Saturday, 25 August 2012

ANITA DAN "BREAST CANCER" SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR

Bersambung kisah tentang Ya Allah sihatkan kembali rakanku Anita

Petang semalam pada hari raya ke 6 kira-kira pukul 3.30 petang saya bersama adik dan dua kakak begerak menuju ke rumah Anita. Dalam perjalanan kami sudah tahu keadaan Anita sebenarnya tidak seburuk seperti yang dikhabarkan sebelum ini. Adik perempuan saya mendapat tahu cerita sebenar dari mulut ibu Anita sendiri pagi semalam. 

Bila di congak dan dikira kembali sudah hampir 20 tahun saya tidak pernah bersua muka dengan Anita. Rumah Anita terletak kira-kira 3km dari rumah saya, dan tidak susah mencari rumah yang terletak berhampiran dengan sebuah kawasan perkuburan Islam itu.

Diluar pagar rumah teres dua tingkat itu kami memberi salam, kemudian keluar seorang wanita yang masih kelihatan gempal dan tidak ubah seperti dulu. Ya dia adalah wanita yang hendak kami jumpa. Anita. Dia kelihatan sihat berdiri menjawab salam dan menjemput kami masuk kerumah. 

Kecuh dan manjanya sama seperti dulu, beza yang ketara hanyalah "jagat" yang memenuhi ruang pipinya tetapi dia kelihatan tetap hampir sama seperti 20 tahun yang lalu. Alhamdulillah cantik wajah Anita bertudung menutupi kepala, saya tidak pasti sama ada ia menutup hanya untuk melindungi kepalanya yang keguguran rambut akibat kesan "kimo" atau sememangnya ia sudah lama bertudung menutup aurat rambut.

Ruang tamu rumahnya cantik berhias dan kami dihidangkan kuih dan disajikan minuman hasil tangan anak remaja lelakinya. Hasil perkahwinan Anita dikurniakan hanya dua cahaya mata dan kedua-duanya hero dan yang sulung sudah pun berusia 21 tahun. 

Saya, adik permpuan dan dua kakak tidak mengungkit bertanyakan hal berkaitan berita nazak yang kami terima semalam, kami biarkan sahaja berita semalam berlalu begitu sahaja mungkin ada salah khabar dan dengar sehingga berita Anita sedang nazak di khabarkan kepada adik perempuan saya dua hari lalu. Ada hikmah dengan khabar nazak tersebut, jika tidak kerana berita nazak tentu rasanya kami masih tidak berkesempatan bersua muka.

Alhamdulillah Anita kelihatan sihat dan tidak nampak sakit diwajahnya, maybe juga ia cuba sembunyikan dari kami, wallahuallam tetapi saya pasti apa yang kami nampak depan mata tentang keadaan perangai dan kelakuan Anita semalam dia masih sama seperti keadaannya dulu. Riuh mulutnya bercerita, gelak ketawa memenuhi ruang tamu rumahnya bila kami adik beradik mengenangkan kisah lampau.
Tidak disangkalkan lagi, bahawa Anita pada hari ini mengidap kansar payu dara pada tahap ke 4, tahap terakhir yang sudah tiada penawar ubatnya lagi sehingga doktor hanya mampu menyuruhnya pulang kerumah dan berikhtiar sendiri. Alhamdulillah kami dapat bertemu dengan Anita semalam, jadi segala berita buruk yang kami dengar sebelum ini sememangnya ada yang salah belaka.

Kami dapat mendengar cerita benar dari mulut Anita sendiri tentang pengalamannya setelah disahkan mengidap kanser payu dara pada "stage" terakhir. Malah size "L" payu daranya masih utuh ditempat asal cuma pernah di "korek" sedikit dulu oleh doktor untuk kajian. Dalam keadaan sekarang doktor sendiri tidak mengalakan untuk membuang barah dalam payu daranya, kerana bimbang kesan akibat pembuangan payu dara itu nanti akan  menbawa kesan "psikologi" dalam minda Anita.

Rupa-rupanya Anita masih menjalani "kimoterapi (kimo)" dihospital swasta, mendengar jumlah bayaran yang terpaksa ditanggungnya untuk setiap kali "kimo" memang gerun. Harga bayaran yang boleh membuat hidup sekeluarga jatuh muflis. Tidak pula saya bertanya sumber mana yang ia perolehi, tetapi melihat susun atur keadaan dalam rumahnya boleh saya gambarkan dia dan suaminya tergolong dikalangan yang ber"duit".

Anita masih menjalani rawatan "kimo". Seingat saya dia berkata rawatan dijalankan dua kali pada setiap dua hari Isnin dan dan dua minggu kemudian "rest", kemudian rawatan disambung berterusan. Ramai dikalangan mereka yang "kimo" pasti akan menjadi lemah selepas menjalani rawatan, kebanyakan yang kita dengar selepas "kimo" pesakit akan terlantar lesu ada yang akan muntah dan tidak bermaya, tetapi ini tidak terjadi kepada Anita. Katanya selepas "kimo" ia masih kuat membuat kerja rumah dan masih mampu ke pasar. Sehingga sekarang doktor yang merawatnya terkejut kerana Anita masih kuat bertahan walaupun dikatakan kanser sudah merebak sehingga ke hati, malah doktor juga telah meminta kebenaran Anita untuk memberi no talipone Anita kepada pesakit kanser yang lain agar mereka boleh berhubung dengan Anita supaya berkongsi masaalah.

Anita hari ini pada firasat seorang doktor sebenarnya sudah lama meninggalkan dunia yang fana ini, tetapi ajal maut ditangan Tuhan, alhamdulillah Anita masih kuat bertahan sehingga sekarang. 


Kesilapan Anita ia sebenarnya sudah lama menyedari tentang ketulan pada payu daranya tetapi ia tidak mengambil kisah tentang ketulan tersebut.

"Aku rasa tak macam ada sakit kanser pun", itu antara kata-kata Anita semalam.

Gelak ketawanya masih seperti dulu langsung tidak mengambarkan bahawa dirinya ketika ini sedang menunggu masa menyahut panggilan illahi. Anita berfikiran positif sehingga kini, walaupun tahu nyawa sudah tidak lama lagi dan dia masih kuat melayan kerenah dan pertanyaan kami.

Selain rawatan hospital, Anita juga mencuba berbagai-bagai rawatan lain, rawatan kampung dan juga secara Islam. Dia pernah bersua muka berjumpa "Ashraf Muslim" di Darul Syifa untuk berubat, pengalamannya bertemu Ashraf Muslim juga mengundang gelak ketawa kami.

Ketika kami adik beradik berbual dengan Anita, datang tiga lagi rakan kami yang lain yang mengamatkan suasana dalam rumah Anita sehingga Anita terpaksa memberitahu suaminya supaya lewat sikit pulang dari kerja kerana hendak memberi peluang kami terus berbual di situ.

Sekali lagi saya bayangkan tidak semua orang akan sekuat Anita, ramai dikalangan kita jika sudah dikatakan tiada harapan untuk hidup pasti akan "down". Dalam keadaan seperti Anita seseorang itu perlu kuat dan berfikiran positif, selain mendapat sokongan keluarga, rakan-rakan juga perlu membantu. Anita tidak hanya duduk menung mengenang nasib dalam bilik semata-mata, walau sudah disahkan tidak panjang hayat, dia masih kuat berjalan kehulur kehilir. Saya sendiri tidak pasti adakah saya mampu sekuat seperti Anita.

Anita tidak mengalami penyakit kronik sampingan yang lain sebelum ini, seperti kencing manis, darah tinggi, masaalah buah pinggang atau hati dan sebagainya. Dia hanya mempunyai kanser dan kanserlah yang akan menjadi penyebab kepada segala yang lain itu berubah menjadi kronik.

Selesai puas berbual dirumah Anita, kami begerak ke rumah saya pula, Anita juga turut serta mengunjungi rumah saya semalam, dia kelihatan kuat langsung tidak nampak tanda-tanda orang yang sedang sakit. Dirumah saya ia berjumpa dengan emak saya dan katanya ia suka makan nasi "empik", emak cakap kalau tahu lebih awal tentu akan disediakannya terlebih dulu. Dan seperti yang emak kata pada saya semalam, insyaallah hari ini emak akan buat nasi empik dan insyaallah akan dihantarkan ke rumah Anita lewat petang ini, insyaallah. 

Ini kisah kawan saya yang bernama Anita, seorang yang sudah dikatakan tidak ada harapan lagi untuk meneruskan hidup akibat serangan kanser payu dara. Kanser yang sudah berada ditahap ke 4. Penyakit yang hanya diketahuinya tidak sampai setahun yang lalu telah merubah segala hala tuju arah kehidupannya dalam masa yang singkat. Tidak sampai setahun yang lalu setelah disahkan mengidap kanser tahap ke 3, hanya sebulan kemudian doktor mengesahkan pula kanser Anita sudah berada ditahap ke 4. Anita masih tetap berfikiran positif dan masih kuat semangatnya hingga hari ini. 

Saya kesihankan nasib suami dan kedua anak lelakinya, dugaan Allah bukan hanya kepada insan yang bernama Anita tetapi juga dugaan Allah terkena tempias kepada suami dan anak-anak malah kepada rakan-rakan termasuk diri saya. Bagaimana risaunya hati anak-anak bila mengenangkan nasib yang bakal menimpa ibu mereka. Bersediakan suami dan anak-anak menghadapi dugaan seterusnya yang lebih besar?

Seperti yang selalu saya kata, jika kita rasa ujian Allah pada diri kita itu teramatlah beratnya, maka kita kena ingat tentu ada insan lain diluar sana yang sedang menempuh ujian yang lebih besar berganda-ganda berat dari ujian yang kita hadapi. Mendapat jangkitan HIV terasa amat kecil ujianNya jika dibandingkan dengan ujian yang menimpa Anita.

Semoga saya masih boleh bertemu dan berhari raya dengan Anita pada Hari Raya di tahun hadapan atau setidak-tidaknya pada Raya Haji tahun ini. Ajal maut ditangan Tuhan, seorang rakan saya marah bila Anita menyebut tentang mati dan sesuatu yang berkaitan tentang keranda ketika berbual semalam, "Ishhh nanti bukannya kamu pergi dulu silap haribulan aku yang sihat ni pergi dulu daripada kamu"

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Sukar untuk menelah apa yang difikirkan oleh Anita ketika saat ini. Sekali sekala dia kelihatan rimas kerana terasa seluruh badan terasa seperti "meruap" kepanasan, katanya akibat kesan daripada "kimo".

Lebih kurang seperti kata Anita ketika dalam gelak ketawa semalam, "Kanser ni tidak sakit, tetapi kalau sudah sekali datang menyerang kita akan terus padam". Kefahaman maksud Anita ni bagi diri saya ialah walaupun serangan kanser itu semakin merebak dalam tubuh, seseorang yang sedang menghadapinya itu tidak akan merasai sakit kesan rebakan dan serangan tersebut sehinggalah serangan itu datang tiba-tiba menyerang dan menyentap terus nyawa kita.

Yang menbuatkan Anita kuat pada fikiran saya adalah kerana dia sentiasa berfikitan positif.

Semoga Allah panjangkan umur Anita. Amin

Perkembangan terbaru mengenai Anita (setelah lebih setahun berlalu)




8 comments:

  1. Saya kagum dgn anita, semangat kuat dqn positif. Nqei empik tu nqs impit ke naj?

    ReplyDelete
  2. Nasi empik!!! ya maybe nasi impit, saya tulis main sedap mulut ajer hehehe

    ReplyDelete
  3. sgt2 kagum dengan ketabahan & semangat anita, moga bolah jadi pembakar semangat kepada orng2 lain, all the best dn doakan yg terbaik for anita n you too najmi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma Angsana'

      Terima Kasih banyak2... saya masih risaukan tentang Anita ni juga... mudah2an ia kuat... insyaallah

      Delete
  4. Nurunn a'lan nur25:25
    Positifnya Anita..moga Allah beri peluang Anita
    sembuh semula ye..amin.

    ReplyDelete
  5. Nurunn a'lan nur25:24,

    Muad-mudahan, walau pun secara logik memang tak da harapan kerana Anita sudah berada di stage ke 4 kanser, tetapi semuanya ditangan Allah. Insyaallah kita doakan Anita dipanjangkan umur.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurunn a'lan nur25:24
      Ya..Allah lebih mengetahui apa yg terbaik
      utk hambanya..ada ganjaran pahala buat Anita kan..Amin

      Delete
  6. Nurunn a'lan nur25:24,

    Amin... saya jika teringat pasti akan mendoakan yang terbaik buat Anita...

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST