Saturday, 4 August 2012

10 SELEBRITI YANG MENGIDAP HIV - PART 2


Terdapat ramai dikalangan selebriti yang terkenal dalam berbagai bidang yang telah mengidap HIV. Disini saya paparkan 10 lagi nama-nama selebriti yang terkenal dan disegani ramai suatu ketika dulu, penambahan senarai daripada 10 nama yang pernah saya senaraikan  dalam entry saya yang lalu.


1) Pedro Zamora





Pedro Zamora and family 1994 Nov




Pedro Zamora terkenal sebagai pengacara dalam musim ketiga rancangan Real World MTV pada tahun 1994. Setelah diagnosis HIV pada tahun 1989 beliau bekerja sebagai sukarelawan AIDS. Beliau sentiasa hadir dalam acara-acara besar dalam membantu meningkatkan kesedaran sosial tentang AIDS, terutama dikalangan golongan muda.

Zamora telah dijatuh sakit dan dimasukan ke hospital, hanya beberapa bulan setelah dimasukan ke hospital beliau meninggal dunia pada bulan November 1994 ketika usia 22 tahun, sehari selepas episode terakhir rancangannya tamat. Selepas kematiannya banyak pertubuhan yang wujud mengambil sempena nama beliau.

2) Perry Ellis

Perry Ellis, seorang pereka fesyen terkenal dilahirkan di Portsmouth, Virginia pada 3 Mac 1940. Pada pertengahan tahun 1970an , beliau telah didatangi oleh majikan 'Vera Companies' yang terkenal dengan rekaan koleksi fesyen. Sejurus selepas itu, pada November 1976, Perry Ellis telah melancarkan rekaan pakaian sukan wanita pertama, yang dikenali sebagai Portfolio. Menjelang tahun 1978, Perry Ellis telah diiktiraf diperingkat antarabangsa. Rekaan pakaian beliau menjadi terkenal dikalangan pengguna wanita untuk gaya bersih serta potongan kasual.

Pada tahun 1978, Ellis telah mengasaskan fesyen rumah sukannya sendiri, iaitu Perry Ellis International. Sebagai pereka, pengerusi dan ketua syarikat, beliau mengembangkan syarikat dan memlancarkan koleksi pakaian lelaki yang popular. Langkah demi langkah, Perry Ellis menambah koleksi rekaan kasut, aksesori, bulu dan minyak wangi. Sepanjang tahun 1980an, syarikat itu terus berkembang dan merangkumi pelbagai label. Pada awal tahun 1980an, hasil borong untuk Perry Ellis Antarabangsa telah dianggarkan kira-kira USD 60 juta. Menjelang tahun 1986, jumlah itu telah meningkat kepada kira-kira USD 250 juta.


Syarikat semakin maju sehingga jualan tahunan mencecah USD 1 billion. "Perry Ellis International" adalah syarikat pereka terkemuka, pengedar dan pelesen pakaian dan aksesori untuk lelaki dan wanita.
 
Pada pertengahan tahun 1980an, Perry Ellis telah jatuh sakit yang teruk. Beliau meninggal dunia pada 30 Mei 1986, ketika usia 46 tahun, akibat virus ensefalitis - penyakit berkaitan AIDS. Beliau secara terbuka mengakui dia adalah seorang gay. Perry Ellis adalah salah satu daripada tokoh-tokoh Amerika yang pertama tewas kepada AIDS.


3) Gia Carangi








Gia adalah model yang terkenal di dunia fesyen 70an dan 80an. Beliau adalah antara model yang paling laris dan menghiasi banyak kulit majalah seperti Vogue dan Cosmopolitan. Kerjayanya terbantut sekitar 80an akibat pengambilan heroin.


Dia kemudiannya didiagnosis dengan AIDS dan meninggal dunia akibat penyakit yang berkaitan AIDS pada tahun 1986 ketika usia 26 tahun. Kisah hidup beliau telah difilemkan oleh pihak HBO bertajuk "Gia" yang telah dibintangi oleh pelakun Angelina Jolie.


4) Alvin Ailey




Alvin Ailey adalah seorang koreografer terkenal dan pemangkin dalam tarian moden. Beliau membentuk Alvin Ailey American Dance Theater pada tahun 1958, sebuah syarikat yang masih popular sehingga hari ini. Walaupun diasaskan di New York, kumpulan ini telah menbuat persembahan hampir diseluruh dunia.

Ailey meninggal dunia sebab-sebab yang berkaitan dengan AIDS pada tahun 1989 pada usia 58 tahun. Seperti beberapa orang lain dalam senarai ini, Ailey terpaksa meminta agar doktor beliau menyembunyikan punca sebenar kematiannya untuk melindungi keluarganya dari stigma penyakit.


5) Robert Reed


Robert Reed digambarkan sebagai seorang bapa yang penyayang dalam sejarah televisyen AS. Memegang watak sebagai Mike Brady pada rancangan The Brady Bunch, beliau adalah ketua keluarga dalam siri tersebut. 

Adalah sukar bagi sesetengah orang untuk mempercayai bahawa orang yang memainkan watak seorang bapa ini adalah sebenarnya seorang lelaki gay. Beliau telah didapati positif HIV sebelum kematiannya pada tahun 1992. Seperti beberapa orang lain dalam senarai ini, perkataan tentang status HIV yang beliau hidapi hanya tersebar selepas dia meninggal dunia.


6) Anthony Perkins



Anthony Perkins adalah seorang pelakun yang sentiasa diingati dengan peranan watak sebagai Norman Bates dalam Psycho Alfred Hitchcock. Beliau mempunyai kerjaya yang produktif selama hampir 40 tahun.

Status Perkins  sebagai positif HIV diketahui pada tahun 1990, hanya selepas didedahkan oleh majalah National Enquirer, memaksa beliau menjalani ujian HIV. Dia sendiri telah mengesyaki dirinya mungkin HIV positif, tetapi memilih untuk mengabaikannya kerana takut akan menjejaskan kerjayanya. Beliau meninggal dunia dua tahun kemudian akibat komplikasi berkaitan AIDS.


7) Elizabeth Glaser



Walaupun dia bukan selebriti dalam erti kata sebenar tetapi Elizabeth Glaser mendapat kemasyhuran dan terkenal melalui usaha yang luar biasa untuk melawan penyakit ini. Dia telah dijangkiti HIV pada tahun 1981 tetapi tidak mengetahui sehinggalah tahun 1985. Virus dalam darahnya telah berpindah kepada ke dua anak beliau, Ariel anak perempuan yang telah pun meninggal dunia pada tahun 1988 manakala anaknya Jake masih hidup sehingga hari ini.

Berikutan kematian Ariel, Glazer bersama-mengasaskan apa yang kini dikenali sebagai Elizabeth Glaser Pediatric AIDS Foundation, salah satu badan amal AIDS terkemuka di dunia. Yayasan ini dikhaskan untuk mencegah dan menghapuskan HIV/AIDS di kalangan kanak-kanak. Elizabeth meninggal dunia pada tahun 1994.


8) Eric "Eazy-E" Wright



Eazy-E adalah legenda rap dan pengasas bersama kumpulan berpengaruh N.W.A, bersama-sama dengan Dr Dre dan Ice Cube. Album mereka, Straight Outta Compton, pernah mendapat platinum dua kali pada tahun 1988.

Lyrics lagu yang beliau hasilkan sentiasa mengejutkan banyak pihak, tetapi orang ramai lebih terkejut apabila dia jatuh sakit pada tahun 1995 dan beliau secara terbuka terpaksa mengakui bahawa dia menghidapi AIDS. Beliau meninggal dunia hanya satu bulan selepas diagnosis ketika usia beliau 31 tahun. Kematiannya adalah antara detik paling penting dalam kesedaran orang ramai tentang HIV / AIDS, terutamanya dalam masyarakat Afrika-Amerika di Amerika.


9) Keith Haring







 
Keith Haring adalah seorang artis ikon yang meningkat kepada terkenal pada tahun 80-an. Beliau paling dikenali dengan rekaan mural jalanan dan tokoh-tokoh kartun. Beliau telah didiagnosis dengan AIDS pada tahun 1988 dan meninggal dunia hanya dua tahun kemudian. 

Tidak seperti ramai yang lain, Haring tidak menjauhkan diri dari diagnosis AIDS. Selama tahun-tahun terakhir hidupnya, beliau terus berkarya untuk meningkatkan kesedaran HIV melalui karya seni. Dan segala hasil karyanya berkaitan HIV masih menyumbang manafaat sehingga ke hari ini.


10) Tina Chow 







Tina Chow dilahirkan pada 18 April 1950 dan meninggal dunia pada 24 Januari 1992. Beliau adalah seorang model antarabangsa yang terkenal dan menjadi ikon fesyen pada tahun 1980an. Chow dilahirkan dengan nama asal Bettina Louise Lutz; di Lakeview, Ohio. Bapanya, Walter Edmund Lutz, adalah seorang rakyat Amerika berketurunan Jerman, manakala ibunya, Mona Lutz (née Furuki), seorang berbangsa Jepun.

Pada tahun 1972, Tina berkahwin dengan Michael Chow, yang memiliki rangkaian restoran "Mr Chow". Mereka mempunyai dua orang anak, seorang anak perempuan yang dinamakan China dan anak lelaki bernama Maximillian. Bermasaalah dalam rumah tangga, Tina kemudian menjalin hubungan rapat dengan Richard Gere dan Kim d’Estainville pereka fesyen dari Prancis, seorang bisexsual. Melalui Kim d’Estainville Tina telah mendapat jangkitan HIV, ia menjadi salah seorang wanita pertama heteroseksual yang dijangkiti dengan penyakit ini. 

Chow meninggal dunia akibat AIDS pada 24 Januari 1992, pada usia 41.




5 comments:

  1. najmi, takda plak ya di kalangan selebriti ni yg masih hidup. semuanya berakhir dengan kematian disebabkan AIDS...

    ReplyDelete
  2. mungkin sebab dulu kan ..kalau tengok mereka mati pada tahun 80 an semuanya..

    mereka terlebih dahulu menempuhi ujian ini...

    ReplyDelete
  3. AzamAli - Ada juga yang masih hidup tapi tak ramai, betul kata - Anonymous One - tu kebanyakan mereka mati pada ketika ubatan yang boleh memanjangkan umur belum ditemui lagi, dan kebanyakannya mati pada sekitar 80an adan awal 90an. Hanya yang bernasib baik aje yang bernyawa hingga sekarang. Syukur juga kerana kita dijangkiti pada ketika ubatan HAART telah terciptakan, kalau dijangkiti sekitar 80an tentu kita dah jadi arwah.... :)

    ReplyDelete
  4. Dear sahabats,
    Jangan risau, kaedah & penyelidikan giat dilakukan serata dunia bagi mengenal ID categories, InsyaAllah dengan sikap positif anda semua, pemakanan yang baik, semua akan jadi seperti biasa hanya jaga jangkitan. Tahap pemikiran juga berbeza, hari ini non plhiv juga merasakan ranggungjawab kami meringankan kehidupan plhiv dengan doa kami semuapun akan dipermudahkan urusan dunia akhirat. Najmi, yang memanjangkan umur tu hanya Allah, jadi jangan risau, kita sama2 berusaha, berdoa dan bertawakkal.

    ReplyDelete
  5. Mak Wardah,

    Ya Allah yang memanjangkan umur, saya selalu fikirkan ketika seseorang terutama selebriti di Malaysia meninggal dunia secara mengejut seperti Yasmin Ahmad dan beberapa yang lain. Mereka yang sihat diambil nyawa oleh Allah terlebih dahulu dari kami yang ada HIV. Maknanya seperti semua orang tahu kematian tu akan berlaku tidak mengenal usia tua atau muda, sihat atau sakit kan.

    Thanks

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST