Saturday, 7 July 2012

SUAMI GAY AKTIF SECARA SENYAP

berisiko memindahkan virus HIV kepada isteri, siasat pasangan jika menimbulkan syak.

KUALA LUMPUR: “Siasat suami jika ragu-ragu,” kata peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Zain, kepada golongan isteri jika meragui kegiatan suami di luar.

Menurutnya, ia perlu bagi memastikan suami tidak terjebak dalam kegiatan tidak bermoral seperti melakukan jenayah atau maksiat. “Sebenarnya ini yang tidak diketahui kebanyakan wanita. Mungkin kerana hormat serta percayakan suami, ramai terus percaya bulat-bulat sesuatu pengakuan dibuat suami.

“Siasatan ini dibuat atas banyak sebab. Satu daripadanya bagi menjaga kepentingan isteri kerana jika ada perkara tidak betul dilakukan suami, akhirnya ia akan memberi kesan kepada isteri serta anak juga,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, seseorang isteri boleh menyiasat suaminya dengan merujuk kepada jabatan agama bagi menyiasat sama ada mereka berkahwin di luar pengetahuan atau tidak. 


Katanya, isteri harus menyimpan sekurang-kurangnya 30 peratus perasaan was-was dan berhati-hati terhadap suami.

“Ia bukan untuk tujuan tidak baik, sebaliknya supaya pasangan suami isteri saling mengingati antara satu sama lain bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga.

“Tidak salah menyimpan sedikit perasaan cemburu untuk suami atau isteri. Bukan tidak percaya, tapi sifat berkenaan perlu dalam sesebuah hubungan,” katanya.

Merujuk kes Sara, Mohd Zaidi mengakui penipuan itu tidak mustahil berlaku kerana pelbagai cara dilakukan seseorang untuk mengelak dikesan melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Malah, Mohd Zaidi turut mengakui pernah menerima 10 kes perceraian pada tahun lalu membabitkan pasangan yang sudah tidak tertarik lagi kepada pasangan masing-masing, sebaliknya terpikat kepada pasangan sejenis.

“Meskipun jumlah ini kecil, ia membuktikan gejala perceraian akibat ketagihan nafsu seks sejenis ada berlaku.

“Oleh itu, pemantauan terhadap kes begini, terutama membabitkan hubungan sejenis, perlu dilakukan untuk mengelakkan ia menjadi kritikal,” katanya.


Menurutnya, apabila seseorang lelaki itu melakukan seks luar tabii dengan kaum sejenis dan kemudian bersama dengan isterinya, kedua-duanya terdedah kepada jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis dan HIV/Aids.

Malah, jika ada suami melakukan seks luar tabii bersama isterinya, si isteri berhak membuat tuntutan mutaah dan harta sepencarian dengan syarat jika suami mengaku melakukan kesalahan itu berserta saksi.

“Berdasarkan peruntukan undang-undang di negara ini, setiap kes persetubuhan luar tabii mahupun liwat akan disiasat mengikut kesalahan jenayah syariah negeri.

“Jika terbukti salah, isteri berhak memohon cerai kerana ia memang jelas salah dan menyeksa isteri,” katanya.

Sumber : Harian Metro Posted on the February 20th, 2011

2 comments:

  1. Assalam abg Najmi.. utk tahu penyakit siflis kan, adakah kena tunggu tempoh seperti HIV seperti 3 bulan, 6 bulan dan berikutnya?

    Adakah penyakit siflis boleh didiagnos melalui ujian darah?

    -Muzammil-

    ReplyDelete
  2. Muzammil Adrian

    Setahu saya tempoh untuk kita tahu diri kita ada siflis tak seperti HIV, kalau hari ni dijangkiti sehari dua akan muncul gejala2 yang meragukan. Hanya dg ujian darah kita boleh pastikan diri kita ada siflis atau tak

    Setahu saya kebanyakkan org memang ada kuman siflis terutama mereka yang terdedah dg aktiviti berisiko, tapi gejala hanya akan muncul kalau sistem ketahanan badan kita lemah, kalau kita sihat maka kuman akan tido...so kita sihat lah heeee

    Muzammil check di dalam LABELS disebelah kanan blog ni dan cari tajuk SIFLIS dan klik, maybe situ ada maklumat lebih lanjut yang Muzammil cari....:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST