Monday, 27 August 2012

ADIK MS ENTRY 3 - ALFATIHAH BUAT ADIK MS

Petang ini saya menerima email panjang lebar dari Puan S, bercerita tentang adik MS, untuk pengetahuan semua adik MS sudah pun meninggalkan kita pada pagi Syawal ke tiga yang lalu disaksi oleh petugas hospital.

Ya Allah saya masih tergamam mendengar berita ini dan menulis dalam keadaan sedikit mengeletar, kerana ramai yang mengharapkan saya agar "up date" kisah tentang adik MS ini maka saya terpaksa mengkhabarkan berita ini buat semua.

Anda boleh membaca kisah sedih tentang adik MS bermula dari Entry 1 dan Entry 2
photo hiasan dari http://grp33.blogspot.com/

Ya, Adik Ms telah kembali kepada Penciptanya dan sudah pun selamat dikebumikan diselatan tanah air. Puan S ada beritahu bahawa kedua ibubapa Adik MS ada melahirkan kekesalan kepada DR N kerana arwah HIV dan orang memandang serong, malam tadi ibu arwah juga ada menalipon Puan S berceritakan hal yang sama.


"Saya terangkan dengan baik kerana saya juga seorang ibu, Naj amat memahami naluri seorang ibu tetapi saya katakan juga kekesalan hati saya kenapa arwah terbiar. Apapun segala kesalan tidak membawa apa-apa perubahan sekarang. Kita sama-sama doakan kesejahteraan arwah disana. Saya yakin arwah aman damai di sana, InsyaALLAH. Dalam hal ini saya yang bersalah kerana lambat bertindak, kalau najmi tak tegur tak tahu apa jadi pada Adik MS, mungkin meninggal dunia keseorangan dalam keadaan sengsara. Thanks Naj, harap saya masa depan saya lebih peka dan bijak bertindak. Tegur saya kalau saya lembab lagi selepas ini."


Buat Puan S anda dan rakan DR N anda berdua telah membantu sebaik mungkin, Allah yang telah memberi idea pada saya untuk mengerakkan hati Puan S agar cepat bertindak, kerana saya sememangnya tidak mampu berbuat apa-apa kerana masaalah lokasi.


"Arwah anak yang langsung tidak disayangi hanya kerana dia lembut, dinilai oleh mata-mata "lalat" arwah hanyalah dipandang sebagai sampah. Mari kita nilai dia dengan mata lebah. Arwah dilahirkan pada tahun 1996, bapanya pemandu lori dan ibunya bekerja kilang. Berhijrah ke ******** apabila bapanya ditukarkan ke ******** pada tahun 1998, adek beradek dua orang seibu sebapa dan 4 orang dari perkahwinan ibubapa terdahulu. Arwah mempunyai bakat melukis yang sangat baik, memasak dan membuat kraftangan. Sikap pilih kasih ibubapa kepada anak lelaki lembut menyebabkan bakat dan kebaikan arwah tidak pernah nampak baik pada
mereka"

Puan S, saya sedih melihat keadaan ruang tidur bilik arwah terletak dibahagian belakang rumah dapur, panas dan berbahang tanpa peredaran udara yang baik. Alhamdulillah terimakasih atas usaha Puan S dan Dr N yang telah membuat surat bagi menolak proses post mortem.


"Bayangkan Naj, dalam kesakitan yang teramat, arwah hanya mampu terbaring dan segala makan minum diurus sendiri." 

 
"Dan arwah ada meninggalkan satu nukilan khasnya buat Najmi dari Arwah dan lukisan wajah Najmi yang sangat handsome mengikut imiginasinya sahaja.. Adik MS bagi kami beliau sangat berbakat dan bijak.
"


Antara nukilan arwah (yang sudah saya edit);


AKU JUMPA BLOG DIA...KATANYE NAMANYA NAJMI...TERIMAKASIH NAJMI, 


AKU G CC (cyber cafe), 

ADA BACA HARI2...DIAPUN CAM AKU...TAPI DIA GAGAH...AKU BOYAK...AKU SUKA BACA BLOG TU...

DIA GAY AKUPUN GAY TAPI AKU GAY BODOH...

AGAKNYA DIA DAH TUA...JAUH TUA DARI AKU, BAYA2 ABAH AKU, 

AKU NAK TANYA DIA, TAK BERANI, AKU NAK ********** MACAM ORANG LAIN, AKU TAK NAK MAMA AKU, 

MAMA AKU PANGGIL AKU BAPOK!!! 

AKU TAHU DIA (Puan S) DUDUK DEKAT NGAN (tempat tinggal) AKU, TAKUT NAK CONTACT (Puan S)

AKU TAKUT BACA BLOG NAJMI...TAKUT...MAKIN TAKUT...SANGAT TAKUT...HIV MEMANG AKU.

AKU INGAT NAK TANYA TAPI TAKUT...NAK EMAIL KAT NAJMI DIA LAYAN KE LEMBEK CAM AKU...


TAPI AKU RASA NAJMI DGN **************** TU OK KOT...

AKU TAKUT. KALAU CONTACT NAJMI DIA LAYAN KE AKU...ENTAH LAYAN ENTAH TAK...ENTAHLAH BAPOK BODOH...KAU MATI LER, 

ABAH MAMA KAU BUAT KENDURI KESYUKURAN...BATUK AKU KERING...PEDIH DADA AKU. 

AKU NAK CARI *********ANAK ************ TU KAT ************ TAPI NAK KE ********** TU KAWAN AKU...

KAU KAN BAPOK...BERANI KAU SURUH ********* BAWAK MAK DIA JUMPA KAU BAPOK..BIOL KAU...

KAU INGAT NAK NAJMI TU LAYAN BAPOK TOLOL CAM KAU??? 


SIOT NYER BAPOK...TAKUT MATI...TAKUT MALU RASA MACAM BABI...

MAKIN AKU TENGOK BLOG NAJMI MAKIN AKU RASA AKU HIV...AKU TAKUT!!! 

BODOHNYA KAU HIV, BABINYA KAU HIV, BANGANGNYA KAU HIV....

NAJMI TU DAH DEWASA, AKU NI BUDAK BODOH LAGI, AKU HIV, 

ABAH MAMA BUNUH AKU, BAKAR AKU, BUANG ABU MAYAT AKU KAT KANDANG BABI...

AKU SAKIT...

"Naj, sorry sangat-sangat tak bagitahu awal-awal sebab saya tak nak ganggu mood raya Najmi. Maafkan saya. Semuanya P&C tapi kalau Najmi dah tulis kat blog tulis yang perlu saje sebab jujur saya tak mahu mengaibkan arwah....maaf saya lebih penting privasikan arwah dan keluarga kerana itu amanah kami.
Take care"

Puan S terima kasih kerana bercerita kepada saya, tetapi saya minta maaf pada pembaca diluar sana kerana banyak maklumat terpaksa saya rahsiakan.

Semoga arwah bersama dengan orang yang beriman disana dan mohon jasa baik semua pembaca semoga dapat sedekahkan Al Fatihah kepada arwah adik MS. 

AlFatihah 



33 comments:

  1. Al-Fatihah untuk adek MS, semoga kita semua mendapat ikhtibar dari entry ini.

    ReplyDelete
  2. sungguh terkejut...sungguh tak sangka begini pengakhirannya...Al-Fatihah untuk adik MS...Allah lebih menyayangimu...

    ReplyDelete
  3. KA dah baca semalam di blog mk wardah.. apapun kiat sedekahkan Al-fatihah utk arwh adik MS sesungguhnya Allah swt lebih menyayangi beliau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma Angsana,

      Kita tidak dapat buat apa2 hanya doa yang boleh kita sedekahkan. Al Fatihah

      Delete
    2. Nurunn a'lan nur25:24
      Ya Allah tempatkan lah dia disyurgaMu..Amin.
      :'( bila bc entry ni..

      Delete
  4. I cried again after reading this entree. I cried coz I wonder there are many youngsters out there and still out of our reach and help. I cried coz I think I know him if not personally but we are from the same state. I cried coz I think I cud do more to assist and help these youngsters........AlFatihah utk arwah adik MS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mizan,

      Sama seperti saya, saya akan sebak setiap kali mengulang membaca kisah Adik MS ini. Ini mungkin pengajaran buat kita semua, anda dan saya, kita masih boleh terus menolong dan membantu para remaja seperti Adik MS ini mungkin dengan cara yang berbeda.

      AlFatihah Adik MS

      Delete
  5. Ya Allah.. sedihnya bca psal kisah adk nie.. walaupon sye ni lelaki.. rasanya x tergamak kot nk buat mcm tu kat arwah.. hurmm.. mgalir air mata baca kisah nie.. sedekahkan al-fatihah utknya.., Ya Allah yg Maha besar lagi Maha pengampun.. Kau ampunkan lah segala dosa2 adik ini..dan smoga arwah sentiasa dipelihara dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. Amin..

    ReplyDelete
  6. Syafiq,

    Saya pun masih rasa sedih, Adik MS hanya syak ia ada HIV bila kuman sudah menganas dalam badan ia. Maknanya sudah hampir sekitar 4-5 tahun Adik MS ada HIV dlm bdan tapi ia tak tahu...Kisah ni boleh kita semua jadikan ikhtibar dan peringatan. Ya sedekahkan Al Fatihah buat adik MS. Terima Kasih Syafiq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama..

      smua dah tertulis.. semoga roh adk MS dicucuri rahmat.. InsyaAllah

      Delete
  7. adakala, setiap kesakitan itu penghapus dosa. Moga adik MS bahagia disana...

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah utk arwah adik MS,

    menangis saya bila baca, tak tahu mcm ne nk huraikan.

    Ya Allah,
    ampunkan segala dosa arwah
    tempatkn dia dikalangan org yg beriman,

    Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. mie,

      AlFatihah buat adik MS.... kita doakan bersama kesejahteraan adik ni di sana.

      Delete
  9. inilah perancangan terbaik Allah kepada beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. katadah.warriors,

      Ya... maybe ini yang terbaik buatnya....sekali sekala saya masih teringatkan keluh kesah adik MS melalui email yang arwah kirimkan tu... saya rasa rapat dg arwah walaupun tidak pernah bersua. Al Fatihah.

      Delete
  10. speechless, tatau nak cakap apa. rasa sedih dan sayu sangat. saya tak dpt bayangkan, semuda itu, menghadapi semua itu sorg2. sedangkan kita yang lebih dewasa pun boleh tertekan dan murung, apatah lagi dia yang masih di alam persekolahan.

    saya doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan org baik2 di sana nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. izzu,

      Sama lah seperti saya , tadi masa solat jumaat duk disebelah saya bdk sekolah maybe baya2 adik MS, melalui melalui cermin pintu berhadapan saya ketika itu saya lihat wajah adik ni dan saya teringatkan adik MS.

      Saya sangka arwah akan sembuh tapi rupa2nya dijemput juga Allah menemuinya. Tidak sampai sebulan saya mengenali arwah melalui keluahan dalam email dia pada Puan S... :( Al Fatihah

      Delete
  11. speechless....

    moga arwah ditempatkan di kalangan org baik2 di sana nanti

    ReplyDelete
  12. al-fatihah.... semoga roh adik ms ditempatkan bersama org2 yg briman.. amin..
    sedih baca kiah adik ms nie... xptot betol mak dya wat cm 2.. mama saya bleh terima jer keadaan say yg lmbut cam nie.. nasib ader dr n dengan puan s tlong dya.. kalu x.. xhu la bagiamana nsib adik ms 2... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. MUHAMAD FIRDAUS,

      Ya, sepatutnya maknya menerima seadanya, didik sedaya mampu dari kecil bukan dibiar terbiar, sehingga sakit dibiarkan adik MS buat hal sendiri, Allah sayangkan arwah sebab itu dia dipertemukan dg Puan S dan rakan doktornya itu menolong dikala saat akhir hayatnya (hanya beberapa hari sahaja adik MS dihospital tu sebelum dijemput pergi).... Al Fatihah buat Adik MS

      Delete
  13. Sayu hati saya bila membaca semula kesemua N3 adik MS tadi.....terasa kejamnya bila
    arwah disisihkan keluarga begitu....samalah juga dgn keadaan sarah yg juga menjadi
    mangsa **** tu..
    segala-galanya telah tertulis dr ALLAH....dan hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui
    hikmah ini......
    Moga arwah adik MS kini dicucuri rahmatNYA dan berada dijannah...AMIN

    nurunn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurunn,

      Ya... saya masih terkenangkan arwah walaupun tak pernah berjumpa... sayu bila baca email ia minta tolong dan kata ia tak nak mati... tapi akhirnya dijemput juga Allah menemuiNya... Al Fatihah...

      Delete
  14. hati terasa pilu, mengenangkan nasib MS,
    arwah diduga oleh Allah untuk menghapus dosa yang lalu(insyaAllah)
    moga arwah tenang disana, ku hulurkan alFatihah sebgai bekalan, untuk arwah dan diriku, supaya ak dpt berpesan pada diri sendiri dan kalian..

    restu dan doa ibu kunci syurga, moga ditempatkan orng beriman..

    morgan

    ReplyDelete
    Replies
    1. morgan

      Saya juga akan rasa sedi bila mengingatkan kembali tentang Adik MS ini... ya mudah2 an kisanya boleh kita jadikan pengajaran dan semoga arwah ditempatkan dg orang2 yang beriman disana... Al Fatihah..

      Delete
  15. Semoga adik MS ditempatkan bersama orang2 beriman. Amin. Al Fatihah

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST