia kembali kepada Allah kalau itu yang terbaik, seseorang yang mempunyai ibubapa tetapi tidak ada kasih sayang daripada mereka. Kalau confirmed +ve HIV lagilah bertambah teruk...Ayah dia langsung tak datang pada hal anak itu di ambang maut. Mak dia sendiri lebih bahagia dia mati...apatah lagi ayah dia.

Kalau saya jadi ibu anak itu, saya akan lindungi anak saya dengan nyawa saya sendiri. Sebelum balik kampung, samada dia sudah sedar atau tidak, saya akan hantarkan sepasang baju Melayu, sepasang baju moden dan kueh raya. Kalau dia sedar masa saya beraya di kampung, doa saya agar MS tahu kasih sayang seorang ibu tiada ganti didunia ini. Kasih ibu paling murni didunia ini. Kawan saya on call jadi ada lagi seorang ibu yang akan ada menjaga dan beraya bersama beliau. Kita orang luar tidak boleh campur hal keluarga mereka Najmi, saya hanya mampu berdoa dari jauh.

Saya sangat-sangat sedih hari ini, mata pedih sebab menangis. Nanti kalau ****** Bluetooth gambar dia dan saya akan send pada najmi.



9) Email Saya kepada Puan S pada (Hari Ini) Wed, Aug 15, 2012 at 11:56 AM

W Salam,

Alhamdulillah meremang tubuh badan saya dan mengalir sekali lagi air mata saya bila Puan S ceritakan kisah adik MS itu. Ya Allah betullah sangkaan dan telahan saya tentang adik MS, tentu ia kepayahan sendirian dalam bilik keseorangan. Kenapa mak nya berperangai macam itu? Tentu MS seorang yang "maybe" tidak mendengar kata tetapi seorang ibu tidak boleh berperangai seperti itu. Remaja memang kadang-kadang ada problem sendiri. Ya Allah syukur adik MS call Puan S dan segala tindakan Puan S dan rakan adalah yang terbaik. Sekarang biar keadaan adik MS kembali sihat dirawat di hospital pekara lain kita serahkan pada Allah sahaja.

TB antara penyakit yang mudah menyerang PLHIV yang rendah kiraan CD4 nya seperti saya dulu. Adik MS berusia16 tahun, saya sudah agak ia remaja yang masih muda. Tidak mustahil kemungkinan (saya hanya agak) ia yang meninggalkan komen bertanya "HIV boleh berjangkit melalui taik tak?" dan komen balas dari orang lain amat mengecewakan saya apabila membaca.

Alhamdulillah dia berada ditempat yang baik sekarang dipantau serta dirawat, mudah-mudahaan ia kembali sihat seperti sediakala. Boleh saya paparkan kisahnya untuk renungan yang lain dalam blog saya? Sudah tentu saya akan rahsiakan apa yang patut dan gambaran tentang kejadian itu pun akan saya ceritakan mengikut apa yang saya bayangkan sahaja, maybe ada salah dalam penceritaan nanti tapi abaikan yang penting mesaj untuk saya sampaikan pada semua pembaca diluar sana tercapai.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah insyaallah saya akan doakan yang terbaik buat adik MS. Ya Allah terima kasih Puan S, tindakan cepat Puan S boleh menukar corak masa depan adik MS. Terima kasih buat Puan S dan DR :)
 
Jangan lupa ceritakan lagi perkembangan adik MS ya :)

10) Email Puan S kepada Saya pada Wed, Aug 15, 2012 at 1:00 PM

Boleh najmi, mak adik MS saya tak boleh terima perangai dia...remaja memang ada problem tetapi kita sebagai ibubapa mesti cuba memahami. Kasih sayang dan perhatian perlu ada, walaupun tidak mendengar kata, ibubapa kena cari punca sebab kenapa anak-anak berkelakuan sedemikian dan jangan sesekali singkirkan dia (mereka)...kesian adik MS, sendirian menanggung semua. Doa ibu (yang baik) adalah paling baik untuk anak anda, janganlah sumpah-sumpah dia...Anak kucing pun orang sayang...Tingkah laku adik MS rasanya berpunca dari sikap ibubapa sendiri


 **************************************************************************************************************


Sumpah seranah seorang ibu ibarat satu doa kepada anaknya...


Bagi saya ibubapa diluar sana jika marah sekali pun dengan perbuatan anak jangan meyumpah seranah, kerana perkataan yang keluar dari mulut seorang ibu itu dikira doa terutama dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, saya berharap sumpah seranah ibu adik MS tidak dimakbulkan Allah. Risau saya kerana dulu ibu saya juga kerap marah adik lelaki saya yang suka menunggang motor dengan bunyi yang bising dan selalu pulang kerumah lewat malam, sehingga ibu saya pernah memarahi adik lelaki saya dengan berkata lebih kurang begini, 

"Nanti kalau kalau mati accident berlanggar, kan menyusuhkan orang". 

Tidak lama selepas itu adik saya maut dalam kemalangan antara motor dan motor, kisahnya telah saya sharekan di entry yang bertajuk "Mati"

Semoga adik MS kembali sembuh seperti sediakala dan baju raya warna ungu yang Puan S belikan itu adalah sama dengan "colour" baju yang akan saya sarungkan pada pagi raya tahun ini, insyaallah.

Sama-samalah kita yang membaca kisah adik ini mendoakan yang terbaik buat beliau dan semoga Puan S dan rakannya Dr. N sekeluarga akan diberkati Allah selamanya. Amin

4 comments:

  1. Sedih saya membacanya. Perasaan insaf mmg wujud dihati. Semoga adik itu sembuh. Saya takut nak buat ujian saringan hiv.

    ReplyDelete
  2. Anonymous

    Anonymous kena baca kisah seterusnya... baru tahu keadaan ADIK MS tu.....

    Anonymous kalau ada lakukan aktiviti berisiko, jangan takut paksa diri pergi buat ujian ya.... lagi cepat tahu lagi bagus... kalau ok bagus, kalau tak... rawatannya ada...:)

    ReplyDelete
  3. Are Ben

    Nak buat cam na... dah nasib Adik MS cam tu...... Are Ben dah baca kisah seterusnya tak???? baca lah nanti bila senang...

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST