Wednesday, 29 August 2012

KAJIAN MENEMUI SEL UNTUK MEMBUNUH VIRUS HIV



Penyebaran virus HIV dari awal kemunculannya telah banyak memakan korban, penyebaran virus ini sangat cepat kerana biasanya orang yang mengidap HIV tidak merasakan gejala bahawa mereka telah dijangkiti virus HIV, hanya setelah masuk ketahap AIDS barulah si pesakit akan mengetahui bahawa mereka telah dijangkiti penyakit mematikan tersebut. 

Kini bagi pesakit HIV ada harapan baru setelah sekian lama virus HIV ini menjadi momok yang menakutkan, kini virus HIV penyebab awal terjadinya AIDS ini ada kemungkinan besar boleh disembuhkan, setelah melalui penelitian dan kajian yang panjang. Akhirnya para penyelidik berjaya mengesan sel induk hasil kejuruteraan yang boleh membunuh virus HIV. Para pengkaji di Universiti Califirnia, Amerika Syarikat, mengatakan, mereka telah menunjukkan bahawa sel induk kejuruteraan genetik dapat menyerang sel-sel yang dijangkiti HIV dalam organisma hidup.


Para saintis telah mengenal pasti molekul yang dikenali sebagai reseptor sel T. Kemudian pengklonan itu memandu sel T dalam mengenali dan membunuh sel yang dijangkiti HIV dan menggunakannya secara genetik untuk dimasukkan ke dalam sel induk darah manusia.

Ketika sel-sel ditempatkan dalam rangkaian manusia yang telah ditanam pada seekor tikus, sel tersebut berkembang menjadi penduduk besar. Akhirnya, secara khusus populasi tersebut dapat menyasarkan sel yang mengandungi protein HIV. Para penyelidik telah merancang sel darah induk manusia dengan cara yang sama. Para penyelidik mendapati bahawa mereka dapat membentuk sel T matang yang boleh menyerang HIV dalam rangkaian dimana virus berada.


Dalam siri ujian pada periferi plasma tikus, darah, dan organ, para penyelidik mendapati bahawa jumlah sel T helper 'CD4 yang dijangkiti HIV mati. Akibatnya, tingkat HIV dalam darah menurun. 

"Kami percaya bahawa kajian ini meletakkan dasar bagi potensi penggunaan dalam memerangi jangkitan HIV pada orang yang dijangkiti. Ada harapan lewat penelitian (kajian) ini untuk membanteras virus HIV dari tubuh," kata Scott Kitchen, pembantu profesor perubatan UCLA. 

Kajian ini memberikan harapan baru bahawa penyakit yang membawa maut HIV/AIDS ini ternyata ada ubatnya. Jika rawatan cara ini berjaya dilakukan, para pesakit HIV boleh diselamatkan. - (TGDaily/ULF) 14/04/2012


Saya cuba "translate"kan berita ini dari Bahasa Indonesia kepada Bahasa Malaysia, maybe ada silap dan salah, maybe juga akan ada tersalah maksud, jika anda yang membaca rasa tidak puas hati dan faham cuba klik ke Sumber: liputan6 

Ini sebahagian daripada usaha manusia diserata dunia dalam mencari penawar apa jua penyakit termasuk HIV/AIDS. Tidak mustahil satu hari nanti mereka akan menemui penawar yang paling berkesan dalam membunuh virus ini didalam darah. 

ALLAH S.W.T.  yang  mencipta  sesuatu  penyakit dan Dia jugalah yang menyembuhkanNya. Sabda  Nabi   Muhammad  S.A.W.   yang   diriwayatkan  oleh   Al-Nasa’i  dan  Al-Hakim  yang bermaksud:

Sesungguhnya  ALLAH  tidak  menurunkan  sesuatu  penyakit  kecuali Dia juga telah menurunkan ubatnya , maka berubatlah kamu "



12 comments:

  1. moga ada sinar harapan untuk penghidap HIV ni, just doakan yg terbaik aje ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma Angsana,

      Ya mudah2an ada sinar terutama bagi PLHIV yang mendapat jangkitan secara "terainaya" seperti suri rumah dan penerima darah. Bagi diri saya pendapat saya untuk diri saya ubat penyembuh tidak perlu kerana saya lebih selesa dalam keadaan skrg, peyembuh bermakna mungkin langkah boleh kembali sesat, tetapi sekiranya penyembuh itu boleh membawa kebaikan buat saya... Alhamdulillah :)

      Delete
  2. itulah sebabnya, saya selalu percaya dan harap satu hari nanti HIV akan ada penawarnya, biar mahal mana pun dan susah mana pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insan Fakir,

      Ya saya pun pasti suatu hari ubat penyembuh (insyaallah) akan ditemui tetapi "maybe" bukan pada zaman kehidupan saya. Jika benar berita diatas kemungkinan akan mengambil bertahun2 untuk sampai "murah" ketangan para PLHIV seperti saya. :)

      Delete
  3. kan Allah ada cakap.. setiap penyakit pasti ada ubat nya kecuali mati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki melayu,

      Yup... setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati.... bagi saya HIV sebenarnya sudah ada ubatnya, seperti HAART yang boleh memanjangkan jangka hayat PLHIV, cuma kita sebagai manusia masih ramai yang tidak mahu bersyukur dan bersifat tamak serta bersifat "wahan" dan hendak lebih dari yang telah Allah kurniakan.

      Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

      Sikit sebanyak manusia zaman sekarang memang kebanyakannya mempunyai sifat "wahan" tak terkecuali diri saya, mudah2an sifat ini akan terhakis dari hati kita semua...moga kita lebih cintakan akhirat... :)

      Delete
  4. Salam najmi,

    saya turut yakin mengenai penyembuhan HIV dan saya doakan penemuan ini akan membawa sinar positif buat semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah,

      Insyaallah jika wujud, ianya merupakan satu berita yang sangat baik buat PLHIV yang terainaya... rasanya berita ni tak baik bagi PLHIV seperti saya hahaha...Apa pun jika ada alhamdulillah sangat dan mudah untuk lakukan "kembara" lagi, tanpa perlu pening2 fikir tentang ubatan kan..... :)

      Delete
  5. Saya percaya suatu masa nanti cepat atau lambat penawar hiv pasti akan
    ditemui.

    ReplyDelete
  6. Anonymous,

    Mudah-mudahan penawar akan ditemui...:)

    ReplyDelete
  7. INSYALLAH.. AMIN
    Mudah2an cepatlah penawarnya ditemui
    Saya juga penghidap HIV yang dulu banyak melalukan dosa besar yang saya sendiri tahu ianya suatu dosa yang amat besar, walaupun saya ingat pada Tuhan tapi saya selalu leka sehingga saya pernah bertanya.. apakah yang Allah akan bagi pada saya yang membolehkan saya benar2 kembali ke jalanNya? HIV yang Allah bagi.. Alhamdulillah saya sekarang mencari sinar baru dan mengharap harapan dan kegembiraan baru kerana hidup didunia ini bukan untuk diri sendiri sahaja tapi juga untuk Mak Ayah adik beradik kawan dan masyarakat..

    Saya mencadangkan kepada penghidap HIV dan masyarakat berdoa agar penawar HIV segera ditemui.. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Alhamdulillah semoga awak kuat menjalani kehidupan mendatang, semoga sentiasa sihat dan bahagia sentiasa. Insyaallah penawar akan ditemui satu hari nanti....cuba awak ke entry saya,

      "PENAWAR HIV BAKAL DITEMUI - SINGKIRKAN CCR5 MELALUI HIV GENE THERAPHY"

      http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2012/12/hiv-gene-therapy-singkirkan-gen-ccr5.html

      ......:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST