Followers

Thursday, 9 August 2012

"MALAM PERTAMA" 10 MALAM AKHIR RAMADHAN 1433 HIJRAH (2012)

Hari ini (malam semalam) 9 August, Khamis bersamaan 21 Ramadhan 1433 H, adalah malam pertama sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan tahun ini.

Fasa 10 malam pertama disebut juga sebagai malam rahmat, Fasa 10 malam kedua disebut maghfirah atau keampunanan dan Fasa 10 malam terakhir disebut dengan Itsfunminannar atau pembebasan dari api neraka.

Ok kita lupakan sahaja tentang fasa pertama dan kedua kerana ianya telah pun berlalu pergi meninggalkan kita, tetapi pada hari ini kita sedang berada didalam fasa ketiga, merupakan fasa yang paling ditunggu bagi kebanyakan orang kerana adanya "malam Lailatul Qadar" iaitu malam yang lebih baik dari 1,000 bulan yang dijangka akan berlaku dalam fasa ke tiga ini.

Saya kerap mendengar ada sesetengah orang yang sanggup mengambil cuti dari bekerja selama 10 hari akhir didalam bulan Ramadhan hanya kerana semata-mata mahu mengejar mencari rahmat lailatul qadar yang hanya datang menemui kita sekali dalam setahun. Mereka akan menghabiskan masa berikhtikaf berqiamulail didalam masjid untuk beramal ibadat mencari sinar lailatul qadar.

Alhamdulillah, disebabkan saya masih tidak bekerja saya mampu dan tidak mempunyai masaalah untuk menghabiskan masa berikhtikaf didalam masjid sepanjang malam ketika fasa ke tiga ini datang muncul menemui kita. Saya kerap melakukannya setiap tahun semenjak bergelar PLHIV kira-kira 6 tahun yang lalu. Bagi kebanyakan kita yang terikat dengan pekerjaan disiang hari anda masih boleh menghidupkan 10 malam terakhir ini sejam atau setengah jam sebelum masuk waktu subuh, didalam bilik dirumah.

Pada Ramadhan tahun ini 1433H (2012), merupakan Ramadhan yang amat mengembirakan saya, kerana diawal Ramadhan yang lalu dokor telah menukarkan ubatan HAART saya kepada yang baru. Jika sebelum ini saya terpaksa menelan ubatan setiap 12 jam sekali (bermakna tidak dapat berpuasa) kepada ubatan yang hanya ditelan 24 jam sekali (bermakna saya mampu berpuasa).

Selama 2 tahun yang lalu saya tidak berpuasa dalam ertikata sebenar, puasa saya hanya berlapar dan dahaga tanpa pahala kerana terpaksa berbuka menelan ubatan HAART tepat pukul 10 pagi (dan 10 malam). Alhamdulillah pada tahun ini saya kembali berpeluang untuk berpuasa sempurna seperti mana orang lain, walaupun tertinggal puasa sebanyak 5 kali hari pertama dalam bulan Ramadhan tahun ini kerana ketika itu saya masih menelan ubatan HAART yang lama. Insyaallah 5 hari tersebut akan saya gantikan dengan puasa setelah berakhirnya bulan Ramadhan kelak, malah saya juga terlepas kewajiban saya dari terpaksa membayar fidyah seperti mana yang telah saya lakukan pada dua tahun yang lalu.

Stocrin (salah satu jenis ubatan baru yang saya telan sekarang) telah memberi kesan "ting tong" (klik disini) (rasa terawang-awang, blur dan rasa seperti keadaan sekeliling begerak atau mamai) pada diri saya. Ting tong menyebabkan saya berasa amat risau adakah saya mampu berikhtikaf di masjid dalam fasa ke tiga dalam bulan Ramadhan tahun ini.

Saya tidak mampu melawan kesan ting tong ini, yang hanya saya mampu lakukan ialah berdoa beberapa hari sebelum fasa ketiga ini datang, doa agar Allah permudahan saya menempuh 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Hampir setiap kali solat, doa akan saya pohonkan, pada setiap kali sujud lintasan doa saya kirimkan, pada setiap kali hajat saya merayau padaNya, hanya Allah sahaja yang boleh menolong saya pada ketika ini.

Malam tadi kita semua telah sudah pun menempuh malam pertama dalam fasa ke tiga dalam bulan Ramadhan, malam pertama sudah pun berlalu insyaallah kita akan menempuh sekali lagi malam ke dua dalam fasa ke tiga ini pada malam ini (malam ini adalah malam jumaat adalah lebih afdal amalan kita) dan seterusnya.

Semalam selepas bertarawih kebiasaannya saya hanya lakukan sebanyak 8 rakaat (berjemaah) dan 3 kali witir (sendirian) masih sempat untuk menelan ubatan Stocrin tepat pukul 10 malam dirumah. Kemudian saya habiskan masa mengadap "lappy" dalam masa yang sama menanti kesan ting tong yang akan datang menganggu tubuh badan saya.

Pada hari sebelumnya (20 Ramadhan) kesan ting tong agak kuat datang menguasai tubuh saya sehingga memaksa saya ke katil, kerana itu lah pada malam semalam (21 Ramadhan) saya rasa sedikit bimbang, yang pasti saya akan cuba melawan ting tong kerana saya tetap mahu berikhtikaf di masjid untuk qiamulail sepanjang fasa ke tiga ini. Sekiranya kesan ting tong datang saya hanya akan cuba berjalan ke masjid A yang terletak dibelakang rumah (jarak 100m). Menunggang ke masjid B yang terletak lebih kurang 1km dari rumah seperti yang selalu saya lakukan pada setiap tahun terpaksa saya batalkan. Yang penting saya akan tetap akan berikhtikaf. Itu keazaman saya.

Pukul 12 tengah malam, kesan ting tong mula menyerap. Ada sedikit rasa terawang-awang tetapi saya bertekad melawan dan terus mengadap "lappy". Memang saya tidak boleh biarkan diri berbaring dan tidur seperti mana yang saya lakukan pada tahun-tahun yang lalu walaupun sebentar kerana pasti saya akan terlajak tidur sehingga kewaktu sahur. 



Pukul 1 pagi, saya paksakan diri untuk kebilik air dan mandi, kemudian saya dirikan Tahajud dua rakaat diikuti Hajat disisi katil memohon doa agar Allah permudahkan segala niat saya. Selesai, saya melangkah melalui lorong gelap sunyi untuk ke masjid A dibelakang rumah. Mulut tanpa henti berselawat ketika melangkah. Setiba di masjid yang agak kecil itu saya perhatikan suasana sunyi sepi, gelap dan hanya diterangi sedikit cahaya lampu. Dan setelah diperiksa rupa-rupanya tiada insan yang hadir berikhtikaf pada saat itu walaupun telah diwar-warkan oleh pengerusi masjid sebelum solat tarawaih beberapa jam yang lalu. Maybe mereka akan datang sekitar pukul 3 pagi nanti kerana ketika itu solat qiamulail berjemaah akan dilakukan. 

Saya perhatikan mimbar masjid terus terasa seram sejuk tiba-tiba teringatkan disitulah kerap kali keranda jenazah diletakkan untuk disembahyangkan. Kerana tiada siapa yang ada ketika itu saya ambil keputusan untuk tetap ke masjid B yang jarak lebih kurang 1 km.

Saya kembali kerumah dalam keadaan sedikit ting tong, menukar kain pelikat kepada seluar mengalas beg dan terus menunggang ke masjid yang saya sebutkan itu. Alhamdulillah walaupun kesan ting tong itu ada tetapi saya masih dapat mengawal, mata sedikit mengantuk tapi saya lawankan juga.



Saya tiba juga di masjid, suasana agak kelam kerana lampu tidak dinyalakan sepenuhnya, alhamdulillah ada nampak kelibat beberapa insan yang sedang tidur di dalam masjid. Ini adalah sebab utama kenapa saya suka berikhtikaf di masjid B ini kerana pasti akan ada insan yang hadir setiap saat atau yang datang lebih awal. Ada yang menjadikan masjid seperti rumah dan ada yang hadir sejak tarawih lagi, tujuannya adalah untuk mencari keberkatan 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan ini.



Saya lakukan solat Tahiyatul Masjid dan kemudian duduk dipintu masuk, mata terasa mangantuk tetapi saya enggan untuk bebaring bimbang saya akan terlajak atau sukar untuk bangun kerana kesan ubatan HAART. Saya hanya pejamkan mata sambil duduk dan mulut serta hati terus menjalankan tugas. Kemudian saya paksakan diri melakukan solat Tahajjud dan Hajat sekali lagi berdoa agar Allah permudahkan saya. Saya kembali duduk dan berfikir sama ada mahu melakukan Tasbih atau tidak. 

"Rasulullah SAW menganjurkan umat islam mengamalkannya pada setiap malam. Jika tidak dapat lakukan pada setiap malam, amalkan seminggu sekali atau lakukan hanya sebulan sekali jika tidak mampu, lakukan setahun sekali ataupun paling kurang sekali dalam seumur hidup"

Tasbih agak panjang dalam keadaan saya (sedikit ting tong) ketika itu tentu sukar untuk melakukannya (kata hati saya yang ketika itu yang ada rasa ketidakyakinan untuk melakukannya) Tetapi saya fikirkan kembali dan bayangkan bahawa fasa ketiga Ramadhan hanya datang sekali setahun, jika saya tidak lakukannya tentu saya akan rasa menyesal pada keesokan hari. Ya tanpa berfikir panjang saya terus berdiri, hidupkan enjin dan terus jalan. Alhamdulillah saya dapat lakukannya.

Berdoa - segala permintaan rakan yang meminta doa kebaikan keatas mereka samaada melalui email atau yang saya terbaca melalui FB saya cuba ingatkan kembali, lintasan diminda memohon supaya mereka semua diberi rahmat perlindungan oleh Allah. Berdoa kebaikan pada insan lain adalah sangat baik terutama dikalangan mereka yang tidak mengenali kita, kita tidak rugi apa-apa malah insyaallah akan dibalas baik oleh Allah kelak insyaallah.



Pukul 3 pagi, masjid mula dikunjungi beberapa insan lain yang saya perhatikan wajah-wajah yang sama yang datang pada setiap tahun. Kelibat imam masjid dari jauh kelihatan tidak ubah seperti "Ustaz Don" (TV Alhijrah), jemaah mula perbetulkan saf setelah diberi penerangan ringkas tentang solat jemaah yang akan dilakukan. (10 rakaat Solat Tahajud 5 kali salam dan Solat Tasbih 4 rakaat 2 kali salam)

Saya tidak berganjak dari tempat duduk, sekali lagi berfikir mampu ker saya lakukan solat jemaah ini, bimbang nanti "tersondol" jemaah disebelah kerana kesan ting tong. Saya sebenarnya lebih selesa melakukan ibadah sendirian ketika itu. Tetapi sebaik barisan dibina dibelakang imam, sebaik jemaah yang kebanyakannya berusia lanjut memperbetulkan saf, tidak semena-mena saya bingkas bangun menuju kebarisan. Mencampakkan beg di hadapan dan terus perbetulkan kedudukan.

Sebaik solat dimulakan, mata saya menjadi terang, minda dan tubuh saya menjadi kuat, keseronokan dan kesyukuran datang di fikiran saya. Alhamdulillah kerana Allah gerakkan saya untuk terus "join". Alhamdulillah solat Tahajud 20 rakaat dan Tasbih berjemaah dapat saya sempurnakan tanpa sebarang masaalah.

Kemana kesan ting tong saya telah pergi?

Solat terasa sangat singkat dan berakhir ketika hampir pukul 5 pagi. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Jika dulu setiap kali berjemaah pasti saya risau terhidu bau mulut yang tidak menyenangkan dari jemaah sebelah, setiap kali terhidu saya akan cuba menahan nafas saya dan solat semakin tidak khusyuk dan pasti akan berdoa supaya bau seperti ini tidak akan berlaku kepada diri saya tetapi bau tidak menyenangkan itu tidak ada pada pagi ini, yang ada bau wangi semerbak seorang jemaah muda selang sebaris dari saya, asyik mencalit wangian setiap kali selesai salam. Jika dulu nyamuk berkeliaran mengigit kaki dan tengkuk sehingga memaksa saya menyarung "stoking" dan meninggikan "kolar" jaket, tetapi pagi ini nyamuk tiada. Kemana perginya semua nyamuk itu?


Selesai solat saya dan jemaah lain dijemput turun ke tingkat bawah masjid untuk bersahur dikantin. Alhamdulillah nasi lemak berlakukan ikan bilis, sotong dan daging jadi hidangan bersama teh panas. Selesai bersahur keadaan saya cukup baik, cuma lebih kurang 15 minit sebelum azan suboh berkumandang mata saya kembali layu dan berat, hampir terlelap dan badan kembali berasa letih dan lesu.

Sebaik selesai suboh berjemaah, saya terus menunggang kembali kerumah. Tutup tingkap selakkan selimut terus melompat kekatil dan membuta sehingga kepukul 10 pagi.

Itu pengalaman pertama saya dalam fasa ketiga dalam 10 malam terakhir Ramadhan tahun ini, saya berharap sangat agar 9 malam berikutnya akan dapat saya lakukan dengan lebih baik, kuat daripada malam pertama ini. Insyaallah.

Sekiranya saya dalam keadaan ting tong dapat melakukannya, mudah-mudahan anda semua diluar sana juga dapat melakukan pekara yang sama. Alasan ting tong untuk tidak cuba mencari keberkatan lailatul qadar bagi saya lebih kurang sama sekiranya saya tidak melakukan solat ketika terlantar kerana sakit (ini wajib ya). Mudah-mudahan anda diluar sana dapat melakukan yang lebih baik daripada apa yang telah saya lakukan.

Sama-samalah kita merebut peluang 10 malam terakhir ini kerana 10 malam terakhir Ramadhan tahun depan belum tentu kita dapat berjumpa lagi.

Akhir sekali, entry ini saya tulis kerana ianya ada kaitan dengan kesan ubatan HAART (Stocrin), sekiranya bukan kerana kesan tersebut kemungkinan entry ini tidak akan wujud. Terpulang pada pandangan masing-masing ketika membaca, bukan bermaksud hendak "riak" tetapi sekadar untuk berkongsi pengalaman. Insyaallah sekiranya ada dikalangan yang singgah membaca mudah-mudahan anda semua akan mendapat kesan yang positif melalui pengalaman saya ini,  insyaallah. 

Amin

20 comments:

  1. Alhamdulillah, tahniah....suka baca jurnal ringkas awak ni...
    Dan Allah permudahkan segala niat awak tu pada malam 1...
    Insyallah, saya juga punya niat untuk rebut 10 malam terakhir ni...
    Moga2 doa saya dimakbulkan, nak balik semenanjung, dekat dengan keluarga...aminnn...

    ReplyDelete
  2. Tchr Shda,

    Awak kat Sabah or Sarawak ke? Pada saya apa jua kemahuan, keputusan muktamadnya datang dari Allah, jika dimakbulkan alhamdulillah, sekiranya tidak kita kena fikir yang positif sahaja, maybe apa yang kita nak itu sebenarnya tidak baik untuk kita kan, Allah sahaja yang tahu. Wallahuallam :)

    ReplyDelete
  3. Naj mi taniah ya.. semoga saya kuat azam macam naj mi juga.

    ReplyDelete
  4. Najmi, malunya saya. Saya tidak mampu buat apa yang awak buat. Kagum dengan semangat awak. Alhamdulillah, semuga awak terus sihat dan menulis...

    ReplyDelete
  5. Ao,
    Nampak mudah tapi untuk melawan rasa mengantuk akibat kesan Stokrin memang sukar, walau pun lemah saya gagahkan juga alhamdulillah sudah dua hari (10 malam terakhir) saya mampu berqiamulail di masjid seperti dulu, Alhamdulillah.

    Uni,
    Entah, yang pasti saya rasa sayang nak biarkan 10 malam terakhir tu berlalu begitu sahaja, insyaallah penat macam mana pun akan saya usahakan sehingga tamat Ramadhan insyaallah, Doakan ya :)

    Mak Wardah,
    Alhamdulillah, dua hari dah berlalu (fasa ke tiga ni) ada 8 hari lagi saya pun tak pasti boleh buat ke atau tak, kerana kesan stocrin berubah dari hari ke hari ada masa kuat ada masa langsung tak rasa kesan tu bila menelan, semalam hari ke dua nak tak nak saya terpaksa baring lelapkan mata pada kul 12 tengah malam, dan paksa diri bangun kul 1 pagi, agak payah semalam siap saya melompat2 untyuk hlangkan rasa mengantuk dan mandi, walau bagaimana pun sudah 2 hari berlalu apabila melangkah sahaja masuk ke masjid segalanya berubah menjadi mudah, alhamdulilllah :)

    ReplyDelete
  6. Salam kenal dari KA. Bangga dengan semangat awak. Dah follow blog awak dan akan support u yek!

    ReplyDelete
  7. Kesuma Angsana,

    Alhamdulillah thanks.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Support setakat yg KA mampu, ade buat sedikit N3 tentang blog awak di blog KA ye. Doakan yang terbaik for u juga!

      Delete
    2. Ya ke? terimakasih nanti saya check ya :)

      Delete
  8. awak memang kuat semangat. saya pun tak termampu buat camni :'(

    ReplyDelete
  9. bro naj mi :(

    saya xmampu buat mcm bro walaupun sihat... doakan saya tau!

    ReplyDelete
  10. speechless~ semangat kuat! doakan yang terbek tuk awk!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue PeLik'

      Terima kasih terus doakan agar saya dpt lakukan sehingga malam akhir Ramadhan :)

      Delete
  11. Nurul Husna Mohd Hassan,

    Boleh, awak boleh buat saya perhatikan ada juga wanita yang hadir berqiamulail dimasjid, kalau awak bekerja agak sukar nak bangun berjaga so buat yang termampu sejamsebelum masuk waktu suboh, sikit pun tak pa asal ada usaha nak buat.

    Anonymous One,

    Kalau tak mampu nak ke masjid qiamulail, buat dalam bilik tak perlu banyak yang penting ada buat walaupun sedikit insyaallah kalau ada kesungguhan semuanya akan jadi senang. Insyaallah saya akan doakan :) Kita ada 8 malam lagi sebelum Ramadhan berlalu pergi....

    ReplyDelete
  12. teruskan usaha.. saya menyokong awak... moga berjaya hingga ke akhirnya

    ReplyDelete
  13. syiela,
    Terimakasih

    Nurul Husna Mohd Hassan,
    Sama-sama :)

    ReplyDelete
  14. Walaupun Ramadhan telah lama berlalu pergi..saya bangga dengan semangat Naj Mi...
    hari ini masih lagi punya semangat dan kekuatan menulis dan terus menulis....
    moga diRamadhan seterusnya Naj Mi tetap diberi kekuatan dan semangat oleh Allah
    menulis lagi...sesuatu yang ' lahir dari hati dan jiwa' awak untuk kami sama-sama berkongsi syurga...Amin
    saya datang dan membacanya sekali lagi dan semoga ber x dan x lagi.....:-) N3 ni...lembut berhikmah....

    syukran jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous syukran jazillan,

      Terima kasih banyak-banyak mudah2an saya akan terus bersemangat menulis insyaallah... :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST