Thursday, 30 August 2012

10 SELEBRITI YANG MENGIDAP HIV - PART 4

1) Dack Rambo (1941–1994) 
American actor who played Jack Ewing in the television series Dallas.




2) Herb Ritts (1952–2002)
American photographer and video director.
A famed fashion and celebrity photographer of the ’80s and ’90s, Ritts was known for shooting his subjects in black and white. But photography wasn’t his only medium: He also directed several classic music videos including Madonna’s “Cherish” and Chris Isaak’s “Wicked Game.”



3) Michael Peters (1948–1994) 
American choreographer; choreographed the fifteen-minute Michael Jackson music video "Thriller".



4) Frank Moore (1953–2002)
American artist; designer of the red ribbon symbol of AIDS awareness.



5) Robert McCall (1958–1991)
Canadian figure skater; won a bronze medal at the 1988 Winter Olympics.



6) David Cole (1963–1995)
American dance music producer, part of C+C Music Factory



7) James K. Lyons (1961–2007)
American actor and film editor, film Far from Heaven



8) Merritt Butrick (1959-1989) 
American actor best remembered for playing Captain Kirk's son in the films Star Trek II and III.



9) Tom McBride (1952–1995) 
American actor and model; best known for his role in Friday the 13th Part 2 and for his modeling stint as the Marlboro Man



10) Larry Riley (1952–1992) 
American actor; played the role of Frank Williams in the soap opera Knots Landing


Wednesday, 29 August 2012

KAJIAN MENEMUI SEL UNTUK MEMBUNUH VIRUS HIV



Penyebaran virus HIV dari awal kemunculannya telah banyak memakan korban, penyebaran virus ini sangat cepat kerana biasanya orang yang mengidap HIV tidak merasakan gejala bahawa mereka telah dijangkiti virus HIV, hanya setelah masuk ketahap AIDS barulah si pesakit akan mengetahui bahawa mereka telah dijangkiti penyakit mematikan tersebut. 

Kini bagi pesakit HIV ada harapan baru setelah sekian lama virus HIV ini menjadi momok yang menakutkan, kini virus HIV penyebab awal terjadinya AIDS ini ada kemungkinan besar boleh disembuhkan, setelah melalui penelitian dan kajian yang panjang. Akhirnya para penyelidik berjaya mengesan sel induk hasil kejuruteraan yang boleh membunuh virus HIV. Para pengkaji di Universiti Califirnia, Amerika Syarikat, mengatakan, mereka telah menunjukkan bahawa sel induk kejuruteraan genetik dapat menyerang sel-sel yang dijangkiti HIV dalam organisma hidup.


Para saintis telah mengenal pasti molekul yang dikenali sebagai reseptor sel T. Kemudian pengklonan itu memandu sel T dalam mengenali dan membunuh sel yang dijangkiti HIV dan menggunakannya secara genetik untuk dimasukkan ke dalam sel induk darah manusia.

Ketika sel-sel ditempatkan dalam rangkaian manusia yang telah ditanam pada seekor tikus, sel tersebut berkembang menjadi penduduk besar. Akhirnya, secara khusus populasi tersebut dapat menyasarkan sel yang mengandungi protein HIV. Para penyelidik telah merancang sel darah induk manusia dengan cara yang sama. Para penyelidik mendapati bahawa mereka dapat membentuk sel T matang yang boleh menyerang HIV dalam rangkaian dimana virus berada.


Dalam siri ujian pada periferi plasma tikus, darah, dan organ, para penyelidik mendapati bahawa jumlah sel T helper 'CD4 yang dijangkiti HIV mati. Akibatnya, tingkat HIV dalam darah menurun. 

"Kami percaya bahawa kajian ini meletakkan dasar bagi potensi penggunaan dalam memerangi jangkitan HIV pada orang yang dijangkiti. Ada harapan lewat penelitian (kajian) ini untuk membanteras virus HIV dari tubuh," kata Scott Kitchen, pembantu profesor perubatan UCLA. 

Kajian ini memberikan harapan baru bahawa penyakit yang membawa maut HIV/AIDS ini ternyata ada ubatnya. Jika rawatan cara ini berjaya dilakukan, para pesakit HIV boleh diselamatkan. - (TGDaily/ULF) 14/04/2012


Saya cuba "translate"kan berita ini dari Bahasa Indonesia kepada Bahasa Malaysia, maybe ada silap dan salah, maybe juga akan ada tersalah maksud, jika anda yang membaca rasa tidak puas hati dan faham cuba klik ke Sumber: liputan6 

Ini sebahagian daripada usaha manusia diserata dunia dalam mencari penawar apa jua penyakit termasuk HIV/AIDS. Tidak mustahil satu hari nanti mereka akan menemui penawar yang paling berkesan dalam membunuh virus ini didalam darah. 

ALLAH S.W.T.  yang  mencipta  sesuatu  penyakit dan Dia jugalah yang menyembuhkanNya. Sabda  Nabi   Muhammad  S.A.W.   yang   diriwayatkan  oleh   Al-Nasa’i  dan  Al-Hakim  yang bermaksud:

Sesungguhnya  ALLAH  tidak  menurunkan  sesuatu  penyakit  kecuali Dia juga telah menurunkan ubatnya , maka berubatlah kamu "



ADIK MS ENTRY 1 - BUDAK LELAKI 16 TAHUN SENGSARA SENDIRIAN DIDALAM BILIK

Saya mempunyai seorang rakan e-mail NON-PLHIV yang sangat perihatin tentang permasaalahan berkaitan PLHIV, beliau adalah seorang ibu dan punya beberapa anak yang baik. Saya hanya mengenalinya melalui email dan saya hanya namakan beliau sebagai Puan S.

Puan S adalah seorang ibu yang berkerjaya (pada pandangan saya beliau seorang yang berjaya dan berpengaruh). Beliau kerap berbalas email dengan saya bertanyakan khabar, bercerita masaalah, bertanya apa sahaja persoalan pertanyaan kepada saya. Ya semakin lama semakin selesa saya berbalas email dengan nya, ketidak selesaan saya pada mulanya berubah menjadi selesa dan tidak mustahil satu hari saya mempunyai keyakinan untuk bertentang mata dengannya.

Disini saya ingin ceritakan cara lain yang boleh kita ambil serta bertindak dalam menolong insan lain berkaitan HIV, walau pun saya terperusuk nun jauh didasar laut didalam cengkerang yang cukup selesa, tetapi dengan hanya sedikit pandangan dan idea ianya juga boleh menyelamat nyawa insan lain diluar sana. Alhamdulillah.

Disini saya share kan perbualan email antara kami dan telah saya edit dan perbetulkan tata bahasa supaya lebih difahami semua berkaitan permasaalahan yang dihadapi oleh adik MS yang berusia 16 tahun; kisah berlaku beberapa hari sebelum menjelang Hari Raya Aidil Fitri 2012 (1433H yang lalu)


1) Email Puan S kepada Saya pada Fri, Aug 10, 2012 at 11:15 AM

Salam Najmi, Just sharing comment dari someone.

Salam Auntie@akk,
Sori lah saya panggil auntie sebab saya masuk blog auntie dr blog najmi. Nak terus contact saya takut. Tie, saya kategori lelaki lembik, saya suka lelaki jer…Saya tidak rapat dengan family, saya buat hal sendiri, baca blog akak anak-anak akak rapat dengan akak. Saya jarang borak-borak dengan mak ayah saya.

Nak tau, saya gay aktif, saya sekarang selalu letih, batuk kering, sampai sekarang pun saya buat bende-benda tu, saya rasa ada HIV sebab sudah sebulan demam batuk tidak baik-baik…sebulan saya tidak kesekolah. Mak saya diam sahaja, tapi akak cakaplah apa saya nak buat…Saya nak nafas pun tak boleh. Akak tolonglah jawab email saya. Akak saya sangat takut. Kalau saya hiv, mati saya kalau mak ayah tau.


2) Balasan Email Puan S kepada adek MS

W’salam.
Adik, Auntie nasihatkan adek jumpa Dr. dengan kadar yang segera, minta jasa baik kawan-kawan hantar, kalau di klinik swasta ujian HIV agak mahal, pergi ke hospital kerajaan yang terdekat. Buat ujian darah sebab HIV hanya boleh dikesan dengan ujian darah.

Dari blog Najmi ada banyak maklumat, baca @ email najmi620@gmail.com. Sekiranya perlukan penerangan lanjut email dan tanya Uncle najmi. InsyaAllah beliau akan menjawab segala persoalan yang adek perlukan. Hentikan aktiviti berisiko adek dan ikut nasihat doctor. Kalau tinggal berhampiran Hospital Besar *******, hubungi Dr. N bahagian *****, InsyaAllah beliau akan memeriksa anda.

Jaga diri baik2.

Semasa saya membaca email yang dikirim Puan S diatas ini saya sebak mengalir airmata dan saya boleh bayangkan keadaan adik tersebut seperti yang pernah saya alami dulu DiSini atau di Pengenalan Tentang Saya. Saya balas email Puan S seperti ini;


3) Email Saya kepada Puan S pada Fri, Aug 10, 2012 at 12:03 PM

Puan S,

Adik diatas ni masih bersekolah, Puan S menjawab soalan beliau seolah-olah seperti dia dah besar atau sudah bekerja hehehehehe. Cuba Puan S bayangkan adik tu  sebaya dengan anak Puan S. Pada saya adik ni perlu kita jumpa bersemuka dan bantu sebelum keadaan menjadi teruk.

Kenapa dia (adik tersebut) hanya email kepada Puan S sahaja dan tidak bertanya terus kepada saya. Saya rasa ia nak kan pertolongan dari Puan S maybe cara komen Puan S dan tulisan Puan S yang keibuan buat ia percaya pada Puan S. Maybe niatnya bukan nak bertemu dengan Puan S tapi cara budak berbicara saya pasti sememang ia nakkan pertolongan bantuan.

Orang kalau nak minta tolong saya dan kalau sudah terdesak sangat, dan sekiranya seseorang itu dalam keadaan takut stress yang amat sangat dan dia berada di Ipoh insyaallah saya akan cuba jumpa, tapi macam Puan S tahu segalanya perlu duit, nak berjumpa pun kena ada duit kan.

Kesian budak ni, ramai budak sekolah yang apabila baca blog kaitan tentang hiv mereka akan takut sebab tu banyak pertanyaan persoalan dari mereka yang nampak dan bunyinya mengarut. Contoh pernah saya baca komen seseorang bertanya, adakah HIV berjangkit melalui "taik" (najis). Ini adalah pertanyaan bagi diri saya datangnya dari seorang budak mentah maybe seseorang yang masih bersekolah rendah tetapi tidak mustahil pertanyaan dari orang dewasa seperti kita. Maklum balas dari kebanyakan orang lain amat mengecewakan saya, ramai yang perli-perli pertanyaan tentang persoalan tersebut dan ada yang marah-marah berkenaan soalan pertanyaan "adakah hiv berjangkit melalui najis itu". Sesuatu yang kita tahu tak semestinya orang lain tahu walau pun sesuatu itu amat mudah bagi kita.

Saya ada menerima email, mereka bertanya persoalan HIV pada individu yang lain tetapi tidak dijawab, saya syak kerana pertanyaan yang dikemukakan kepada mereka sememangnya tentang persoalan yang mudah bagi kita, seperti contoh bagaimana HIV boleh berjangkit. Kadang-kadang mereka disuruh ambil jalan mudah supaya rajin meng"google" mencari sendiri maklumat tersebut.
 
Ini antara sifat yang paling saya tidak suka dikalangan kami. Perlu diingat blog kita didatangi ramai orang dari semua peringkat umur, jika kita sanggup meletak no hp kita dan email serta address dalam blog, kita juga perlu bertanggung jawab dengan semua persoalan yang ditanya, kita tidak boleh ambil mudah dengan menyuruh mereka yang bertanya supaya mencari sendiri dalam blog. Perlu ada persediaan, kalau agak ramai yang asyik bertanya tentang bagaimana hiv berjangkit, kita tolong "copy dan paste" bagi memudah pertanyaan itu di jawab, tidak boleh kita langsung tidak membalas email seseorang yang bertanya walaupun pertanyaan itu tidak masuk akal bagi kita apabila mendengar.

Untuk pengetahuan Puan S, ramai gay yang bersekolah rendah berani mempromosi diri dalam FB mereka berani berjumpa dengan sesiapa sahaja untuk kepuasan nafsu. Remaja nafsunya sukar dikawal, tak boleh kita kata kawal nafsu ya dek.... pada saya memang tak boleh. Mereka akan berexperiment segala-galanya sehingga condom juga sudah tidak diperlukan lagi.

Saya tidak dapat nak ulas lebih-lebih tentang pertanyaan adik diatas, terus terang saya kesian. Adik itu ada tulis "Saya nak bernafas pun tak boleh seperti tanda-tanda Pneumonia atau kaitan dengan penyakit TB saya sedih apabila membacanya, bagaimana keadaannya apabila ia hendak bernafas pun tak boleh, sudah tentu ia hanya duduk sendirian dalam bilik dan cuba merahsiakan sebolehnya dari pengetahuan mak bapanya, seperti keadaan saya dahulu.

Ya Allah saya tak mampu nak buat apa, budak ini perlu kita bawa berjumpa doktor tetapi dalam masa yang sama kalau ia masih terlalu muda, ibubapanya perlu diberitahu, kalau ia sudah bersekolah menengah "maybe" lebih mudah. Risau saya apa tindakan mak bapanya kalau tahu sekiranya (kalau) ia HIV+ve dan tahu ia aktif melakukan sex sejenis.
 
Sepekara lagi ia kata ia lembut, ini satu lagi masaalah tentu ia rasa terpinggir dan dipinggir, bagaimana dia hendak berjumpa doktor kalau duit belanja sendiri mak bapanya yang tanggung.

Yang mampu saya buat hanya berdoa untuk kebaikan adik ni insyaallah saya akan berdoa kebaikan adik ni nanti. Kalau Puan S tidak mampu bolehlah Puan S berdoa setelah selesai solat semoga Allah mempermudahkan kehidupan adik tu ya :)



4) Email Puan S kepada Saya pada Fri, Aug 10, 2012 at 12:33 PM

Ya Allah, Najmi, saya baru terfikir. Dia mungkin sebaya anak saya. Kesiannya anak tu. Yalah dia perlukan seorang yang boleh memahami dirinya. Kenapalah saya bodoh sangat? Macam tidak ada fikiran. Hari ini saya bagi dia jawapan yang langsung tidak membantu. Najmi, masalah dia rumit sangat. Tidak mengapa saya baru email dia dan bagi no hp saya, kalau area ******** saya akan cari dia.

Saya sudah called kawan saya Dr. N, kami akan bantu selepas kami tahu dimana ia bersekolah dan dimana tempat tinggalnya. Dr N akan cari dia tetapi kalau diluar Kuala Lumpur atau Shah Alam susah untuk kami membantu. Kesiannya anak ini, terbiar dalam kesakitan dan stress.

Najmi, budak ini buatkan saya menangis kesedihan, saya ada duit yg mencukupi setakat bantu bawa dia ke hospital begitu juga kawan-kawan saya. Saya akan update kepada Najmi bila dia call saya atau kepada Dr N nanti. Sama-samalah kita doakan.

Saya tunggu email  atau panggillan dari dia, kawan saya akan ambil dia dan berjumpa dengan kedua ibubapanya, Dr N berani saya tidak seberani dia. Ya Allah, thanks untuk teguran najmi, moga anak ini boleh saya bantu.

Take care


5) Email Saya kepada Puan S pada  Fri, Aug 10, 2012 at 12:54 PM

Alhamdulillah sangat-sangat kerana Puan S punya rakan kawan yang boleh membantu, yang penting berjumpa dengan adik itu dulu, umur ia pun kita tidak pasti lagi kan, saya rasa kalau ia disekolah menengah tentu dalam tingkatan 1-3, tapi kalau dia dalam tingkatan 5 sekali pun bila sudah lembut keadaan ia nampak tak matang.

Ia keseorangan tu, risau kalau dibiarkan ia stress dan fikir yang bukan-bukan sendirian, ambil nyawa sendiri pun boleh berlaku. Biar kita fikir benda yang tidak elok dulu, mudah-mudahan adik tu mudah nak diuruskan olah rakan Puan S nanti, maknanya mendengar kata dan tidak membantah apa yang kita suruh buat untuk kebaikannya nanti.

Tentang adik tu saya juga ada anak-anak saudara yang maybe sebaya, bezanya mereka nampak normal, adik itu lembut so kena bully tu tentu sudah pastikan, kalau orang tahu ia ada HIV kan lagi merana. (mudah-mudahan tidak)

Semoga tindakan Puan S dan Dr N dipermudahkan, kalau dah ada niat nak tolong walaupun tidak kesampaian tetap ada ganjaran pahalnya kan.


6) Email sekali lagi dari Puan S kepada Saya pada  Mon, Aug 13, 2012 at 8:55 AM

Salam,
Naj tak ada pun budak tu call saya dan kawan saya? Harap dia selamat. Susah hati saya.


7) Email Puan S kepada Saya yang beliau share email yang diterima dari adik MS yang sedang menghadapi masaalah Itu pada Wed, Aug 15, 2012 at 9:30 A

Salam.

Akak, saya di Lot ****, Jalan sek 3, Jalan *******. Rumah saya rumah apa pun warna kuning dekat sek agama & tadika *******. Akak, tolong cari saya…saya tak nak mati..saya nak baju raya warna ungu akak…datang sini…

Sekali lagi tumpah air mata ketika saya membaca email yang pendek dari adik MS ini kepada Puan S. Ringkas penuh bermakna. Kesengsaraan, kepayahan, ketakutan menguasai dalam diri adik ini ketika itu.




8) Email dari Puan S kepada Saya pada (Hari Ini) Wed, Aug 15, 2012 at 9:25

Naj, kami dah jumpa budak sekolah tu malam tadi sekarang di Hospital Besar ********. Umur 16 tahun, nama dia MS (bukan nama sebenar), dia suspected TB. Dia call saya petang semalam pukul 3:15 petang di office, saya suruh SMS alamat dan kawan saya hantar ambulance ke rumah dia di Jalan ****, ******. Mak ayah dia maki hamun nurse yang datang nak ambil anak dia.

Saya pergi hospital pukul 6:30 dengan ******, saya jumpa dia, dia dibawah jagaan kawan saya Dr N, keadaan dia sangat teruk, saya hanya mampu usapkan kepala dia dan bacakan ayat Qursi. Najmi, kenapa seorang ibu yang bersusah payah melahirkan anak tergamak buang anak sendiri? Ibu dia datang dan ingat saya cikgu anak dia, senang cakap ibu dia serahkan kepada doctor nak buat apa sahaja. Kalau boleh pendekkan nyawa anak dia, dia redha sebab anak itu kata maknya  membawa bala pada dia.

Ya Allah, Najmi saya dengan ****** terkedu. Kawan saya cakap pada emak dia suruh dia ampunkan dan halalkan makan minum anak dia. Dia sedar lagi masa saya pergi sebab dia pegang tangan saya tetapi lemah saya.

Pukul 10 malam dia start koma........hari ini saya nak belikan baju raya dia sepasang baju Melayu warna ungu seperti yang dia textkan kepada saya di Parkson Subang Parade selepas kerja. Hari ini saya datang kerja dengan mata bengkak sebab saya menangis semalaman dan saya bacakan Yassin sebanyak 7 kali. Jujur Naj, saya doakan dia kembali kepada Allah kalau itu yang terbaik, seseorang yang mempunyai ibubapa tetapi tidak ada kasih sayang daripada mereka. Kalau confirmed +ve HIV lagilah bertambah teruk...Ayah dia langsung tak datang pada hal anak itu di ambang maut. Mak dia sendiri lebih bahagia dia mati...apatah lagi ayah dia.

Kalau saya jadi ibu anak itu, saya akan lindungi anak saya dengan nyawa saya sendiri. Sebelum balik kampung, samada dia sudah sedar atau tidak, saya akan hantarkan sepasang baju Melayu, sepasang baju moden dan kueh raya. Kalau dia sedar masa saya beraya di kampung, doa saya agar MS tahu kasih sayang seorang ibu tiada ganti didunia ini. Kasih ibu paling murni didunia ini. Kawan saya on call jadi ada lagi seorang ibu yang akan ada menjaga dan beraya bersama beliau. Kita orang luar tidak boleh campur hal keluarga mereka Najmi, saya hanya mampu berdoa dari jauh.

Saya sangat-sangat sedih hari ini, mata pedih sebab menangis. Nanti kalau ****** Bluetooth gambar dia dan saya akan send pada najmi.



9) Email Saya kepada Puan S pada (Hari Ini) Wed, Aug 15, 2012 at 11:56 AM

W Salam,

Alhamdulillah meremang tubuh badan saya dan mengalir sekali lagi air mata saya bila Puan S ceritakan kisah adik MS itu. Ya Allah betullah sangkaan dan telahan saya tentang adik MS, tentu ia kepayahan sendirian dalam bilik keseorangan. Kenapa mak nya berperangai macam itu? Tentu MS seorang yang "maybe" tidak mendengar kata tetapi seorang ibu tidak boleh berperangai seperti itu. Remaja memang kadang-kadang ada problem sendiri. Ya Allah syukur adik MS call Puan S dan segala tindakan Puan S dan rakan adalah yang terbaik. Sekarang biar keadaan adik MS kembali sihat dirawat di hospital pekara lain kita serahkan pada Allah sahaja.

TB antara penyakit yang mudah menyerang PLHIV yang rendah kiraan CD4 nya seperti saya dulu. Adik MS berusia16 tahun, saya sudah agak ia remaja yang masih muda. Tidak mustahil kemungkinan (saya hanya agak) ia yang meninggalkan komen bertanya "HIV boleh berjangkit melalui taik tak?" dan komen balas dari orang lain amat mengecewakan saya apabila membaca.

Alhamdulillah dia berada ditempat yang baik sekarang dipantau serta dirawat, mudah-mudahaan ia kembali sihat seperti sediakala. Boleh saya paparkan kisahnya untuk renungan yang lain dalam blog saya? Sudah tentu saya akan rahsiakan apa yang patut dan gambaran tentang kejadian itu pun akan saya ceritakan mengikut apa yang saya bayangkan sahaja, maybe ada salah dalam penceritaan nanti tapi abaikan yang penting mesaj untuk saya sampaikan pada semua pembaca diluar sana tercapai.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah insyaallah saya akan doakan yang terbaik buat adik MS. Ya Allah terima kasih Puan S, tindakan cepat Puan S boleh menukar corak masa depan adik MS. Terima kasih buat Puan S dan DR :)
 
Jangan lupa ceritakan lagi perkembangan adik MS ya :)

10) Email Puan S kepada Saya pada Wed, Aug 15, 2012 at 1:00 PM

Boleh najmi, mak adik MS saya tak boleh terima perangai dia...remaja memang ada problem tetapi kita sebagai ibubapa mesti cuba memahami. Kasih sayang dan perhatian perlu ada, walaupun tidak mendengar kata, ibubapa kena cari punca sebab kenapa anak-anak berkelakuan sedemikian dan jangan sesekali singkirkan dia (mereka)...kesian adik MS, sendirian menanggung semua. Doa ibu (yang baik) adalah paling baik untuk anak anda, janganlah sumpah-sumpah dia...Anak kucing pun orang sayang...Tingkah laku adik MS rasanya berpunca dari sikap ibubapa sendiri


 **************************************************************************************************************


Sumpah seranah seorang ibu ibarat satu doa kepada anaknya...


Bagi saya ibubapa diluar sana jika marah sekali pun dengan perbuatan anak jangan meyumpah seranah, kerana perkataan yang keluar dari mulut seorang ibu itu dikira doa terutama dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, saya berharap sumpah seranah ibu adik MS tidak dimakbulkan Allah. Risau saya kerana dulu ibu saya juga kerap marah adik lelaki saya yang suka menunggang motor dengan bunyi yang bising dan selalu pulang kerumah lewat malam, sehingga ibu saya pernah memarahi adik lelaki saya dengan berkata lebih kurang begini, 

"Nanti kalau kalau mati accident berlanggar, kan menyusuhkan orang". 

Tidak lama selepas itu adik saya maut dalam kemalangan antara motor dan motor, kisahnya telah saya sharekan di entry yang bertajuk "Mati"

Semoga adik MS kembali sembuh seperti sediakala dan baju raya warna ungu yang Puan S belikan itu adalah sama dengan "colour" baju yang akan saya sarungkan pada pagi raya tahun ini, insyaallah.

Sama-samalah kita yang membaca kisah adik ini mendoakan yang terbaik buat beliau dan semoga Puan S dan rakannya Dr. N sekeluarga akan diberkati Allah selamanya. Amin

ADIK MS ENTRY 2 - PERKEMBANGAN ADIK MS

Anda tentu ada membaca kisah tentang kepayahan adik MS yang dibenci olah ibubapa kandung di dalam entry BUDAK LELAKI 16 TAHUN SENGSARA SENDIRIAN DIDALAM BILIK

Saya up-date perkembangan adik MS kerana ada pembaca yang mengirim email bertanyakan perkembangan terbaru adik MS ini, yang ketika ini masih terlantar tidak sedarkan diri dihospital. Sebentar tadi saya menerima email dari Puan S yang sangat perihatin, beliau telah melawat adik MS di hospital dan menceritakan perkembangan adik MS kepada saya. 

photo hiasan

Disini saya "share" kan email dari Puan S kepada saya (dengan sedikit edit);

Email Puan S kepada Saya pada Thu, Aug 16, 2012 at 9:54 AM (hari ini)

Salam Najmi,

Pagi tadi saya sudah hantarkan barang-barang (baju melayu ungu serta kueh mueh) kepada adik MS.  Dia sudah dipindahkan ke CCU sebab tekanan darahnya semakin rendah. Kidney kiri failure, now dah tebuk untuk buang air, warna muka kuning sikit dan suspected hati impacted dari TB

Nurse kata tidak ada ibubapa serta ahli keluarga yang datang tengok dia…mereka tengah masukkan darah untuk adik MS, harap darah baru boleh "generate" lebih banyak oxygen ke otak adik MS. 

Saya boleh tengok dari tingkap aje, memang nampak muka dia kuning. Ya Allah pada pagi syawal nanti saya harap adik MS terjaga (bermakna adik MS masih tidak sedarkan diri sehingga kini) dan boleh beraya seperti biasa. Saya sudah pesan pada nurse, kalau di pagi Raya nanti tolong mandikan @ lap tubuh badan dia serta pakaikan baju raya.


Ya Allah Najmi, semoga Allah beri peluang kedua pada adik MS, sama-sama kita berdoa ya

CD4 adik MS semalam hanya pada kiraan 7 sahaja, patutlah keadaan dia teruk sangat. Ada nurse kata, terdapat pesakit yang CD4 sudah berada ditahap 2 baru mereka sampai ke hospital untuk menerima rawatan. Adik MS pun kurang air dalam badan, yelah dah tak boleh bangun dan tidak ada sesiapa yang menjaga (ambil tahu ketika dirumah) tetapi saya gembira tengok nurse-nurse di hospital tu baik-baik semuanya. Nampak sayang mereka kat adik MS.

Sebab bagi kami ibu normal Naj, proses mengandung dan melahirkan anak tu susah sangat, sebab itu kami hargai sangat kehadiran anak-anak dalam hidup kami. Ada jugak kawan-kawan saya mempunyai anak yang cacat tetapi mereka tetap sayangkan anak cacat lebih dari anak normal.

Ya Allah, permudahkanlah urusan adik MS didunia ini, anak kecil yang saya tidak persalahkan langsung dengan perbuatannya. Dia suci dan saya yakin dia seorang budak baik, bayangkan penderitaan yang dia alami selama ini, tidak ada kasih sayang, keseorangan, tiada perhatian serta dipinggirkan akhirnya hilang segala keyakinan dalam dirinya.

Jangan ingat kita ibubapa tidak dihisab oleh Allah kerana mengabaikan kebajikan anak-anak, kita juga akan menanggung sebahagian dari perbuatan anak itu sendiri.

Najmi, jujurnya dari segi logik kemungkinan adik MS tidak boleh bertahan, tetapi kita sama-sama doakan yang terbaik. Allah maha kaya, pohon saya agar adik MS kalau selamat, biarlah tiada kecacatan kekal, supaya adik MS mampu kesekolah seperti biasa dan bahagia seperti remaja yang lain.

Insyaallah kami akan carikan keluarga angkat yang baik untuk adik MS dikalangan kawan @ keluarga kami, kami akan bayar semula apa sahaja kekurangan yang dia hadapi sebelum ini.

16 tahun Najmi, terlalu muda untuk menghadapi dugaan sebesar ini. Terlalu stress adik MS hadapi semuanya berseorangan. Kita doakan megat sama2…

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Terima kasih Najmi kerana membantu


 *******************************************************************************************************

Buat pembaca yang mengetahui tentang kisah adik MS ini, saya pohon sangat-sangat agar anda terus menadah tangan berdoa kepada Allah supaya adik MS ini kembali sihat seperti sediakala. Saya tidak boleh bayangkan remaja seusia 16 tahun ini menderita keseorangan terlantar sendirian dikatil hospital ketika umat Islam sedang bergembira menyambut kedatangan Syawal. Seorang remaja yang seolah-olah dibuang oleh ibubapa kandungnya sendiri. Budak seusia itu manalah sangat tahu tentang kehidupan dunia, ia sebenarnya perlu dibimbing sejak dari kecil lagi.

Salah adik MS atau salah ibubapanya?

Tidak susah bagi kita yang kuat dan sihat tubuh badan ini untuk melakukan solat hajat berdoa agar adik MS kembali sembuh seperti sediakala. Kesengsaraan adik MS lebih teruk daripada yang pernah saya alami dulu.

Sekali lagi saya mewakili pembaca yang perihatin diluar sana mengucapkan terima kasih kepada Puan S dan Dr N, hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa Puan berdua. Semoga adik MS kembali sedar dan sembuh, insyaallah.


Peringatan:
Buat remaja songsang diluar sana, kisah adik MS ini perlu anda jadikan teladan dan pengajaran, bukan nak galakkan tapi sekiranya anda berterusan terlibat dalam aktiviti berisiko hubungan sesama jenis - pastikan anda menggunakan perlindungan (condom). Perlu diingat bagi kita yang beragama Islam perbuatan seks bebas adalah haram sama sekali apatah lagi songsang. Apa yang menimpa adik MS tidak mustahil boleh berlaku pada diri anda semua. 

Dan sekiranya anda (pengamal seks bebas) terutama remaja diluar sana dan pernah mengalami demam berpanjangan, mengalami ruam serta genjala-genjala yang tidak pernah anda alami sebelum ini kemudian sembuh dan sihat sedia kala, maka adalah lebih baik anda pergi "check" darah anda sama ada telah atau tidak dijangkiti virus hiv. Jangan sampai apabila virus sudah merebak dalam satu badan (ketika CD4 rendah) baru hendak ke hospital seperti adik MS ini (kesilapan terletak dibahu ibubapanya yang tidak menghiraukannya)

Adik MS ini sudah di ketogerikan sebagai pengidap AIDS bukan HIV lagi (sekiranya CD4 anda diatas kiraan 200 anda masih tergolong dalam ketogeri pembawa virus HIV yang nampak luarannya sihat tetapi apabila kiraan dibawah 200 anda sudah termasuk dalam pesakit AIDS yang perlukan rawatan segera - orang normal yang bukan pembawa HIV kiraan CD4 mereka sekitar 500-1000 atau lebih). Anda perlu ambil tahu sedikit sebanyak tentang HIV/AIDS.

Monday, 27 August 2012

ADIK MS ENTRY 3 - ALFATIHAH BUAT ADIK MS

Petang ini saya menerima email panjang lebar dari Puan S, bercerita tentang adik MS, untuk pengetahuan semua adik MS sudah pun meninggalkan kita pada pagi Syawal ke tiga yang lalu disaksi oleh petugas hospital.

Ya Allah saya masih tergamam mendengar berita ini dan menulis dalam keadaan sedikit mengeletar, kerana ramai yang mengharapkan saya agar "up date" kisah tentang adik MS ini maka saya terpaksa mengkhabarkan berita ini buat semua.

Anda boleh membaca kisah sedih tentang adik MS bermula dari Entry 1 dan Entry 2
photo hiasan dari http://grp33.blogspot.com/

Ya, Adik Ms telah kembali kepada Penciptanya dan sudah pun selamat dikebumikan diselatan tanah air. Puan S ada beritahu bahawa kedua ibubapa Adik MS ada melahirkan kekesalan kepada DR N kerana arwah HIV dan orang memandang serong, malam tadi ibu arwah juga ada menalipon Puan S berceritakan hal yang sama.


"Saya terangkan dengan baik kerana saya juga seorang ibu, Naj amat memahami naluri seorang ibu tetapi saya katakan juga kekesalan hati saya kenapa arwah terbiar. Apapun segala kesalan tidak membawa apa-apa perubahan sekarang. Kita sama-sama doakan kesejahteraan arwah disana. Saya yakin arwah aman damai di sana, InsyaALLAH. Dalam hal ini saya yang bersalah kerana lambat bertindak, kalau najmi tak tegur tak tahu apa jadi pada Adik MS, mungkin meninggal dunia keseorangan dalam keadaan sengsara. Thanks Naj, harap saya masa depan saya lebih peka dan bijak bertindak. Tegur saya kalau saya lembab lagi selepas ini."


Buat Puan S anda dan rakan DR N anda berdua telah membantu sebaik mungkin, Allah yang telah memberi idea pada saya untuk mengerakkan hati Puan S agar cepat bertindak, kerana saya sememangnya tidak mampu berbuat apa-apa kerana masaalah lokasi.


"Arwah anak yang langsung tidak disayangi hanya kerana dia lembut, dinilai oleh mata-mata "lalat" arwah hanyalah dipandang sebagai sampah. Mari kita nilai dia dengan mata lebah. Arwah dilahirkan pada tahun 1996, bapanya pemandu lori dan ibunya bekerja kilang. Berhijrah ke ******** apabila bapanya ditukarkan ke ******** pada tahun 1998, adek beradek dua orang seibu sebapa dan 4 orang dari perkahwinan ibubapa terdahulu. Arwah mempunyai bakat melukis yang sangat baik, memasak dan membuat kraftangan. Sikap pilih kasih ibubapa kepada anak lelaki lembut menyebabkan bakat dan kebaikan arwah tidak pernah nampak baik pada
mereka"

Puan S, saya sedih melihat keadaan ruang tidur bilik arwah terletak dibahagian belakang rumah dapur, panas dan berbahang tanpa peredaran udara yang baik. Alhamdulillah terimakasih atas usaha Puan S dan Dr N yang telah membuat surat bagi menolak proses post mortem.


"Bayangkan Naj, dalam kesakitan yang teramat, arwah hanya mampu terbaring dan segala makan minum diurus sendiri." 

 
"Dan arwah ada meninggalkan satu nukilan khasnya buat Najmi dari Arwah dan lukisan wajah Najmi yang sangat handsome mengikut imiginasinya sahaja.. Adik MS bagi kami beliau sangat berbakat dan bijak.
"


Antara nukilan arwah (yang sudah saya edit);


AKU JUMPA BLOG DIA...KATANYE NAMANYA NAJMI...TERIMAKASIH NAJMI, 


AKU G CC (cyber cafe), 

ADA BACA HARI2...DIAPUN CAM AKU...TAPI DIA GAGAH...AKU BOYAK...AKU SUKA BACA BLOG TU...

DIA GAY AKUPUN GAY TAPI AKU GAY BODOH...

AGAKNYA DIA DAH TUA...JAUH TUA DARI AKU, BAYA2 ABAH AKU, 

AKU NAK TANYA DIA, TAK BERANI, AKU NAK ********** MACAM ORANG LAIN, AKU TAK NAK MAMA AKU, 

MAMA AKU PANGGIL AKU BAPOK!!! 

AKU TAHU DIA (Puan S) DUDUK DEKAT NGAN (tempat tinggal) AKU, TAKUT NAK CONTACT (Puan S)

AKU TAKUT BACA BLOG NAJMI...TAKUT...MAKIN TAKUT...SANGAT TAKUT...HIV MEMANG AKU.

AKU INGAT NAK TANYA TAPI TAKUT...NAK EMAIL KAT NAJMI DIA LAYAN KE LEMBEK CAM AKU...


TAPI AKU RASA NAJMI DGN **************** TU OK KOT...

AKU TAKUT. KALAU CONTACT NAJMI DIA LAYAN KE AKU...ENTAH LAYAN ENTAH TAK...ENTAHLAH BAPOK BODOH...KAU MATI LER, 

ABAH MAMA KAU BUAT KENDURI KESYUKURAN...BATUK AKU KERING...PEDIH DADA AKU. 

AKU NAK CARI *********ANAK ************ TU KAT ************ TAPI NAK KE ********** TU KAWAN AKU...

KAU KAN BAPOK...BERANI KAU SURUH ********* BAWAK MAK DIA JUMPA KAU BAPOK..BIOL KAU...

KAU INGAT NAK NAJMI TU LAYAN BAPOK TOLOL CAM KAU??? 


SIOT NYER BAPOK...TAKUT MATI...TAKUT MALU RASA MACAM BABI...

MAKIN AKU TENGOK BLOG NAJMI MAKIN AKU RASA AKU HIV...AKU TAKUT!!! 

BODOHNYA KAU HIV, BABINYA KAU HIV, BANGANGNYA KAU HIV....

NAJMI TU DAH DEWASA, AKU NI BUDAK BODOH LAGI, AKU HIV, 

ABAH MAMA BUNUH AKU, BAKAR AKU, BUANG ABU MAYAT AKU KAT KANDANG BABI...

AKU SAKIT...

"Naj, sorry sangat-sangat tak bagitahu awal-awal sebab saya tak nak ganggu mood raya Najmi. Maafkan saya. Semuanya P&C tapi kalau Najmi dah tulis kat blog tulis yang perlu saje sebab jujur saya tak mahu mengaibkan arwah....maaf saya lebih penting privasikan arwah dan keluarga kerana itu amanah kami.
Take care"

Puan S terima kasih kerana bercerita kepada saya, tetapi saya minta maaf pada pembaca diluar sana kerana banyak maklumat terpaksa saya rahsiakan.

Semoga arwah bersama dengan orang yang beriman disana dan mohon jasa baik semua pembaca semoga dapat sedekahkan Al Fatihah kepada arwah adik MS. 

AlFatihah 



Saturday, 25 August 2012

ANITA DAN "BREAST CANCER" SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR

Bersambung kisah tentang Ya Allah sihatkan kembali rakanku Anita

Petang semalam pada hari raya ke 6 kira-kira pukul 3.30 petang saya bersama adik dan dua kakak begerak menuju ke rumah Anita. Dalam perjalanan kami sudah tahu keadaan Anita sebenarnya tidak seburuk seperti yang dikhabarkan sebelum ini. Adik perempuan saya mendapat tahu cerita sebenar dari mulut ibu Anita sendiri pagi semalam. 

Bila di congak dan dikira kembali sudah hampir 20 tahun saya tidak pernah bersua muka dengan Anita. Rumah Anita terletak kira-kira 3km dari rumah saya, dan tidak susah mencari rumah yang terletak berhampiran dengan sebuah kawasan perkuburan Islam itu.

Diluar pagar rumah teres dua tingkat itu kami memberi salam, kemudian keluar seorang wanita yang masih kelihatan gempal dan tidak ubah seperti dulu. Ya dia adalah wanita yang hendak kami jumpa. Anita. Dia kelihatan sihat berdiri menjawab salam dan menjemput kami masuk kerumah. 

Kecuh dan manjanya sama seperti dulu, beza yang ketara hanyalah "jagat" yang memenuhi ruang pipinya tetapi dia kelihatan tetap hampir sama seperti 20 tahun yang lalu. Alhamdulillah cantik wajah Anita bertudung menutupi kepala, saya tidak pasti sama ada ia menutup hanya untuk melindungi kepalanya yang keguguran rambut akibat kesan "kimo" atau sememangnya ia sudah lama bertudung menutup aurat rambut.

Ruang tamu rumahnya cantik berhias dan kami dihidangkan kuih dan disajikan minuman hasil tangan anak remaja lelakinya. Hasil perkahwinan Anita dikurniakan hanya dua cahaya mata dan kedua-duanya hero dan yang sulung sudah pun berusia 21 tahun. 

Saya, adik permpuan dan dua kakak tidak mengungkit bertanyakan hal berkaitan berita nazak yang kami terima semalam, kami biarkan sahaja berita semalam berlalu begitu sahaja mungkin ada salah khabar dan dengar sehingga berita Anita sedang nazak di khabarkan kepada adik perempuan saya dua hari lalu. Ada hikmah dengan khabar nazak tersebut, jika tidak kerana berita nazak tentu rasanya kami masih tidak berkesempatan bersua muka.

Alhamdulillah Anita kelihatan sihat dan tidak nampak sakit diwajahnya, maybe juga ia cuba sembunyikan dari kami, wallahuallam tetapi saya pasti apa yang kami nampak depan mata tentang keadaan perangai dan kelakuan Anita semalam dia masih sama seperti keadaannya dulu. Riuh mulutnya bercerita, gelak ketawa memenuhi ruang tamu rumahnya bila kami adik beradik mengenangkan kisah lampau.
Tidak disangkalkan lagi, bahawa Anita pada hari ini mengidap kansar payu dara pada tahap ke 4, tahap terakhir yang sudah tiada penawar ubatnya lagi sehingga doktor hanya mampu menyuruhnya pulang kerumah dan berikhtiar sendiri. Alhamdulillah kami dapat bertemu dengan Anita semalam, jadi segala berita buruk yang kami dengar sebelum ini sememangnya ada yang salah belaka.

Kami dapat mendengar cerita benar dari mulut Anita sendiri tentang pengalamannya setelah disahkan mengidap kanser payu dara pada "stage" terakhir. Malah size "L" payu daranya masih utuh ditempat asal cuma pernah di "korek" sedikit dulu oleh doktor untuk kajian. Dalam keadaan sekarang doktor sendiri tidak mengalakan untuk membuang barah dalam payu daranya, kerana bimbang kesan akibat pembuangan payu dara itu nanti akan  menbawa kesan "psikologi" dalam minda Anita.

Rupa-rupanya Anita masih menjalani "kimoterapi (kimo)" dihospital swasta, mendengar jumlah bayaran yang terpaksa ditanggungnya untuk setiap kali "kimo" memang gerun. Harga bayaran yang boleh membuat hidup sekeluarga jatuh muflis. Tidak pula saya bertanya sumber mana yang ia perolehi, tetapi melihat susun atur keadaan dalam rumahnya boleh saya gambarkan dia dan suaminya tergolong dikalangan yang ber"duit".

Anita masih menjalani rawatan "kimo". Seingat saya dia berkata rawatan dijalankan dua kali pada setiap dua hari Isnin dan dan dua minggu kemudian "rest", kemudian rawatan disambung berterusan. Ramai dikalangan mereka yang "kimo" pasti akan menjadi lemah selepas menjalani rawatan, kebanyakan yang kita dengar selepas "kimo" pesakit akan terlantar lesu ada yang akan muntah dan tidak bermaya, tetapi ini tidak terjadi kepada Anita. Katanya selepas "kimo" ia masih kuat membuat kerja rumah dan masih mampu ke pasar. Sehingga sekarang doktor yang merawatnya terkejut kerana Anita masih kuat bertahan walaupun dikatakan kanser sudah merebak sehingga ke hati, malah doktor juga telah meminta kebenaran Anita untuk memberi no talipone Anita kepada pesakit kanser yang lain agar mereka boleh berhubung dengan Anita supaya berkongsi masaalah.

Anita hari ini pada firasat seorang doktor sebenarnya sudah lama meninggalkan dunia yang fana ini, tetapi ajal maut ditangan Tuhan, alhamdulillah Anita masih kuat bertahan sehingga sekarang. 


Kesilapan Anita ia sebenarnya sudah lama menyedari tentang ketulan pada payu daranya tetapi ia tidak mengambil kisah tentang ketulan tersebut.

"Aku rasa tak macam ada sakit kanser pun", itu antara kata-kata Anita semalam.

Gelak ketawanya masih seperti dulu langsung tidak mengambarkan bahawa dirinya ketika ini sedang menunggu masa menyahut panggilan illahi. Anita berfikiran positif sehingga kini, walaupun tahu nyawa sudah tidak lama lagi dan dia masih kuat melayan kerenah dan pertanyaan kami.

Selain rawatan hospital, Anita juga mencuba berbagai-bagai rawatan lain, rawatan kampung dan juga secara Islam. Dia pernah bersua muka berjumpa "Ashraf Muslim" di Darul Syifa untuk berubat, pengalamannya bertemu Ashraf Muslim juga mengundang gelak ketawa kami.

Ketika kami adik beradik berbual dengan Anita, datang tiga lagi rakan kami yang lain yang mengamatkan suasana dalam rumah Anita sehingga Anita terpaksa memberitahu suaminya supaya lewat sikit pulang dari kerja kerana hendak memberi peluang kami terus berbual di situ.

Sekali lagi saya bayangkan tidak semua orang akan sekuat Anita, ramai dikalangan kita jika sudah dikatakan tiada harapan untuk hidup pasti akan "down". Dalam keadaan seperti Anita seseorang itu perlu kuat dan berfikiran positif, selain mendapat sokongan keluarga, rakan-rakan juga perlu membantu. Anita tidak hanya duduk menung mengenang nasib dalam bilik semata-mata, walau sudah disahkan tidak panjang hayat, dia masih kuat berjalan kehulur kehilir. Saya sendiri tidak pasti adakah saya mampu sekuat seperti Anita.

Anita tidak mengalami penyakit kronik sampingan yang lain sebelum ini, seperti kencing manis, darah tinggi, masaalah buah pinggang atau hati dan sebagainya. Dia hanya mempunyai kanser dan kanserlah yang akan menjadi penyebab kepada segala yang lain itu berubah menjadi kronik.

Selesai puas berbual dirumah Anita, kami begerak ke rumah saya pula, Anita juga turut serta mengunjungi rumah saya semalam, dia kelihatan kuat langsung tidak nampak tanda-tanda orang yang sedang sakit. Dirumah saya ia berjumpa dengan emak saya dan katanya ia suka makan nasi "empik", emak cakap kalau tahu lebih awal tentu akan disediakannya terlebih dulu. Dan seperti yang emak kata pada saya semalam, insyaallah hari ini emak akan buat nasi empik dan insyaallah akan dihantarkan ke rumah Anita lewat petang ini, insyaallah. 

Ini kisah kawan saya yang bernama Anita, seorang yang sudah dikatakan tidak ada harapan lagi untuk meneruskan hidup akibat serangan kanser payu dara. Kanser yang sudah berada ditahap ke 4. Penyakit yang hanya diketahuinya tidak sampai setahun yang lalu telah merubah segala hala tuju arah kehidupannya dalam masa yang singkat. Tidak sampai setahun yang lalu setelah disahkan mengidap kanser tahap ke 3, hanya sebulan kemudian doktor mengesahkan pula kanser Anita sudah berada ditahap ke 4. Anita masih tetap berfikiran positif dan masih kuat semangatnya hingga hari ini. 

Saya kesihankan nasib suami dan kedua anak lelakinya, dugaan Allah bukan hanya kepada insan yang bernama Anita tetapi juga dugaan Allah terkena tempias kepada suami dan anak-anak malah kepada rakan-rakan termasuk diri saya. Bagaimana risaunya hati anak-anak bila mengenangkan nasib yang bakal menimpa ibu mereka. Bersediakan suami dan anak-anak menghadapi dugaan seterusnya yang lebih besar?

Seperti yang selalu saya kata, jika kita rasa ujian Allah pada diri kita itu teramatlah beratnya, maka kita kena ingat tentu ada insan lain diluar sana yang sedang menempuh ujian yang lebih besar berganda-ganda berat dari ujian yang kita hadapi. Mendapat jangkitan HIV terasa amat kecil ujianNya jika dibandingkan dengan ujian yang menimpa Anita.

Semoga saya masih boleh bertemu dan berhari raya dengan Anita pada Hari Raya di tahun hadapan atau setidak-tidaknya pada Raya Haji tahun ini. Ajal maut ditangan Tuhan, seorang rakan saya marah bila Anita menyebut tentang mati dan sesuatu yang berkaitan tentang keranda ketika berbual semalam, "Ishhh nanti bukannya kamu pergi dulu silap haribulan aku yang sihat ni pergi dulu daripada kamu"

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Sukar untuk menelah apa yang difikirkan oleh Anita ketika saat ini. Sekali sekala dia kelihatan rimas kerana terasa seluruh badan terasa seperti "meruap" kepanasan, katanya akibat kesan daripada "kimo".

Lebih kurang seperti kata Anita ketika dalam gelak ketawa semalam, "Kanser ni tidak sakit, tetapi kalau sudah sekali datang menyerang kita akan terus padam". Kefahaman maksud Anita ni bagi diri saya ialah walaupun serangan kanser itu semakin merebak dalam tubuh, seseorang yang sedang menghadapinya itu tidak akan merasai sakit kesan rebakan dan serangan tersebut sehinggalah serangan itu datang tiba-tiba menyerang dan menyentap terus nyawa kita.

Yang menbuatkan Anita kuat pada fikiran saya adalah kerana dia sentiasa berfikitan positif.

Semoga Allah panjangkan umur Anita. Amin

Perkembangan terbaru mengenai Anita (setelah lebih setahun berlalu)




LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST